NUFFNANG

Showing posts with label PELENGKAP DI DAPUR. Show all posts
Showing posts with label PELENGKAP DI DAPUR. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

CARA MENYIMPAN BARANG MAKANAN KERING DI KABINET DAPUR

Teks: khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum dan selamat petang buat semua pembaca blog Panduan Untuk Kediaman Idaman.Kali ini saya ingin mengajak bersama ke dapur pula. Dan kita terus fokus ke ruang penyimpanan barang makanan kering kita di dapur. Sebaik sahaja pulang dari pusat membeli belah, barangan kering yang kita beli tadi ada yang berada di dalam paket plastik, ada yang berada di dalam kotak dan ada yang berada di dalam botol serta tin. Apabila kita buka bungkusan ini, kita perlu menghabiskannya atau menyimpannya semula jika mengunakan sebahagian sahaja. Jika menggunakan plastik, kita boleh mengikat semula dengan menggunakan getah dan penyepit bungkusan makanan yang ada dijual di pasaran. Setelah ikat, kita perlu simpan paket tersebut di ruang makanan kering yang telah kita khas kan. Sedar tak sedar, bungkusan makanan, kotak, tin dan botol makanan kering ini walau di susun ia tetap kelihatan bersepah dan merimaskan ruang dapur. Mungkinkah masih ada cara lain untuk menyelesaikannya?


Ya! Kita boleh menyimpan semula kesemua makanan kering kita tadi di dalam bekas makanan yang boleh di dapatkan di pasaraya atau pengedar Tupperware. Di sini saya sangat sarankan penggunaan bekas yang dikeluarkan oleh Tupperware kerana dengan membeli bekas yang berkualiti tinggi, kita sudah tidak perlu risau tentang daya ketahanannya dan boleh pakai untuk jangka masa lama. Malahan ia ada warranty misalnya jika berlaku kerosakkan pada penutup Tupperware, kita boleh pulangkan semula kepada pengedar dan dapatkan yang baru. 

Berbalik semula kepada cara menyimpan barang makanan kering di kabinet dapur, kita boleh kategorikan bekas makanan kepada setiap barang makanan yang berlainan. Misal untuk kekacang dan rempah, kita guna kan bekas bersaiz kecil, untuk gula dan rempah, kita gunakan bekas rempah, untuk kerook, kerepek dan bijiran cornflakes kita boleh letakkan dalam bekas bersaiz medium. Di sini saya akan kongsikan beberapa contoh cara menyusun dan menyimpan barang makanan kering dengan menggunkan bekas makanan di dalam almari dapur yang di peroleh dari carian Google:-


Jika di lihat pada gambar di atas, ia merupakan cara penyimpanan seperti yang dibuat oleh arwah datuk saya (Al-Fatihah buat arwah). Datuk saya yang menetap di Singapura menjadikan bilik stor kecil sedia ada di kediamannya sebagai stor menyimpan barang makanan seperti gambar di atas. Ini turut boleh diaplikasikan oleh mereka yang mempunyai ruang stor di bawah tangga kediaman masing-masing ( Rumah sekarang terutamanya rumah teres siap telah disiapkan dengan stor kecil di bawah tangga). Untuk di permukaan daun pintu, kalian boleh pasang dan gantungkan bakul-bakul jaring untuk meletakkan tin dan botol makanan kering yang belum dibuka dan belum digunakan lagi. Selalunya bagi mereka yang memunyai kekangan masa dan budget, mereka akan siap merancang untuk sekali beli sahaja stok makanan kering dalam masa sebulan. Jadi stor kecil sebegini diperlukan untuk menyimpan segala stok makanan kering tersebut. Di bahagian dalam stor, boleh dibina para jaring bertingkat-tingkat. Para jaring dari besi keluli sangat sesuai digunakan berbanding kayu kerana dikhuatiri diserang dengan askar anai-anai. Di atas para jaring, kita boleh meletakkan makanan kering yang telah siap diletakkan dalam bekas makanan kering mengikut kategori. Bagi yang rajin dan cermat, boleh lah melabelkan setiap bekas makanan itu dengan kategori atau nama bahan makanan tersebut secara spesifik.


Ketika mendapatkan bekas makanan kering ini, kita perlu merancang dengan baik. Sebaiknya dapatkan bekas makanan dengan sistem modular di mana walaupun mempunyai berlainan saiz untuk lain-lain jenis kategori makanan, kita masih boleh menyusun dalam satu ruang dengan kemas dan teratur kerana saiz nya saling berkaitan dan sesuai antara satu sama lain. Pilih juga warna bekas atau penutup bekas yang sama bagi mendapatkan hasil susunan yang kemas dan memuaskan. Kita juga boleh mengkategorikan bahan makanan mengikut warna bekas atau warna penutup bekas.


Bagi kerepek, keropok dan biskut yang dibeli secara bungkusan besar boleh dibuka dan disimpan didalam bekas penyimpan makanan yang benar-benar berkualiti bagi menjamin mutu keragupan dan kesegaran bahan makanan dari di masuki angin dan lemau. Jika dilihat pada gambar di atas, ia sangat menarik perhatian seisi keluarga baik si anak atau pun si ayah untuk sentiasa berkunjung ke rak makanan ini untuk mendapatkan makanan ringan mereka bagi di bawa kehadapan TV atau ke luar taman. Jika mereka berhenti dari mengunyah, mereka boleh menutup kembali penutupnya tanpa perlu ada isu tercari-cari getah pengikat atau penyepit bungkusan makanan bagi mengelakkan bahan makanan lemau.



Dengan pemilihan warna dan saiz yang bijak, kita dapat menyusun dan koordinat bekas makanan dengan baik sekali dan boleh membuatkan ibu mertua ternganga ketika masuk ke dapur kita. Rahsia nya hanyalah pada Bekas yang kemas dan berkualiti. Kesannya kita dilihat sebagai ibu yang rajin dan sayang pada keluarga kerana kasih sayang seorang ibu terletak pada cara penyediaan makanan kepada seisi keluarga.


Bagi menyimpan barang makanan kering yang banyak dan memerlukan bekas yang besar, kita boleh perbanyakkan membeli bekas yang besar secara seragam dan sama. Mungkin bulan ini kita dapatkan satu bekas, bulan depan lagi satu bekas pula.Lama kelamaan kita telah ada beberapa bekas yang boleh digunakan untuk koordinat barang dan bahan dapur dengan kemas dan menjanjikan nilai yang baik kepada dapur kita untuk keselesaan kita dan keluarga.



Mari kita nilai semula gambar di atas ini. Gambar sebelum dan selepas menggunakan bekas penyimpan makanan. Jauh bezanya. selepas ia dirombak semula dengan cara menggunakan bekas penyimpan makanan. Ia mudah disimpan, mudah di cari, mudah digapai dan mudah untuk anak-anak, suami dan orang lain mencarinya tanpa bantuan dari kita. Ia menjimatkan masa dan yang paling penting ia memberikan mood keselesaan dan keseronokkan si ibu dan seisi keluarga ketika membuka almari penyimpan barang makanan di dapur. 








Untuk yang ingin memulakan penyediaan sistem modular untuk koordinat semula cara menyusun dan menyimpan bahan makanan kering di almari dapur masing-masing boleh mulakan di sini untuk dapatkan bekas modular sistem storage barang makanan =>http://tupperwareonline4u.blogspot.com/2013/11/modular-mates-set.html
Sekian dahulu untuk kali ini, insyaallah saya akan kongsikan banyak lagi sistem bekas pennyimpan dan bekas pintar untuk kegunaan dan kemudahan sepanjang di dapur.

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca,
Dengan itu, Salam Sayang dari saya,
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

>Untuk dapatkan sistem storage makanan dan bekalan makanan untuk kediaman dan seisi keluarga boleh dapatkan di sini: http://tupperwareonline4u.blogspot.com/
>Untuk dapatkan tempahan rekabentuk kediaman atau ruang khusus seperti dapur dan sebagainya boleh lihat di sini : http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
>Untuk belajar bina asas blog dan fan page bagi memperkenalkan perniagaan dan perkhidmatan boleh baca dan daftar di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html



Wednesday, 6 November 2013

Jadi Ahli Tupperware adalah impian setiap suri rumah

Teks: khairunnisa hamzahara






Tupperware

a) Telah Terbukti

Tak perlu lagi bercerita panjang kerana ia telah terbukti dan telah digunapakai sejak turun temurun bermula dari tahun 1940an lagi di malahan ibu-ibu kita juga telah memakai Tupperware ini sejak mereka muda lagi. 

b) Mudah, Menarik & Praktikal

Lihat saja setiap produk yang dikeluarkan oleh Tupperware. Bukan sahaja sangat menarik dari segi rekabentuknya malah ia memudahkan dalam kerja menyimpan dan sangat praktikal untuk digunakan sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah. 

c) Hadiah

Ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan setiap suri apabila memiliki bekas storage makanan di dapur dan membanggakan anak-anak ke sekolah dengan bekalan juga menggembirakan suami membawa bekalan ke pejabat.

Boleh juga dijadikan hadiah buat teman yang baru berpindah masuk rumah, hadiah buat teman yang ingin bermusafir dan merantau, hadiah buat ibu tersayang di kampung, hadiah untuk hari keluarga dan jadi sebahagian daripada hamper untuk pemberian kepada sesiapa sahaja di hari lahir, hari guru , hari keluarga dan seumpamanya


Miliki Hadiah Menarik Selepas Menjadi Ahli Tupperware

PAKEJ 1 : YURAN AHLI RM70



Layak untuk memiliki:
-Sebuah (1) Beg Tupperware
-Sebuah (1) Bekas Tupperware B2B Slice & Store {yang bernilai RM59.80}
-Sebentuk (1) Key Chain Tupperware
-Satu (1) sachet BerryGen -Mixture of Berries & Collagen {yang bernilai RM219 untuk 20 sachet}
-Satu (1) sachet Organic Lacto-Fiber-59 Organic Ingrediants & Milk Thistle {yang bernilai RM59 untuk 12 sachet}
-Senaskah (1) Buku Katalog Harga
-Senaskah (1) Business Handbook
-Senaskah (1) Business Centre Directory
-Senaskah (1) Tatakelakuan
-Sebuku Resit
-Sepuluh (10) helai order form
-Dua(2) helai borang permohonan untuk menjadi ahli Tupperware

ATAU PILIH PAKEJ 2: YURAN AHLI RM280
layak untuk miliki barangan Tupperware seperti yang dibawah. 
Boleh Pilih set gift no.1 ATAU no.2
no.1 : Treasure Box
no.2 : NaturCare Wellness Pack 




Cara Untuk Mendaftar

1. Bayar Yuran Ahli dan Isi borang pendaftaran di sini : 
http://tupperwareonline4u.blogspot.com/p/order-form.html

2. Emailkan Salinan Kad Pengenalan Di : tupperwareonline4u@gmail.com

3. Alamat Penghantaran hendaklah disertakan di dalam borang Online tersebut dengan betul dan lengkap. 


        KHAIRUNNISA HAMZAHARA
        {Senibina Kehidupan Di Rumah}
Sejak menjadi ahli Tupperware, saya rasakan dapur saya sangat selesa kerana dapat menyimpan bahan masakan mentah dan kering dengan selamat, praktikal dan menarik tak kira di kabinet mahupun di dalam peti sejuk. Untuk bawa bekalan ketika travel juga tidak lagi jadi masalah tapi menyeronokkan. Semasa hari raya haji yang lalu, ibu saya sempat membawa tupperware mangkuk tingkat berisikan juadah hari raya dan berkelah di bawah pokok kerana lepas solat raya, teru ada acara korban di mana ibu salah seorang yang menjadi peserta korban pada hari tersebut. Hidup lebih bermakna dengan Tupperware. Dulu saya dengar saja, sekarang saya ingin memiliki kesemuanya. Insyaallah. Ia berbaloi dan ada warranty. Alah membeli menang memakai :)
Jemput singgah blog Tupperware saya di sini:
FB fan page Tupperware Saya Di sini:

Monday, 21 October 2013

Bekas Kedap Udara Berkualiti Tinggi dan Diminati Ramai

Teks: Khairunnisa Hamzahara

Tak sungguh, orang tak kata. Seronok rupanya memilik bekas kedap udara yang berkualiti tinggi. Bukan sekadar mampu melindungi dan mengekalkan kerangupan makanan kering yang disimpan , malah ia mempunyai warranty sepanjang hayat di mana jika bekas ini mengalami kerosakkan seperti lusuh dan koyak, kita boleh menukarnya semula dengan PERCUMA. Ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat yang menjual bekas kedap udara ini.

Semasa mula-mula menerima bekas kedap udara ini di rumah, terasa sangat teruja untuk membukanya. Dalam satu kotak ada 8 bekas berbagai saiz. Dari yang bersaiz 600ml muatan di dalamnya sehinggalah yang bersaiz muatan 3.8L. Mak sendiri dan mak mertua juga sukakan bekas kedap udara ini. Semasa mendapat berita harga satu set bekas ini jatuh sebanyak 25%, cepat-cepat saya order. Alhamdulillah kini dah pun ada di rumah saya. Insyaallah memang inilah koleksi bekas kedap udara yang akan jadi milik saya sekeluarga selamanya. Bergaya dan berkualiti.

Tinggal lagi 8 hari sahaja sebelum promosi tamat. Rebut peluang memiliki bekas kedap Udara Bergaya dan Berkualiti ini sebelum harganya kembali ke harga asal di sini BEKAS STORAGE KEDIAMAN






//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

~Kini penulis dah jadi ahli tupperware bagi mendapatkan kemudahan dan potongan harga yang lumayan bagi memiliki semua bekas pintar dan smart yang dikeluarkan oleh Tupperware sebagai pelengkap sistem storage di dapur dan ketika keluar beraktiviti bersama keluarga. 

~Untuk turut menjadi ahli Tupperware, boleh hubungi penulis di 
email :khairunnisahamzahara@gmail.com
atau whatapps : 0197720507
(ibu-ibu pasti suka :))

Seronok bila bekerja di rumah, hari-hari boleh buat kerja apa yang kita suka. Saya dah jatuh hati dengan Tupperware pula. 
Mari belajar bina blog dan fan page secara online di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

Jemput singgah :

FB Official Tupperware penulis : https://www.facebook.com/pages/Tupperware-Online-Untuk-Kediaman/509996715753367

Blog Official Tupperware Penulis : http://tupperwareonline4u.blogspot.com

Thursday, 3 October 2013

BEKAS PINTAR DAN KEMAS DI DAPUR - 1

Teks: Khairunnisa Hamzahara




Alhamdulillah, hari ini saya berkesepatan untuk berkongsi cerita tentang kelengkapan di kediaman. Kali ini fokus di dapur. Dapur adalah nadi kehidupan di kediaman. Yang pasti, dapur adalah ruang yang paling menghiburkan buat seisi keluarga terutamanya Si Ibu!. 

Untuk mulakan memasak, hampir kesemua resipi masakan lauk pauk di Malaysia memerlukan bawang untuk menumis. Betul ,kan? Bawang mewangikan setiap masakan kita. Begitu juga dengan saya selaku ibu suri rumahtangga di rumah. Memasak adalah perkara kemestian bagi saya kerana anak-anak akan meminta makanan setiap masa. Jadi saya perlu bijak menyediakan menu makanan anak-anak.

Berkenaan dengan bawang, saya telah mencuba pelbagai bekas dan bakul untuk meletakkan bawang saya. Bermula dengan bekas tupperware yang besar, saya tidak boleh menutup bekas tersebut. Jika tidak pasti bawang meruap. Jadi saya gunakan bakul yang mempunyai lubang angin. Bakul ini diperbuat dari daun dan dikeraskan. Namun, ruang dapur yang lebih kepada konsep moden tidak pula sesuai dengan bakul yang digunakan ini.

Lama juga saya biarkan saja keadaan ini. Alhamdulillah, mujur, kali ini saya bertemu dengan bekas bawang pilihan saya. Moden bergaya dan praktikal untuk bawang dan barangan kering segar yang lain seperti kentang, halia, dan kunyit.

Sukanya hati kerana perkara pertama yang saya gusar setiap kali masuk ke dapur adalah melihat bekas bawang saya di mana bawang lah bahan pertama yang saya ambil untuk mulakan memasak masakan untuk keluarga. Hati mana yang tak ceria bila kegusaran di dapur telah terubat. 



Selain kelihatan moden dan bergaya, saya juga sangat suka bekas bawang ini kerana:

1. Ia sangat berinovatif, ada penjuru yang bercerun untuk memudahkan saya mengambil bawang dari bukaan pintunya. Dan saya membeli beberapa buah bekas untuk di susun bersama. Bekas ini boleh disambungkan antara satu sama lain. Menarik bukan? :)

2. Untuk menutup rapat, saya hanya perlu menekan di tepi penutup dengan menggunakan kedua-dua ibu jari

3. Bekas ini lutsinar dan saya boleh melihat bekalan bawang saya sudah hampir habis atau masih penuh sebelum pergi membeli belah tanpa perlu membuka penutupnya

4. Yang paling best, bekas ini ada lubang-lubang angin untuk pengudaraan bagi bawang yang meruap.

Cuba lihat lain-lain imej untuk lihat bertapa bergaya dan selesanya bekas bawang yang modern bergaya ini :



Untuk dapatkan bekas bawang yang modern bergaya ini dapatkan di sini , ada promosi hebat untuk bulan oktober, namun stocknya adalah terhad :


//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
Senibina Kehidupan Di Rumah

Untuk belajar buat blog secara online, boleh lihat di sini :

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO