NUFFNANG

Showing posts with label TENTANG PERABOT. Show all posts
Showing posts with label TENTANG PERABOT. Show all posts

Thursday, 16 January 2014

Tajaan 2 : Sofa Leather Itallian Style yang telah di "Repair" Semula

Teks: khairunnisa hamzahara

Kali ini, saya ingin kongsikan tentang tajaan sofa untuk rumah contoh untuk blog Panduan Untuk Kediaman Idaman Ini. Sebenarnya ia adalah sofa lama milik kedua ibu bapa mertua saya sendiri. Sofa ini pada asal nya bewarna merah hati. Ia sudah lama terdampar di rumah adik ipar. Namun, bapa mertua telah menghantarnya ke sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan "Repair Sofa".

Sebenarnya, tak semestinya perlu beli baru. Sofa yang masih elok boleh ditukar atau diperbaikirupa luarannya. Ini kerana, sofa buatan lama dulu lebih berkualiti dan tahan lasak. Jadi, sayang untuk melepaskannya ke tangan orang lain. Biarlah ia turun temurun pada keluarga sendiri. Si penerima boleh lah menukar ganti sarung sofa yang baru mengikut trend terkini di zaman mereka ketika itu.

Minggu lepas, setelah sofa ini siap di baiki, Syarikat yang membuat perkhidmatan "Repair Sofa" ini datang semula ke rumah adik ipar untuk menghantar sofa yang sidah siap dibaiki dan ditukar ganti sarung nya. Namun, di rumah adik ipar juga sudah ada set sofa yang lain. Jadi katanya pulangkan saja ke rumah mertua. Namun, rumah mertua juga sudah ada sofa yang baru. (Proses baiki sofa ini makan masa, jadi keluarga seolah sudah lupa akan kewujudan sofa ini). Kemudian lori tersebut membawa pulang semula ke kedai "Repair Sofa" semula untuk disimpan sementara waktu sehingga dituntut semula.


Esoknya, mertua melihat semula sofa yang siap dibaiki di kedai tersebut dan ingin jelaskan kos baiki sofanya. Kata mertua sebaik tiba di rumahnya " Wah, cantiknya. Macam Baru. Sudah seperti kerusi Lorenzo!" K ami hanya tersenyum. Mana taknya, kos membaik pulih dan menukar sarungnya yang dulu bewarna merah hati kini menjadi off white (cream) memakan kos sebanyak rm1500. Namun, sememangnya berpuas hati dengan hasil sofa tersebut kerana ia sememangnya kelihatan baru dan nampak mahal.

Kami sangat gembira apabila, bapa mertua menyampaikan hasrat agar sofa tersebut diletakkan saja di rumah contoh kediaman Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman ini. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka. Walaupun lain dari rancangan asal, namun kami tetap bersyukur mendapat tajaan sofa ini. Siapa sangka ia adalah kerusi lama, kerana ia benar-benar kelihatan baru dan elegant. 




Tidak pernah terpikir di ruang moden ini akan datang sofa leather ala italian ini. Namun, yang pasti, jika ingin menguji daya kreativiti kita, cubalah bermain dengan cabaran. Ia menjadi cabaran buat saya apabila sofa yang tidak dirancang gaya nya sampai ke ruang tamu rumah contoh saya ini. Namun, insyaallah saya akan update lagi pada masa akan datang, bagaimana sofa ini digayakan di ruang tamu rumah contoh blog Panduan Untuk Kediaman Idaman.


Apa yang dipelajari hari ini, adalah; benda yang lama tidak semestinya dibuang, malah apabila ia diperbaharui, ia lebih baik dari benda yang baru. Jangan pernah membataskan diri kita dengan mencari benda yang baru sahaja, namun, cabarlah kreativiti diri kita dengan mengamalkan menggunakan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang diberikan. Insyaallah, hidup di dunia akan menjadi lebih mudah dan tidak tertekan bila kita menerima sesuatu itu seadanya. Berjumpa lagi di entry yang lain,

Wassalam

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Email: khairunnisahamzahara@gmail.com
Whatapps: 0197720507



Tempah rekabentuk kediaman : http://rekabentuk3donline.blogspot.com/

Dapatkan ebook panduan kediaman pertamaku :http://kediamanpertama.blogspot.com/



Thursday, 24 October 2013

Panduan Memilih Sofa Bed

Teks: khairunnisa hamzahara
Imej : Google

Sofa merupakan perabot yang paling lama dan paling teliti dibuat pemilihan nya oleh ramai pemilik kediaman. Masing-masing tidak mahu tersalah membeli. Bukan murah untuk memiliki sofa yang selesa. Dan pembelian mungkin sekali sahaja (kata si suami masing-masing). Jadi perlulah bijak memilih. Dalam banyak-banyak jenis sofa, sofa bed merupakan jenis sofa yang mendapat sambutan hangat. Ramai yang ingin memilikinya. Cuma harganya mungkin lebih mahal dari sofa biasa. 

Sofa Bed atau sofa katil ini kini menjadi pilihan ramai pemilik kediaman terutamanya oleh pemilik kediaman yang bersaiz kecil. Sebab apa? Semestinya sebab ia boleh menyediakan 2 fungsi yang berbeza kepada pemilik nya. Boleh duduk bersantai dan boleh baring lena di atasnya. 

Namun pasti sebelum membeli sofa bed idaman ada yang ingin melihat-lihat dahulu di internet dan di majalah, sofa bed mana yang terbaik mengikut budget masing-masing. Di sini saya ingin kongsikan beberapa panduan dan imej sofa bed untuk pembaca-pembaca setia blog Panduan Untuk Kediaman Idaman. Kita lihat dulu gaya Sofa Bed yang ada di pasaran:

GAYA TIDUR MODEN UNTUK TUANNYA



Gambar: Sofa bed jenis Corner (L-shape)

Gambar:: Sofa bed jenis Corner yang dihias cantik. Dalam satu ruang boleh jadi ruang tidur (bilik tidur) dan ruang sofa(ruan tamu)
Gambar: Sofa jenis corner (L-shape). tempat duduk sofa di alaihkan dan dirapatkan menjadi katil



GAYA MUDAH KLIK KLAK
Gambar: Klik Klak jenis fabrik

Gambar: Klik Klak Jenis Leather
GAYA SORONG DAN TARIK 
Gambar : Sorong Tarik Jenis Kulit (leather)


GAYA TRANSFORMASI 2 TINGKAT

Gambar : inovasi sofa bed, struktur yang kuat membolehkan ia dibuka untuk tempat tidur 2 tingkat

Gambar: Tempat tidur 2 tingkat di mana tingkat bawah hanya perlu ditarik dan disorong. Tingkat atas kekal sama seperti tempat duduk asal

RUANG YANG PALING SESUAI UNTUK MELETAKKAN SOFA BED INI ADALAH:
-Ruang Tamu yang berkongsi dengan ruang TV
-Ruang TV yang berkongsi dengan ruang keluarga
-Bilik yang bersaiz kecil terutamanya bilik anak-anak
-Apartment Studio tanpa bilik di mana satu ruang untuk semua. Di situ ruang tamu, di situ jugalah ruang tidur

Namun, Sebelum membeli, pastikan dahulu perkara di bawah:
1. Bagaimana ia berfungsi
2. Bagaimana untuk menukar tilamnya yang baru kemudian nanti
3. Bagaimana gaya yang sesuai untuk anda dan ahli keluarga yang lain
4. Di ruang mana akan diletakkan sofa bed ini nanti 
5. Perlukan sofa bed jenis Single atau Double atau jenis Corner
6. Pikirkan tentang praktikalitinya di ruang anda nanti. Sangat perlu, sekadar perlu atau akan menyesak lagi ruang

KEBAIKKAN MEMILIKI SOFA BED DI RUANG KEDIAMAN
~Menjimatkan Ruang
~Boleh bertukar dari Sofa tempat duduk kepada sofa katil
~Boleh Mengubah ruang dan mood sekelip mata

MASALAH YANG BOLEH ANDA HADAPI DENGAN MEMILIKI SOFA BED DI RUANG KEDIAMAN
~Proses melipat dan memasukkan semula tilam boleh menyebabkan sistem katil rosak atau longgar
~Mudah patah, rosak, sebab selalu digerakkan
~Daya ketahanan rendah jika membeli yang tidak berjenama
~Tidak dapat beli tilam ganti di kedai biasa, perlu tempah semula

Lepas ini, insyaAllah saya akan kongsikan berkenaan DAY BED pula. Untuk tahu apa bezanya Sofa Bed dan Day Bed, kita baca entry yang akan datang pula.

Salam Sayang dari saya

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi

Untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang kediaman, hubungi penulis di sini: khairunnisahamzahara@gmail.com





Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO