NUFFNANG

Showing posts with label 4. UBAHSUAI RUMAH. Show all posts
Showing posts with label 4. UBAHSUAI RUMAH. Show all posts

Monday, 4 December 2017

JOM PANDAI DEKOR BERSAMA. GUNAKAN SENTUHAN MAGIS TANGANMU SENDIRI UNTUK BUAT HIASAN DALAMAN (INTERIOR DESIGN) SENDIRI

Teks: Khairunnisa Hamzah


Rumah kita dah macam rumah terbalik? 
MAHU PANDAI DEKOR? 

NOTA: cari poster JOM PANDAI DEKOR


Uish, terkejut besar saya bila seorang jutawan yang sangat berpengaruh di Malaysia pernah kongsikan rahsia besarnya.

Apa dia?

Menurut beliau, kehidupannya mula berubah semenjak dia mula kisah untuk menyusun atur rumah dan pejabat nya dengan baik.

Kajian pakar psikologi dan pakar motivasi mendapati apabila seseorang mengusahakan sesuatu usaha dengan membuat persediaan dan perancangan yang baik, maka 50% usaha itu telah pun berjaya. Selebihnya adalah sikap dan mentaliti seseorang.

Oleh itu, adakah hanya jutawan sahaja yang oleh hidup dalam keadaan teratur dan selesa?

Jika insan yang terdahulu hidup berjaya pernah berkongsi bahawa hidupnya yang biasa-biasa mula jadi luar biasa apabila ia mengubah persekitaran dan cara hidupnya, adakah kita sanggup untuk tidak heran akan nasib kita? Kerana Allah juga pernah berfirman bahawasannya DIA tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri.

Perlukan ber mahal-mahalan dalam merekabentuk dan menghias?

Ayuh buang pemikiran sebegini. Sebab mahal belum tentu menjanjikan sesuatu ruang itu selesa, cantik dan praktikal jika tersalah memilih atau membuat keputusan.
Ya, inilah yang dibimbangkan, bukan?
Kita takut untuk tersalah memilih dekor. Silap haribulan kita boleh rasa mabuk atau asyik nak marah berada dalam ruang tersebut kerana seperti ada sesuatu yang tak kena. Sebenarnya kita yang "santau" diri sendiri.

Jika Ahli sihir boleh gunakan kuasa magiknya, kini kita juga mampu mengubah keadaan ruang kita. Untuk apa?

Ruang yang dinaik taraf, dihias, disusun dan di dekorasikan akan memberikan impak LUAR BIASA seperti ini:
-Menaikan Nilai Hartanah sediaada
-Memupuk kasih sayang
-Membuatkan rasa seronok untuk berada di situ
-Menarik tetamu dan pelanggan
-Menarik perhatian
-Menarik rezeki
-Memutik mood dan aura positif
-Memberikan rasa hebat pada diri dan penguna ruang
-Memberikan keindahan dan kedamaian
-Memberikan keseronokan dalam kehidupan
-Melahirkan anak-anak yang gembira dan terdidik perilaku
-Mencetuskan semangat kerja dan menjadikan pekerja progresif
dan banyak lagi impak positif

Siapa yang perlu ada ILMU PANDAI DEKOR ini? 
Mestilah ia penting kepada

-Ibu institusi kekeluargaan
-Bos yang berdedikasi
-Insan yang hebat dan luar biasa
-Pemilik butik dan kedai yang mempunyai produk yang berkualiti
-Pemilik homestay
-Pemilik Virtual Office
-Anda yang mahu mulakan hidup yang positif
dan sesiapa sahaja

Jom. Bagi peluang kepada diri untuk tahu gunakan sentuhan magis tangan sendiri. Tidak perlu tongkat sakti, hanya perlu teknik dan ilmu PANDAI DEKOR sebelum boleh mengubah ruang yang anda ingini. 



Klik di sini untuk turut sama pandai dekor

JOM!
bengkel : JOM PANDAI DEKOR

hari : SABTU
tarikh : 16 Disember 2017
lokasi : Bandar Baru Bangi


Sebarkan berita baik ini kerana diluar sana ramai yang sedang menderita kerana takut untuk melakukan perubahan pada ruang kerana tidak yakin dengan pilihan diri sendiri. Nak upah orang pula tidak berkemampuan. 

Tekan LIKE, kemudian SHARE kan post ini. Setelah itu berilah sedikit KOMEN di sini untuk anda dijejaki. Kerana anda yang bantu menyebarkan berita ini akan menerima 10 TIPS ASAS DEKOR RUANG di email masing-masing selepas selesai bengkel nanti.
Dan ayat SHAREing yang paling best akan menerima PERKHIDMATAN REKABENTUK 3D untuk satu ruang secara PERCUMA (saiz tidak lebih 10x10 kaki) Mulakan hari dengan lebih baik

Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi.
Ia adalah Senibina Kehidupan

Yang Benar
KHAIRUNNISA HAMZAH
senibina kehidupan di rumah

Wednesday, 26 October 2016

Jom letak Paip air sebelah pintu bilik air. Kenapa?

Teks : khairunnisa hamzah



Sebagai orang Islam, amat penting untuk menyucikan diri dengan air bagi memastikan tiada najis yang melekat pada diri. Ia juga untuk kebersihan dan kesihatan. Islam itu indah dan suka kan keindahan. Dan kebersihan itu separuh daripada Islam

Hari ini saya ingin bincangkan isu PAIP AIR di bilik air.
Rata-rata rumah orang Islam ada paip air di bilik air.
Dan kebanyakan lantai bilik air sentiasa basah tidak seperti bilik air bangsa lain yang kering kerana mereka tidak bersuci dengan air. Hanya pakai tisu. Namun ada juga bangsa kita yang mengikut cara ini kerana "geli" dengan lantai yang basah.

Tapi tahu tak sebaik-baik cucian itu adalah dengan AIR

Sebab itu dalam Islam sendiri ada menggariskan panduan di mana digalakan untuk meletakan selipar di dalam bilik air agar tidak terbawa keluar najis yang terpijak di lantai bilik air apabila melangkah keluar bilik air.


Tetapi zaman sekarang ada yang lihat selipar bilik air itu kolot seperti bilik air di kampung. Jadinya ramai yang kembali tidak meletakan selipar di bilik air. Tapi perasan tak, paip untuk membersihkan kaki selepas menggunakan bilik air biasanya berada jauh di bawah paip shower. Jadi selepas mencuci kaki masih perlu berjalan lagi sedikit di lantai bilik air sebelum melangkah keluar. 

Cadangan saya, selepas ini pemaju dan perekabentuk ambil berat tentang perkara ini. Letakan paip air untuk mencuci di sebelah pintu bilik air. Sama macam konsep zaman dahulu, tempayan tadahan air basuh kaki di tepi tangga atau pintu. Sekarang kita gunakan paip di tepi pintu untuk mencuci kali terakhir sebelum melangkah keluar pintu bilik air. Boleh kan?



Jom kita ubah cara
Belajar dari pengalaman dan kesilapan

Saya sangat titik beratkan hal ini kerana sekarang sednag membesarkan anak-anak kecil di rumah. Apabila hendak membersihkan najis mereka, perlu masuk bilik air dan berjalan sehingga ke bawah cucuran air (shower) untuk buka paip air. Apabila bersihkan mereka maka adalah yang berterabur atau kita tidak perasan saki baki yang tinggal. Bila berjalan semula keluar, mungkin kita ada bawa saki baki atau bekas najis. Bahaya kan?

Jadi, meh kita pasang paip sebelah pintu bilik air untuk menjaga kebersihan dan kesucian rumah dari najis! Ayuh mulakan



Khairunnisa Hamzah
Perekabentuk dan penasihat kediaman online
work at home mom since 2012
whatsapp 0197720507
email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Nak dapatkan design ubahsuai luaran atau dalaman
boleh PM atau boleh ke 
FB page : https://www.facebook.com/rekabentuk3donline
FB page : https://www.facebook.com/3Dviewing

Tuesday, 12 April 2016

BINA KOLAM RENANG ATAU SWIMING POOL UNTUK TERAPI KELUARGA DI MUSIM PANAS MALAYSIA


Teks : khairunnisa hamzahara


Sejak musim panas ini, merata-rata mummy and daddy bawa anak-anak pergi mandi dan berenang. Selalunya air swimming pool sejuk hingga anak-anak menggeletar badan, namun musim panas yang lama dan hangat di Malaysia kali ini menyebabkan air kolam renang menjadi suam-suam kuku dan sedap untuk berendam serta menyelam lama hingga ke petang. Bagaikan spa dan terapi badan di kala musim panas. Balik rumah, sambung mandi di kolam plastik rumah pula yang boleh muat seisi keluarga. Jadi, kali ini mummy and daddy mahu realitikan projek membuat kolam renang di rumah kerana anak-anak sudah pandai berenang dan menjadi aktiviti harian mereka. Berenang juga adalah amalan sunnah. Rumah teres, rumah banglo atau, rumah kampung sekali pun semuanya berhak mempunyai kolam renang sendiri. Kos? Boleh buat ikut kemampuan. Budget , sederhana, cantik semuanya bergantung kepada poket masing-masing. Nawaitu, nak terapi badan dan lakukan aktiviti sunnah ini untuk seisi keluarga. Lokasi cadangan? Belakang rumah, tepi rumah atau hadapan rumah. Jika nak buat atas bumbung rumah pun boleh.

Kalau nak buat Rekabentuk 3D swimming pool dekat rumah masing-masing boleh pm mummy ya. smile emoticon
Ada juga swimming pool ready made design yang dah ada ukuran tertentu. Kalau nak buat design lain pun boleh, lepas tu kita panggil tukang kolam untuk buatkan di rumah
Ingat tak pasal rumah teres yang mummy pernah kongsikan masa shooting rancangan inspirasi dengan encik fahrin ahmad yang lalu? Jadi, siapa kata rumah teres tak boleh ada swimming pool , kan?


Jom buat Kolam renang di rumah!

Pagi ni, jom cuci mata kolam-kolam renang rumah orang lain yang agak-agak muat untuk rumah jenis teres, banglo, semiD atau halaman belakang rumah kampung mak ayah kita smile emoticon

Sumber gambar : pinterest
































Nak buat kolam renang dekat rumah sendiri?
Email me or whatsapp me untuk dapatkan rekabentuk kolam renang rumah anda :

Email : khairunnisahamzahara@gmail.com
whatsapp : 0197720507
smile emoticon
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
Arkitek Graduan
www.khairunnisahamzahara.com
Perekabentuk dan Penasihat kediaman Online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my

Tuesday, 20 October 2015

Apa perlu pemilik kediaman tahu sebelum renovate atau ubahsuai rumah atau kediaman?

Teks: khairunnisa hamzahara

1) Apa yang boleh diubah dan apa yang tidak boleh diubah?



Sebelum membuat ubahsuai kediaman, pemilik perlu tahu bahawa tidak kesemua struktur ruang boleh diubahsuai sesuka hati. Terutamanya apabila melibatkan struktur yang perlu dipecahkan atau ditambah kerana dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan kepada struktur ruang yang boleh mengakibatkan perkara buruk seperti keretakan struktur atau roboh. 

Oleh itu, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sama ada struktur tersebut boleh dibuang atau ditambah. Kadang-kala terdapat struktur yang tidak boleh diganggu kerana dikhuatiri akan menyebabkan keretakan atau roboh dikemudian hari. 

Untuk pengetahuan, sebarang ubahsuai yang melibatkan pembinaan tiang dan bumbung sahaja masih dibolehkan, melainkan apabila menaikan dinding, ia perlu di rujuk terlebih dahulu di pihak majlis daerah bagi mereka menyiasat akan keselamatan dan keselesaan pembinaan tersebut terlebih dahulu. Begitu juga untuk rumah yang setingkat untuk dinaikan menjadi 2 tingkat, perlu mendapat kelulusan pihak majlis terlebih dahulu.


Selain itu, seperti penukaran warna dinding luar kediaman atau pun penukaran material luaran kediaman, boleh dibuat tanpa mendapatkan kelulusan pihak majlis melainkan majlis perbandaran Putrajaya. Kerana di Putrajaya , setiap pemilik kediaman tidak boleh mengubah fasad rupa luaran) kediaman sesukahati walaupun menukar warna cat dinding di luar. 


Jadi dinasihatkan untuk mendapatkan dahulu nasihat dari majlis daerah atau pihak pemaju sebelum melakukan ubahsuai kediaman.

2) Apakah prosuder undang-undang yang perlu dipatuhi ?

Sebelum melakukan ubahsuai kediaman secara major iaitu melibatkan pertukaran ruang dan struktur diluar mahupun dalam kediaman, perlulah mendapat kelulusan pihak majlis terlebih dahulu.

Pihak majlis akan meminta pelan ubahsuai yang menunjukan perubahan struktur yang dilakukan. Pelan ini boleh didapatkan daripada arkitek dan juga pelukis pelan berdaftar. Dapatkan senarai mereka dari pihak majlis yang berhampiran. Kerana lain majlis lain kehendak dan syaratnya. Terdapat bayaran yang akan dikenakan mengikut jenis dan jumlah ubahsuai yang dilakukan.

Pemilik juga perlu membayar lesen perletakan tong sampah dan sewa tong sampah bagi membuang sisa pepejal bahan-bahan pembinaan semasa proses ubahsuai dilakukan agar sisa tersebut tidak dibuang merata tempat dan tidak membahayakan penduduk setempat yang lalu lalang di situ.


3) Kenapa perlu lantik profesional?

Profesional di bidang pembinaan rumah dan pengubahsuaian rumah adalah perekabentuk kediaman iaitu Arkitek. Contohnya dalam pembikinan pakaian, ia mempunyai pereka dan juga tukang jahit. Di sini Arkitek merupakan pereka dan yang melakukannya di tapak adalah kontraktor.

Untuk mendapatkan idea dan perancangan pembinaan mahupun ubahsuai, arkitek akan membantu dari sudut rekabentuk ruang berdasarkan fungsi dan juga pemilihan struktur serta cara perletakannya yang betul. Arkitek adalah orang yang mahir tentang pembinaan dan ubahsuai kediaman.

Arkitek juga akan menjadi pihak ketiga antara kontraktor dan tuan rumah untuk sepanjang proses ubahsuai dilakukan.



4) Apakah Kepentingan Menyediakan Lakaran Rekabentuk Susunatur / Hiasan Dalaman Terlebih dahulu sebelum kerja-kerja ubahsuai di jalankan di kediaman?

Ini adalah perkara yang sangat saya titikberatkan iaitu melakar terlebih dahulu idea rekabentuk yang mahu dilakukan. Ini kerana dengan membuat lakaran terlebih dahulu, pemilik kediaman boleh

- mengetahui bagaimana gambarab rupa ruang setelah diubahsuai
- apakah material / finishes yang mahu diguna pakai
- apakah fungsi setiap sudut ruang
- apakah perlatan dan perkakas ruang yang akan terlibat
- di manakah point2 perlu dipasang untuk lampu kipas dan alatan elektrik yang lain
- yang akhirnya memberikan pemilik jumlah kos yang diperlukan untuk kerja ubahsuai tersebut.

Idea rekabentuk ini boleh didapatkan daripada pakar / orang berengalaman atau pun Google. Lakukan lakaran untuk setiap ruang bagi memudahkan kerja ubahsuai berjalan lancar.


Apa risiko buat ubahsuai sendiri tanpa perancangan yang teliti?

Sekiranya ubahsuai yang dilakukan pada kediaman menjadikan kediaman itu 
- lebih tidak selamat (bahaya)
- lebih tidak cantik (buruk)
- lebih menyusahkan (sempit)
- lebih suram (gelap)
-lebih menyesakkan nafas (tiada pengudaraan),

Siapakah yang harus kita persalahkan jika ianya adalah daripada idea dan keputusan kita sendiri? Oleh itu, jika tidak pakar dalam bidang ini, serahkan pada yang pakar. Rumah bukan untuk dihuni sehari dua, tapi mungkin digunakan untuk sepanjang hayat. Biarlah ubahsuai yang dilakukan adalah berbaloi dan boleh selesa digunakan lebih ama lagi.



Apakah yang perlu dititikberatkan dalam mendapatkan idea ubahsuai kediaman?

1) Membuat kaji selidik dengan teliti
2) Mengetahui Ruang mana yang mahu diubahsuai
3) Mengetahui terlebih dahulu apakah aktiviti yang akan dilakukan di setiap sudut ruang
4) Apabila jelas aktiviti yang bakal dilakukan, boleh menentukan apakah kelengkapan dan material yang akan digunakan pada ruang tersebut
5) AKhirnya ia memberikan jumlah kos untuk ubahsuai ruang tersebut.

(rancang terlebih dahulu)



Perlu juga tahu, ruang mana yang patut ditambah keluasannya, di kurangkan keluasannya, di tiadakan atau di pindahkan kedudukannya. Kaji selidik kaitan antara ruang perlu dilakukan sebelum menyesal akan idea perletakan ruang yang tidak praktikal atau menyusahkan di kemudian hari

Bilakah masa yang sesuai /dibolehkan untuk melakukan ubahsuai kediaman?



Ubahsuai kediaman dilakukan biasanya apabila mempunyai keperluan tambahan. Pada awalnya mungkin ruang sedia ada sudah mencukupi, namun setelah mempunyai anak, atau orang tua tinggal bersama, dan atau juga membuka pejabat di rumah, seseorang pemilik kediaman memerlukan ubahsuai dalam susunatur ruang mengikut aktiviti dan fungsi di rumah yang sudah bertukar.

Jadinya, saya sarakan ubahsuai dilakukan hanya apabila telah terdapatnya keperluan untuk pengubahsuaian ruang atas tuntutan aktiviti terkini yang perlu dimuatkan pada ruang tersebut. Sekiranya masih tidak perlu, gunakna ruang sedai ada sebaiknya.


PERINGATAN:
Sekiranya rumah dibeli dari pihak pemaju, rumah yang dibeli mempunyai warranty selama 2 tahun. Sekiranya ubahsuai telah dilakukan terutamanya dalam perubahan rupabentuk serta struktur ruang, warranty ini automatik sudah tidak ada lagi. Oleh itu, berhati-hati. Nasihat saya adalah untuk gunakan dahulu ruang sedia ada selama 2 tahun, kerana apa-apa keroskana yang terjadi, pemilik kediaman boleh memaklumkan pada pihak pemaju untuk diambil tindakan tanpa bayaran. 

Bagaimana jika tidak cukup budget untuk membuat ubahsuai kediaman seperti yang dirancang?

Sekiranya belum cukup budget, dinasihatkan untuk tidak membuat ubahsuai terlebih dahulu. Dapatkan budget yang secukupnya. Ini dikhuatiri akan berlakunya kerja ubahsuai yang tidak siap dan menyebabkan kontraktor lari. Akibatnya rumah jadi rumah yang tidak siap dan membahayakan. 

Ada caranya untuk mendapatkan pembinaan rumah dengan harga yang murah atau kadangkala boleh peroleh secara percuma iaitu dengan membenarkan kontraktor menjadikan rumah kita sebagai contoh hasil kerjanya dan menjadi sample untuk pelanggannya datang kemudian hari untuk melihat hasil kerja kontraktor. Dengan kata lain merelakan rumah kita untuk menjadi "Show House" kontraktor


Apakah tujuan pihak majlis membuat undang-undang bagi kerja-kerja ubahsuai kediaman?

Sebenarnya peraturan dan undang-undang yang dibentuk bukanlah untuk menyusahkan pemilik kediaman tetapi adalah untuk mengawal kecelakaan dan melindungi keselamatan pelbagai pihak.

Misalnya dapur yang di tambah sehingga ke hujung belakang rumah, ianya telah mendekatkan jarak antara dapur kita dengan dapur jiran. Apabila berlakunya kebakaran, ia memudahkan kebakaran merebak atau menyambar rumah yang mempunyai jarak yang tidak mengikut syarat minima. Ini membahayakan diri kita dan keluarga kita.


Begitu juga dengan ubahsuai yang dibuat sehingga penuh dihadapat rumah dan juga ditepi rumah, ianya sebenarnya tidak dibenarkan kerana dikhuatiri akan membahayakan penghuni pada ruang tambahan tersebut. Terutamanya apabila bahagian itu betul-betul berada di tepi jalan utama yang mempunyai kenderaan lalu lalang di sebelahnya. Apakah akan terjadi sekiranya ada lor yang terbabas lalu melanggar dinding tambahan ruang ini sedangkan sebelum ini idea asal hanyalah ruang taman bagi menjarakan ruang dalam rumah dengan jalan raya. Kini apabila ubahsuai dilakukan, penghuni tinggal pada zon tidak selamat JAdi berhati-hati dengan idea penambahan atau ubahsuai kediaman. Kerana dikhuatiri membahayakan keselamatan pengguna ruang


Tahukah anda akan hak jiran anda?

Sekiranya idea ubahsuai kita menyebabkan tembok kita termasuk ke sempadan jiran, jiran berhak untuk membuat aduan dengan pihak majlis dan kemungkinan kita perlu merobohkan bahagian yang sudah terlebih itu.

Dan sekiranya ubahsuai yang dilakukan mengganggu jiran seperti memberikan ketidakselesaan pada jiran seperti rumahnya menjadi gelap dan sebagainya, ia boleh membuat aduan.

Dan juga apabila ubahsuai yang dilakukan menyebabkan laluan kejiranan terganggu atau pun laluan keselamatan untuk pencegahan kebakaran (laluan trak bomba) terhalang, pihak majlis berhak memita kita untuk membuat ubahsuai semula tanpa menghalang perkara-perkara seperti itu dari berlaku lagi.

Bagaimana ingin buat ubahsuai kediaman jika unit rumah adalah jenis geran strata (kongsi)?


Ubahsuai di bawah geran strata (geran kongsi biasnaya di bawah pemilikan pemaju), pemilik kediaman perlu meminta izin dari pihak pemaju terlebih dahulu. Rumah seperti kodo, apartment, dan townhouse biasanya termaktub pada peraturan strata ini. 

Pihak pemaju biasanya mensyaratkan ubahsua yang boleh dilakukan bagi memastikan rekabentuk luaran masih kekal dalam konsep yang sama bagi menjaga keharmornian rupa bentuk dan juga untuk keselamatan penduduk yang ramai dalam 1 kawasan. 

Sekiranya ubahsuai dibenarkan, ia hanyalah melibatkan dalaman sahaja. Itu pun akan diperiksa dahulu keran adikhuatiri mengganggu struktur yang berkongsi antara unit dengan unit yang bersebelahan.

Ubahsuai yang diizinkan adalah berwaktu bagi menghormati kejiranan iaitu kerja-kerja ubahsuai hanya boleh dilakukan pada puku 8.00 pagi - 5.00 petang. Walau apa pun, pemilik perlu berurusan dengan pihak majlis dan pemaju jika ingin membuat perubahan pada kediaman.

Nasihat saya kepada mereka yang mahu mebuat ubahsuai kediaman...

Nasihat saya sesudah itu, serahkan pada yang pakar untuk merekabentuk kediaman anda agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.

Terima kasih kerana membaca

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Layari ; http://rekabentuk3donline.blogspot.com untuk tempahan idea rekabentuk secara 3d
-----------------------------------------------------

Sertai kelas Bengkel Mudahnya W.A.H.M 
di sini: http://www.khairunnisahamzahara.com/2015/09/bengkel-mudahnya-wahm-online-untuk-suri.html




Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO