NUFFNANG

Showing posts with label 15. MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label 15. MOTIVASI. Show all posts

Monday, 4 December 2017

JOM PANDAI DEKOR BERSAMA. GUNAKAN SENTUHAN MAGIS TANGANMU SENDIRI UNTUK BUAT HIASAN DALAMAN (INTERIOR DESIGN) SENDIRI

Teks: Khairunnisa Hamzah


Rumah kita dah macam rumah terbalik? 
MAHU PANDAI DEKOR? 

NOTA: cari poster JOM PANDAI DEKOR


Uish, terkejut besar saya bila seorang jutawan yang sangat berpengaruh di Malaysia pernah kongsikan rahsia besarnya.

Apa dia?

Menurut beliau, kehidupannya mula berubah semenjak dia mula kisah untuk menyusun atur rumah dan pejabat nya dengan baik.

Kajian pakar psikologi dan pakar motivasi mendapati apabila seseorang mengusahakan sesuatu usaha dengan membuat persediaan dan perancangan yang baik, maka 50% usaha itu telah pun berjaya. Selebihnya adalah sikap dan mentaliti seseorang.

Oleh itu, adakah hanya jutawan sahaja yang oleh hidup dalam keadaan teratur dan selesa?

Jika insan yang terdahulu hidup berjaya pernah berkongsi bahawa hidupnya yang biasa-biasa mula jadi luar biasa apabila ia mengubah persekitaran dan cara hidupnya, adakah kita sanggup untuk tidak heran akan nasib kita? Kerana Allah juga pernah berfirman bahawasannya DIA tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri.

Perlukan ber mahal-mahalan dalam merekabentuk dan menghias?

Ayuh buang pemikiran sebegini. Sebab mahal belum tentu menjanjikan sesuatu ruang itu selesa, cantik dan praktikal jika tersalah memilih atau membuat keputusan.
Ya, inilah yang dibimbangkan, bukan?
Kita takut untuk tersalah memilih dekor. Silap haribulan kita boleh rasa mabuk atau asyik nak marah berada dalam ruang tersebut kerana seperti ada sesuatu yang tak kena. Sebenarnya kita yang "santau" diri sendiri.

Jika Ahli sihir boleh gunakan kuasa magiknya, kini kita juga mampu mengubah keadaan ruang kita. Untuk apa?

Ruang yang dinaik taraf, dihias, disusun dan di dekorasikan akan memberikan impak LUAR BIASA seperti ini:
-Menaikan Nilai Hartanah sediaada
-Memupuk kasih sayang
-Membuatkan rasa seronok untuk berada di situ
-Menarik tetamu dan pelanggan
-Menarik perhatian
-Menarik rezeki
-Memutik mood dan aura positif
-Memberikan rasa hebat pada diri dan penguna ruang
-Memberikan keindahan dan kedamaian
-Memberikan keseronokan dalam kehidupan
-Melahirkan anak-anak yang gembira dan terdidik perilaku
-Mencetuskan semangat kerja dan menjadikan pekerja progresif
dan banyak lagi impak positif

Siapa yang perlu ada ILMU PANDAI DEKOR ini? 
Mestilah ia penting kepada

-Ibu institusi kekeluargaan
-Bos yang berdedikasi
-Insan yang hebat dan luar biasa
-Pemilik butik dan kedai yang mempunyai produk yang berkualiti
-Pemilik homestay
-Pemilik Virtual Office
-Anda yang mahu mulakan hidup yang positif
dan sesiapa sahaja

Jom. Bagi peluang kepada diri untuk tahu gunakan sentuhan magis tangan sendiri. Tidak perlu tongkat sakti, hanya perlu teknik dan ilmu PANDAI DEKOR sebelum boleh mengubah ruang yang anda ingini. 



Klik di sini untuk turut sama pandai dekor

JOM!
bengkel : JOM PANDAI DEKOR

hari : SABTU
tarikh : 16 Disember 2017
lokasi : Bandar Baru Bangi


Sebarkan berita baik ini kerana diluar sana ramai yang sedang menderita kerana takut untuk melakukan perubahan pada ruang kerana tidak yakin dengan pilihan diri sendiri. Nak upah orang pula tidak berkemampuan. 

Tekan LIKE, kemudian SHARE kan post ini. Setelah itu berilah sedikit KOMEN di sini untuk anda dijejaki. Kerana anda yang bantu menyebarkan berita ini akan menerima 10 TIPS ASAS DEKOR RUANG di email masing-masing selepas selesai bengkel nanti.
Dan ayat SHAREing yang paling best akan menerima PERKHIDMATAN REKABENTUK 3D untuk satu ruang secara PERCUMA (saiz tidak lebih 10x10 kaki) Mulakan hari dengan lebih baik

Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi.
Ia adalah Senibina Kehidupan

Yang Benar
KHAIRUNNISA HAMZAH
senibina kehidupan di rumah

Tuesday, 29 November 2016

Buku Supermama Untuk Panduan Ibu Sepenuh Masa Di Rumah Sudah Terbit




Tempahan boleh dibuat di sini:
Pertanyaan whatsapp 0197720507

Harga Buku RM18
Untuk Pos tambahkan kos pos
Sampul pos semenanjung RM8
Sampul pos Sabah Sarawak RM11

Selepas membuat pembayaran pada maklumat yang diberikan pada link di atas, masukkan maklumat pembeli di dalam borang online pada link yang sama beserta taipkan bukti pembayaran seperti taipkan no transaksi , masa dan tarikh. Lengkapkan maklumat penghantaran. Buku akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju

KISAH DI SEBALIK PENGHASILAN BUKU SUPERMAMA

Semuanya bermula dari 4 tahun yang lalu. Ketika itu saya dan suami memutuskan untuk mummy berada di rumah bersama anak-anak setelah anak-anak melalui 5 episod pertukaran tempat jaga anak-anak. Anak pertama dan kedua jua sering menghidap penyakit dan keluar masuk hospital. Pada ketika itu, bertahun-tahun lamanya kami mempunyai masalah yang berpanjangan yang tidak tahu bila akan berkesudahan seperti tidak punya masa dengan anak-anak, pergi kerja subuh balik 9.00 malam, hutang keliling pinggang, tempoh kesesakan jalan raya setiap hari, sehingga hubungan kami panas dan komunikasi tidak baik. 

(Saya ada kongsikan kisah lanjut di muka depan buku ini sebagai pengenalan kepada buku ini)

Akhirnya kami bersetuju untuk mummy berada di rumah. Maka saya berikan surat letak jawatan kepada majikan. Apabila pulang ke rumah saya sangka kan semuanya mudah. Namun rupanya tidak semudah yang di sangka.

Saya alami episod kemurungan dan hilang jati diri. Jadi tidak hairanlah jika kita dengar ada ibu yang meroyan atau sakit jiwa apabila sudah biasa bekerja kemudian tiba-tiba pulang ke rumah. Tambahan lagi orang sekeliling tidak menyokong tindakan saya termasuk ibu bapa sendiri dan mertua yang tidak berapa sedap hati melihat anak lelaki nya seorang yang kena mencari rezeki.

Banyak delima yang saya hadapi. Setelah 1 tahun melalui pelbagai episod, ujian, eksperimen dan jatuh bangun sendiri, Alhamdulillah akhirnya saya menemui kekuatan itu semula. Allah tunjukan jalan yang berliku untuk saya ambil semua pengalaman dan dijadikan panduan buat yang lain pula rupanya.

Barulah saya sedar, Allah swt memilih saya untuk di uji kerana DIA tahu saya mampu meredahnya dan DIA tahu yang saya akan menyampaikan sesuatu pada ibu lain pula. Ini amanahNYA kepada saya. Saya akhirnya menulis 116 tips untuk ibu-ibu di luar sana yang saya rasakan penting untuk diketahui dan di aplikasikan di rumah. Terutamanya buat ibu-ibu sepenuh masa yang masih terkapai-kapai mencari apakah yang "aku" perlu buat di rumah ini? 

Buku ini ditulis agar menjadi panduan. Semoga tiada hasutan syaitan yang boleh melemahkan ibu-ibu. Kerana apabila kita sudah tahu sesuatu kebaikan dan apakah tujuan, kita tidak akan berasa negatif dan lemah lagi. Tanpa ilmu bagaimana untuk beramal, kan?

Sebelum buku ini diterbitkan secara fizikal, ia telah lama berada di alam maya sebagai Ebook. 2 tahun di alam maya, ia menjadi permintaan ibu-ibu yang sering membaca secara online. Selepas 2 tahun, saya ingin menjadikan buku ini versi bercetak. Lalu saya hantarkan manuskrip ke pihak penerbitan Telaga Biru. Alhamdulillah pada November 2016, ia telah selamat diterbitkan dan berada di pasaran. Kini ia boleh di dapati di seluruh kedai-kedai buku di Malaysia yang ada menjual buku Telaga Biru.

Namun, semenjak buku ini diterbitkan, kenalan dan follower kebanyakan mohon saya untuk berkan kata motivasi dan berikan tandatanagn (autograf) di hadapan buku. Jadi jika ada pembaca di sini yang ingin mendapatkan Buku Supermama siap autograf, boleh lah buat order di sini (lihat maklumat di atas sekali).

Seronok pertama kali melihat buku hasil penulisan sendiri di rak buku MPH bangi gateway

Si kakak senyum sambil menunjukkan buku mummy nya yang kini berstatus buku keluaran terbaru telaga biru

Ketika di booktiue telaga biru untuk mendapatkan beberapa naskah untuk penulis. Saya juga ambil stok buku untuk di sign dan di poskan pada pembaca yang mahu beli dari saya siap autograf



Anak-anak sudah kenal buku ini apabila masuk ke kedai buku


Buku Supermama di jadikan Hadiah Perkhawinan untuk panduan ibu-ibu baru




Ibu dan ayah turut gembira dengan penghasilan buku ini, lalu dihadiakan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka

Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah pada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. 
Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membuat jualan atau ekspo barangan ibu dan anak, boleh lah turut menyertakan buku Supermama ini kerana ia sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ibu-ibu yang mementingkan keluarga. Untuk order buku ini siap bertandatanag, boleh hubungi saya selaku penulis untuk urusan ini. 

Akhir kata, semoga buku Supermama ini mampu menjadi salah satu pendorong untuk ibu-ibu di luar sana mempunyai kuasa luar biasa demi keluarga tercinta

Salam sayang

Penulis
Buku Supermama
KHAIRUNNISA HAMZAH
Penulis dan perekabentuk kediaman online
http://khairunnisahamzahara.blogspot.my

Whatsapp : 0197720507
Email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Thursday, 18 June 2015

Wanita Yang Tinggal Bersama Anak-Anaknya Akan Tinggal Bersama Rasullullah Di Syurga

Teks: Khairunnisa Hamzahara


Tahun 2015 : Mommy dah jadi ibu anak 3 :) Alhamdulillah


SEBAK

Salam Pagi Jumaat Yang Pertama Di Bulan Ramadhan 2015 ini.
Saat membaca sebuah blog perkongsian hadis mengenai perempuan, jiwa ini tersantun seketika. Sungguh aku jua merinduimu Ya Rasullullah. Moga dengan kasih sayangmu dapatlah ku berjumpa dengan Penciptaku dengan suasana yang aman dan damai


Hadis yang memberikan ku ketenangan di pagi ini:
"Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga"
(sungguh kedamaian seorang wanita itu ada di dalam rumah suaminya, dan kerjaya sebenar seorang wanita adalah sebagai pelindung kepada anak-anak nya dari segi rohani, jasmani dan akali)


(petikan dari BLOG : http://hafizamri.com/hadis-hadis-mengenai-perempuan/)

Alhamdulillah Genap sudah 3 tahun ku meninggalkan alam pekerjaan yang memaksaku meninggalkan anak-anak ku bersama orang lain.
Syukur Ya Allah.
Walau penatnya setiap hari ya ampun.
Namun tidur ku ternganga (nikmat) smile emoticon
Moga allah permudahkan ibu-ibu yang lain yang sedang memasang impian untuk kembali ke rumah bersama anak-anak terutamanya yang punyai anak yang berusia emas (0-6 tahun)
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
work at home mom (WAHM)
Senibina Kehidupan Di Rumah
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com
-------------------------------------------------------------------------
IKLAN:
Dapatkan EBOOK rujukan ibu di sini:
1. EBOOK SURI PROFESIONAL
(kuasai aktiviti ibu sepenuh masa di rumah)
2. EBOOK RAHSIA TEKNIK BRANDING DIRI DAN PERNIAGAAN
(kuasai strategi marketkan diri dan perniagaan dari rumah)
3. EBOOK KEDIAMAN PERTAMAKU
(kuasai asas tentang rumah)
Daftar BELAJAR secara ONLINE:
4. Modul Pembelajaran Online : Bina Blog Bernyawa
(untuk sebarkan karya/bisnes/perkhidmatan dari rumah di Google)
5. Modul Pembelajaran Online : Bina 3D dengan Sketchup
(untuk menjadi pelukis 3d online)
~SENI ITU TIADA BATAS NYA~
~USAHA ITU ADALAH JALANNYA~
~ALLAH ITU YANG MENGIZINKAN SEGALANYA~

Wednesday, 13 May 2015

Rezeki Allah ada di mana-mana


Rezeki Allah ada di mana2.
Keluarga ini tidak bergantung kepada "kerja"
sehingga menyebabkan mereka tidak boleh melihat dunia.
Mereka mengembara kelilingi bumi allah.
Ambil pengalaman, jalini ukhuwah dengan beribu-ribu orang dan keluarga lain.
Paling menarik disepanjang pengembaraan mereka dengan kereta lama,
mereka peroleh anak sorang demi seorang.
Mereka telah membuktikan yang "rezeki" bukan bergantung kepada "kerja".
Allahuakhbar!



Sunday, 26 April 2015

MUDAHNYA BEKERJA DARI RUMAH DENGAN ICT (INTERNET)


Alhamdulillah,
Baru saja berniat lepas pantang nak mulakan balik sesi mikrofon. Tup, tup,..Masa masih bertapa dalam gua lagi ni, satu demi satu message dan email masuk dari pelbagai agensi.
(Tahun ini saya buka untuk sesi talk & seminar, perkongsian tentang Kediaman / Hiasan Dalaman/ Senibina Kehidupan Di Rumah/ Bekerja Dari Rumah Dengan Internet/ Suri Professional dan sebagainya. PM saya untuk perbincangan)
Minggu lepas saja terima beberapa jemputan untuk menjadi speaker bagi seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh mereka yang bukan calang-calang organisasi. Namun ada juga yang terpaksa ditolak sebab tarikhnya masih dalam pantang.
Ini saya kongsikan sesi mikrofon pertama saya selepas pantang ,pertama kali sertai ceramah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ni, di perkarangan perpustakaan awam, pantai Bachok, Kelantan dengan topik
Mudahnya Bekerja Dari Rumah Dengan ICT
(information communication technology)
Sesi ini selama 2 jam pada 1 Mei 2015 (cuti hari buruh) siapa balik kampung, jom pakat datang, jumpa di sana!- terima kasih kerajaan negeri kelantan atas jemputan ini. InsyaAllah akan dimanfaatkan sebaiknya.
Siapa orang kelantan yang nak tahu macam mana bekerja dari rumah dengan ICT, jom bersesi 2 jam bersama. (ilmu ini ditaja oleh kerajaan negeri kelantan) Ni Hambo terbe dari KL nak jupe ore kelate smile emoticon

Meh, pakat datang.
Tolong SHARE kan poster ni sikit.
Hebah kan pada rakan dan taulan yang ada di lokasi berhampiran.
Kak Tipah datang kelantan nak cerita macam mana nak buat kerja dari rumah guna internet. Mudah je sebenarnya. Yang penting tahu cara!
Nak tahu tak? Hah, Lepas tu siapa datang sana, hambo bekal kan ilmu free lagi, hambo send dekat email masing-masing bagi yang mahu. ( EBOOK PILIHAN)
p/s: kalau ada rakan fb di sini yang datang ke sana nanti, kita pakat ambil gambar sama , okey?. (ADA SUPRISE GIVE BAGI SIAPA YANG BERGAMBAR BERSAMA)
~Erk, ada ke yang nak bergambar bersama Kak Tipah? Haha~

Thursday, 27 March 2014

Kitalah Arkitek kepada Senibina Kehidupan Kita sendiri!

Teks: khairunnisa hamzahara




Salam Jumaat

[Senibina Kehidupan]

Orang Arkitek kata : Architecture Is My Life
Orang Business Kata : Business Is My Life
Orang Insurance kata : Insurance Is My Life
Orang Music kata : Music Is My Life

Tapi tahu kah kita yang sebenarnya : "ISLAM IS MY LIFE"

Jadi dalam kehidupan, kita perlu membinanya mengikut undang-undang Islam. Insyaallah semuanya menjadi mudah dan lancar. Selagi mana kita tidak mengikut kehidupan cara Islam, selagi itu kita ditimpa masalah dan kesukaran hidup. Berubah secara perlahan, Insyaallah satu persatu nikmat akan kita perolehi. Cabaran? Itu perkara biasa. Orang yang ingin berubah kepada jalan yang lebih baik akan menghadapi banyak cabaran. Tetapi, tidak ada satu perkara yang perlu ditakutkan atau dimalukan melainkan Allah.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Apa jua pekerjaan yang sedang kita buat,
kita sebenarnya sedang berniaga
kita sedang berurusan dengan orang!

Jika kita kuat dan bertenaga,
mempunyai idea yang mencurah-curah,
mempunyai semangat luar biasa,
Manfaatkan ia!
Berdiri atas tapak kaki sendiri
Usah biarkan hidup di dalam genggaman orang lain
Usah biarkan permata hati diasuh oleh tangan yang lain
Dengan cara ini banyak masalah asas dalam kehidupan boleh ditangani

Berniaga tidak semestinya menjual produk
Berniaga juga adalah memberikan idea atau perkhidmatan
Apa jua kepakaran kita,
Apa jua kemampuan kita,
Kita boleh kembangkan ia menjadi perkhidmatan yang boleh membantu memudahkan kehidupan orang lain

Perniagaan yang maju adalah perniagaan yang memberikan perkhidmatan menyelesaikan masalah orang lain!

Mula kan Projek Pembinaan Perniagaan kita hari ini!
1.Berniaga perlukan Penjenamaan
2.Berniaga perlukan Master Plan/ Blueprint/Business Model
3.Berniaga perlukan Strategi Pemasaran dan Memperkenalkan

"Jadilah Arkitek kepada kehidupan sendiri kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubahnya sendiri"

Hadir ke:
Bengkel Branding Yourself & Business Strategies
Untuk mahir ketiga-tiga perkara di atas di mana ia merupakan asas penting dalam perniagaan
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 31 Mac 2014
Daftar di: www.bengkelbranding.com / http://bengkelbranding.blogspot.com/
SMS "bengkel" di 0197720507

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah




Sunday, 16 March 2014

Buku penyuntik semangat dan sumber makanan minda, jiwa dan rohani

Teks: khairunnisa hamzahara





Inilah peneman di SOHO bulan ini. Anda punya yang mana? ;) siapa yang sama pejabat dengan saya dulu pasti tahu sehari saya boleh habis rm50 masa breakfast tapi bukan bawa balik ofis tapau makanan tapi penuh dengan buku, majalah dan suratkhabar. Kalau saya lambat balik ofis pun boss suruh member cari di kedai buku. Sekarang boss besar dekat rumah suruh simpan resit buku, boleh kurangkan cukai tahunan katanya ;)

>>Daftar ke bengkel penjenamaan diri dan perniagaan di sini:
    http://bengkelbranding.blogspot.com

Sunday, 19 January 2014

Memulakan Perniagaan Dari Apa Yang Sedia Ada

Teks: khairunnisa hamzahara


Bayangkan diri di campak ke sebuah negara yang asing sehelai sepinggang.
Apakah yang diri kita boleh buat untuk dapatkan wang bagi mendapatkan sesuap nasi?

-Menyanyi lagu yang orang gemari dan menghiburkan lalu orang membayarnya selepas selesai menyanyi?
-Melukis sesuatu yang orang ramai minati dan menjualnya?
-Membuat hasil kreatif dari alam semula jadi dan menjualnya?
-Memberikan perkhidmatan membantu angkat barang dan mendapat upah daripada tenaga yang diberikan tadi?
-atau apa saja yang dirasakan boleh dibuat untuk mendapatkan bayaran atau upah (rezeki)?

Jadi, tidak semestinya anda yang sedang termenung, tidak mampu menjana pendapatan sendiri. Mulakan menjana pendapatan sendiri dengan apa yang ada pada kemahiran, bakat dan kepandaian yang dianugerahkan oleh Allah swt. Yakin lah, ianya lebih bernilai dan membawa hasil yang lumayan dunia dan akhirat berbanding anda bekerja dengan majikan. Yakinilah diri sendiri, yakinilah Allah.

Saya mahu berkongsi satu cerita yang selalu diceritakan oleh suami berulang kali. Katanya seekor kera yang sedang memegang pisang sebiji perlu buat keputusan untuk lepaskan pisang tersebut untuk mengangkat pisang setandan pula. Ini bermakna kadang-kala apa yang dilepaskan itu hanyalah satu perkara yang kecil saja, sebab kita perlu fokus untuk membuat sesuatu perkara yang lebih besar hasilnya. Dan tips dari seorang peniaga cina, katanya, berniagalah dengan sesuatu yang diminati atau ia bermula dari hobi. Jangan pernah berniaga perkara yang tidak pernah dicubai atau yang tak pernah di ketahui mutunya.

Bagi yang ingin mengembangkan hobi dan minat nya atau kemahirannya kepada perniagaan yang boleh menjana pendapatan, email saya untuk kita mulakan nya. Nasihat saya, mulakan secara sambilan di alam maya, kemudian setelah dapat gear, usahakan sepenuhnya secara sepenuh masa. 
Syaratnya, ada komputer, ada internet ;)

Baca di sini untuk lebih faham : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/bekerja-dari-rumah.html
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/bekerja-dari-rumah.html

Sunday, 16 June 2013

Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi

 
Gambar: Kenangan, Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi. Selepas jatuh cinta sepenuhnya pada keluarga dan rumah sendiri, terbitlah keberanian dan perasaaan nekad untuk saya berhenti bekerja dengan majikan dan berusaha setiap hari walau hanya di rumah sahaja :)
Teks : Khairunnisa Hamzahara

Assalammualaikum

Rumah adalah tempat bermulanya kehidupan seharian. JIka selesa rumah kita maka selesa lah seiisi keluarga. Betapa besarnya peranan seorang ibu rumah tangga. Berpengalaman sebagai ibu dan isteri yang bekerja dan tinggal di rumah sepenuh masa menjadikan saya menghagai masa. Saya benar-banar merasai masa itu emas. Pernah juga bermalas-malasan di awal pagi. Natijahnya saya sendiri yang tidak tertanggung. Ia mungkin jadi tidak apa jika seseorang itu tidak mencipta aras sassarannya untuk sasaran kerja sepanjang hari, sepajang minggu, sepanjang bulan, sepanjnag tahun dan sepanjnag kehidupannya. Matlamat hidup perlu jelas. Se jelas dengan misi setiap saat. Jika dibiarkan masa itu berlalu begitu sahaja dan ianya tidak mampu berpatah balik. Tiada perkataian "Kalau " dalam Islam. Yang ada adalah usaha dan berjuang dalam kehidupan.

Inginkan kebahagaiaan, inginkan suasana idaman tetapi tiada usaha yang digerakkan. Ianya mungkin boleh menjadi perkara mustahil untuk diperolehi. Saya sendiri sering mengingatkan diri sendiri, ciptalah aura positif pada diri, pasti aura itu dapat kita salurkan kepada keluarga kita. Kelak kita mendapat keluarga yang positif dan bahagia. Usaha keras bermula dari rumah, hiasi rumah hiasi peribadi. Setipa hari saya cuba ingatkan diri agar mengambil iktibar diatas apa kerjakan dan hasil dari pekerjaan itu kita cuba mencari aan itu makna disebalik pekerjaan itu dan kita tukarkan sifat dan bentuk pekerjaan itu kepada nilai-nilai peribadi diri. 

Misalnya ketika membina dan menghiasi sesebuah kediaman, ia menjadikan saya berfikiran nekad dengan melihat ikatan batuan pembinaan dan lepaan simen serta deretan tiang yang kukuh, ia seolah-olah menunjukkan struktur yang kuat dan menyelamatkan rumah tersebut. Struktur ini dan binaan luaran ini cuba bertarung dan bertahan dengan cuaca panas terik dan hujan lebat dengan mempertaruhkan dirinya. Apa ada di dalam rumah ini? Apa ada disebalik binaan ini? Disebalik binaan ini ada sebuah kehidupan, ada beberapa ruang yang dihiasa cantik dan tersusun rapi, dilengkapi dengan bau-bauan yang wangi. Keselesaan di dalam melupakan penghuni akan keadaaan panas terik diluar dan hujan lebat yang melanda.

Kita ambil pengajarannya dalam kehidupan kita sebagai suami isteri, sebagai lelaki dan perempuan. Saya melihat struktur danbinaan luar tadi sebagai si suami yang menggunakan kekuatan seorang lelaki untuk keluar mencari rezeki, si isteri pula yang dilindungi tadi menunjukkan kasih sayang nya dengan mneyediakan kediaman yang selesa. Begitulah apabila setiap mereka memainkan peranan dan tanggungjawab yang digariskan. Andaikata sebuah bangunan tiada hiasan di dalamnya, ia ibarat bangunan yang tidak bernyawa dan tiada rohnya. Sekali lagi sebelum saya memulaka rutin harian, mengemas rumah dengan mencurahkan sepenuhnya kasih sayang dan hasil seni di kediaman saya sendiri, saya ingin berkongsi Tagline saya ini, Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi. Insyaallah kita sebuah berolah keberkatan dalam kehidupan berkasih sayang dalam keluarga. Amin

//KHAIRUNNISA HAMZAH//

Thursday, 13 June 2013

Senjata Rahsia Menjadi Wanita yang Hebat adalah dengan Membuat Perancangan

Teks : Khairunnisa Hamzahara




Assalammualaikum

Selamat Pagi kepada semua pembaca
Alhamdulildilah syukur kepada illahi kerana kita semua masih berpeluang hidup di pagi hari ini.

Kepada yang sedang menuju ke tempat kerja, berhati-hatilah. Jika tersekat dalam jem, cuba gunakan masa ini untuk berfikir tentang perancangan hari ini dan matlamat hidup. Gunakan masa tersebut dengan positif, elakkan mengeluh kesah atau bergaduh sesama kenderaan lain. Bagi ibu-ibu yang di rumah pula, mulakan kerja rumah seawal pagi kelak pasti banyak masa yang boleh dimanfaatkan jadi adalah masa untuk diri sendiri pula. 

Mari saya berkongsi tentang Trinny dan Susannah. Mereka ini adalah gandingan dua wanita yang hebat di UK. Mereke masih baru dan muncul di siaran langsung di sebuah stesen tv yang bernama ITV di UK. Mereka ini telah pelajari bagaimana mengahadapi kesibukan menguruskan rumah, kluarga, kerja dan aktiviti sosial tetapi masih mempunyai masa untuk diri mereka sendiri.

Di tangan saya ada sebuah buku yang dikarang oleh mereka yang bertajuk "The Survival Guide-A woman secret weapon for getting through the year" Di dalam buku ini mengandungi tunjuk ajar dan panduan bagaimana untuk mengimbang kehidupan yang sibuk seharian tetapi masih kelihatan hebat dan berasa hebat sepanjang hari sepanjang tahun. Teruja bukan?

Senjata rahsia mereka adalah menjadi seorang yang terancang. Merancang setiap perkara dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar besar perkara. Trinny & Susannah The Survival Guide adalah kemuncak kepada panduan perancangan kehidupan wanita, yang dilengkapkan juga dengan ruang untuk menyimpan data  informasi dan maklumat penting seperti no telefon tukang paip dan sebagainya. Dan di dalam buku ini juga mereka menonjolkan tentang menceriakan kehidupan dan juga tip bagi menjimatkan masa.

Mereka memberikan pandangan terkini tentang bagaimana untuk memilih pakaian dengan betul yang bersesuaian dengan diri seseorang, bentuk badan, masa dan tempat. Di dalam buku ini telah dilengkapkan dengan apa sahaja maklumat yang diperlukan oleh seorang wanita tentang keperluan dan pengetahuan-ia menceritakan tentang seni untuk tidak melihat paras umur diri sendiri, macam mana nak mengubahsuai pakaian lama agar kelihatan baru dan segar, dan bagaimana untuk memberikan hadiah yang tepat kepada orang yang sepatutnya. Di sini juga memuatkan bagaimana mereka menyenaraikan kedai-kedai yang terbaik mereka pilih di tempat mereka untuk membeli barang-barang tertentu. 

Mereka juga menyenaraikan idea-idea yang hebat untuk destinasi hujung minggu, nasihat untuk keluar membeli dengan anak-anak kecil dan anak-anak remaja, membeli belah ketika ada jualan murah, membersihkan kotoran, bulan untuk berehat, bersedia menghadapi cuaca, mengendali kejadian biasa yang selalu terjadi pada barangan rumah dan ketika musim cuti sekolah, dan tetapi setelah melalui semua ini masih sedang membina masa untuk memenuhi impian sendiri.

Tambahan di dalam buku ini ada perkara yang hebat tentang menguruskan dan menggunakan internet, menggunakan google, bijak dan pandai menggunakan ebay, dan website serta blog yang memberi input yang berguna dan boleh menjadikan diri wanita itu semakin hebat dan mengubah kehidupan harian seseorang. 

Saya rasa menarik membaca buku ini, insyaallah jika ada masa terluang saya akan berkongsi dengan semua apa yang terkandung dalam buku ini. Selalamat berjumpa lagi. Wassalam

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Wednesday, 12 June 2013

Kelas Asas Blog

Teks : Khairunnisa Hamzahara
Assalammualaikum kepada semua pembaca sekalian

Keputusan yang saya buat selepas meletakkan jawatan menjadikan saya seorang ibu yang tinggal bersama 2 orang cahaya mata 24 jam sehari. Saya gembira dengan keputusan saya, tiada lagi orang atasan atau orang bawahan seperti dalam organisasi dan birokrasi ketika bekerja di pejabat. Hampir setahun saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Namun disebabkan Allah menganugerahkan minda yang aktif dan badan yang sihat menyebabkan saya tidak boleh duduk diam di rumah. Ada sahaja yang saya buat untuk memastikan ilmu yang ada semakin berkembang dan boleh dimanfaatkan orang lain. 

Saya pernah mempunyai sebuah blog yang saya bina ketika mula-mula berkhidmat di sebuah agensi kerajaan pada 4 tahun yang lalu iaitu : http://nuanisa.blogspot.com/ sejak awal saya menulis blog saya telah memikirkan idea untuk berkongsi tentang apa sahaja dengan masyarakat umum di luar sana. Saya merasakan ada satu jiwa yang bergolak di sebalik kehidupan saya yang penuh dengan rutin dan tugasan di pejabat. Selama 4 tahun saya perhalusi jiwa saya, saya makin nampak dan saya yakin saya gemar berkongsi, namun siapa saya, bukannya seorang pakar motivasi yang terkenal, bukan pula seorang pakar kediaman yang diminati ramai. Namun ia tidak mematahkan semangat saya.

Saya cuba mencari website dan sumber rujukan lain yang boleh mebantu saya untuk menulis sebuah website atau blog dengan cara yang baik dan berpengaruh. Lama juga saya mencari. Hampir 2 tahun sebelum saya meletakkan jawatan sebagai penjawat awam. Sebulan sebelum saya meletakkan jawatan saya terjumpa sebuah ebook JanaWangDari Rumah hasil penulisan Kak Masayu Ahmad. Saya tanpa berpikir panjang dan tanpa berbincang dengan suami saya membeli ebook ini. Sejak hari itu saya gemar mengikuti catatan Kak Masayu Ahmad yang membawa kepada keterbukaan hati saya dan nekad untuk melepaskan jawatan dan pualng ke rumah dengan hati berlapang dada dan berbekalkan sedikit panduan. 

Melayari kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa selama 1 tahun menjadikan saya gemar mencuba apa sahaja, saya membuat dan mengedar cheesetart, saya menceburi bidang perniagaan hartanah, saya membantu suami berniaga insurans, saya mengamalkan ilmu senibina saya dengan membantu jiran membuat pelan ubahsuai, membantu rakan-rakan membuat 3D hiasan dalaman, saya ambil upah membuat 3D perabot jenis bina dalam dan pelbagai lagi, tak terlepas juga dari menjadi guru tadika di tempat anak saya sekolah dan membuat lukisan mural di dinding tadika tersebut dengan upah yang lumayan. Pendek kata semuanya saya cuba. Namun saya pasti ada satu perkara yang saya inginkan sangat dan saya perlu keluarkan dari diri saya

Saya tak tahan lagi, lalu saya beranikan diri menyapa kak Masayu Ahmad dalam FB. Saya bertanyakan beliau bagaimana beliau membuat jadual rutin harian, lalu beliau mencadangkan agar saya masuki kelas beliau. Beliau menyakinkan saya untuk membuat sebuah blog yang berkongsi dengan pembaca tentang kepakaran saya dan maklumat yang saya nak sangat berkongsi kepada orang ramai dengan cara penulisan yang berpengaruh agar sentiasa dipilih untuk dibaca dan dimanfaatkan bukan terbiar begitu sahaja.

Akhirnya pada bulan April yang lalu saya mula mendaftarkan diri dan ketika itu saya tidak mempunyai laptop sebab laptop saya ada di service centre. Kebetulan masa itu saya sibuk pula mengikuti suami outstation dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk berblog. Alhamdulillah kak Masayu faham keadaan saya dan selepas pilihanraya saya mula nekad untuk start menuntut ilmu dengan kak masayu secara serious.


Alhamdulillah, satu persatu beliau mula tunjuk kan langkah. Beliau membuat analisa terlebih dahulu kepada saya tentang apa minat dan kepakaran saya. Banyak yang saya ceritakan, namun akhirnya kak Masayu terbau akan kepakaran saya dan menyakinkan saya untuk menulis tentang satu kepakaran untuk dikongsi bersama masyarakat. Saya rasa bertuah kerana kak Masayu memberi tunjuk ajar seakan-akan pensyarah ketika saya membuat degree dahulu. Memberi pencerahan terhadap tajuk dan pecahan bab terhadap tajuk utama tersebut.

Kini saya rasa bersemangat dan teruja untuk menulis blog. Makin hari makin dapat rentaknya. Kata kak Masayu, perlahan-lahan, lama-lama saya akan boleh menulis 5-10minit untuk satu entry. Tak sabar rasanya. Kini saya masih berguru dengan beliau dengan pengharapan akan menghasilkan sebuah ebook yang boleh diletakkan di pasaran. Moga hasil penulisan ini menjadi tapak untuk saya mencambahkan ilmu saya. Andaikata satu hari nanti nyawa ditarik kembali, catatan penulisan saya adalah antara bekalan untuk saya yang mana boleh dimanfaatkan dalam rutin kehidupan orang lain demi keluarga yang tersayang akan terbela sebuah agama dan negara.

Bagi yang ingin mengikuti kelas ini saya sangat menggalakkan, ia bukan semestinya untuk mereka yang telah berhenti kerja malah boleh juga bagi mereka yang sedang bekerja. Kelas ini dijalankan secara flexible di mana kita bersoal jawab dan mendapat tugasan serta dokumen maklumat secara online sahaja. Ikut bila-bila masa yang kita selesa dan boleh kita luangkan. Jika Kak Masayu tidak online, kita boleh tinggalkan massage sahaja dan beliau akan jawab apabila sekembalinya beliau di atas talian. Sangat mudah dan berkesan. Kita juga akan dimasukkan ke dalam sebuah group tutorial di mana kita akan bertemu protege-protege yang lain. Yang pasti setiap dari protege akan menghasilkan sebuah ebook yang pertama dalam hidup bersama kak Masayu di akhir kelas ini. Pasti teruja kan? Begitu juga dengan saya. Semoga saya diberikan kudrat untuk menghasilkan ebook Panduan Lengkap Kediaman Anda pada masa terdekat ini. Insyaallah..aminn

untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh layari di sini :

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO