1. PENGENALAN (1) 10. RUMAH SEBAGAI ASET (7) 11. DIARI PENULIS (18) 12. KERJAYAKU (15) 13. KELENGKAPAN RUMAH (2) 14. TIPS MEMBELI BELAH (2) 15. MOTIVASI (9) 16. KELAS ONLINE (15) 17. TRAVELOG SURI RUMAH (5) 18. BUKU RUJUKAN (3) 19. TESTIMONI KELAS (9) 2. PEMILIHAN JENIS RUMAH (7) 20. PENGALAMAN PAHIT (1) 21. TIPS WAHM SAHM SOHO (15) 22. KEMBARA DI BUMI ALLAH (8) 23. PENDIDIKAN ANAK-ANAK (9) 3. PANDUAN PEMILIKAN RUMAH BARU (11) 4. UBAHSUAI RUMAH (7) 5. DEKORASI RUANG (30) 6. DEKORASI LANDSKAP (9) 7. AKSESORI DAN HIASAN (16) 8. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KEDIAMAN (9) 9. MENYAMBUT TETAMU (3) Akademi Bekerja Di Rumah (1) BEKALAN AKHIRAT (5) BEKERJA DARI KEDIAMAN (9) Belajar buat blog (3) BENGKEL (1) CERITA PENAJA (1) EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU (3) GIVEAWAYS (2) HIASAN DINDING KHAT KHUFI (1) Homestay (2) Idea (2) IDEA SAMBUTAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN (2) JALAN-JALAN DIDIK ANAK (1) KERJA PEMASANGAN LAMPU GALERI (1) KHIDMAT INSURANS (4) KHIDMAT REKABENTUK (21) KISAH PENGAJARAN (2) PAMERAN (1) PELANCARAN PROGRAM REALITI KEDIAMAN IDAMAN (1) PELENGKAP DI DAPUR (4) PELUANG MENAJA DI RANCANGAN REALITI HIAS KEDIAMAN IDAMAN (1) PEMASANGAN ROLLER BLIND DI DAPUR (1) Pemilihan dan Perletakkan Kusyen Sofa (1) PENGURUSAN ANAK-ANAK (2) PENULIS DI MEDIA TEMPATAN (8) PENYEDIAAN MAKANAN (1) PERANCANGAN BUAT ANAK (1) Perkhidmatan rekabentuk Grafik (1) rakan niaga (2) RANCANG KEWANGAN (3) rekabentuk dan pemasangan Bilik Kerja Suri Rumah (1) REKABENTUK KEDAI BUTIK (1) Review Produk (7) SEMINAR (10) TAJAAN 1: PERHIASAN DINDING KHAT KHUFI (1) TAJAAN 2: SOFA LEATHER ALA IATALIAN DI RUANG TAMU (1) TAJAAN 3: BLACKBOARD STICKER & WHITEBOARD STICKER UNTUK BILIK KANAK-KANAK (1) TENTANG BLOG (1) TENTANG PERABOT (2) Tips Berniaga (1) Tips Pembinaan Rumah (2) TIPS SERONOK BEKERJA DI RUMAH (2) WHITEBOARD STICKER DI BILIK ANAK-ANAK (1)

Kunjungi Laman Rekabentuk Penulis

ARKITEK GRADUAN + BLOGGER + PENASIHAT KEDIAMAN + TRAINNER BENGKEL + DESIGNER + PERUNDING REKABENTUK + PENULIS BEBAS

Monday, 29 June 2015

BISNES KAD BLOGGER

Teks: khairunnisa hamzahara


Kalau dekat luar negara, especially orang putih, blogger adalah salah satu kerjaya yang popular dan professional. Menginspirasikan blog-blog yang professional maka lahirlah blog Panduan Untuk Kediaman Idaman (http://khairunnisahamzahara.blogspot.com). Bermula dari mencuba, lama-lama terpaksa muncul secara professional setelah pelbagai pihak media baik dari pihak majalah, surat khabar dan station tv jemput berkongsi di media mereka. Ku yang dulu biasa-biasa sahaja di ceruk rumah, terpaksa tampil professional walau bergelar suri rumah sepenuh masa. Tahun lepas, bisnes kad yang dicetak telah licin selicinnya apatah lagi selepas menerima jemputan bengkel dan talk di merata tempat. Alhamdulillah, tahun ini dicetak semula bisnes kad suri rumah blogger ini untuk agihan pada mereka yang bersalam dan bertanya " Ada kad tak, nanti nak contact macam mana ya?" Biasanya saya kata " Google saja Khairunnisa atau Google panduan kediaman" Tapi kali ini insyaAllah saya akan kata " This is my card" 
smile emoticon
Ada blogger yang mahu buat bisnes kad?
Whatsapp saya : 0197720507

TIPS URUS EMOSI

Teks: khairunnisa hamzahara

Geram? Tak puas hati? Dah lama menyimpan? 
Taip di facebook/whatsapp
Tulis panjang-panjang
Lepas kan segalanya
Siap menangis sambil taip

Tapi............cop!

Jangan post atau upload status/message itu
Dah puas tulis panjang-panjang
Cancel/delete balik kesemua status tersebut

Alamak......
Dah delete?

Biarkan ia terpadam.
Nak taip semula dah tak reti nak start dari mana semula.

Itu tandanya ketidak puasan hati tadi dah pun terdelete.
Alhamdulillah
Syukur.
Tiada siapa yang tahu kemarahan tadi.
Melainkan Allah Taala.
Ambil wuduk
Dan istighfar
Allahuakhbar

~Senibina Kehidupan Di Rumah~

KIPAS BOLEH BACA QURAN

Teks: khairunnisa hamzahara

Maksimum kan alunan Quran di rumah
---------------------------------------------------------------------------

Banyak khasiatnya membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran. Macam kakak dan adik sejak dari kecil boleh baca ayat2 lazim yang pendek dan ringkas. Kini sudah mula membaca berulang kali ayat kursi, doa pagi dan kadang-kadang dengar mereka naca surah yasin. Pakai baca je ayat mana yang mereka ingat sambil bermain. Perdengarkan mereka auat Quran di merata tempat walau mereka sedang bermain. Minda mereka sedang kosong dan perlh diisi. Tahap umur 0-6tahun mereka cepat mengisi otak dan jiwa. Masukan yang baik-baik semaksimum mungkin.
Nampak tak lampu warna biru? Itu bermakna Bluetoothnya sedang on. Kipas itu akan bercakap : "The power is on" (suara perempuan) :)
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan:
-hanya buka cd Al Quran didalam kereta
-hanya buka bacaan Al-Quran di handphone

-buka cd dan channel tv bacaan quran
Di remote juga ada button warna biru iaitu button untuk on kan Bluetooth.
Dan saya suka kongsikan ini,
Saya dan suami pasangkan KIPAS MP3 ini di ruang tamu untuk alunan Al-Quran di rumah. Hanya Bluetooth kan dengan handphone untuk perdengarkan Al-quran dirumah sepanjang kita dan anak di rumah.
Hasilnya : 
Jiwa tenang
Badan bertenaga,

minda aktif,
Aura positif seawal di pagi hari
Cubalah
Tak mahal kipas ni.
Boleh tanya dikedai kipas Berdekatan.

Yang saya jumpa ni brand DEKA.
(Idea asal pereka untuk hiburan lagu di rumah, kita sebagai orang islam manfaatkan ia semula dengan cara hidup islam. 



Di handphone pula kita on kan Bluetooth juga dan kemudian play kan mp3 dalam handphone. Automatik akan beralun Al-Quran di kipas dan didengari satu rumah. Seronok tak speaker di ruang angkasa rumah? :)

Jadikan AlQuran sebagai lagu mu dan lagi di telinga anak-anakmu)

Senibina kehidupan di rumah

PERKHIDMATAN MEREKABENTUK ,DEKO , IDEA DAN HIAS RUMAH UNTUK HARI RAYA SECARA 3D

Dapatkan rekabentuk 3d Makeover untuk ruang-ruang di kediaman anda sempena menyambut tetamu di hari raya yang bakal menjelma ini. Whatsapp perkhidmatan rekabentuk3donline untuk tempah rekabentuk kediaman anda. Design Siap seawal 3 hari sahaja.
Hanya snap dan send pelan lantai berukuran di talian whatsapp,

Buat booking dan Tunggu 3 hari untuk dapatkan design kediaman anda. Semuanya hanya di atas talian!


Tuesday, 23 June 2015

PENGALAMAN BERSALIN NORMAL SECARA ISLAMIK DENGAN PAKEJ BERSALIN DI HOSPITAL AZ-ZAHRAH

Teks: khairunnisa hamzahara


Alhamdulillah, Allah berikan saya kesempatan untuk merasai lagi sekali akan nikmat orang mengandung dan melahirkan bayi untuk kali ke 3. Walaupun telah berpindah ke Negeri Melaka, sebaik sahaja disahkan mengandung, saya dan suami sepakat untuk masih melakukan pemeriksaan bulanan dan bersalin di Hospital Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi. Namun saya khuatir juga jika kami hanya mempunyai kuasa merancang saja kerana yang menentukannya ialah Allah swt. Kerana pengalaman anak ke dua kami dahulu , akhirnya kami tidak dapat bersalin di Az-Zaharah walaupun pemeriksaan bulanan dilakukan di situ. Si abang ni akhirnya diberanakan di Hospital Serdang kerana ketika itu jatuh pada hari raya cina dan dokter pakar hanya ada seorang sahaja, labour room juga penuh. Disebabkan khuatir air ketuban yang telah bocor selama 2 hari, saya menyerah diri di Hospital Serdang (banyak peristiwa masa di hospital serdang, ada rezeki saya kongsikan nanti). Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Jadi di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya bersalin di Hospital Az-Zahrah kali ini buat rujukan ibu-ibu yang mencari Hospital bersalin yang menjalankan perkhidmatan secara Islamik.

Allah sebaik-baik perancang

a) Berdoa agar sempat sampai dan diizinkan bersalin ke Hospital Az-Zharah

Pengalaman saya yang lalu, anak sulong dapat bersalin di Az-Zahrah, anak kedua ditakdirkan tidak bersalin di Az-Zahrah walaupun booking telah dibuat. Kali ini, setiap kali lepas solat saya berdoa untuk Allah izinkan saya bersalin di Az-Zahrah Bandar Baru Bangi kerana saya mahu bersalin dalam suasana Islamik. Saya telah merasainya ketika anak sulong dan saya kalau boleh mahukan suasana Islamik dan terbaik yang boleh saya perolehi seperti proses bersalin anak sulong dahulu atau lebih baik dari itu. Saya terus berdoa agar Allah izinkan. Syukur Alhamdulillah, DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA makbulkan permintaan saya.

Lagi 3 hari sebelum saya bersalin ( due date lama lagi, lagi seminggu), saya sudah rasakan sakit di bawah sejak 2 minggu sebelum itu. Pada hari tersebut, saya message suami menyatakan saya takut tak sempat sampai ke Bangi. Lantas suami balas message "siap-siaplah, kita berangkat ke sana)


b) Berdoa agar diberikan nikmat bersalin normal tanpa di induce, namun akhirnya di induce (Allah lebih tahu apa yang lebih baik)

Apabila kami sampai di Az-Zahrah dan berkampung di Bangi, bidan sahkan bukaan sudah 2 cm. Apabila dokter sarankan untuk induce, suami sarankan saya untuk tidak induce kerana kedua-dua anak saya ambil induce dan suami kesian lihat saya sakit induce. Kami minta izin dokter untuk pulang dan Exercise sendiri. Suami bawa pergi jalan-jalan ke IKEA, shopping complex, naik turun tangga dan sebagainya. Katanya, banyakan jalan. Dokter pun kata boleh bantu bukaan. Setiap hari kami ke Az-Zahrah untuk cek, masih sama, bukaan hanya 2cm. Masuk hari ketika, saya pujuk suami untuk terima di induce kerana saya tidak sedap hati. Dokter sarankan masuk wad pukul 12.00 malam dan terus ambil induce kerana akan ditolak ke labour room pada pukul 6 pagi (check in pukul 12.00 malam di kira keesokan harinya, hari yang sama dengan hari bersalin, if not akan jadi hari ke 2, di mana bil bilik akan dikira 2 hari)

c) Berdoa untuk sempat beribadah untuk kali terakhir sementara tunggu proses bukaan

Lepas "Check in" pukul 12.00 malam, saya tidak dapat tidur di wad walaupun nurse dan suami suruh rehat tidur. Saya bangun solat sunat hajat, taubat dan tahajut sepanjang malam. Saya juga membaca Al-Quran. Mohon Allah permudahkan bukaan. Kerana jika bukaan sudah besar, saya tidak perlu diinduce pada pukul 6 pagi nanti. Tapi masih tiada bukaan lebih dari 2cm dan saya diinduce. (syukur buka saja almari, sejadah dan telekung telah disediakan. ada juga selipar bilik )

d) Berdoa untuk tidak diinduce tablet tapi diinduce secara drip

Namun alhamdulillah bukan induce tablet di rahim (sakit sangat kalau induce tablet), saya diberikan peluang untuk diinduce secara drip (induce drip kita boleh control dan monitor level inducenya). saya difahamkan, induce drip hanya dibolehkan untuk bukaan 2cm ke atas. Bagi yang tiada bukaan atau baru nak masuk 1cm bukaan, jika diinduce perlu guna induce tablet untuk membantu proses bukaan .

e) Berdoa untuk tidak lama di labour room, boleh solat, boleh pergi tandas dan sebagainya kerana jika masuk labour room sangat leceh, sudah tidak dibenarkan turun dari katil

Masa hampir pukul 6 pagi, nurse datang minta saya bersedia, namun saya minta untuk tunggu sehingga saya selesaikan solat subuh kerana bila masuk labour room kita tak dibenarkan untuk bangun dari katil. Alhamdulillah, saya selesai solat subuh. Tunggu punya tunggu tak ditolak-tolak lagi. Akhirnya bidan datang cek, dan katanya saya ditangguhkan ke labour room kerana labour room penuh ketika itu. Mereka pasang drip induce di dalam wad biasa namun katanya prosuder sama macam di labour room, saya tidak boleh bangun dari katil. Anggap seolah-olah di labour room

Syukur, akhirnya saya dapat solat zuhur dan asar sekali sepanjang di induce di dalam wad,(saya di ajar cara jamak oleh Ustazah di hospital ini, katanya himpunkan asar di dalam zohor tapi kena buat 4-4. bermakna 4 rakaat zuhur, 4 rakaat asar). Allah perkenankan doa saya untuk dapat solat apabila masuk waktu zuhur. Saya jamakan sekali Asar. (ketika tunduk bangun solat terasa sangat ia membantu menolak bayi ke bawah lagi). Dan saya juga dapat pergi ke toilet untuk buang air kecil dan air besar secara normal tanpa perlu di tadah atau disedut seperti prosuder di labour room (saya pujuk nurse untuk buka tiub induce untuk ke toilet. walaupun berat, akhirnya mereka benarkan)

f) Berdoa untuk selesa sepanjang menunggu proses kelahiran

Oleh kerana saya di induce di wad, bukan di labour room, ibu ayah, anak-anak, suami dan keluarga boleh ziarah saya seperti biasa. (jika di labour room hanya seorang sahaja boleh masuk teman. Ibu atau suami sahaja).Siap saya makan minum seperti biasa. Saya boleh solat dan ke toilet seperti biasa. Alhamdulillah. Allah mudahkan saya. Akhirnya selepas asar, pukul 5 petang, saya ditolak ke labour room kerana labour room sudah ada kekosongan. Kali ini level induce saya terus dinaikan serta merta dari awal bacaan 4 dan 8, kini sudah dipusing kepada 16 sehingga 32 kerana mahu segerakan proses bersalin (sebelum itu haya dipasang level rendah kerana takut saya bersalin awal, labour room penuh)

g) Berdoa untuk teran sekejap sahaja

Masa saya masuk labour room, sekali lagi saya rasa sakit perut nak buang air besar tapi tak dibenarkan ke toilet. Saya tahu itu sakit mahu membuang sebab di wad tadi saya bantai makan macam-macam walau selepas dah di masuk ubat cuci usus. Saya minta tolong sangat mereka benarkan saya ke toilet sebelum saya naik atas katil di labour room tersebut dengan katakan saya mahu buang air kecil. Sampai di toilet, lega saya menunaikan segala hajat :)

Dokter, buat pemeriksaan, katanya saya sudah ada bukaan sebesar 4cm. Katanya mungkin pukul 8 malam baru bersalin. jadi semua orang keluar tinggalkan saya seorang di labour room sambil dengarkan alunan ayat quran dari corong speaker di bilik tersebut. Suami saya juga minta izin untuk dia naik atas untuk solat asar dan bersiap solat maghrib dan mandi, nanti dia turun semula. Namun sebaik suami tutup pintu, saya rasa seperti mahu terberak. saya tahu ini adalah rasa nak beranak.

Saat itu ada nurse yang sedang buka pintu kerana mahu ambil barang, saya jerit "rasa nak teran!". Nurse kelam kabut panggil bidan. Bidan datang dan kata, puan jangan teran ya, lama lagi ni, tadi dokter cek baru 4 cm kan, pukul 8 malam nanti insyaallah baru bersalin. Jangan teran dulu nanti koyak banyak.

Saya terus jerit "Nak keluar, nak keluar" (mana boleh tahan bila panggilan bersalin telah sampai). Bidan ke 2 datang dan periksa, "subhanallah, F!) (F maksudnya FULL: 10 cm). Bidan 1 tercengang, tadi doketr kata baru 4 cm). Masa yg sama mak dan abang saya ada di luar labour room dan lihat nurse berlari-lari cari dokter dan dokter berlari-lari datang. Mak tanya kenapa. mereka kata "Nisa dah nak bersalin" "Kami belum sedia apa-apa". Abang saya cepat-cepat call suami saya untuk maklumkan saya dah nak bersalin. Suami yang sedang dalam bilik air mandi di bilik air wad, terus bergesa turun ke labour room.

Saya lihat mereka kelam kabut sediakan peralatan bersalin. Saya mengerang "nak keluar, Allahuakhbar" "Allahukahbar". Kemudian saya nampak muka dokter, dokter kata "okey nisa, bismillah. teran ya" dan ketika itu saya nampak suami saya buka pintu, pegang tangan saya, dan saya kedengaran bunyi yang saya nanti-natikan. Allahukahbar. Sebaik suami tampung badan saya, dan tolak ke hadapan seperti yang diarahkan oleh dokter, terus baby keluar dan menangis. Allahuakhbar



h) Berdoa untuk tidak menghadapi situasi yang susah dan kritikal

Sebaik sahaja saya melahirkan, dokter kata " dah hijau air nya" Alhamdulillah, Allah mudahkan proses bersalin dan buka kan pintu hati suami untuk terima saya di induce, anak dah mula berak dalam rahim rupanya. Namun, bayi disahkan sihat dan selamat kerana baru sahaja berak di dalam rahim, belum sempat menelan. Kata dokter, saya tidak boleh bersalin normal tanpa diinduce kerana kedudukan rahim tinggi, baby tidak turun bawah dan dinding rahim tebal tidak mahu buka sendiri. Proses induce rupanya telah bantu mudahkan proses bukaan rahim saya.

Semasa melahirkan saya berasa kepenatan dan sakit yang amat lalu saya menangis. Apatah lagi apabila melihat dokter mula masukan benang ke dalam jarum untuk mulakan proses menjahit. Apabila dokter lihat saya menangis, dokter pujuk, "baiklah nisa, saya bagi ubat tidur ya. awak tidak akan rasa apa-apa masa saya jahit" . Dan saya terlelap. Sedar-sedar saja saya sudah sampai di wad.

i) Berdoa untuk tidak dibebani kos

Oleh kerana tiada insurans yang cover orang bersalin, maka kita perlu tanggung kos sendiri jika mahu bersalin di Az-Zahrah yang merupakan Hospital Swasta. (namun harga nya masih berbaloi dan rendah jika dibandingkan dengan hospital swasta yang lain).Saya berdoa agar tidak dikenakan kos yang tinggi. Kami ambil pakej bersalin dengan nilai RM1688 di mana saya turut menerima voucher untuk pakej spa Az-Zahrah selepas bersalin nanti (saya belum redeem lagi sampai sekarang, katanya expired selepas 4 bulan bersalin). Saya hanya dikenakan tambahan beberapa ratus ringgit lagi kerana ambil Induce, Ubat Bius dan Ubat Tidur :)

Suasana Islamik Di Hospital Az-Zahrah

Kenapa saya sangat mahukan sangat bersalin di Az-Zahrah?
Jika ada tempat bersalin yang gunakan kaedah dan suasana islamik pasti saya ke sana jua. Saya sarankan pada yang mencari tempat bersalin untuk bersalin di Az-Zahrah kerana berikut:

-Di gantung ayat Quran dan Doa berserta maksudnya di dinding
-Ayat suci Al Quran di alunkan di dalam wad bersalin
-Hanya ada dokter wanita sahaja untuk proses kelahiran
-Bilik wad disediakan Sejadah dan Telekung
-Di ajar cara jamak solat apabila sudah tiba masa masuk labour room
-Ustazah datang ke katil pesakit untuk ajar doa dan mendoakan sebelum bersalin
-Ustazah datang ke katil pesakit untuk ajar doa dan mendoakan selepas bersalin
-Sekiranya sudah masuk laboor room, nurse akan bantu ambil kan wuduk dan solat di atas katil sahaja kerana wajib solat selagi belum keluar darah nifas
-Ustazah bagi madu untuk ayah tahnik anak lepas bersalin
-Dokter dan nurse sentiasa ucapkan Bismillah sebelum melakukan prosuder
-Semasa Discharge diberikan beg saguhati beserta buku doa dan amalan ibu dan untuk anak bagi mengamalkannya selepas bersalin dan di rumah
-Semua nurse dan dokter memakai pakaian menutup aurat
-Suami atau ibu dibenarkan teman di labour room
-Suami disuruh azankan ditelinga anak selepas bersalin
-Di nursery bayi juga dipasang alunan Al-Quran 
-Dokter nasihatkan sunat anak seawal usia bayi mengikut sunnah rasullullah


Jika ada pilihan, pilih lah yang terbaik
Saya nasihatkan untuk sebolehnya elakan Dokter Lelaki dan Dokter Non-Muslim untuk sambut kelahiran anak kita. Jagalah aurat kita sebaik mungkin. Apabila sudah tidak ada langsung dokter wanita barulah kedua dokter tadi dibolehkan. namun ia perlulah dalam situasi yang dipanggil "darurat"

Bagaimana mahu booking Pakej Bersalin di Hospital Az-Zahrah Bangi?

Call Hospital Az-Zahrah Bangi
Website mereka: http://www.azzahrah.my/

Saya copy kan maklumatnya di sini sebab ramai yang email mahu tahu lanjut


Ummi Package - RM 1688.00

Features:- 
    - Sauna 
                 - FREE 1 TIME Usage of sauna 
    - Spa: 
                 - 50% discount for 2 hour Spa Package 

Each package offered includes

    - Supervised by Gynecology and Obstetrics specialist (women) 
    - Accommodation for 2 days 1 night including meals 
    - Nursery, Blood Group Test, G6PD Test, TSH and compulsory injections (VIT K, BCG and HEP B1) 
    - CTG check-up (2 times 10 minutes per session) 
    - Baby check-up by specialist 
    - Medical equipment and basic pregnancy necessities 
    - 2 bedded room 

Terms and Conditions

    - Normal birth method 
    - Payment can be made using : 
                 - Cash term 
                 - Credit card 
                 - Antenatal installment scheme before birth 
    - Antenatal check-up for at least 2 times with Gynecology and Obstetrics specialist 
    - Booking fee of RM300 is applicable for every package offered 
    - Additional charge may apply if additional equipment or medicine is required, or birth process that needs special procedure such as Vacuum, Forcep or Epidural 
    - Here are additional charges if: 
        - IOI (INDUCTION OF LABOUR) : RM400 
        - VACCUMM: 
             1) NORMAL VACCUMM : RM400 
             2) KIWI VACCUMM : RM500 
        - EPIDURAL : RM800 
        - FORCEP : RM400

Lepas bersalin, sehari dua kemudian, ada mummygrapher contact nak shootkan baby. Dan ini lah hasilnya. Siapa berminat boleh hubungi mummygrapher ini di sini: 




Alhamdulillah kini, ibu dah sihat, anak dah membesar. Syukur Alhamdulillah. Kalau dapat anak lelaki jangan lupa sunat kan masa bayi!




KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah


DAPATKAN EBOOK
RAHSIA TEKNIK BRANDING UNTUK DIRI DAN PERNIAGAAN
(RM55)
Tempahan boleh di buat dengan mengisi borang ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Whatsapp 0197720507 :) (lihat di side bar blog)

DAPATKAN EBOOK 
SURI PROFESIONAL : TIPS DAN PANDUAN DI RUMAH SEPENUH MASA
(RM50)
Tempahan boleh di buat dengan mengisi borang ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Whatsapp 0197720507 :) (lihat di side bar blog)


BERMINAT UNTUK BELAJAR BINA BLOG SENDIRI SECARA ONLINE?
RM250 sahaja. Masa belajar flexible. Ikut masa sendiri
Penulis memberikan latihan secara online.
Untuk daftar ke kelas blog secara online,
daftar ke kelas dengan mengisi borang ini 
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html




  



DESTINASI JALAN-JALAN DIDIK ANAK KE THE SHORE OCEANARIUM, MELAKA

Teks: khairunnisa hamzahara
(letak gambar dahulu, ceritanya kemudian :)) 



























KELEBIHAN SUNATKAN BAYI LELAKI KETIKA KECIL

Teks: khairunnisa hamzahara


Alhamdulillah anak ke 3 kami selamat disunatkan ketika berusia 2 bulan setengah. Sama seperti Abang nya dahulu yang kini sudah pun berumur 4 tahun. Ramai masyarakat kita masih takut dan tidak didedahkan dengan sunat bayi ketika kecil. Ia bukan sahaja sunat rasullullah malah ia juga mempunyai banyak kelebihannya.

Antara kelebihan sunat bayi ketika kecil adalah:

1- Bayi masih tidak tahu rasa sakit.

Ketika ini bayi hanya pandai senyum, ketawa, menangis dan mengantuk. Menurut kata dokter, sebenarnya sunatkan anak ketika sudah besar adalah satu penderaan kepada anak-anak. Di mana ketika ini mereka sudah pandai merasa sakit, takut, ngeri dan sebagainya. Jika sunat ini dibolehkan sejak dari kecil, segerakanlah sunatkan anak ketika ia masih belum memahami pelbagai deria rasa lagi.  

2- Proses siap seawal 5 minit sahaja

Pengalaman saya ketika sunatkan si abang, dia boleh berbual dengan dokter selepas nangis dibius. Ketika sunat, baby yang agah dokter. Mungkin dia ingat dokter sedang bermain dengannya. Kerana ketika ini bayi tidak faham apa-apa.

Namun berbeza dengan si adik ini, dari bius sampai habis sunat dia menjerit sebab si adik ni pantang orang pegang kaki dia. Bukan sakit sebab sunat tapi sebab marah orang pegang kaki. Masa si abang dulu, dokter lain, dia bedungkan si abang dengan kain dan balut kaki tangan tak boleh gerak. Tapi yang kali ini hanya nurse tolong pegnagkan kaki dengan kuat. Masa umur ini si adik punya kaki dah menendang-nendang kuat.

3- Penjagaan Mudah Selama 1 minggu sahaja

Cuma hari pertama sahaja, bayi akan menangis. Terutamanya apabila dia kencing. Nyilu agaknya. Tapi hari esok dan hari-hari seterusnya bayi dah tak menangis dan dia seperti biasa, ketawa, senyum dan tidur. Penjagaan nya sama seperti kita jaga tali pusat bayi ketika baru lahir dahulu. "Ring" yang dipasangkan untuk matikan kulit yang disunat itu akan tanggal dengan sendirinya seawal 1 minggu kemudian. 

4- Tiada pantang 

Jika anak-anak sudah besar kita kena risaukan pemakanan mereka sebab dikhuatiri bentan. Namun ketika usia bayi, bayi hanya menyusu susu ibu dan susu ibu adalah sebaik-baik pemakanan dan sistem kekuatan antibodi badan. Makanya bayi mudah pulih semula.

5- Sunah Rasullullah

Dan kita ibu bapa juga peroleh pahala kerana menyunatkan bayi ketika kecil. Ketika kami beratur menunggu giliran untuk disunatkan, ramai lagi ibu bapa yang turur ingin menyunatkan bayi masing-masing dan kebanyakan mereka adalah bangsa Arab. Kata dokter, beliau pernah menyunatkan bayi paling awal, 6 jam selepas kelahiran.

6- Sihat dan Boleh elakan penyakit

Bayi yang disunatkan seawal usia bayi boleh membantu mencegah dan membuang penyakit. Kami sendiri dinasihatkan untuk sunatkan si abang ketika berusia 2 tahun setengah kerana mengidap pronog jaundis selama 2 bulan setengah selepas dilahirkan. Sebaik sunat, demam kuningnya hilang dan tidak lagi kena "tembak" ketika buka pampers untuk dicuci. Bayi sudah pandai kawal kencingnya. Sesungguhnya banyak kebaikan apabila kulit hadapan yang perlu dibuang itu dibuang seawalnya. Tidak perlu tunggu sehingga anak besar kerana ia mungkun boleh terjadinya bentan atau angin pasang.



Untuk yang berminat untuk sunatkan anak seawal bayi, di Bandar Baru Bangi ada 2 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan sunat bayi yang dilakukan oleh dokter pakar bedah dengan bayaran lingkungan RM300-Rm350 sahaja. Boleh call hospital AnNur atau AzZahrah untuk buat temujanji sunat untuk anak.

Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunat dalam amalan kehidupan Harian.
Kelak semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan

Usah bertangguh,
laksanakan hak anak sementara kita masih hidup.
Sudah sunat kan anak masa kecil, dah selesai satu tanggungjawab kita sebagai ibu ayah nya.

InsyaAllah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO

 

MAHU BERIKLAN DI SOHO DIRECTORY?

MAHU BERIKLAN DI SOHO DIRECTORY?
Iklankan Perniagaan dan Perkhidmatan Di sini. Untuk ketahu pakej yang disediakan, hubungi penulis: khairunnisahamzahara@gmail.com

WAFA'S CLOSET ADALAH PENAJA PAKAIAN ANAK-ANAK PENULIS SEPANJANG SESI PHOTOGRAPHY

WAFA'S CLOSET ADALAH PENAJA PAKAIAN ANAK-ANAK PENULIS SEPANJANG SESI PHOTOGRAPHY
Wafa's closet merupakan pernigaan butik kanak-kanak online dan offline. Klik pada image untuk masuk ke laman facebook wafa's closet dan untuk hadir ke kedai wafa's closet boleh pergi ke : NO.13GF, JLN 7/7C SECTION 7, BANDAR BARU BANGI SELANGOR. Wafa's closet memberikan kualiti pakaian setanding pakaian berjenama yang lain dan mempunyai sistem keahlian yang membolehkan ibu bapa jimat membeli dengan harga diskaun. Harganya sangat berpatutan dan koleksinya sungguh cantik dan unik. Berkunjung sendiri ke Wafa's Closet untuk melihatnya sendiri.

AHLI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH BERMULA TAHUN 2013

AHLI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH BERMULA TAHUN 2013

BLOG ALUMNI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

DAPATKAN LOGO RASMI PENULIS DI SINI SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA

Khairunnisa Hamzahara
<div align="center"><a href="http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/" title="Khairunnisa Hamzahara"><img src="http://1.bp.blogspot.com/-m7wzuvyTMIs/UkmQbu6pRjI/AAAAAAAAFuM/ZDDSlEgFnfw/s1600/blog-badge.png" alt="Khairunnisa Hamzahara" style="border:none;" /></a></div>

BLOG PESERTA KELAS BLOG : GURU ONLINE KHAIRUNNISA HAMZAHARA