NUFFNANG

Showing posts with label 20. PENGALAMAN PAHIT. Show all posts
Showing posts with label 20. PENGALAMAN PAHIT. Show all posts

Monday, 2 November 2015

BEKERJA DI RUMAH SECARA DIGITAL

 Teks: khairunnisa hamzahara


 Tips seronok bekerja di rumah #21
-------------------------------------------------
BEKERJA DI RUMAH SECARA DIGITAL


Trend terbaru bekerja dan berpendapatan dari rumah adalah menawarkan khidmat digital. Antaranya :

-Memberi informasi yang dibukukan secara digital (ebook)
-Memberi informasi yang di mayakan (blog)
-Memberi rekabentuk (image)
-Memberi tunjuk ajar (online class)
-Memberi khidmat tempah & penghantaran barang fizikal / digital (dropship / affiliate)
-Memberi khidmat khas (translation, consultation, melalui email)
dan banyak lagi yang boleh dijalankan 100% secara atas talian sahaja.


Dengan ini, tiada modal diperlukan selain daripada modal tenaga, idea dan masa. Namun keuntungan adalah jauh lebih tinggi daripada membuat pekerjaan seperti seperti memberikan perkhidmatan dan menjual produk fizikal sendiri / orang lain yang memerlukan modal, premis serta penyimpanan produk dan menerima kunjungan pelanggan.

Apabila di rumah, bekerja secara digital lebih selesa untuk diri sendiri, keluarga, anak-anak dan orang sekeliling. Kerana hanya memerlukan gadget dan talian internet sahaja serta tidak perlu keluar rumah untuk berurusan dengan pelanggan.
Namun untuk mengusahakannya perlulah ada mentor, sistem, teknik dan ilmu terlebih dahulu. Berani laburkan wang untuk itu. Agar mudah kemudian hari

Khairunnisa Hamzah
senibina kehidupan di rumah
www.khairunnisahamzahara.com

layari perkhidmatan digital Khairunnisa Hamzahara di sini:

Thursday, 4 July 2013

Terkandas Di Negara China



Teks: Khairunnisa Hamzahara


Assalammualaikum warahmatullahi wabaraktuh

Menyingkap kisah ini, kembali bersemangat untuk menuntut keadilan terhadap airasia. Kisah kami 50 orang tidak dibenarkan pulang ke malaysia setelah melancong ke beijing, china merupakan detik hitam yg tak akan dilupakan.

Setelah 6 hari melancong tibalah hari terakhir, kami berlari2 ke kaunter tiket untuk check in. Tak sabar untuk pulang ke tanah air. Ada yg mak ayah menanti, ada yg anak2 kecil sedang menanti kepulangan kami. Setelah beberapa minit berlalu, pasport ke semua 50 orang dilonggokan dan petugas kaunter berkata : "sorry, u cannot check in because u not pay at all." salah seorang kami bertanya. "sorry! We not pay at all?" then petugas tu kata " u need to pay tiket for two ways"

Kami terpinga2 sedangkan kami dah bayar tiket penerbangan pada travel ajen (dia tak ikut sbb dia ckp ajen di cina akan uruskan kami) -ok kes dgn ajen ni kita abaikan dulu. Panjang cerita lagi sbnrnye.

Yang pelik kalau betul tak berbayar kenapa kami bole naik kapal terbang dan terbang selama 6 jam n bole melancong di china selama 6 hari. Bila nak balik kata kami tak bayar tiket n kalau nak balik kene bayar tiket pergi dan tiket balik dengan harga maksimum sbb last minit.

Mmg pengalaman ngeri..kami terkandas 2 hari di china. Pelbagai usaha dilakukan termasuk hubungi sedara mara di malaysia. Duit kami habis. Duit malaysia tak laku di sana. Sedih...

Cerita ni panjang lagi. Cuma saya pendek kan cerita ada seorang pilot pada selang hari yg kedua merupakan anak buah salah seorang aunty dlm group kami. Dia try berbincang dgn pengurusan air asia tapi akhirnya kami tetap kene bayar maksimum. Kami buntu. Kami kumpulkan kredit kad masing2 dan total kami kene bayar rm90, 000 lebih on the spot.

Kami berdiam diri da lama..lama sgt. Kami tak tahu cara. Ia berlaku pada bulan mei 2010. Ada sesiapa kenalannya lawyer atau tribunal pengguna? Saya sedia tampil ke hadapan sekarang untuk tuntut keadilan dan wang kami.

email saya : khairunnisahamzahara@gmail.com

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO