NUFFNANG

Showing posts with label 7. AKSESORI DAN HIASAN. Show all posts
Showing posts with label 7. AKSESORI DAN HIASAN. Show all posts

Monday, 29 June 2015

KIPAS BOLEH BACA QURAN

Teks: khairunnisa hamzahara

Maksimum kan alunan Quran di rumah
---------------------------------------------------------------------------

Banyak khasiatnya membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran. Macam kakak dan adik sejak dari kecil boleh baca ayat2 lazim yang pendek dan ringkas. Kini sudah mula membaca berulang kali ayat kursi, doa pagi dan kadang-kadang dengar mereka naca surah yasin. Pakai baca je ayat mana yang mereka ingat sambil bermain. Perdengarkan mereka auat Quran di merata tempat walau mereka sedang bermain. Minda mereka sedang kosong dan perlh diisi. Tahap umur 0-6tahun mereka cepat mengisi otak dan jiwa. Masukan yang baik-baik semaksimum mungkin.
Nampak tak lampu warna biru? Itu bermakna Bluetoothnya sedang on. Kipas itu akan bercakap : "The power is on" (suara perempuan) :)
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan:
-hanya buka cd Al Quran didalam kereta
-hanya buka bacaan Al-Quran di handphone

-buka cd dan channel tv bacaan quran
Di remote juga ada button warna biru iaitu button untuk on kan Bluetooth.
Dan saya suka kongsikan ini,
Saya dan suami pasangkan KIPAS MP3 ini di ruang tamu untuk alunan Al-Quran di rumah. Hanya Bluetooth kan dengan handphone untuk perdengarkan Al-quran dirumah sepanjang kita dan anak di rumah.
Hasilnya : 
Jiwa tenang
Badan bertenaga,

minda aktif,
Aura positif seawal di pagi hari
Cubalah
Tak mahal kipas ni.
Boleh tanya dikedai kipas Berdekatan.

Yang saya jumpa ni brand DEKA.
(Idea asal pereka untuk hiburan lagu di rumah, kita sebagai orang islam manfaatkan ia semula dengan cara hidup islam. 



Di handphone pula kita on kan Bluetooth juga dan kemudian play kan mp3 dalam handphone. Automatik akan beralun Al-Quran di kipas dan didengari satu rumah. Seronok tak speaker di ruang angkasa rumah? :)

Jadikan AlQuran sebagai lagu mu dan lagi di telinga anak-anakmu)

Senibina kehidupan di rumah

Tuesday, 24 February 2015

Promosi Cadar Patchwork 100% cotton untuk tidur lena di musim panas ini dari The Cotton tree

Teks: khairunnisa hamzahara

Gambar: Adik tidur lena atas cadar patchwork
Lena si adik tidur di atas cadar patchwork yang daddy belikan. Alkisah pada satu ketika dahulu, mommy ini tidak mengenali apa itu cadar patchwork. Selepas ada seorang sahabat berkongsi tentang kebaikan cadar patchwork, daddy belikan satu set dan balik rumah terus pasang. Memang best, selesa dan kemas rupanya cadar patchwork ini. Kalau adik dan kakak melompat-lompat atas katil pun cadar ini tetap kemas. Patut lah jika sesiapa dah biasa pakai cadar patchwork, tidak akan bertukar kepada cadar lain lagi dah, sebabnya:

 Ciri-ciri istimewa cadar patchwork ❤
-------------------------------------------------------------------

➡Cadar kapas terasa nyaman dan lembut pada kulit 

➡Boleh diterbalikkan; dua bahagian berbeza untuk kepelbagaian 

➡Mudah diangkut dan disimpan. Pembungkusannya juga berfungsi sebagai beg storan. 

➡Cadar tidak mudah bergerak dan sentiasa melekap selepas dibentangkan 

➡Tidak berkedut dan sentiasa kemas 

➡Meterial yang sejuk dan selesa 

➡Tidak berbulu 

➡Warna tidak luntur

➡ kain sejuk dan selesa walaupun untuk bilik yang tidak pakai aircond

➡ mudah kemaskan katil

➡ tidak mudah berkedut

➡ tahan lama

➡ Cadar yang tebal

➡ senang dibersihkan, boleh dicuci dengan mesin basuh

➡ barang HOT yang menjadi FENOMENA di Malaysia Sekarang!

Si adik paling suka cadar patchwork ini. Kalau dia hilang maknanya dia mesti tertidur atas katil mommy. Adik ada buat permintaan, "Mommy, adik nak cadar macam mommy ni lah. Adik rasa selesa". InsyaAllah nanti mommy akan cuba dapatkan satu cadar patchwork saiz singlebed untuk adik. Sebab, mommy dah jumpa pemborong dan pengedar patchwork iaitu The Cotton Tree



Detail mengenai cadar patchwork The Cotton tree
------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: Ini corak yang daddy pernah belikan

➡Kandungan set:1 pcs cadar quilt dan 2 pcs sarung bantal berzip

➡Panjang cadar: 250 cm

➡Lebar cadar: 230 cm

➡Panjang sarung bantal: 50 cm

➡Lebar sarung bantal: 70 cm

➡Cadar Patchwork Quilt 100% Cotton sesuai digunakan pada katil bersaiz King atau Queen.

➡Fabrik: 100% cotton

➡Berat: 2.6 kg


Gambar: Carian Google
Panduan membasuh cadar patchwork supaya tahan lama. ❤
-------------------------------------------------------------------------------
➡Gunakan mood kitaran lembut dengan masa basuhan paling singkat.

➡Untuk basuhan pertama, basuh satu set cadar dalam satu kali basuhan.

➡Jangan campurkan dengan pakaian atau set cadar yang lain.

➡Jemur cadar anda dibawah tempat redup. Elakkan jemur terus dibawah matahari.

➡Gunakan sabun khas untuk quild. Jika tiada, boleh guna sabun pencuci biasa dengan kuantiti sedikit .

➡Elakkan guna Dettol,Clorox.

➡Elakkan dari strika cadar patchwork

Pilihan Corak Yang Pelbagai (Warna lembut dan  menyejuk kan mata dan suasana)

Boleh lihat pilihan corak dari The Cotton Tree  di sini:


Cara Dapatkan:
Hanya perlu nyatakan kod pilihan cadar yang tertera di The Cotton Tree
cara mendapatkan produk hanya perlu pilih code cadar di http://tinyurl.com/cadarpatcwork2015 dan whatsaap 019-6119066

contoh : TCT-1 2set ke 019-6119066

Berita Baik,
Promosi Pre Order!
SAH SEHINGGA MARCH 2015 SAHAJA!!

DISKAUN 30% !!

Harga RM91/set 
ISTIMEWA untuk pembelian PRE-ORDER SAHAJA SEBELUM 12/MARCH/2015
Deposit RM50
Harga biasa 1 set cadar patchwork adalah RM130/set. 

Kos Pos :-
-------------
: RM8/set untuk semenanjung
: RM15/set untuk sabah sarawak

________________
Contoh pengiraan :-
---------------------------

Pre-order 1set : 
Semenanjung = Harga cadar RM91 + Upah Abg Posmen RM8= ( RM99 ),deposit RM50
Sabah sarawak= Harga cadar RM91 + Upah Abg Posmen RM15= ( RM106 ),deposit RM50

___________________________________________________

Pembayaran ke :-
------------------------------

No Akaun :- 
Maybank - 5627-4013-0958 , 
COTTON THREE ENTERPRISE

Sebarang pertanyaan dan ORDER 

boleh whatsapps terus The Cotton Tree di talian 019-6119066
(kata kan pada the cotton tree yang anda lihat promosi ini di blog kediaman idaman or fb khairunnisa hamzahara semasa mahu buat tempahan ;)
___________________________________________________

Nota :-
--------------
*SEMUA STOCK YANG DIPAPARKAN ADALAH PRE - ORDER STOCK.
*BARANG DIJANGKA SAMPAI PADA APRIL MINGGU PERTAMA 2015.
*SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATSAPP TERUS KE 019-6119066.
P/S: PRE-ORDER SET CADAR PATCHWORK ANDA SEBELUM 12/MARCH/2015 DAN DAPATKAN DISKAUN SEBANYAK 30%

"Honest is our brand,we will try our best to fulfill our Promise!" 
002407295-M ( COTTON THREE ENTERPRISE )

Jika ada peluang untuk dapatkan cadar patchwork yang selesa di musim panas ini dengan harga yang murah, kenapa perlu berbelanja lebih, bukan? 
Cepat buat tempahan pre order untuk dapatkan harga diskaun yang dinyatakan.

Terima kasih The Cotton Tree ! ;)

*Promosi dan maklumat di atas daripada The Cotton Tree. Hubungi mereka untuk pertanyaan dan tempahan serta untuk dapatkan promosi terkini.

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Daftar Belajar Bina Blog Online :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/blogbernyawa  Daftar Belajar Buat Ebook Online :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/buatebook  Dapatkan Panduan Penjenamaan :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/ebookbranding  
Dapatkan Panduan Kediaman :https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/kediamanpertamaku


Wednesday, 28 January 2015

Panduan cara-cara memasang wallpaper corak brickwork di ruang ala-ala kafe

Teks: khairunnisa hamzahara



Sudah lama saya teringinkan ada satu sudut di rumah yang ala-ala Kafe. Perkara pertama yang timbul di benak fikiran saya adalah dinding batu bata (brickwall). Dari awal proses menghias rumah, saya sudah bincangkan dengan encik suami untuk mengadakan satu dinding batu-bata tanpa plaster. Namun proses mencari kontraktor dan jadul kami yang padat ke sana-sini menyebabkan projek itu tergendala.

Namun pada Bulan Puasa yang lepas, tahun 2014, saya telah diilhamkan oleh Allah untuk meletakan status di Facebook dan bertanyakan tentang Wallpaper corak brickworks di facebook peribadi saya. Syukur Alhamdulillah, PUAN NORAZAM  BINTI BABA muncul dan pelawa untuk menaja wallpaper brickwalls kepada sudut ruang kecil yang saya mahu jadikan Kafe ini. Kecil tapak tangan, satu dinding saya sediakan ;)

Rupanya tak lah sesusah mana untuk memasang wallpaper ini sendirian berhad. Selalunya akan ada service pemasangan wallpaper dari kedai. Sama ada percuma atau perlu bayar perkhidmatan pemasangan tersebut. Oleh kerana lokasi saya dan puan penaja agak jauh, saya dan puan penaja setuju untuk menggunakan perkhidmatan pos bagi menyampaikan wallpaper itu kepada saya. Dan saya terus melantik "boss" saya sebagai tukang pasang wallpaper. (Jimat kos)

Bagi yang turut ingin membuat projek Pemasangan wallpaper sendiri, saya berikan sedikit panduan untuk anda mulakannya di rumah.


1. MEMBUAT PESANAN ONLINE


Saya cadangkan untuk membuat pesanan dengan 
kerana mudah berurusan dengan beliau.
Melalui personal message facebook saja pun beliau boleh memenuhi kehendak kita.
Puan Norazam juga akan berikan imej-imej corak wallpaper di personal message facebook atau boleh komunikasi dengan whatsapp. 
Apapun, klik pada nama nya yang tertera di atas untuk ke facebook beliau.

Penghantaran melalui pos laju siap dengan serbuk GAM wallpaper.
Pembungkusannya baik dan selamat tiba ke destinasi dalam keadaan yang elok.
Jadi tidak perlu khuatir.

Lagi satu, kualiti wallpapernya adalah kualiti yang baik.
Jika silap memilih, anda hanya dapat wallpaper yang berupa sticker. 
Buka lapisan belakang dan tampal.
Wallpaper sebegini nipis dan mudah koyak.
Saya sarankan memilih wallpaper dari puan di atas ;)
InsyaAllah puas hati.

Alamat perniagaannya adalah seperti berikut:
SWEETHOME IDEA & DECO
BLOCK F 3-6, JALAN AU 1B/1,
 TAMAN KERAMAT PERMAI,
 54200 KUALA LUMPUR
TELEPHONE : 019 209 5383 / 010 217 7001
FB page : Islamic Interior Gallery        Blog : http://sweethomeidea.blogspot.com


2. SET WALLPAPER SAMPAI KE RUMAH



Inilah rupa set wallpaper yang sampai ke rumah saya. Ia berada dalam keadaan yang baik. Disertakan sekali dengan GAM wallpaper yang dikenali sebagai PURE WALLPAPER ADHESIVE. Tak perlu susah mencari GAM di kedai hardware sebab kemungkinan tersilap pilih gam, maka projek tak dapat dijalankan. Dengan puan Norazam, mudah, gam wallpaper telah disertakan sekali. Hanya tinggal untuk dibancuh saja.

3. PILIH DINDING UNTUK PROJEK WALLPAPER

Sebelum memulakan projek, pastikan dahulu keputusan anda adalah muktamad atau tidak untuk make over dinding yang dipilih. Lihat semula corak yang tiba dan perhatikan sama ada ia benar-benar sesuai di dinding yang dicadangkan atau lebih sesuai di dinding yang lain. Sebaik wallpaper ini ditampal, anda tidak boleh membuka semula wallpaper ini. 

4. BERSIHKAN DAN RATAKAN DINDING

Dinding yang dipilih perlu dibersihkan. Sebaik-baiknya dinding rata dan tidak ada sebarang ketulan yang akan menyebabkan wallpaper yang dipasang tertimbul dan berbukit-bukit. Ia juga bagi memastikan wallpaper melekat dengan baik

5. BUKA GULUNGAN WALLPAPER



Buka gulungan wallpaper dengan berhati-hati. AWAS! ia mudah terkoyak jika anda berlaku kasar dengannya. Jangan biarkan anak-anak membuka gulungan. Hanya tolakan saja gulungan tersebut di atas meja panjang atau lebih mudah di atas lantai.


6. BANCUH GAM DENGAN BETUL



Kemudian, ambil bekas yang besar dan masukan air ke dalam bekas tersebut mengikut sukatan yang diberikan. Masukan serbuk gam perlahan-lahan (bukan tuang terus semua, akibatnya akan berketul2 seperti di dalam gambar). Sambil tuang sedikit demi sedikit serbuk gam tersebut, anda perlulah mengacaunya. Biar ia sebati bersama air tadi sehingga menjadi cecair pelekat yang berlendir dan pekat. Jangan risau, ada arahan di plastik. Ikut saja arahan yang diberikan. Jika gam berketul-ketul, tekan dengan perlahan untuk hancurkan ketulan tersebut. Gaul sehingga rata dan biarkan untuk seketika. Jangan sapu terus!


7. UKUR DAN TANDA DI DINDING



Sementara menunggu bancuhan gam tadi sebati, buatkan garisan penanda di dinding kerana apabila pertama kali menampal wallpaper, anda mungkin berasa agak cemas sehingga menyebabkan wallpaper dipasang senget. untuk elakan wallpaper di pasang senget, ambil pita pelekat dan tampal di sepanjang garisan permulaan dan penghabisan sebagai penanda (ini jika projek dinding di bahagian tengah). 

8. TERBALIKAN WALLPAPER



Untuk mulakan sapuan gam, terbalikan wallpaper tadi. Sebelum terbalikan, alaskan dengan kain di bahagian coraknya agar tidak rosak. Bersedia untuk menyapu gam.


9. SAPUKAN GAM & LIPAT 2 BAHAGIAN



Sapukan gam dengan menggunakan berus roller atau berus biasa. Sangat mudah jika menggunakan berus roller. Cepat siap. Sebaik selesai sapukan secara rata pada keseluruhan permukaan belakang wallpaper tersebut, lipatkan wallpaper kepada 2 bahagian sama panjang. Ini bagi memudahkan anda mengangkat wallpaper tersebut dan mengurangkan regangan ketika di angkat kerana regangan boleh menyebabkan wallpaper tersebut terkoyak.


10. TAMPAL KE DINDING UNTUK BARISAN PERTAMA



Anda pasti perlukan tangga untuk memasang dari atas. Ya, mulakan pemasangan dari atas turun ke bawah. Minta pembantu pegang dahulu wallpaper tersebut. anda naik tangga dan kemudian pembantu serahkan wallpaper pada anda. Buka sebelah lipatan dan lekatkan di bahagian dinding atas sekali.. Kemudian, ratakan bahagian atas itu dengan kain.

Selepas itu, perlahan-lahan turunkan baki wallpaper dan buka lipatan sebelah lagi sehingga turun ke aras paling bawah. Apabila ada lebihan, ambil gunting dan guntingkan bahagian lebihan tersebut dan kemudian tampal rapat ke dinding dan tekannya dengan kain.

11. SAMBUNG TAMPAL UNTUK BARISAN KEDUA DAN SETERUSNYA



Untuk tampalan barisan kedua, pastikan corak sambungan adalah sama. Jangan tampal sesukahati atau tampal seperti tampalan pertama tadi. Anda perlu sambungkan coraknya. Mungkin akan berlaku pemotongan di bahagian atas kerana corak sambunga berada sedikit ke bawah. Cantumkan corak dengan baik. Wallpaper yang cantik adalah wallpaper yang tidak nampak kesan sambungnnya. Bagaimana? iaitu dengan cara menyambung corak dengan baik.


12. BERSIH DAN RATAKAN



Setelah siap dipasang kesemua barisan wallpaper dengan cantuman corak yang betul, ratakan gam dengan cara menyapu permukaan wallpaper dengan kain secara perlahan-lahan. Jika ada bahagiian yang tidak kena gam, selitkan gam ke dalamnya.

13. NIKMATI HASIL PENAT LELAH ;)



Tunggu seharian terlebih dahulu sebelum anda mendekorasi dinding tersebut dengan elemen lain di atas wallpaper. Biarkani a kering dengan baik dan tampakl dengan kuat baru anda boleh mulakan projek dekorasi di atasnya. 

Projek ini belum siap lagi, kerana saya mahu pasangkan rak buku masakan dan rempah ratus di bawah jam yang tergantung itu!

Selamat Mencuba!
Mudah saja.
Yang pasti memang penat dan berpeluh.
Tapi hasilnya menggembirakan hati dan mengagungkan tetamu!

Untuk dapatkan kesan yang lebih dramatik, binakan platform dahulu bagi membentuk impak 3d dinding tersebut. Jika tidak ia kelihatan 2D sahaja. 



DAPATKAN HARGA PROMOSI DARI :

SWEETHOME IDEA & DECO
BLOCK F 3-6, JALAN AU 1B/1,
 TAMAN KERAMAT PERMAI,
 54200 KUALA LUMPUR
TELEPHONE : 019 209 5383 / 010 217 7001
FB page : Islamic Interior Gallery        Blog : http://sweethomeidea.blogspot.com

Untuk dapatkan harga promosi ini , Masa menempah, sebut yang anda adalah pembaca blog 
PANDUAN KEDIAMAN MILIK KHAIRUNNISA HAMZAHARA





Nak cepat, terus saja PM PUAN NORAZAM BINTI BABA di personal facebooknya. Roger tokey lagi mudah, kan? ;)


Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Dapatkah khidmat rekabentuk 3d kediaman di sini:  http://rekabentuk3donline.blogspot.com/ 
Dapatkan ebook rahsia, tips dan panduan di sini: Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri dan Perniagaan : http://rahsiabranding.blogspot.com/ 
Dapatkan Ebook Panduan Kediaman Pertamaku di sini: http://kediamanpertama.blogspot.com/

MAHU SAYA REVIEW PRODUK ANDA YANG BERKAITAN DENGAN KEDIAMAN?
JANGAN MALU UNTUK HUBUNGI SAYA.
SAYA SUKA KONGSIKAN BARANG YANG BAIK DENGAN ORANG RAMAI ;)

Thursday, 6 February 2014

Whiteboard Sticker Di Bilik Anak-Anak

Teks: khairunnisa hamzahara

KETERUJAAN
Semalam saya ada berkongsi tentang ketibaan Whiteborad sticker dan Blackboard Sticker yang di Taja Oleh Kedai Online Meow-Meow Kids Shop di rumah contoh blog Panduan Untuk Kediaman ini. Hari ini , alhamdulillah saya berkesempatan untuk memasang Whiteboard Sticker di bilik yang di khaskan untuk anak-anak. 

KEHEBATAN TEKNOLOGI
Mungkin ada yang pernah dengar tentang Whiteboard Sticker atau mungkin ada juga yang tak pernah dengar. Iyelah, biasanya whiteboard datang dari jenis papan putih di mana ia berpapan dan perlu digantungkan dengan paku atau sekru di dinding. Ia juga berkeping , berat dan agak mahal. Namun kali ini, teknologi semakain canggih. Whiteboard boleh didapatkan dalam bentuk Cat (whiteboard paint) dan juga Sticker Dinding (wall sticker)

KELEBIHAN
Menariknya, ia mudah untuk di pesan (order) , murah, ringan serta mudah di pasang. Hasilnya sama seperti whiteboard biasa. Malah ia boleh di kerat-kerat (digunting) kepada berbagai saiz dan pelbagai bentuk ikut kreativiti, suka dan kepenggunaan. 

KEGUNAAN
Jika kebanyakkan ibu bapa sering risau anak-anak menconteng dinding rumah terutamanya rumah baru, dapatkanlah Whiteboard sticker ini kerana ia boleh dilekatkan di dinding dan tidak menghalang anak melakukan ekspresi diri. Selain di bilik anak-anak, whiteboard sticker ini boleh digunakan secara meluas seperti dilekatkan di kedai sebagai dinding menu, atau di pejabat sebagai dinding nota.

PEMASANGAN
Ianya sangat mudah dipasang dan dibersihkan selepas digunakan. Sesuai untuk pembelajaran anak-anak dan dekorasi rumah. Ianya boleh ditampal di
1. Dinding rumah (pastikan permukaan licin)
2. Kaca sliding door.
3. Dinding dapur (ceramic)
4. Pintu rumah
6.Lekat di pintu almari & tempat2 yg dirasakan sesuai (permukaan rata).

PENGALAMAN MEMASANG WHITEBOARD STICKER DI BILIK ANAK-ANAK

Semasa Kotak Whiteboard Sticker ini sampai ke tangan saya, ianya berada dalam keadaan baik dan mengujakan. Pen Markernya di simpan di dalam gulungan whiteboard sticker ini. Saiz nya adalah 45cm x 200cm. Jika mahu jadikan permukaan yang lebih besar sebagai whiteboard, bolehlah dapatkan beberapa kotak.



Untuk langkah permulaan, saya buka gulungan nya dan bentangkan ke atas lantai. Memang panjang. Jika mahukan ia kelihatan lebar, maka perlu di bahagi dua kemudian di cantumkan secara atas bawah. Untuk kegunaan bilik anak-anak ini, saya lebih suka kekalkan ianya memanjang kerana boleh digunakan oleh dua orang anak sebelah menyebelah dalam satu masa yang sama.

Namun, saya kerat sedikit kepingan ini untuk disimpan bagi kegunaan lain kelak. Mungkin pada satu sudut di ruang pejabat atau satu sudut di ruang dapur sebagai notice wall.


Mudah saja cara memasangnya, hanya perlu kopekkan kertas belakangnya dan tampal. Kertas belakangnya juga merupakan kotak-kotak grid di mana ia dijadikan sebagai panduan pengukuran bagi mereka yang ingin kerat whiteboard sticker ini kepada kepingan lain yang lebih kecil dan di bahagi-bahagikan. Walaupun ia kelihatan mudah, namun nasihat saya, biarlah mempunyai pembantu untuk melakukan kerja menampal ini. Kerana ia agak rumit untuk dilakukan sendirian. Ini kerana jika semasa pemasangan boleh berlaku:

i- senget
ii-gelembong angin
iii-terlipat
iv-melekat di dinding dan agak sukar untuk betulkan/buka kembali kedudukan jika sekadar mahu tampal seketika (berehat/mencuba)



Nasihat saya lagi, buatlah penanda aras terlebih dahulu atau lekatkan pita di dinding untuk dijadikan panduan aras semasa melekatkan whiteboard sticker ini. Semasa memasang juga pastikan dibuat secara perlahan-lahan bagi mengelakkan terlipat dan bergelembong. Gunakan permukaan tangan untuk usap dan sapu perlahan-lahan di permukaan whiteboard sticker ini sehingga habis melekat semuanya.


Oleh kerana dinding bewarna putih dan sama dengan whiteboard sticker, ia agak menakutkan jika anak-anak terlajar dan menulis hingga terkeluar dan merosakkan dinding. Jadi, adalah dinasihatkan agar dinding di cat dengan warna berlainan terlebih dahulu jika ingin letakkan whiteboard sticker di dinding. Atau, boleh guna cara saya, iaitu, saya menggunakan masking tape bercorak sebagai border (garisan) di sekeliling whiteboard sticker bagi panduan anak-anak yang masih kecil.


Alhamdulillah, ini lah hasilnya. Pen markernya saya letakkan di dalam bekas storage pada rak di dinding bersebelahannya. Walaupun nampak mudah, namun makan masa juga untuk memasangnya sendirian. Saya ambil kesempatan ketika anak-anak kecil sedang menuntut di tadika, saya selesaikan pemasangan whiteboard sticker ini. Jika tidak, pasti mereka juga turut teruja memasangnya dan belum pasti hasilnya sebaik ini jika mereka bersama ketika proses pemasangannya ;)

                                          

Bagi bersedia menyambut kepulangan putera dan puteri kecil , saya siap-siap menulis WELCOME HOME dengan menggunakan Pen Marker yang turut disertakan dalam pembelian whiteboard sticker ini. Apabila balik saja dari tadika, seperti biasa, mereka berdua terus ke bilik mainan dan bilik belajar mereka ini. Apabila melihat whiteboard sudah terpasang, melompat-lompat keriangan sambil berkata " Yes, terima kasih, mommy" Kata mommy nya, terima kasih kepada Uncle Afzal dari kedai online Meow-Meow Kids Shop kerana sudi menaja Whiteboard Sticker dan Blackboard Stiker. Mana Blackboard Stickernya? Insyaallah saya akan kongsikan kisahnya di entry yang lain pula ;)

ISTIMEWA BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI

Tokey kedai Meow-Meow Kids Shop, memberikan Diskaun buat semua pembaca blog Panduan Untuk Kediaman Idaman sebanyak RM2.00 untuk satu roll. 

Harga Sebenar untuk whiteboard sticker adalah = RM45
Khas untuk pembaca setia blog ini, harganya hanyalah =RM 43 sahaja

Harga Sebenar untuk Blackboard sticker adalah =RM38
Khas untuk pembaca setia blog ini, harganya hanyalah = RM 36
Ia sangat jimat bagi mereka yang memerlukan roll yang banyak. 

Dan setiap pembelian akan dapat maker dan kapur percuma seperti dalam pakej promo di sini:

dan

Tak percaya? Boleh lihat sendiri message yang saya terima dari Tokey Meow-Meow Kids Shop:


Sebelum saya habiskan entry ini, cuba lihat sekali lagi bagaimana hasilnya sebelum dan selepas pemasangan whiteboard sticker di bilik anak-anak:



Dan bagaimana pula reaksi anak sejurus selepas balik sekolah apabila melihat mommy nya sudah pasang whiteboard sticker di dinding bilik mereka? Kenapa saya lekatkan tinggi? Kerana mereka ni cepat meninggi ;) buat masa ini, si kakak boleh sampai cuma sengaja nak pakai kerusi macam si adik. Si adik, insyaallah tak lama lagi meninggi sudah. 



Belum habis lagi, saya nak kongsikan sedikit sudutan video bagaimana reaksi mereka apabila tahu mereka sudah ada dinding yang boleh di conteng dan dipadam? ;)



Akhir kata dari saya, cubalah order satu dan cuba pasang. Insyaallah rasa nak lagi order dan pasang di ruang lain pula. Mungkin boleh jadikan hadiah hari lahir untuk anak-anak kawan kita.

Salam sayang dari saya
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan DI Rumah

Jemput singgah Meow-Meow Kids Shop untuk melihat lebih banyak yang menarik yang menjadi idaman "Ibu Bapa" kanak-kanak ;)

Nota: Bagi yang ingin menaja barangan atau hiasan untuk kediaman bagi dimuatkan di dalam blog ini, Penulis sangat berbesar hati untuk menerimanay, merasainya dan berkongsikan kisah pengalaman menggunakannya dengan orang ramai agar turut difahami dan dirasai oleh orang lain yang membaca entry tersebut. Tak kenal maka tak cinta. Dah rasa, baru tahu ;) 

Jangan lupa sebut Nama Blog ini atau sebut saja nama saya bagi mendapatkan Diskaun ya ketika berurusan dengan Meow-Meow Kids Shop nanti

Lain-lain contoh penggunaan whiteboard sticker dalam carian Google :
















Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO