NUFFNANG

Showing posts with label PENULIS DI MEDIA TEMPATAN. Show all posts
Showing posts with label PENULIS DI MEDIA TEMPATAN. Show all posts

Tuesday, 29 November 2016

Buku Supermama Untuk Panduan Ibu Sepenuh Masa Di Rumah Sudah Terbit




Tempahan boleh dibuat di sini:
Pertanyaan whatsapp 0197720507

Harga Buku RM18
Untuk Pos tambahkan kos pos
Sampul pos semenanjung RM8
Sampul pos Sabah Sarawak RM11

Selepas membuat pembayaran pada maklumat yang diberikan pada link di atas, masukkan maklumat pembeli di dalam borang online pada link yang sama beserta taipkan bukti pembayaran seperti taipkan no transaksi , masa dan tarikh. Lengkapkan maklumat penghantaran. Buku akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju

KISAH DI SEBALIK PENGHASILAN BUKU SUPERMAMA

Semuanya bermula dari 4 tahun yang lalu. Ketika itu saya dan suami memutuskan untuk mummy berada di rumah bersama anak-anak setelah anak-anak melalui 5 episod pertukaran tempat jaga anak-anak. Anak pertama dan kedua jua sering menghidap penyakit dan keluar masuk hospital. Pada ketika itu, bertahun-tahun lamanya kami mempunyai masalah yang berpanjangan yang tidak tahu bila akan berkesudahan seperti tidak punya masa dengan anak-anak, pergi kerja subuh balik 9.00 malam, hutang keliling pinggang, tempoh kesesakan jalan raya setiap hari, sehingga hubungan kami panas dan komunikasi tidak baik. 

(Saya ada kongsikan kisah lanjut di muka depan buku ini sebagai pengenalan kepada buku ini)

Akhirnya kami bersetuju untuk mummy berada di rumah. Maka saya berikan surat letak jawatan kepada majikan. Apabila pulang ke rumah saya sangka kan semuanya mudah. Namun rupanya tidak semudah yang di sangka.

Saya alami episod kemurungan dan hilang jati diri. Jadi tidak hairanlah jika kita dengar ada ibu yang meroyan atau sakit jiwa apabila sudah biasa bekerja kemudian tiba-tiba pulang ke rumah. Tambahan lagi orang sekeliling tidak menyokong tindakan saya termasuk ibu bapa sendiri dan mertua yang tidak berapa sedap hati melihat anak lelaki nya seorang yang kena mencari rezeki.

Banyak delima yang saya hadapi. Setelah 1 tahun melalui pelbagai episod, ujian, eksperimen dan jatuh bangun sendiri, Alhamdulillah akhirnya saya menemui kekuatan itu semula. Allah tunjukan jalan yang berliku untuk saya ambil semua pengalaman dan dijadikan panduan buat yang lain pula rupanya.

Barulah saya sedar, Allah swt memilih saya untuk di uji kerana DIA tahu saya mampu meredahnya dan DIA tahu yang saya akan menyampaikan sesuatu pada ibu lain pula. Ini amanahNYA kepada saya. Saya akhirnya menulis 116 tips untuk ibu-ibu di luar sana yang saya rasakan penting untuk diketahui dan di aplikasikan di rumah. Terutamanya buat ibu-ibu sepenuh masa yang masih terkapai-kapai mencari apakah yang "aku" perlu buat di rumah ini? 

Buku ini ditulis agar menjadi panduan. Semoga tiada hasutan syaitan yang boleh melemahkan ibu-ibu. Kerana apabila kita sudah tahu sesuatu kebaikan dan apakah tujuan, kita tidak akan berasa negatif dan lemah lagi. Tanpa ilmu bagaimana untuk beramal, kan?

Sebelum buku ini diterbitkan secara fizikal, ia telah lama berada di alam maya sebagai Ebook. 2 tahun di alam maya, ia menjadi permintaan ibu-ibu yang sering membaca secara online. Selepas 2 tahun, saya ingin menjadikan buku ini versi bercetak. Lalu saya hantarkan manuskrip ke pihak penerbitan Telaga Biru. Alhamdulillah pada November 2016, ia telah selamat diterbitkan dan berada di pasaran. Kini ia boleh di dapati di seluruh kedai-kedai buku di Malaysia yang ada menjual buku Telaga Biru.

Namun, semenjak buku ini diterbitkan, kenalan dan follower kebanyakan mohon saya untuk berkan kata motivasi dan berikan tandatanagn (autograf) di hadapan buku. Jadi jika ada pembaca di sini yang ingin mendapatkan Buku Supermama siap autograf, boleh lah buat order di sini (lihat maklumat di atas sekali).

Seronok pertama kali melihat buku hasil penulisan sendiri di rak buku MPH bangi gateway

Si kakak senyum sambil menunjukkan buku mummy nya yang kini berstatus buku keluaran terbaru telaga biru

Ketika di booktiue telaga biru untuk mendapatkan beberapa naskah untuk penulis. Saya juga ambil stok buku untuk di sign dan di poskan pada pembaca yang mahu beli dari saya siap autograf



Anak-anak sudah kenal buku ini apabila masuk ke kedai buku


Buku Supermama di jadikan Hadiah Perkhawinan untuk panduan ibu-ibu baru




Ibu dan ayah turut gembira dengan penghasilan buku ini, lalu dihadiakan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka

Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah pada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. 
Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membuat jualan atau ekspo barangan ibu dan anak, boleh lah turut menyertakan buku Supermama ini kerana ia sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ibu-ibu yang mementingkan keluarga. Untuk order buku ini siap bertandatanag, boleh hubungi saya selaku penulis untuk urusan ini. 

Akhir kata, semoga buku Supermama ini mampu menjadi salah satu pendorong untuk ibu-ibu di luar sana mempunyai kuasa luar biasa demi keluarga tercinta

Salam sayang

Penulis
Buku Supermama
KHAIRUNNISA HAMZAH
Penulis dan perekabentuk kediaman online
http://khairunnisahamzahara.blogspot.my

Whatsapp : 0197720507
Email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Monday, 25 April 2016

TIPS DAN PANDUAN MASUK KE RUMAH BARU MUMMY KONGSIKAN DI DALAM RANCANGAN INSPIRASI BERSAMA HOST RANCANGAN ENCIK FAHRIN AHMAD


Terima kasih kepada rancangan INSPIRASI kerana sudi menjemput mummy untuk berkongsi sedikit panduan tentang tips dan panduan masuk ke rumah baru bagi info untuk mereka yang pertama kali pindah ke rumah baru. Episod akan datang ada lagi perkongsian yang menarik dari mummy ini :)

INSPIRASI
TVi astro 180

25 april 2016 (malam ini)
Dalam slot FOKUS : Rumah teres yang telah di makeover ada swimming pool (rumah parents kawan se Universiti dahulu)

16 mei 2016
Dalam slot Apa kata pakar : Topik ubahsuai kediaman

20 jun 
Dalam slot FOKUS : rumah banglo taman jadi rumah musium klasik (rumah pak mertua)

Jom support rancangan berinformatif dari penerbit tempatan
Video di atas adalah episod ke 2 yang telah terlepas yang saya ambil dari myklik RTM.
Rakam guna phone. InsyaAllah krew penerbit akan berikan dvd untuk kualiti yang lebih elok selepas ini.


Nak belajar branding kan diri walau dari rumah?
Nak tahu macam mana dari rumah pun mummy boleh masuk TV?
Apa mummy ni buat?

Jom baca ebook mummy ni:

"Rahsia Teknik Untuk Branding Diri Dan Perniagaan"
whatsapp 0197720507
www.khairunnisahamzahara.com
senibina kehidupan di rumah

Saturday, 24 October 2015

Dari Seorang Blogger Kediaman, Di Jemput pula Sebagai Pengulas Untuk Program TV Tentang Kediaman

Teks: khairunnisa hamzahara


"Masih jauh lagi perjalanan. 
Jalan dengan penuh keyakinan. 
Pesan ayah kena ada comfident, 
pesan ibu kena jaga peribadi, 
pesan suami kena ada redha Illahi. 
Hanya satu, buat sesuatu bukan kerana wang, 
bukan kerana mahu dikenali, 
dan bukan jua kerana mahu menunjuk 
tapi kerana mahu menyampaikan. 
Tidak akan tenang jiwa seseorang 
jika tidak dapat berkongsi 
apa yg diketahuinya 
yg boleh membantu memudahkan urusan orang yg lain"

Friday, 16 October 2015

Pengalaman Berharga Shooting Bersama Fahrin Ahmad Dalam Slot Interview Apa kata Pakar Untuk Rancangan INPIRASI akan datang Di TV1

"shoot for the moon, because even if you miss, you will land among the stars"





Ketika sesi berkenalan 5 minit sebelum start interview, penerbit dan juga fahrin ahmad bertanya pada saya:

"oh, jadi benarkah sekarang puan buat rekabentuk kediaman dari rumah?"
"ya, saya"

Kemudian saya teringat satu ketika dahulu saat ujian lisan untuk kali pertama saya cuba untuk lulus peperiksaan professional arkitek, 
(saya lulus ujian ini, tapi ujian bertulis nya belum lulus:))



Tanya 2 orang juri

"jika kami lepaskan kamu dalam ujian ini, boleh bagi tahu kami macam mana kamu nak run firma arkitek kamu sendiri"

"insyaallah saya akan buat rekabentuk dan menerima pelanggan dari rumah"

"hah???"

Hah, Masin mulut ku (peribahasa org melayu). 
Dalam Islam telah menyatakan bahawa setiap kata -kata itu adalah DOA 
smile emoticon
~Don't choose the one who is beautiful to the world. But rather, choose the one who makes your world beautiful~
::Harry styles::

Ini bukan cerita untuk saya sahaja! Semua ibu boleh!
Bagi yang berminat untuk tahu cara memulakan kerja dari rumah yang menggunakan teknologi internet untuk pelbagai bidang pekerjaan, saya dah siapkan 1 modul untuk saya train setiap peserta di bengkel yang pertama kali saya adakan :
BENGKEL MUDAHNYA JADI 
WORK AT HOME MOM (W.A.H.M) 
ONLINE


BANDAR BARU BANGI
31 OKTOBER 2015
8.30 pagi - 12.30 tengah hari


Daftar ke bengkel di sini :
Daftar segera sementara pendaftaran masih dibuka. Insyaallah Langkah dan keputusan hari ini memudahkan jalan untuk seterusnya. Nanti jangan kata saya tak bagi tahu ya. Bengkel ini salah satu cara untuk saya tunjukan cara. Kalau nak tahu tapi tak nak datang bengkel, datang rumah bawa ayam golek sekor! 
smile emoticon


Work at home mom
Founder Perkhidmatan Rekabentuk 3d online

Tuesday, 20 January 2015

PERKONGSIAN DI HARIAN METRO TAHUN 2015

Teks: khairunnisa hamzahara



Malam yang hening ini baru teringat akan perkongsian yang pernah dibuat dengan wartawan harian metro tentang isu keselamatan kanak-kanak. Menurut wartawan tersebut, ianya akan dikeluarkan di harian metro Sabtu 17 Jan 2015. Tapi terlupa pula untuk beli dan baca. Malam ni buka harian metro online dan mencari perkongsian tersebut. Ada lah kenangan 
smile emoticon
Panjang punya sesi interview dan jawapan, pendek saja yang ditulisnya. Apapun, biar sedikit tapi membawa manfaat. insyaallah

Untuk baca perkongsian yang lebih terperinci tentang kediaman mesra kanak-kanak boleh baca di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2015/01/tips-dan-panduan-merekabentuk-rumah.html

Friday, 17 October 2014

Dunia Arkitek Kini Di Laman Maya, DI MAJALAH NUR


Teks: khairunnisa hamzahara

Terima kasih kepada kru Majalah Nur kerana membuat perkongsian ini di majalah mereka terbitan Ogos 2014 yang lalu. 

Monday, 3 March 2014

Di Majalah Era Muslimah kali ke empat dengan topik: Manfaatkan Rumah Sebagai Punca Pendapatan

Teks: khairunnisa hamzahara


Terima kasih kak Nik Fauziah Nik Hussin iaitu editor majlaah era muslimah kerana sudi tag saya pada Artikel saya di kolum khas milik saya sendiri setiap bulan iaitu Kolum Kediaman Idaman untuk majalah Era Muslimah keluaran yang seterusnya bakal terbit nanti-bil 22. (masih di kilang, sedang cetak) Dapatkan bilangan terbaru ini untuk membaca perkongsian saya 3 mukasurat setiap bulan, kali ini dengan topik : Manfaatkan Rumah Sebagai punca pendapatan. Alhamdulillah ini adalah artikel saya yang keempat rasanya bermakna sudah 4 bulan saya berkongsi di majalah era muslimah.

Alhamdulillah juga, sejak berblog saya bukan saja dapat berkongsi artikel dengan pembaca blog, malah dapat train orang lain untuk turut sama membuka blog yang bermanfaat. Saya juga ditawarkan menjadi penulis atau kolumnis di majalah tempatan, ditemuramah dan di wawancara untuk majalah tempatan seperti mingguan wanita, midi, impiana dan jelita, mendapat liputan tv seperti rancangan Malayisa hari ini di tv3 dan rancangan safiyya tv9, serta hujung minggu terbaru yang lalu ini ditemuramah pula oleh berita harian metro untuk membuat ulasan berkaitan ubah suai kediaman di malaysia. Mana mereka jumpa saya? Ada yang tanya how much you pay them?  Hanya satu je jawapan saya, mereka jumpa saya di blog dan message saya untuk mmebuat perkongsian. Saya yang bayar atau mereka yang membayar? Siapa mahu untuk tahu cara ini bagi memperkenalkan perkhidmatan kalian pada orang ramai tanpa kalian perlu berkata sendiri "kepakaran saya adalah......" tetapi media yang berkatakan untuk kalian kepada orang ramai, misalnya kata media "kepakaran Khairunnisa Hamzahara adalah....."Orang ramai lebih mudah percaya anda atau media?  Bagaimana caranya? Saya akan buat satu slot khas untuk orang ramai. Harap dapat menunggu banner yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini. Insyaallah. Jika saya yang lemau ni pun boleh buat, apatah lagi anda yang hebat-hebat di luar sana.

"Terima kasih, syukur pada mu Ya Allah di atas nikmat ini. Nikmat apakah yang hendak dinafikan lagi. Engkaulah maha Pencipta dan berkuasa.
Terima kasih kepada puan editor Nik Fauziah Nik Hussin di atas peluang yang diberikan
Terima kasih pada puan Masayu Ahmad yang tidak putus memberikan motivasi dan training khas untuk berblogging selama ini dan pilih saya sebagai salah seorang sayap kanannya
Tidak lupa juga ucapan Terima kasih kepada Dr. Dr Azizan Osman kerana berkongsikan cara Di AMP 2012 yang lalu (baru sekali pergi seminarnya-jika ada rezeki nak pergi yang lain pula)
Terima kasih juga kepada yang di sini yang tidak jemu membaca dan bertanya. Tanpa anda siapalah saya.
Terima kasih lagi tak terhingga kepada semua ahli keluarga yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan menjadi tulang belakang"

Mood: ~Terharu tak terkata~

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah


Friday, 28 February 2014

Ulasan Di Harian Metro Tentang Ubah Suai Kediaman

Teks: khairunnisa hamzahara

Hari ini 1 March 2014i iaitu pertama kali nya saya berada di muka akhbar. Bagi yang belum mendapatkannya hari ini boleh lah mendapat Surat Khabar Harian Metro dan Selak mukasurat 58. Selepas diberitahu oleh wartawan harian metro akan jawapan temuramah saya sudah diolah dan disiarkan di Harian Metro 1 March 2014, saya dan keluarga keluar bersarapan dan membelinya di sebuah kedai runcit berdekatan rumah. Pada mulanya saya selak sampai habis tapi tak berjumpa juga ruangan yang dikatakan ada menyiarkan tentang ulasan saya. Akhirnya suami jumpa di ruang Bisnes.

Agak terperanjat kerana ualsan saya digandingkan dengan Ahli Lemabaga Arkitek Malaysia iaitu Ar.Saifudin Ahmad. Terasa kerdil apabila ulasan kami dietakkan sebelah menyebelah. Insyaallah satu hari nanti saya juga akan mendapatkan Ar (arkitek Professional). Ketika ini saya teringat semula memori ketika meletakkan jawatan di agensi kerajaan tempat saya berkhidmat hampir 2 tahun lepas. Kata pengarah di bahagian sumber manusia di jabatan saya berkhidmat " Pastikan satu hari nanti apabila saya menyelek akhbar, saya nampak khairunnisa berada di muka akhbar ini". Saya hanya tersenyum, hiba kerana perlu meninggalkan jabatan itu dengan segera kerana ada agenda yang lebih penting perlu dibuat. Ketika itu juga beliau sedang menyelak dan membelek akhbar di hadapannya. Bagi saya ia mungkin mustahil untuk sampai ke tahap itu. Rupanya saya tersilap, kata-kata beliau adalah satu doa. Doa di mana walau saya hanya bekarya di rumah namun saya masih boleh membantu masyarakat sekeliling dan mendekati masyarakat.

Hari ini saya sangat terharu kerana boleh berkongsi dengan orang ramai tentang ubah suai kediaman. Sudilah membacanya ya. Kerana ia adalah perkongsian saya untuk anda semua agar mengetahui hak-hak anda dan mendapat gambaran sebenar tentang kerja dan kesan ubahsuai untuk kediaman anda. Di sini saya lampirkan muka akhbar berikut untuk bacaan anda yang tidak sempat mendapatkannya:



Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
1 March 2014
Pengasas:
www.rekabentuk3donline.com

Thursday, 27 February 2014

Ubah Suai kediaman di Harian Metro

Teks: khairunnisa hamzahara


Gambar : carian google




Saya ingin kongsikan di sini tentang ubah suai kediaman. Kemarin, wartawan dari berita harian metro email saya untuk sesi interview. Jadi saya hanya mohon untuk diletakkan soalannya pada email saya dan saya jawap kemudian. Saya kongsikan sedikit di sini. Untuk selanjutnya, boleh baca di harian metro esok hari, insyaallah:
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Puan,
Terima kasih sudi membalas emel saya :)

Tentang soalan, ia lebih menjurus mengenai Renovation (Ubah suai Rumah). Editor minta kami mengetengahkan topik Renovation.

Di sini, saya lampirkan beberapa soalan:

1) Apakah langkah yang perlu diambil oleh pemilik, jika mereka bercadang untuk mengubah suai rumah?
2) Selalunya, berapakah kos untuk mengubah suai rumah? (anggaran caj yang selalu dikenakan)
3) Apakah jenis ubah suai rumah yang ditawarkan di pasaran dan manakah yang paling popular?
4) Apakah nasihat atau pandangan Puan, terhadap mereka yang ingin mengubah suai rumah dengan membuat pinjaman bank?
5) Pada pendapat Puan bagaimanakah, permintaan terhadap perkhidmatan ubah suai rumah di Malaysia sekarang?
6) Apakah tips mengenai ubah suai rumah yang boleh Puan kongsikan?
7) Adakah ubah suai rumah boleh dilakukan pada semua jenis kediaman terutama rumah bertingkat?

Ini saja soalan saya setakat ini Puan Khairunnisa. Jika ada maklumat tambahan atau grafik yang ingin dikongsi, Puan boleh lampirkan sekali supaya boleh dimasukkan dalam penulisan kami.

Kalau boleh, saya perlukan gambar Puan, nama penuh, nama syarikat dan jawatan untuk tujuan 'qoute'

Kerjasama daripada pihak Puan, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada wartawan yang bertanyakan soalan. Pastikan anda buka harian metro esok untuk dapatkan jawapannya terutama pada yang sedang sibuk ingin ubahsuai kediaman. Jawapannya juga akan saya buatka satu entry khas sebaik ianya disiarkan du muka akhbar esok hari dan inyshaallah saya link kan dari sini ;)

Tuesday, 11 February 2014

Jom Tonton Rakaman Interview Tentang Homestay Di MHI TV3

Teks: khairunnisa hamzahara




Jom Tonton ZAH Homestay Bangi
di MHI pagi esok 12 feb 2014
pukul 7.30 pagi
bersama Khairunnisa Hamzahara
dan menangi hadiah ebook Kediaman Pertamaku

Bagi mereka yang tonton rakaman interview saya

oleh MHI TV3 pada pagi esok 12 feb2014 (rabu)
pukul 7.30 pagi dengan topik Homestay,
dan dapat berikan sedikit ulasan (tidak melebihi 200 patah perkataan) di sini, inysaallah, saya akan menghadiahkan EBOOK sulung saya iaitu Panduan Kediaman Pertamaku kepada anda semua.

Pastikan ulasan anda ada menyentuh 4 perkataan berikut:
1. Khairunnisa Hamzahara
2. Homestay
3. Rekabentuk
4. Online

Ulasan boleh dibuat di ruang komen di bawah

Sunday, 14 July 2013

Safiyya TV9 Episod 12 - Khairunnisa Hamzahara

Teks : Khairunnisa Hamzahara

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, 
dengan izinnya dan bantuan dari seorang sahabat yang dikenali di alam maya,
rakaman safiyya episod ke 12 tahun 2013 pada bulan march yang lalu telah dapat dikongsikan bersama pembaca di blog ini dan juga penonton lain di Youtube

Saya berterima kasih kepada Safiyya TV9 kerana sudi memaparkan sedikit kisah dan perkhidmatan saya. 

Ini lah janji Allah, walau di mana kita berada, walau apa yang kita buat, rezeki itu semua milik Allah, usaha lah dan berdoalah, maka Allah tidak akan mensia-siakan. Dan setiap peluang itu datang sekali sahaja. Maka manfaatkanlah ia sebaik-baiknya



 

ilmu itu ada lah milik Allah, kita adalah perantara dengan manusia. Ilmu dan kemahiran yang ada dikongsikan bersama. Semoga dengan sudutan ini memberikan sedikit inspirasi dan motivasi kepada ibu ibu lain untuk berani bekarya dan bekerja di rumah demi mengutamakan keluarga dan mengasuh anak-anak dengan tangan sendiri. Rezeki akan datang kemudiannya tanpa disangka kerana setiap anak itu membawa rezeki. dan anak itu amanah Allah. Utamakanlah yang utama maka yang lainnya akan menjadi mudah, insyaallah.

wassalam

penulis:
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Thursday, 6 June 2013

Masuk Majalah Lagi dan Lagi

Teks : Khairunnisa Hamzahara

HARI INI KISAH SAYA & MAK MERTUA DI MAJALAH MINGGUAN WANITA (7 Jun 2013)

Alhamdulilah syukur..masih boleh mengadap di hadapan laptop lagi. banyak sungguh jasa laptop ni. Minggu ni dapat info dari seorang editor Majalah Mingguan Wanita , kisah saya bersama mak mertua disiarkan di Majalah Mingguan Wanita edisi 7 Jun - 13 Jun 2013. Hari ini dah 7 Jun kan? Kalau ada yang berada kat luar tu singgah-singgah la beli Majalah Mingguan wanita. Saya belum berkesempatan keluar membeli. Alamat tunggu en.abang balik bawakan majalah (dah sms pesan suruh beli tadi :))

RUMAH DALAM MAJALAH MINGGUAN WANITA 
Saya suka Majalah ni. Harganya berpatutan. RM3 lebih sahaja. Boleh jadi majalah santai semasa breakfast. Selak selak sambil makan. Banyak info dan kisah inspirasi. Dalam menjadi peminat majalah Mingguan Wanita ni, tup tup satu hari mendapat email dan panggilan telefon dari editor majalah ini. Pernah sekali kisah rumah saya dimuatkan dalam Majalah ini iaitu pada bulan Mac yang lalu. Ada sesiapa pernah perasan? Pastinya tak perasan :)


Bila ditanya mana editor tersebut kenal saya. Dia kata dia terjumpa entry saya berkenaan rumah saya masuk Majalah Impiana pada tahun 2011 yang lalu. Dan dia membaca kisah-kisah berkenaan rumah saya di blog lama saya



RUMAH SAYA DALAM  MAJALAH IMPIANA EDISI OKTOBER 2011 

 








catatan lama saya :
 Assalammualaikum

Kawan-kawan dan para blogger di luar sana,
Alhamdulillah rumah NUANISA terpilih untuk masuk dalam majalah IMPIANA.
Semalam dah keluar di pasaran. Edisi oktober.
Punye lah seronok dan excited sampai awal2 pagi lagi dah gi kedai buku nak cari IMPIANA. Selak slow2..sekali tengok ada gambar rumah kami. Page 52-58...Banyak page jugak tu.

Macam mana terpilih masuk IMPIANA?
Sebenarnya NUANISA masuk pertandingan yang dianjurkan oleh IMPIANA.
Tapi tak menang. Pastu tup2 satu hari tu ada sorang reporter IMPIANA call bg tahu yang diaorang nak datang shooting kat umah kitaorang. So, set lah appointment and team IMPIANA datang. 

Time tu, Ibu nisa pon datang jugak ngan kawan dia. Nak tengok mcm mana team IMPIANA datang shooting rumah. Pada masa tu, Nisa dalam pantang. Baru lahirkan anak kedua . Team IMPIANA datang pada bulan APRIL. Tunggu punya tunggu, bulan edisi bulan OKTOBER baru kuar dalam majalah.

Nape lambat kuar? Hehehe...sebab reporter yang datang ke rumah NUANISA tu dah berpindah ke tempat lain, so column tuk rumah nisa tu pending and hang..tak ada orang yang uruskan. Tapi selepas Editor IMPIANA tu tahu, dia dgn pantas betul kan semula keadaan dan masukkan tentang rumah NUANISA di edisi OKTOBER.

Rupanya seronok bila tengok gambar rumah kita di majalah. Walaupun kini rumah NUANISA jauh berbeza dari dalam majalah tersebut, tapi kami amat puas hati. Ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang lebih kuat tuk sentiasa memelilhara rumah kami dengan baik dan mendekorasi rumah kami agar lebih baik, indah dan selesa dari masa ke semasa.

Jgn lupa beli ya...edisi bulan ni sangat berguna sebab ada tips2 untuk pengstoran yang baik, lengkap untuk semua jenis ruang!


DI MAJALAH MIDI PULA

Oh jika diingat semula sebenarnya Editor majalah MIDI yang terperasan saya di Blog saya. Kemudian dia menyampaikan hasrat untuk shoot sikit rumah saya dan interview sikit. Saya pun setuju. Kemudian editor tersebut tak dapat datang ke rumah saya pada hari yang dijanjikan. Pada masa yang sama team karangkraft dia dari Majalah Mingguan Wanita pun nak datang shoot rumah saya jadi kakak editor ni minta tolong kakak editor majalah mingguan wanita untuk shoot kan sekali bagi pihak MIDI. Masa bulan Mac 2013 tu keluar serentak kisah rumah kami di dua buah majalah. Lucu tapi seronok. Anak-anak suka belek-belek majalah tu. Mereka macam seronok sampai kalau kemas rumah si kakak akan cakap, kemas cantik cantik nanti majalah nak datang tangkap gambar. bole kakak masuk majalah lagi (usia si kakak 4 tahun)


TERKESAN 

Terkesan sungguh pada anak-anak, saya dan suami sejak kediaman kami dimuatkan dalam majalah. Anak-anak seakan-akan faham walau masih kecil lagi. Kalau berkemas suka tolong sebab nak masuk dalam majalah lagi katanya. Siap bagi idea pilih color atau susun perabot lagi. Begitu juga dengan suami, rajin bantu kemas rumah dan hias rumah, kata nya, bulan ni takde majalah nak datang ke. Saya suka dengan perkembangan sihat ni. Bukan saja-saja nak masuk majalah tapi bila kita berkongsi secara sihat, orang lain pun dapat membaca nawaitu kita, nak berkongsi atau nak menunjuk. BAgi saya diluar sana rami arkitek dan interior design yang berkaliber jika dibandig dengan saya ni apalah sangat. Tapi ia bukan penghalang saya untuk berkongsi minat, ilmu dan pengalaman. Bagi saya ia bukan milik saya seorang tapi ia anugerah yang dipinjamkan oleh Illahi untuk mereka-mereka di sekeliling kita

MASUK TV PULA  

Dari kisah-kisah di majalah ini, akhirnya saya mendapat panggilan dari rancangan TV pula. Nak tahu kisahnya? Nanti saya ceritakan pada entry yang lain :)

~Semua perkara tidak mustahil/setiap amalan dimulakan dengan niat~




//KHAIRUNNISA HAMZAHARA// 

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO