NUFFNANG

Showing posts with label BEKALAN AKHIRAT. Show all posts
Showing posts with label BEKALAN AKHIRAT. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIMAHNYA WALAUPUN DI MATA KITA IA ADALAH KEKURANGAN ATAU KEHILANGAN


Perkongsian dari message whatapps ibu saya pagi ini:

SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA WALAU DI MATA KITA IA KELIHATAN SEPERTI KEHILANGAN ATAU KEKURANGAN YANG NYATA

"Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan. 

Kemudian, raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. 

Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini". Penasihat itu menjawab dengan tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". 

Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, si raja meneruskan hobinya. 

Kali ini, raja itu berseorangan. Lama beliau di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke hutan dalam. 

Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka. 

Lalu, mereka menangkap raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar. Perencah dan rempah sudah dimasukkan. Air pun telah dimasukkan sehingga paras dadanya. Hanya belum dinyalakan api sahaja. 

Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Batin mereka. Kata mereka,"Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?". Tok Batin menjawab,"Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya". 

Lalu, mereka memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. 

Hal itu pun diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab,"Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya". Raja itu pun dilepaskan. 

Dengan segera si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana. Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis. Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya,"Wahai tuanku, apakah yang telah terjadi?". 

Tuanku menceritakan segala yang terjadi. "Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka". Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku, ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi korban mereka".
---
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt.
---
Kisah ini disampaikan oleh Habib Najmuddin bin Othman Al Khered di dalam Malam Cinta Rasul 
Semoga dapat dijadikanBH iktibar dan bermanfaat untuk kita.
---
Moga Allah Redha.

Thursday, 5 December 2013

Barangan rumah yang dibeli, musnah sekelip mata

Teks: khairunnisa hamzahara

Allauhurabbi, sedang saya menyiapkan ebook Panduan Kediaman Pertamaku, sebak pula mengenangkan nasib saudara kita yang dilanda banjir. Sebanyak mana pun kita berhati-hati dalam penjimatan dan pemilihan barangan kelengkapan kediaman, jika Allah nak ambil semula nikmatnya, sekelip mata barangan tersebut boleh musnah dan rosak. Kesempatan menggunakan barangan tersebut sekelip mata sahaja. Ia memang mungkin pernah kita miliki tapi bukan rezeki kita selamanya. Takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga yang sedang dilanda musibah banjir di Pahang. Sungguh menyayat hati. Bagaimanalah mereka untuk teruskan kehidupan hari-hari esok. Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul. Jika ada wang yang banyak boleh lah bina semula kehidupan baru di rumah. Jika hanya ada wang cukup-cukup makan setiap hari, bagaimana pula ingin beli semula kelengkapan rumah yang hancur musnah? Bagi yang berkemampuan, ringankanlah beban mereka dengan menghulur bantuan. Jika ada program mengutip derma, kita hulurkanlah jika tak mampu ke sana untuk memberikan bantuan. Allahurabbi. Allah saja yang tahu hikmah disebalik ujian ini. Ya Allah, selamat kan kami dari bencana dan azab mu Ya Allah. Ringankalah mereka yang sedang di Kau Uji ketika ini. Semoga mereka beroleh katabahan dan pahala di sisi mu. Amin, amin, amin

Saya menerima message dari seseorang untuk hulurkan bantuan derma. Boleh lah sama-sama kita menderma di sini secara ikhlas. Wallahualam



  • salam..akak dan beberapa sahabat ada buat kumpulan unt bantu mangsa banjir di kuantan.. Kalau nak turut serta boleh masukkan sedikit sumbangan ke akaun maybank FATIMAH LAILI BUSTAMAN 106164210111 dan emel ke ciklee2908@gmail.com


  • tu brg yg dibeli dr derma kilat yg kami buat smlm dan dlm proses penghantaran
    doakan kwn yg htr tu selamat redah banjir


Tuesday, 22 October 2013

Mencari Cahaya Pelita Untuk Menyuluh Kehidupan

Teks: khairunnisa hamzahara





Subhanallah, sedang merenung seketika, mencari cahaya baru di pagi sore, tertanya-tanya apakah cahaya baru hari ini. Jiwa seakan kosong. Lantas mengambil Al-Quran, dan membaca sambungan surah yang belum habis di baca. Annur-ayat 35. Dan terus membacanya, lantas bergetar jiwa, seakan Allah menjawab persoalan di jiwa. Memang sungguh Allah tidak berkata-kata dengan kita secara direct, tetapi bila buka Al-Quran terus membaca ayat sambungan seterusnya , terus sampai ke ayat di bawah ini. Sungguh Allah sedang berkata-kata. MasyaAllah:

"Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the oil of] a blessed olive tree, neither of the east nor of the west, whose oil would almost glow even if untouched by fire. Light upon light. Allah guides to His light whom He wills. And Allah presents examples for the people, and Allah is Knowing of all things"

"Allah adalah cahaya di langit dan di bumi. Perumpamaan cahaya seperti di dalam pelita. Pelita itu di dalam kaca. Kaca itu seakan-akan bintang berkilauan, ia dinyalakan dari pohon yang penuh keberkatan, pohon zaitun itu tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat. Hampir-hampir minyak dia menerangi walaupun tidak menyentuh apinya. Cahaya di atas cahaya. Allah memberi petunjukNYa kepada cahayaNya yang dikehendakiNya. Dan membuat Allah memperumpamakan bagi manusia. Dan Allah dengan segala sesuatu yang Maha Mengetahui"
Surah An-Nur ayat 35

Allahuakhbar! Allahurabbi! Lailahaillallah....
Sungguh Allah Maha Mengetahui Segala isi hati setiap makhluk ciptaanNYA


Catatan Pagi
7.30am
23.10.2013

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi

http://khairunnisahamzahara.blogspot.com

Sunday, 29 September 2013

Tujuan Hidup Dan Rezeki

Teks : khairunnisa hamzahara




(1) TUJUAN HIDUP:
"UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN"

(2) REZEKI:
"BAGI MEMENUHI TUJUAN HIDUP"


KEBERKATAN

Apakah kita faham akan erti kehidupan yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t. Kehidupan ini adalah semata-mata sebagai ujian untuk kita melepasi siratulmustaqim atau sebaliknya. Perkara Asas dalam kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah ke atas hambanya adalah memenuhi tujuan hidup agar dapat kembali ke pangkuan Allah dengan selamat. Fitrah kejadian dan tujuan hidup semua manusia di muka bumi ini adalah berusaha untuk mendapatkan keberkatan dalam kehidupan. 

Agak sedih jika ada yang tidak nampak perkara "asas" ini. Kerana segala punca malang dan kecelakaan adalah kerana hidup tanpa keberkatan. Apa gunanya hidup tanpa keberkatan? Di manakah nikmat kehidupan tanpa keberkatan? Kita tahu keberkatan itu penting tetapi ramai yang menganggapnya perkara kecil.

Dalam membina keluarga dan kediaman, pastikan kehidupan harian penuh dengan keberkatan. Keberkatan ini bukan sahaja perlu dituntut dari Allah. Malah kita perlu berusaha mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Ibu Bapa, Suami Isteri, Anak Beranak, Adik Beradik, Saudara Mara, Rakan Taulan dan masyarakat sekeliling serta tidak lupa terhadap makhluk Allah yang lain. Ya, keberkatan itu perlu diusahakan. Diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu menggembirakan Allah, Ibu Ayah, Suami Isteri, Anak-anak, Adik beradik, saudara mara, rakan taulan, masyarakat sekeliling dan makhluk Allah yang lain sebelum kita mendapat keberkatan dari mereka yang seterusnya menjadikan doa mereka makbul untuk kita, kita mendapat hidup yang bahagia dan rezeki yang melimpah ruah. 

REZEKI

Rezeki pula adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ingatlah bahawa tujuan untama dalam hidup bukanlah mencari rezeki tetapi mencari keberkatan hidup!. Rezeki di cari bagi memenuhi tujuan hidup tadi. Rezeki juga di cari bagi mendapatkan keberkatan mereka yang disebutkan tadi. Tanpa rezeki bagaimana pula untuk meneruskan kehidupan. Rezeki adalah "tool" untuk menjalani kehidupan yang berkat. Jadi, adakah kita boleh ambil sambil lewa tentang perkara rezeki ini? kerana rezeki yang tidak halal tidak dapat membina kehidupan yang penuh dengan keberkatan.

Rezeki bukan sahaja berbentuk wang ringgit. Tetapi rezeki juga adalah berbentuk Ibadah, kesihatan, masa, kehidupan, ilmu, dan kemudahan. Misalnya ,Tidak semua orang dapat rezeki ibadah walaupun dia seorang yang pernah belajar di sekolah agama. kerana mungkin setelah bekerja, dia sibuk dengan kerja hariannya. Sering pula dia melambatkan solatnya dan jarang mengajinya. katanya iman nya sentiasa ada di dada walau sibuk macam mana. Quran pula tersemat di jiwa. Ia ada, ia memang miliknya tetapi ia bukan rezekinya kerana rezeki itu adalah sesutau yang dimanfaatkan dan digunakan sentiasa. 

Begitu juga dengan kehidupan. Ada yang miliki isteri dan anak-anak tapi perlu outstation berbulan lamanya. Ya, dia ada anak dan isteri tapi pada bulan itu , ia bukan rezekinya untuk menjalani kehidupan dengan anak dan isterinya. Begitu juga dengan masa, dia punya masa tetapi masa itu bukan rezekinya. masa itu dihabiskan untuk menyelesaikan kerja majikannya. Dia juga punya ilmu, miliki ilmu, tetapi ilmu itu bukan rezekinya kerana dia tidak dapat manfaatkan ilmunya. 

Perkara ini benar-benar membuka mata hati sang pencinta kedamaian dan ketenangan. Dapatkan keberkatan, rezeki pasti datang. Jangan pernah takut untuk berhenti kerja seketika untuk menunaikan solat kerana takut dibuang kerja. Tidak ada apa yang perlu ditakukan melainkan Allah. Rezeki Allah maha luas. Jangan kita meletakkan rezeki kita kononya di tangan majikan. Kononnya rezeki itu datang dari usaha kita. Buang jauh pemikiran begini. Nikmat rezeki Allah yang bagi. Bukan pula selepas dapat rezeki kita bole award diri dengan perkara lagha seperti berhibur dan bersuka ria. Siapa kita untuk meraikan rezeki yang diterima? Rezeki yang diterima perlu disalurkan kepada usaha untuk tujuan hidup tadi, iaitu usaha untuk dapatkan keberkatan.

Misalnya:
Rezeki Wang Ringgit 
untuk keberkatan illahi - menunaikan umrah dan haji
untuk keberkatan ibu bapa - bantu ibu bapa dalam perbelanjaan harian (mudahkan urusan)
untuk keberkatan suami/isteri -bantu pasangan memudahkan pekerjaan/urusan
untuk keberkatan anak - gunakan untuk pendidikan dan pengasuhan
untuk kebekatan orang lain- sedekah dan hulurkan bantuan

Rezeki Kesihatan
untuk keberkatan illahi- manfaatkan kesihatan dengan menunaikan ibadah sebanyak mungkin
untuk keberkatan ibu bapa - bantu ibubapa menggunakan pancaindera yg ada

dan seterusnya begitulah. Sama juga dengan rezeki masa, rezeki kehidupan, rezeki kemudahan, rezeki ilmu dan sebagainya. Selepas dikurniakan rezeki ini, kita perlu menyumbangkannya ke arah keberkatan hidup. Hidup bukan milik kita. Hidup bukan hak kita. Tetapi hidup adalah hak Allah. Bagitu rumit kan? Tetapi jika kita faham konsepnya, ia jadi mudah. Seperti orang yang pandai berniaga, setelah tahu asasnya, dia mampu adaptasikan kepada perkara lain. Sebab itu kita kena kuasai erti kehidupan. Agar kita tidak tersasar jauh. Agar kita ada landasan yang betul. Dan kita boleh adaptasikan maksud kehidupan ini dalam semua pekerjaan yang sekaligus akan membentuk diri kita dengan peribadi muslim yang mulia.

Saya dan suami suka dengar lagu dari anak kecil yang datang nya dari Indonesia ini yang bernama Tegar. Cuba hayati lirik lagunya. Dan saksikan video youtube nya di youtube ya. Moga kita yang sibuk "bekerja" dan "berniaga" dapat mengahayati seketika maksud kehidupan , dan di mana keberkatan dalam kehidupan kita. Insyaallah kita perbaiki sama-sama :)


Lirik Lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Tegar


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua


untuk yang terakhirnya, kita perlu tahu yang manusia yang berusaha pula terdiri dari 2 jenis. Yang pertama dia selalu kata "memang rezeki dari Allah tapi kita perlu usahakan" orang yang sebegini lebih membesarkan usahanya dari Allah . Sedang dia tidak perasan jika tiada rezeki kesihatan, rezeki ilmu dan rezeki wang ringgit yang diberikan Allah , maka usaha bagaimana pun ia tidak akan dapat. Orang begini lebih akan meraikan setiap kejayaannya kerana merasakan kejayaan itu adalah hasil dari titik peluhnya. Lebih parah ia boleh menimbulkan rasa bermegah dan sombong walau mulutnya sentiasa berkata ALhamdulillah di hadapan manusia dan ketika berucap.

Satu jenis lagi adalah jenis yang membesarkan Allah dalam setiap perkara sehingga dia akan berkata " memang perlu berusaha tetapi rezeki itu semuanya datang dari Allah". Manusian sebegini akan mendahulu kan Allah dalam banyak perkara. Dan ucapan Alhamdulillah di mulutnya adalah ucapan Alhamdulillah yang benar-benar mensyukuri nikmat Allah, bukan mengucap dengan riak. Subhanallah, Astaghfirullah, moga kita tergolong dalam golongan manusia yang pertama tadi.

Akhir kalam,
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi kelak pasti rumahku menjadi syurgaku :)

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

marilah kita mulakan mencari rezeki secara lebih luas melalui alam maya agar dapat kita memenuhi tujuan hidup kita bagi memperoleh keberkatan dari Allah dan manusia serta makhluk di sekaliling kita.

Blog adalah tools percuma untuk penyebaran maklumat dan perniagaan di alam maya. Mula daftar diri untuk menyertai kelas asas blog. Layari di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html









Wednesday, 11 September 2013

6 Cara Untuk Dapat Pahala Berterusan Walau Telah Meninggal Dunia

Teks : khairunnisa hamzahara





Dapat whatapps dari ibu tadi:


Ada enam cara untuk perolehi ganjaran berterusan walau selepas mati nanti. Pahala Sentiasa berterusan selagi ia dimanfaatkan.



CARA PERTAMA


1. Menyertai dalam pembinaan masjid. 

    Bilamana setiap kali muslim yang solat di masjid tersebut,
    kita dapat pahala.


CARA KEDUA


2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital.

    Bilamana setiap kali ada pesakit menggunakannya, 
    kita dapat pahala.


CARA KETIGA


3. Bagi Al-Quran kepada seseorang, 

    Bilamana setiap kali orang membaca al-quran tu , 

    kita dapat pahala.


CARA KEEMPAT




4. Letakkan water cooler di tempat awam. 

    Bilamana setiap kali orang minum , 

    kita dapat pahala


CARA KELIMA




5. Tanam pokok yang boleh berteduh 

    Bilamana setiap kali orang atau binatang berlindung di pokok tu, 
    kita dapat pahala


CARA KEENAM


6. Panjangkan message ni pada orang lain,

    Bilamana setiap kali orang lakukan kesemua yang di atas selepas membaca message ini 
    kita dapat pahala


Alhamdulillah, dengan berblogging banyak ilmu yang dapat dikongsikan bersama. Moga inilah antara yang bakal menajdi bekalan kita di akhirat nanti. Tinggalkan ilmu sebegini di blog , setiap kali beribu orang masuk dan lakukan apa yang di baca ni di blog kita, kita dapat pahala, insyaallah. Janji Allah itu pasti!


Jom belajar buat blog. Nak masuk kelas PM FB: Nisa Nua dulu untuk analisa dan proses selanjutnya 


ATAU boleh ke sini untuk tahu lebih lanjut tentang kelas Asas blog:


Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO