NUFFNANG

Showing posts with label 11. DIARI PENULIS. Show all posts
Showing posts with label 11. DIARI PENULIS. Show all posts

Tuesday, 29 November 2016

Buku Supermama Untuk Panduan Ibu Sepenuh Masa Di Rumah Sudah Terbit




Tempahan boleh dibuat di sini:
Pertanyaan whatsapp 0197720507

Harga Buku RM18
Untuk Pos tambahkan kos pos
Sampul pos semenanjung RM8
Sampul pos Sabah Sarawak RM11

Selepas membuat pembayaran pada maklumat yang diberikan pada link di atas, masukkan maklumat pembeli di dalam borang online pada link yang sama beserta taipkan bukti pembayaran seperti taipkan no transaksi , masa dan tarikh. Lengkapkan maklumat penghantaran. Buku akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju

KISAH DI SEBALIK PENGHASILAN BUKU SUPERMAMA

Semuanya bermula dari 4 tahun yang lalu. Ketika itu saya dan suami memutuskan untuk mummy berada di rumah bersama anak-anak setelah anak-anak melalui 5 episod pertukaran tempat jaga anak-anak. Anak pertama dan kedua jua sering menghidap penyakit dan keluar masuk hospital. Pada ketika itu, bertahun-tahun lamanya kami mempunyai masalah yang berpanjangan yang tidak tahu bila akan berkesudahan seperti tidak punya masa dengan anak-anak, pergi kerja subuh balik 9.00 malam, hutang keliling pinggang, tempoh kesesakan jalan raya setiap hari, sehingga hubungan kami panas dan komunikasi tidak baik. 

(Saya ada kongsikan kisah lanjut di muka depan buku ini sebagai pengenalan kepada buku ini)

Akhirnya kami bersetuju untuk mummy berada di rumah. Maka saya berikan surat letak jawatan kepada majikan. Apabila pulang ke rumah saya sangka kan semuanya mudah. Namun rupanya tidak semudah yang di sangka.

Saya alami episod kemurungan dan hilang jati diri. Jadi tidak hairanlah jika kita dengar ada ibu yang meroyan atau sakit jiwa apabila sudah biasa bekerja kemudian tiba-tiba pulang ke rumah. Tambahan lagi orang sekeliling tidak menyokong tindakan saya termasuk ibu bapa sendiri dan mertua yang tidak berapa sedap hati melihat anak lelaki nya seorang yang kena mencari rezeki.

Banyak delima yang saya hadapi. Setelah 1 tahun melalui pelbagai episod, ujian, eksperimen dan jatuh bangun sendiri, Alhamdulillah akhirnya saya menemui kekuatan itu semula. Allah tunjukan jalan yang berliku untuk saya ambil semua pengalaman dan dijadikan panduan buat yang lain pula rupanya.

Barulah saya sedar, Allah swt memilih saya untuk di uji kerana DIA tahu saya mampu meredahnya dan DIA tahu yang saya akan menyampaikan sesuatu pada ibu lain pula. Ini amanahNYA kepada saya. Saya akhirnya menulis 116 tips untuk ibu-ibu di luar sana yang saya rasakan penting untuk diketahui dan di aplikasikan di rumah. Terutamanya buat ibu-ibu sepenuh masa yang masih terkapai-kapai mencari apakah yang "aku" perlu buat di rumah ini? 

Buku ini ditulis agar menjadi panduan. Semoga tiada hasutan syaitan yang boleh melemahkan ibu-ibu. Kerana apabila kita sudah tahu sesuatu kebaikan dan apakah tujuan, kita tidak akan berasa negatif dan lemah lagi. Tanpa ilmu bagaimana untuk beramal, kan?

Sebelum buku ini diterbitkan secara fizikal, ia telah lama berada di alam maya sebagai Ebook. 2 tahun di alam maya, ia menjadi permintaan ibu-ibu yang sering membaca secara online. Selepas 2 tahun, saya ingin menjadikan buku ini versi bercetak. Lalu saya hantarkan manuskrip ke pihak penerbitan Telaga Biru. Alhamdulillah pada November 2016, ia telah selamat diterbitkan dan berada di pasaran. Kini ia boleh di dapati di seluruh kedai-kedai buku di Malaysia yang ada menjual buku Telaga Biru.

Namun, semenjak buku ini diterbitkan, kenalan dan follower kebanyakan mohon saya untuk berkan kata motivasi dan berikan tandatanagn (autograf) di hadapan buku. Jadi jika ada pembaca di sini yang ingin mendapatkan Buku Supermama siap autograf, boleh lah buat order di sini (lihat maklumat di atas sekali).

Seronok pertama kali melihat buku hasil penulisan sendiri di rak buku MPH bangi gateway

Si kakak senyum sambil menunjukkan buku mummy nya yang kini berstatus buku keluaran terbaru telaga biru

Ketika di booktiue telaga biru untuk mendapatkan beberapa naskah untuk penulis. Saya juga ambil stok buku untuk di sign dan di poskan pada pembaca yang mahu beli dari saya siap autograf



Anak-anak sudah kenal buku ini apabila masuk ke kedai buku


Buku Supermama di jadikan Hadiah Perkhawinan untuk panduan ibu-ibu baru




Ibu dan ayah turut gembira dengan penghasilan buku ini, lalu dihadiakan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka

Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah pada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. 
Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membuat jualan atau ekspo barangan ibu dan anak, boleh lah turut menyertakan buku Supermama ini kerana ia sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ibu-ibu yang mementingkan keluarga. Untuk order buku ini siap bertandatanag, boleh hubungi saya selaku penulis untuk urusan ini. 

Akhir kata, semoga buku Supermama ini mampu menjadi salah satu pendorong untuk ibu-ibu di luar sana mempunyai kuasa luar biasa demi keluarga tercinta

Salam sayang

Penulis
Buku Supermama
KHAIRUNNISA HAMZAH
Penulis dan perekabentuk kediaman online
http://khairunnisahamzahara.blogspot.my

Whatsapp : 0197720507
Email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Monday, 25 April 2016

TIPS DAN PANDUAN MASUK KE RUMAH BARU MUMMY KONGSIKAN DI DALAM RANCANGAN INSPIRASI BERSAMA HOST RANCANGAN ENCIK FAHRIN AHMAD


Terima kasih kepada rancangan INSPIRASI kerana sudi menjemput mummy untuk berkongsi sedikit panduan tentang tips dan panduan masuk ke rumah baru bagi info untuk mereka yang pertama kali pindah ke rumah baru. Episod akan datang ada lagi perkongsian yang menarik dari mummy ini :)

INSPIRASI
TVi astro 180

25 april 2016 (malam ini)
Dalam slot FOKUS : Rumah teres yang telah di makeover ada swimming pool (rumah parents kawan se Universiti dahulu)

16 mei 2016
Dalam slot Apa kata pakar : Topik ubahsuai kediaman

20 jun 
Dalam slot FOKUS : rumah banglo taman jadi rumah musium klasik (rumah pak mertua)

Jom support rancangan berinformatif dari penerbit tempatan
Video di atas adalah episod ke 2 yang telah terlepas yang saya ambil dari myklik RTM.
Rakam guna phone. InsyaAllah krew penerbit akan berikan dvd untuk kualiti yang lebih elok selepas ini.


Nak belajar branding kan diri walau dari rumah?
Nak tahu macam mana dari rumah pun mummy boleh masuk TV?
Apa mummy ni buat?

Jom baca ebook mummy ni:

"Rahsia Teknik Untuk Branding Diri Dan Perniagaan"
whatsapp 0197720507
www.khairunnisahamzahara.com
senibina kehidupan di rumah

Wednesday, 20 January 2016

Siapa penulis Ebook Bina Rumah Islamik?

Siapa Khairunnisa Hamzahara?

Gambar: saat di temuramah oleh encik Fahrin Ahmad dalam satu rancangan baru di TV1 yang bakal disiarkan yang dinamakan INSPIRASI

Khairunnisa Hamzahara atau nama sebenarnya ialah Khairunnisa Binti Hamzah adalah gabungan nama diri penulis sendiri bersama kedua ibu bapanya iaitu Hj.Hamzah dan Hjh Zaharah.

Ketika memilih nama pena ini, penulis adalah tidak lain tidak bukan hanyalah hendak mengharumkan nama kedua ibupanya.

Sejak dari kecil penulis dibesarkan dalam suasana yang Islamik. Penulis dan adik beradik dihantar ke sekolah menengah agama di pinggiran kota untuk mendalami dan menghayati ilmu agama sedalam-dalamnya.

Hajat kedua ibu bapa adalah ingin menjadikan anak-anaknya sebagai pendokong agama.

Namun ada secebis jiwa kesenian di dalam diri penulis.

Pada pertengahan persekolahan, penulis telah memohon sekolah sains dan permohonan diterima selepas keputusan peperiksaan yang memerangsangkan.

Dari sekolah agama, penulis menukar sekolah ke aliran sains.

Ini sedikit sebanyak mengecewakan kedua ibu bapanya.

Di sekolah sains, penulis mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan dan juga pendidikan seni yang akhirnya membuatkan penulis berjaya menempatkan diri di menara gading dalam aliran senibina (architecture) selepas ditemuduga.
Sepanjang sesi pembelajaran di menara gading, pelbagai cabaran dan rintangan yang dilaluinya.

Walaubagaimanapun penulis hanya memasang satu cita-cita.

Iaitu, ingin membina sesuatu yang boleh menaikan semula martabat agama melalui Ilmu yang dituntutnya di menara gading.

Selepas tamat pembelajaran di menara gading dengan jayanya, penulis di tawarkan bekerja di firma swasta dan kemudiannya di agensi kerajaan sebagai Arkitek Projek dan Arkitek Rekabentuk.

Pengalaman-pengalaman hebat yang ditimba dari projek yang diamanahkan menjadikan jiwa penulis semakin dekat kepada pencipta.

Malangnya projek-projek Mega tersebut jauh dari cara dan etika islamik yang sebenar.

Ia menjadikan tiada penghayatan agama dan tiada “roh” yang terhasil dalam pembinaan tersebut.

Pada tahun 2012 merupakan tahun di mana penulis telah membuat keputusan nekad untuk menamatkan perkhidmatannya di Agensi Kerajaan dan turun ke padang untuk membantu orang ramai merekabentuk sesuatu yang boleh mendatangkan makna dan “roh” dalam kehidupan seharian mereka.

Maka kemudiannya, lahir lah perkhidmatan Rekabentuk 3d Online di http://rekabentuk3donline.blogspot.com bagi mula menerima tempahan rekabentuk secara 3Dimensi dari mana-mana sahaja.

Dalam memberikan perkhidmatan rekabentuk ini, penulis akan menasihati pemilik kediaman untuk merekabentuk dan mewujudkan fungsi ruang mereka kepada cara islamik.

Bagi menyampaikan cara-cara terbaik dalam merekabentuk kediaman yang menggunakan cara Islamik sebagai pedoman, penulis juga aktif berkongsi tentangnya dengan cara menulis di majalah, suratkhabar, blog dan juga berkongsi di televisyen.

Blog penulis iaitu Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman di www.khairunnisahamzahara.com merupakan satu-satunya blog rujukan tentang kediaman yang telah di akses oleh pihak media.

Sejak itu, penulis kerap kali di temuramah di majalah tempatan, di suratkhabar tempatan, dan juga di televisyen tempatan.

Kini, penulis adalah merupakan penulis bebas tentang kediaman di Blog, majalah, ebook dan suratkhabar. Penulis juga menjadi penasihat kediaman di rancangan TV dan menjadi perekabentuk kediaman secara alam maya.

Impian Penulis Hanyalah Satu Iaitu:
Meningkatkan Semula Martabat Agama Melalui Senibina Yang bermula dari rumah
Maka terbitlah :
EBOOK BINA RUMAH ISLAMIK





Monday, 2 November 2015

BEKERJA DI RUMAH SECARA DIGITAL

 Teks: khairunnisa hamzahara


 Tips seronok bekerja di rumah #21
-------------------------------------------------
BEKERJA DI RUMAH SECARA DIGITAL


Trend terbaru bekerja dan berpendapatan dari rumah adalah menawarkan khidmat digital. Antaranya :

-Memberi informasi yang dibukukan secara digital (ebook)
-Memberi informasi yang di mayakan (blog)
-Memberi rekabentuk (image)
-Memberi tunjuk ajar (online class)
-Memberi khidmat tempah & penghantaran barang fizikal / digital (dropship / affiliate)
-Memberi khidmat khas (translation, consultation, melalui email)
dan banyak lagi yang boleh dijalankan 100% secara atas talian sahaja.


Dengan ini, tiada modal diperlukan selain daripada modal tenaga, idea dan masa. Namun keuntungan adalah jauh lebih tinggi daripada membuat pekerjaan seperti seperti memberikan perkhidmatan dan menjual produk fizikal sendiri / orang lain yang memerlukan modal, premis serta penyimpanan produk dan menerima kunjungan pelanggan.

Apabila di rumah, bekerja secara digital lebih selesa untuk diri sendiri, keluarga, anak-anak dan orang sekeliling. Kerana hanya memerlukan gadget dan talian internet sahaja serta tidak perlu keluar rumah untuk berurusan dengan pelanggan.
Namun untuk mengusahakannya perlulah ada mentor, sistem, teknik dan ilmu terlebih dahulu. Berani laburkan wang untuk itu. Agar mudah kemudian hari

Khairunnisa Hamzah
senibina kehidupan di rumah
www.khairunnisahamzahara.com

layari perkhidmatan digital Khairunnisa Hamzahara di sini:

Saturday, 24 October 2015

Dari Seorang Blogger Kediaman, Di Jemput pula Sebagai Pengulas Untuk Program TV Tentang Kediaman

Teks: khairunnisa hamzahara


"Masih jauh lagi perjalanan. 
Jalan dengan penuh keyakinan. 
Pesan ayah kena ada comfident, 
pesan ibu kena jaga peribadi, 
pesan suami kena ada redha Illahi. 
Hanya satu, buat sesuatu bukan kerana wang, 
bukan kerana mahu dikenali, 
dan bukan jua kerana mahu menunjuk 
tapi kerana mahu menyampaikan. 
Tidak akan tenang jiwa seseorang 
jika tidak dapat berkongsi 
apa yg diketahuinya 
yg boleh membantu memudahkan urusan orang yg lain"

Monday, 19 October 2015

Rezeki Anak-Anak Dapat layanan VVIP 2 Hari 1 Malam di One World Hotel Petaling Jaya

Teks: khairunnisa hamzahara




"Anak-anak pembawa rezeki" 

Sebenarnya ia bukan sekadar kata-kata. Tapi ia adalah matematik rezeki yang dijanjikan olehNya. Namun masih ramai tidak nampak nikmat rezeki ini lalu menganggap anak-anak ini menyusahkan atau menyempitkan hidup mereka. Bila orang lain jaga anak kita, orang lain pula yang menerima rezeki tersebut.

Alkisah selepas shooting untuk rancangan yang akan datang tak lama lagi iaitu rancangan inspirasi di tv1 bersama fahrin ahmad, saya terkesima menerima salam pengurus produksi yang menghulurkan sejumlah wang rupanya di dalam envelope mungkin sebagai penghargaan kerana saya sudi hadir memberi perkongsian.



Sebelum itu, semasa sesi shooting, team produksi dan fahrin ahmad sendiri asyik menyakat dan melayan anak-anak saya yang kesemuanya turut hadir ke lokasi. Saya sebelumnya risau di mana mahu ditinggalkan anak2 kerana takut tidak dibenarkan bawa ke set. Namun akhirnya saya nekad untuk membawa anak bersama.

Rupanya hadir nya mereka ke lokasi membantu mereka yang lain lebih ceria. Ada kanak2. Ya kanak2 berikan keceriaan dan menjadikan suasana formal menjadi lebih santai dan seronok. Mereka berikan abang dan kakak keropok dan air. Daddy nya diberikan nasi lemak. Makan dahulu kenyang2 ketika mummy berbincang. Alhamdulillah. Rezeki.



Anak-anak saya didepan orang alhamdulillah boleh pula diam. Mereka duduk ditepi set sambil ternganga tengok mummy "Action!". Namun ketahanan mereka mula timbul kegelisahan bila masuk 1 jam pertama. Mana ada kanak2 boleh tahan duduk setempat lama2. Bila si abang mula duduk di stool dengan pelbagai gaya, en fahrin menyakat :

"abang....abang kena duk diam2 tau. 
Abang gerak2 tu, kamera uncle tu dengar bunyi sset..sett..berdeset.."

Lepas kena tegur, si abang duduk diam kembali. Syukur anak mummy bagi kerjasama. Si adik baby demam. Mula2 nangis kemudian tercirit birit lalu krew sediakan bilik beraircond dan tilam. Katanya bg baby rehat. Lama2 baby lena. alhamdulillah bertambah mudah.

Habis shooting, mereka tanya nak ke mana lepas ni?
Saya jawab "nak check in hotel, bagi upah sian tengok diaorang teman mummy. Behave pula tu"

Malam sebelum hadir ke lokasi pengembaran, saya duk fikirkan nak bawa anak2 tidur berdekatan dengan lokasi pengembaran iaitu di damansara. Saya search internet nampak one world di one utama. Namun harga nya sangat mahal bagi kami.

Apabila menerima sejumlah wang dari envelope team produksi, saya bersyukur kerana tidak perlu berkira lagi. Lalu saya terus booking Junior suite secara online. Khas untuk keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang saya.Bertambah tidak pikir panjang lagi aoabila melihat booking online dapat diskaun 50% lagi. Oh saya sangat gembira



Namun saya tak menyangka yang kami sekeluarga dapat juga menginap dibilik yang besar dan mahal harga asalnya untuk 1 malam namun kami tidak perlu bayar mahal kerana yang pertama kami dah dapat elaun dan yang kedua kami dapat offer booking online. jadi hanya sedikit sahaja duit kami perlu keluarkan.

Nak tahu apa yang membuat kami terkejut?

Sebaik sampai suami suruh saya turun dahulu untuk check in. Masa di kaunter:

"maaf puan, sebentar nanti staf dari peridot club akan bawa puan naik ke tingkat 19 untuk check in kerana puan mendapat kelayakan layanan istimewa di sini"
Saya : "hah!" (check in je pun)
Sekejap ya saya nak panggil family saya dahulu.
Saya keluar dan bagi tahu suami. Kami keluarkan beg dan staf hotel datang membantu. Katanya puan dan family boleh terus ke tingkat 19. Beg akan dihantar terus ke bilik.



Sampai di lif, staf berkain belah bawakan kami naik ke tingkat 19. Mewah tempatnya. Saya duduk di armchair untuk tunggu proses check in. Tak perlu berdiri beratur di kaunter bawah. Dalam hati...apakah ini. Suami pula asyik menyakat..uishhh berapa ribu nak kena bayar ni. Mcm tempat org kayo.



Selepas check in saya dimaklumkan yang kami dapat junior suite. Kelebihannya kami automatik menjadi ahli untuk peridot club di situ. Check in check out diatas udara bukan di ground floor.



Kami boleh datang ke peridot club ini bila2 masa dengan akses kad. Di situ ada kerusi urut, mesin urut kaki, movie, lounge area, meeting room dan complimentary breakfast, afternoon snacks dan evening cocktail. Saya masih samar2. Apakah maksudnya makan sepanjang hari dengan percuma sepanjang menginap di sini? Saya masih tak percaya.

Masa masuk ke bilik, anak-anak menjerit
"besarnya bilik ni mummy"
"hey ada chocolate banyak"
"mummy ada air tin banyak"




Anak2 terus ngap chocolate tersebut. Sedang mereka makan saya terfikir nak tanya operator. Bila di tanya katanya chocolate tersebut bayar jadi saya minta mereka stop makan lagi. Kata si abang "ala!"






Bilik terpasang lagu yang menenangkan. Sekali si abang yg boleh membaca menjerit "mummy, ada nama mummy dekat tv ni!"

Saya baca siap tulis "Dear Mrs Khairunnisa Hamzah" (first time saya rasa di welcome begini)



Kemudian beg kami sampai. Lepas berehat seketika. Suami ajak ke peridot club tadi sebab suami nak tinggalkan kami. Dia ada kursus di kawasan sekitar sehingga waktu petang. Suami tanya "betulkan dia kata ada complimentary afternoon snack?" saya kata ya.

Kami pergi dan lihat tak ada orang. Masa kami masuk pelayan tanya nak air apa. Kami sebut saja dibawanya air. Katanya cookies self servies. Sambil tu suami urut kaki. Katanya "betulkan mummy ni complimentary?" . Saya tanya lagi di kaunter club. Dia kata ya. Kerana menginap di bilik tersebut kami dapat kelayakan free enjoy di club ini.



Kemudian suami pergi kursus. Kami naik ke bilik semula. Masa berehat tengok tv si abang tertekan pilihan movie macam dalam skrin kapal terbang. Saya risau berbayar. Mereka pula dah nampak cerita minion dan peguin madagaskar. Saya call lagi operator. Tapi kali ini saya gembira bila operator kata "ya puan boleh tengok semua movie percuma kerana kelayakan untuk bilik tersebut"



Lega banyak mummy. Daddy tak ada anak2 behave tengok movie. Baby lelap" . Sebelum tu masing2 mandi bathup berejam. Dan masa tengok movie mereka tertidur.

Masuk pukul 5.30 mereka bangun tidur dah mula bising balik. Nak itu nak ini. Daddy tak ada mummy kalut. Stok makan lupa belum beli. Sekali teringat yang tadi staf club ada kata kami dapat complimentary evening cocktail.

Saya ajak anak2 bersiap dan naik tingkat 19 di periodt club lagi. Memang tak sangka ada satay, ayam madu, burger, mee celup, buah2an, kek, kuih dan air jus bagai sebagai evening cocktail dan semuanya percuma. Lalu saya message suami yang sedang menunggu masa habis kursus nya " tak payah belu nasi, dapat makan free mcm2 ni" (saya pun whatsappkan makanan2 yg terhidang)




Lalu suami balas "oh sedapnya, jap abang otw balik". Evening cocktail tersebut berakhir pukul 7.00pm. 6.50pm suami sempat sampai dan sempat menikmati semua yang terhidang. Alhamdulillah.

Balik saja ke bilik si abang kata
" eh mummy kenapa ada gelas, tong ice dan sepit atas meja ni"
"haah eh, oh dia nak suruh kita beli air tin dalam petu sejuk dia tu. Takpelah kita minum dengan air mineral je " kata mummy.

Malam tu kami tengok mcm2 movie.
Esok pagi nak breakfast saya teringat dekat peridot club ada breakfast juga. Tapi kita entitled breakfast di main restaurant hotel di ground floor. Jadi saya cadangkan suami kita breakfast di ground floor hotel dulu, lepas bebudak swimming kita minum2 pula dekat peridot club. Yelah dah dapat makan percuma sepanjang hari kan. Rezeki budak2.







Masa pergi mencari swimming pool. Seronoknya mereka sebab ada slide di pool kanak2. Rezeki mereka sebab kosong takde orang langsung. Mandi sakan adik beradik mummy daddy ngan baby pun mandi sama.

Seronok dan selesa sangat 2 hari 1 malam kami berehat dan recharge energy serta aura di sini dengan layanan vvip. Tagline di sini pun ala-ala macam "stay like a celebrity" (tak ingta pula tagline nya)

Masa checkout. Kami dibenarkan late checkout sampai pukul 1. Beg kami diambil dari bilik tapi kami perlu naik tingkat 19 untuk checkou. Sebab kami dapat layanan istimewa. Sebelum checkout kami duduk dulu di kerusi urut dan sofa kemudian boleh pesan nak air apa. Kerana ia masih percuma untuk kami. Siap pesan white coffee dan jus mangga.

Kemudian masa anak2 dan suami bersantai, saya ke kaunter dan duduk di armchairnya untuk checkout.
Kata staf : " okey semuanya okey puan"
Kata saya : oh anak2 ada ambil 3 chocolate di bar bilik"
Kata staf : "oh chocolate dan air tin dalam bilik puan semuanya complimentary. Percuma"
Saya : "WHAT?"

Hehe, sampai hari ni anak2 membebel. Tu la nape mummy tak bg kitaorang makan chocolate tu dan air tin. Kan kitaorang dah kata ni memang untuk kitaorang.

Huhu. Ni namanya silap kaunter bertanya. Saya tanya operator biasa sebenarnya bilik kami dibawah pemantauan peridot club. Di peridot club ahlinya memang dapat chocolate dan drinks di bilik percuma. Oh yang ini nampaknya bukan rezeki kami. Balik tu kami beli chocolate dan lantak banyak2. Puas hati. Tapi tak dapar menutup rasa galat tak habiskan chocolate free di bilik tempoh hari.

Hihihi
Kenangan Selepas shooting mummy
Khairunnisa Hamzah
~senibina kehidupan di rumah~
~rezeki Allah luar biasa~
www khairunnisahamzahara.com

Friday, 16 October 2015

Kenangan Manis Shooting Rancangan INSPIRASI TV1 bersama host rancangan Fahrin Ahmad


SHOOTING BERSAMA FAHRIN AHMAD
Alhamdulillah. Dah selesai. Mula2 kaku nya mummy. Sekali En.Fahrin menyakat masa mula2 nak start berdialog:
Pengarah: Action!
En.Fahrin: Okey, sekarang kita bersama perunding dan perekabentuk kediaman iaitu puan khairunnisa hamzah atau juga dikenali sebagai pakar motivator ustazah siti nurbayah
Mummy: "hah"!!
Pandai fahrin menyakat. Baru mummy borak santai dan tak kekok lagi. Kejap2 di sakatnya...manisnya kurma itu. Haha
Jom kita Mengutip pengalaman dan mengembara di bumi Allah

Ada sesiapa mahu taja pakaian santai untuk sesi shooting rakaman TV? :)



Insyaallah minggu depan hari jumaat Saya ada 1 lagi sesi shooting bersama Fahrin Ahmad untuk rancangan yang sama iaitu rancangan baru akan datang INSPIRASI di TV1, rancangan tentang kediaman untuk informasi mereka yang baru nak memiliki rumah. Namun kali ini saya akan bawakan krew penerbit ke sebuah rumah yang saya mahu kongsikan dengan orang ramai iaitu rumah milik mak kawan saya. Dari rumah teres biasa kepada rumah rehat yang woww! Saya dan fahrin akan datang terjah rumah ini dan shoot setiap sudut tuk tunjukan pada penonton idea transformasi.
Cuma kelmarin lepas sesi interview slot apa kata pakar, saya di sapa oleh pengurus di lokasi :
"puan, jumaat depan pakai santai2 je. Puan boleh pakai seluar ke sebab kita nak ke site kan. Panjat2 tangga lagi"
Hah! Kat sini saya sangkut. Siapa nak sponser pakaian ke site? Meh saya promote kan pakaian korang. Mana tahu penerbit sudi masukan nama kedai korang di akhir rancangan. Kalau tak masuk pun comfirm saya promote kan dekat fb ini dan di blog saya.
(time ni rasa nak ada penasihat imej sendiri je rasa. Haha. Design rumah pandai tapi design diri sendiri hancur. Dah keliling pusing tetap tak reti nak pakai apa)
(maaf ya tempoh hari saya tidak memilih mana2 busana sebab kebanyakannya pm saya busana hari raya dan untuk ke majlis2. Saya mencari pakaian santai)
Nota: tak pasal2 mulut fahrin asyik kata " manisnya kurma ini" (pasal saya pakai mcm ustazah kot. Haha)

Ngomelan
Khairunnisa Hamzahara

Thursday, 18 June 2015

Wanita Yang Tinggal Bersama Anak-Anaknya Akan Tinggal Bersama Rasullullah Di Syurga

Teks: Khairunnisa Hamzahara


Tahun 2015 : Mommy dah jadi ibu anak 3 :) Alhamdulillah


SEBAK

Salam Pagi Jumaat Yang Pertama Di Bulan Ramadhan 2015 ini.
Saat membaca sebuah blog perkongsian hadis mengenai perempuan, jiwa ini tersantun seketika. Sungguh aku jua merinduimu Ya Rasullullah. Moga dengan kasih sayangmu dapatlah ku berjumpa dengan Penciptaku dengan suasana yang aman dan damai


Hadis yang memberikan ku ketenangan di pagi ini:
"Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga"
(sungguh kedamaian seorang wanita itu ada di dalam rumah suaminya, dan kerjaya sebenar seorang wanita adalah sebagai pelindung kepada anak-anak nya dari segi rohani, jasmani dan akali)


(petikan dari BLOG : http://hafizamri.com/hadis-hadis-mengenai-perempuan/)

Alhamdulillah Genap sudah 3 tahun ku meninggalkan alam pekerjaan yang memaksaku meninggalkan anak-anak ku bersama orang lain.
Syukur Ya Allah.
Walau penatnya setiap hari ya ampun.
Namun tidur ku ternganga (nikmat) smile emoticon
Moga allah permudahkan ibu-ibu yang lain yang sedang memasang impian untuk kembali ke rumah bersama anak-anak terutamanya yang punyai anak yang berusia emas (0-6 tahun)
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
work at home mom (WAHM)
Senibina Kehidupan Di Rumah
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com
-------------------------------------------------------------------------
IKLAN:
Dapatkan EBOOK rujukan ibu di sini:
1. EBOOK SURI PROFESIONAL
(kuasai aktiviti ibu sepenuh masa di rumah)
2. EBOOK RAHSIA TEKNIK BRANDING DIRI DAN PERNIAGAAN
(kuasai strategi marketkan diri dan perniagaan dari rumah)
3. EBOOK KEDIAMAN PERTAMAKU
(kuasai asas tentang rumah)
Daftar BELAJAR secara ONLINE:
4. Modul Pembelajaran Online : Bina Blog Bernyawa
(untuk sebarkan karya/bisnes/perkhidmatan dari rumah di Google)
5. Modul Pembelajaran Online : Bina 3D dengan Sketchup
(untuk menjadi pelukis 3d online)
~SENI ITU TIADA BATAS NYA~
~USAHA ITU ADALAH JALANNYA~
~ALLAH ITU YANG MENGIZINKAN SEGALANYA~

Wednesday, 12 November 2014

Jadi Suri Rumah Juga Boleh Berbakti


Assalamualaikum, saya Khairunnisa Hamzah, merupakan arkitek graduan yang pernah berkhidmat di firma swasta dan agensi kerajaan sebagai arkitek. Saya mula memasuki kelas blog puan Masayu Ahmadpada bulan mei 2013, setelah satu tahun bergelar suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan cheesetart dari rumah ketika itu sambil membuat rekabentuk kediaman kenalan terdekat. Di mana ketika itu saya terumbang ambing berhenti kerja dengan notis 24jam sahaja kerana masalah penjagaan anak yang sakit ketika itu. Alhamdulillah dengan menyertai kelas blog, puan masayu guide saya untuk kembali yakin berkongsi tentang senibina. Justeru itu saya buka blog bertajuk Panduan Untuk Kediaman Idaman (http://khairunnisahamzahara.blogspot.com).

Sebelum menyertai kelas blog puan masayu, saya pernah masuk pertandingan rekabentuk kediaman dan tersiar di majalah impiana tahun 2011. Tahun 2012 semakin nampak taringnya apabila saya keudara di rancangan safiyya tv9 berkongsi tentang bekerja sebagai petekabentuk dari rumah. Tahun 2013, saya ditemuramah pula dengan majalah midi dan mingguan wanita. Setelah menyertai jemaah abdr, alhamdulillah menerima lagi temuramah dari pelbagai majalah seperti majalah Nur, Mingguan wanita dan era muslimah. saya juga keudara sekali lagi di tv3,mhi berkongsi tentang bisnes homestay. Semuanya gara-gara blog yg berada di no1 dalam carian Google. Alhamdulillah.

Saya mula menjadi guru online Akademi Bekerja Di Rumah di bawah puan masayu selepas beberapa bulan menyiapkan blog. Kemudian mempunyai berpuluh protege. Setelah ada kekuatan, saya beranikan diri untuk membuat kelas dan seminar secara live. Akhirnya pada mei 2014, saya telah melangkah keluar dari zon selesa dan mendaftar syarikat serta sedang bergerak ke depan lagi untuk menjalankan aktiviti penyebaran ilmu senibina kehidupan di rumah dan merekabentuk kediaman orang ramai.

Oh ya, puan masayu berikan keyakinan untuk saya wujudkan ebook pertama iaitu panduan kediaman pertamaku dan kini alhamdulillah, saya boleh wujudkan ebook ebook yang lain dengan mudah. Ebook yang sudah keluar seperti ebook rahsia teknik branding untuk diri dan perniagaan adalah ebook kedua dan insyaallah lagi tiga hari keliar ebook ketiga iaitu tips ibu boleh bekerja dan berkarya dari rumah. Insyaallah juga akan dilancarkan website perkhidmatan saya sebagai perunding senibina kehidupan di rumah dengan nama website yang bakal dimaklumkan kelak. Ia masih dalam pembikinan dan dalam pendaftaran logo.

Terima kasih pada puan masayu, sahabat guru online, semua protege yang dirindui dan jemaah abdr yang lain. saya doakan abdr menjadi perintis kepada kekuatan suri rumah di malaysia. Mana tahu akan datang indonesia, singapore dan brunei juga 


Selamat maju jaya semua. Moga anda semua berjaya dan berbahagia dunia dan akhirat. Aminn

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Siapa anda? Tinggalkan jejak anda di ruang komen di bawah ;)

Dapatkan Ebook berikut untuk rujukan dan pengetahuan anda terutamanya bagi yang mahu bergelar WAHM (working at home mother)



(RM55 : Tempah Di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html)


(RM45 (pre order) harga asal RM55 sehingga 15 NOV 2014 sahaja)
: Tempah Di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html)


Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO