Teks : khairunnisa hamzahara
Imej : Google
Imej : Google
Assalammualaikum
Pasti ramai yang sudah mula bosan dengan suasana rumah yang sama sahaja setelah bertahun-tahun menginap di rumah yang sama. Setiap tahun masing-masing cuba ubah suasana kediaman dengan mengubah warna cat dinding rumah sahaja.
Apa kata kali ini bukan sekadar sapuan cat sahaja di dinding rumah, tetapi menghias dinding dengan elemen-elemen lain yang boleh mengubah nilai dinding di rumah . Rasanya masih belum terlambat untuk mulakan mengubah dinding di rumah masing-masing. Yang penting, seisi rumah gembira dengan suasana baru di rumah sendiri.
Memetik kata-kata di sebuah majalah tempatan baru-baru ini :
"Jadikanlah rumah kita sebagai kediaman yang sentiasa menjemput untuk dimasuki ke dalamnya bukan kediaman yang terpaksa untuk di masuki.
Dinding merupakan satu elemen penting dalam sesebuah kediaman. Ia boleh diperbuat daripada batu-bata, simen, kaca, gelas, kayu, batu mahu pun apa sahaja bahan. Apa tujuan utama dinding?
Dinding berfungi dan berperanan dalam pelbagai segi bentuk bergantung kepada fungsi ruang tersebut. Adakala ia sebagai pelindung, tak kurang juga sebagai pemisah, dan kadang-kadang berfungsi sebagai "sense of surprise"
DINDING 3D
Dinding 3D kebiasaannya merupakan pilihan bagi mereka yang berduit. Ini sama dengan kegilaan penggunaan wallpaper. Bezanya kali ini pembekal mengeluarkan motif 3D untuk dijadikan hiasan dinding. Motif ini dijual dalam jumlah 4 keping dalam sekotak misalnya. Jadi tak semestinya juga kita perlu memasang motif 3D ini di kesemua permukaan dinding yang kita mahu naikkan seri dengan tampalan motif 3D ini. Kita bole juga menggunakan hanya 4 keping sahaja samaada menyusunnya secara "centre" di tengah-tengah dinding atau menyusunnya secara menegak (ikut kesesuaian jenis corak, kerana ada corak yang lengkap membentuk apabila dilekatkan dengan 4 keping motif, ada juga motif yang boleh dilekatkan sendirian tanpa perlu gabungan kepingan yang lain)

Gambar : Contoh motif yang perlu bersambung antara setiap kepingan dengan kepingan yang lain bagi membentuk corak yang lengkap |
Gambar: Ada juga motif 3D yang tidak datang dalam bentuk kepingan segi empat sama tapi datang pelbagai bentuk dan saiz dalam satu kotak |
Untuk harga, sekotak 4 keping motif seperti gambar di atas dalam harga RM100 -RM300. Bergantung kepada corak dan tekstur dan brand supplier. Bagi motif 3D yang lebih kecil dengan saiz dan corak pelbagai dalam satu kotak, satu set hanyalah RM50-RM100 sahaja.
Boleh dapatkan di kedai hiasan dalaman atau kedai bahan binaan seperti HOUZ Depot

BINGKAI KAIN ATAU KERTAS BERCORAK
Dekorasi dinding dengan menggunakan kain atau kertas bercorak adalah satu kreativiti yang sangat kreatif. Bagi menggandakan impaknya, kain atau kertas bercorak tersebut boleh di bingkaikan sama ada di balut di luar bingkai atau di dalam bingkai, kedua-duanya sangat menarik.
Bagi penggunaan kain bercorak, boleh dapatkan kain di mana-mana kedai tekstil dan fabrik seperti Globe, Jakel, Kamdar, Nagoya dan sebagainya. Bagi yang suka kan kelainan dan juga sukakan corak kain yang bermotifkan modern serta simple boleh dapatkan kain sebegini di kedai-kedai hiasan dalaman seperti Macy dan Ikea. Atau jika sedang berjalan cuci mata di mana-mana kedai, beli dahulu mana-mana fabric yang kelihatan cantik di mata dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ini dapat menonjolkan kelainan di ruang yang dihias dengan fabrik bercorak pilihan sendiri. Untuk nampak lebih santai dan menarik, gabungkan pelbagai corak fabrik yang lain dan dibingkaikan berasingan , kemudian di susun dengan satu susunan di tengah-tengah titik tumpu dinding.

Gambar : Kain bercorak hitam putih menjadi pilihan dan disatukan dalam satu bentuk susunan di tengah-tengah dinding sebagai titik tumpu ruang |
Gambar : Fabrik yang bewarna seirama dan bercorak senada di lekatkan di atas satu bingkai utama yang lebih besar di belakangnya agar mudah di alihkan kelak tanpa perlu teraburkan semula susunan fabrik mengikut aturan corak yang telah dibuat |
Gambar : Contoh kain yang sekeping di pisahkan kepada 3 buah bingkai berlainan bagi menimbulkan ruang di anatar corak dan mencuri tumpuan mata yang memandang. |
Gambar : Bagi yang malas untuk memikirkan cara bingkai, beli sahaja bingkai sedia ada dan masukkan fabrik atau kertas bercorak tersebut di dalam bingkai yang dibeli dan susun di dinding mengikut aturan yang harmoni |
TAMPALAN OBJEK
Selain itu, tampalan objek juga boleh di buat bagi menaikkan seri dinding. Objek-objek seperti serangga mudah didapati di kedai hiasan dalaman seperti KK Home Deco atau pun Romantika. Susun objek ini mengikut satu titik tumpu bagi mendapatkan kesan dramatik. Seandainya tidak dapat membeli, boleh juga buat sendiri dengan menggunakan kayu atau kotak. Namun, paling mudah jika kita mengguna semula objek sedia ada di rumah dan digantungkan di dinding setelah di warnakan kembali bagi menaikkan seri nya.
Gambar : Objek 3D pepatung yang dilekatkan dengan mengikut satu titik tumpu mengahsilkan illustrasi dramatik |
Gambar: Idea yang kreatif, sudu, garfu dan pisau mentega di cat semula kemudian di bingkaikan di atas kain bercorak |
BINGKAI KOSONG
Kalau selalu kita melihat orang menggantungkan bingkai gambar yang memuatkan gambar-gambar kenangan keluarga di dinding rumah. Kini , apakata kita buat satu kelainan. Cari bingkai yang ada identiti dengan corak dan bentuk yang menarik. Gantungkan bingkai -bingkai kosong tu sahaja di dinding dengan formasi yang disukai . Jika perlu, sama kan warnanya bagi nampak kesan harmoni. Boleh gunakan cat spray bagi mendapatkan warna bingkai yang sama jika bingkai yang ada berlainan warna. Kebiasaannya ia sesuai digantungkan di lorong dan ditangga. Namun tidak jadi pelik jika digantungkan di ruang utama dan ruang-ruang lain. Ia dapat menonjolkan sesuatu yang unik. Berbingkai tapi kosong. Mendalam maksudnya tu :)

Gambar : bingkai kosong yang digantungkan di dinding dengan warna yang sama dengan dinding di sebuah lorong memberikan satu suasana yang harmoni dan bergaya. |
Gambar : Dinding nampak antik dan unik sekiranya dilengkapkan dengan bingkai bergaya antik dan unik |
Gambar : Bingkai yang kontra dari warna dinding namun kesemua bingkai masih dalam warna yang sama. Walaupun berlainan saiz dan bentuk ia tetap nampak harmoni |
TAMPALAN BAHAN BUANGAN / ANTIK
Bahan buangan dan barang yang tidak lagi digunakan boleh ditukarkan menjadi barang hiasan di kediaman dengan memerlukan sedikit transformasi bagi menampakkan ia berseri dan ada nilainya.
Bertuah bagi yang mempunyai pokok di kawasan rumah. Batang pokok yang ditebang boleh diguna pakai semula dengan kaedah menghiris batang kayu tersebut dengan potongan yang kecil seperti di dalam gambar di bawah ini. Kepingan kecil ini disusun di atas sekeping papan sebelum dilekatkan di dinding. Selain kayu, jika pandai, boleh juga bermain dengan susunan bahan seperti gumpalan/lipatan kertas, kotak, botol plastik ataupun besi dan aluminium.

Gambar : kepingan kayu yang di susun menjadi hiasan dinding yang mencuri perhatian tetamu dengan keunikannya |
Gambar : Basikal antara benda yang selalu digantung di dinding bagi penggemar basikal atau bagi mencetuskan kenangan |
CAT DENGAN CORAK KREATIF
Jika tidak ada pilihan lain, dan cat masih menjadi pilihan utama dalam menata rias dinding di kediaman, masih ada satu kaedah kreatif yang boleh mengubah seri dinding tersebut. Iaitu berlaku kreatif dengan mencorakkan dinding dengan corak dan warna. Gaya yang paling mudah adalah corak berbelang. Corak memanjang menjadikan ruang kelihatan kecil dan bertumpu. Manakala corak melintang menjadikan ruang kelihatan lebar dan tidak bertumpu. Bagi yang kreatif, boleh melukis dahulu menggunakan pensil dan kemudian cat mengikut corak yang dilukis dengan warna yang bersesuaian.

Gambar : Corak memanjang menjadikan dinding tertumpu |
MOTIF ROLLER PAINT
Lebih menyeronokkan lagi jika dapat membeli Motif roller paint yang boleh di dapatkan di kedai hardware atau mana-mana kedai hiasan dalaman serta kedai bahan binaan. Jika tidak jumpa, boleh layari website ini untuk melihat lebih banyak lagi corak yang ada dan membeli motif roller paint yang disukai :http://the-painted-house.co.uk/applicators-and-designs/designs/
Bagi saya, kaedah ini, mudah namun cantik dan menyeronokkan. Cubalah, pasti anda akan tersenyum puas bila melihat hasilnya.
Saya pasti ramai di antara kalian yang teruja untuk memulakan projek ubah dinding menjadi lebih kreatif dan menarik selepas ini. Selamat Maju Jaya! :)
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
untuk tempah rekabentuk hiasan dalaman rumah boleh berkunjung di sini :
untuk sertai kelas belajar hias rumah online, jemput singgah di sini:
dan untuk mula bina blog sebagai asas perkongsian di alam maya,
boleh layari di sini untuk keterangan lebih lanjut :
sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan penulis di
khairunnisahamzahara@gmail.com
1 comments:
best info.. tq
http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/
Post a Comment