Teks: khairunnisa hamzahara
Terima kasih kak Nik Fauziah Nik Hussin iaitu editor majlaah era muslimah kerana sudi tag saya pada Artikel saya di kolum khas milik saya sendiri setiap bulan iaitu Kolum Kediaman Idaman untuk majalah Era Muslimah keluaran yang seterusnya bakal terbit nanti-bil 22. (masih di kilang, sedang cetak) Dapatkan bilangan terbaru ini untuk membaca perkongsian saya 3 mukasurat setiap bulan, kali ini dengan topik : Manfaatkan Rumah Sebagai punca pendapatan. Alhamdulillah ini adalah artikel saya yang keempat rasanya bermakna sudah 4 bulan saya berkongsi di majalah era muslimah.
Alhamdulillah juga, sejak berblog saya bukan saja dapat berkongsi artikel dengan pembaca blog, malah dapat train orang lain untuk turut sama membuka blog yang bermanfaat. Saya juga ditawarkan menjadi penulis atau kolumnis di majalah tempatan, ditemuramah dan di wawancara untuk majalah tempatan seperti mingguan wanita, midi, impiana dan jelita, mendapat liputan tv seperti rancangan Malayisa hari ini di tv3 dan rancangan safiyya tv9, serta hujung minggu terbaru yang lalu ini ditemuramah pula oleh berita harian metro untuk membuat ulasan berkaitan ubah suai kediaman di malaysia. Mana mereka jumpa saya? Ada yang tanya how much you pay them? Hanya satu je jawapan saya, mereka jumpa saya di blog dan message saya untuk mmebuat perkongsian. Saya yang bayar atau mereka yang membayar? Siapa mahu untuk tahu cara ini bagi memperkenalkan perkhidmatan kalian pada orang ramai tanpa kalian perlu berkata sendiri "kepakaran saya adalah......" tetapi media yang berkatakan untuk kalian kepada orang ramai, misalnya kata media "kepakaran Khairunnisa Hamzahara adalah....."Orang ramai lebih mudah percaya anda atau media? Bagaimana caranya? Saya akan buat satu slot khas untuk orang ramai. Harap dapat menunggu banner yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini. Insyaallah. Jika saya yang lemau ni pun boleh buat, apatah lagi anda yang hebat-hebat di luar sana.
"Terima kasih, syukur pada mu Ya Allah di atas nikmat ini. Nikmat apakah yang hendak dinafikan lagi. Engkaulah maha Pencipta dan berkuasa.
Terima kasih kepada puan editor Nik Fauziah Nik Hussin di atas peluang yang diberikan
Terima kasih pada puan Masayu Ahmad yang tidak putus memberikan motivasi dan training khas untuk berblogging selama ini dan pilih saya sebagai salah seorang sayap kanannya
Tidak lupa juga ucapan Terima kasih kepada Dr. Dr Azizan Osman kerana berkongsikan cara Di AMP 2012 yang lalu (baru sekali pergi seminarnya-jika ada rezeki nak pergi yang lain pula)
Terima kasih juga kepada yang di sini yang tidak jemu membaca dan bertanya. Tanpa anda siapalah saya.
Terima kasih lagi tak terhingga kepada semua ahli keluarga yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan menjadi tulang belakang"
Mood: ~Terharu tak terkata~
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
NUFFNANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Teks: khairunnisa hamzahara Assalammualaikum w.b.t Sejak saya memperkenalkan diri di alam maya, ramai yang message di email ber...
-
Teks: Khairunnisa Hamzahara Imej: Google (maaf ya, gambar akan dimasukan kemudian, ada masalah ngan encik blogger ni time nak upload imej...
-
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..... Alhamdulillah entry berkenaan Rumah Jenis Bertingkat telah pun selesai , sek...
-
Teks: khairunnisa hamzahara TEMPAHAN REKABENTUK DARI TUAN RUMAH Alhamdulillah saya baru sahaja menyiapkan rekabentuk hiasan kediaman r...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Imej: Carian Google Gambar : Rumah Penulis, Teres 2 tingkat (2010-march 2013) Alhamdulillah, bertemu ke...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Baru-baru ini saya menerima email di mana tempahan rekabentuk dibuat oleh puan pelanggan yang membaca tentang...
-
Teks : khairunnisa hamzahara (artikel ini dikongsikan di dalam berita harian metro 1 March 2014) berikut adalah soalan interview dari...
-
Teks : khairunnisa hamzahara Imej : Google Assalammualaikum Pasti ramai yang sudah mula bosan dengan suasana rumah yang sama sahaj...
-
Teks : khairunnisa hamzahara Sejak musim panas ini, merata-rata mummy and daddy bawa anak-anak pergi mandi dan berenang. Selaluny...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Selepas update status ke Legoland dan Legoland Hotel di Facebook pada 2 minggu yang lepas, ramai sahabat F...
0 comments:
Post a Comment