NUFFNANG

Showing posts with label 18. BUKU RUJUKAN. Show all posts
Showing posts with label 18. BUKU RUJUKAN. Show all posts

Tuesday, 29 November 2016

Buku Supermama Untuk Panduan Ibu Sepenuh Masa Di Rumah Sudah Terbit




Tempahan boleh dibuat di sini:
Pertanyaan whatsapp 0197720507

Harga Buku RM18
Untuk Pos tambahkan kos pos
Sampul pos semenanjung RM8
Sampul pos Sabah Sarawak RM11

Selepas membuat pembayaran pada maklumat yang diberikan pada link di atas, masukkan maklumat pembeli di dalam borang online pada link yang sama beserta taipkan bukti pembayaran seperti taipkan no transaksi , masa dan tarikh. Lengkapkan maklumat penghantaran. Buku akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju

KISAH DI SEBALIK PENGHASILAN BUKU SUPERMAMA

Semuanya bermula dari 4 tahun yang lalu. Ketika itu saya dan suami memutuskan untuk mummy berada di rumah bersama anak-anak setelah anak-anak melalui 5 episod pertukaran tempat jaga anak-anak. Anak pertama dan kedua jua sering menghidap penyakit dan keluar masuk hospital. Pada ketika itu, bertahun-tahun lamanya kami mempunyai masalah yang berpanjangan yang tidak tahu bila akan berkesudahan seperti tidak punya masa dengan anak-anak, pergi kerja subuh balik 9.00 malam, hutang keliling pinggang, tempoh kesesakan jalan raya setiap hari, sehingga hubungan kami panas dan komunikasi tidak baik. 

(Saya ada kongsikan kisah lanjut di muka depan buku ini sebagai pengenalan kepada buku ini)

Akhirnya kami bersetuju untuk mummy berada di rumah. Maka saya berikan surat letak jawatan kepada majikan. Apabila pulang ke rumah saya sangka kan semuanya mudah. Namun rupanya tidak semudah yang di sangka.

Saya alami episod kemurungan dan hilang jati diri. Jadi tidak hairanlah jika kita dengar ada ibu yang meroyan atau sakit jiwa apabila sudah biasa bekerja kemudian tiba-tiba pulang ke rumah. Tambahan lagi orang sekeliling tidak menyokong tindakan saya termasuk ibu bapa sendiri dan mertua yang tidak berapa sedap hati melihat anak lelaki nya seorang yang kena mencari rezeki.

Banyak delima yang saya hadapi. Setelah 1 tahun melalui pelbagai episod, ujian, eksperimen dan jatuh bangun sendiri, Alhamdulillah akhirnya saya menemui kekuatan itu semula. Allah tunjukan jalan yang berliku untuk saya ambil semua pengalaman dan dijadikan panduan buat yang lain pula rupanya.

Barulah saya sedar, Allah swt memilih saya untuk di uji kerana DIA tahu saya mampu meredahnya dan DIA tahu yang saya akan menyampaikan sesuatu pada ibu lain pula. Ini amanahNYA kepada saya. Saya akhirnya menulis 116 tips untuk ibu-ibu di luar sana yang saya rasakan penting untuk diketahui dan di aplikasikan di rumah. Terutamanya buat ibu-ibu sepenuh masa yang masih terkapai-kapai mencari apakah yang "aku" perlu buat di rumah ini? 

Buku ini ditulis agar menjadi panduan. Semoga tiada hasutan syaitan yang boleh melemahkan ibu-ibu. Kerana apabila kita sudah tahu sesuatu kebaikan dan apakah tujuan, kita tidak akan berasa negatif dan lemah lagi. Tanpa ilmu bagaimana untuk beramal, kan?

Sebelum buku ini diterbitkan secara fizikal, ia telah lama berada di alam maya sebagai Ebook. 2 tahun di alam maya, ia menjadi permintaan ibu-ibu yang sering membaca secara online. Selepas 2 tahun, saya ingin menjadikan buku ini versi bercetak. Lalu saya hantarkan manuskrip ke pihak penerbitan Telaga Biru. Alhamdulillah pada November 2016, ia telah selamat diterbitkan dan berada di pasaran. Kini ia boleh di dapati di seluruh kedai-kedai buku di Malaysia yang ada menjual buku Telaga Biru.

Namun, semenjak buku ini diterbitkan, kenalan dan follower kebanyakan mohon saya untuk berkan kata motivasi dan berikan tandatanagn (autograf) di hadapan buku. Jadi jika ada pembaca di sini yang ingin mendapatkan Buku Supermama siap autograf, boleh lah buat order di sini (lihat maklumat di atas sekali).

Seronok pertama kali melihat buku hasil penulisan sendiri di rak buku MPH bangi gateway

Si kakak senyum sambil menunjukkan buku mummy nya yang kini berstatus buku keluaran terbaru telaga biru

Ketika di booktiue telaga biru untuk mendapatkan beberapa naskah untuk penulis. Saya juga ambil stok buku untuk di sign dan di poskan pada pembaca yang mahu beli dari saya siap autograf



Anak-anak sudah kenal buku ini apabila masuk ke kedai buku


Buku Supermama di jadikan Hadiah Perkhawinan untuk panduan ibu-ibu baru




Ibu dan ayah turut gembira dengan penghasilan buku ini, lalu dihadiakan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka

Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah pada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. 
Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membuat jualan atau ekspo barangan ibu dan anak, boleh lah turut menyertakan buku Supermama ini kerana ia sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ibu-ibu yang mementingkan keluarga. Untuk order buku ini siap bertandatanag, boleh hubungi saya selaku penulis untuk urusan ini. 

Akhir kata, semoga buku Supermama ini mampu menjadi salah satu pendorong untuk ibu-ibu di luar sana mempunyai kuasa luar biasa demi keluarga tercinta

Salam sayang

Penulis
Buku Supermama
KHAIRUNNISA HAMZAH
Penulis dan perekabentuk kediaman online
http://khairunnisahamzahara.blogspot.my

Whatsapp : 0197720507
Email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Thursday, 21 November 2013

PANDUAN 44 HARI PANTANG TRADISIONAL & MODEN

Teks : khairunnisa hamzahara




EBOOK PANDUAN 44 HARI PANTANG TRADISIONAL & MODEN
>>Dapatkan ebook ini untuk anda atau orang tersayang yang sedang menunggu hari untuk melahirkan buah hati
>>Jadikan ebook ini hadiah buat orang terdekat yang sedang hamil atau sedang berpantang
>>Mencari ilmu itu penting sebelum semuanya terlambat
>>Setiap saat yang berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan
>>Mula ambil tahu dan amalkan panduan yang diberikan
>>Moga ia menjadi panduan bukan saja buat ibu-ibu baru malah buat ibu-ibu yang telah beranak 2, 3 , 4 tapi sudah lupa cara dan panduan berpantang

APA ISI KANDUNGAN EBOOK INI?
Tinta Pengarang Masayu Ahmad
Bab 1 Kehamilan
Bab 2 Diet Dan Pemakanan Semasa Hamil
Bab 3 Tips Sihat Ketika Hamil
Bab 4 Persediaan Bersalin
Bab 5 Pengalaman Bersalin
Bab 6 Rutin Rawatan Pantang
Bab 7 Tips Sihat Dalam Pantang
Bab 8 Sesi Penenang Semasa Pantang. Apa Yang Suami...
Bab 9: Rutin Penjagaan Bayi Dalam Pantang
Bab 10 Diet Sihat Selepas Pantang
Bab 11 Strategi Diet Sihat Selepas Pantang
Bab 12 Tips Pemakanan Seimbang Dan Gaya Hidup Siha...
Bab 13 Fokus dan Konsisten
Bonus 20 resipi sihat

KINI TAK PERLU BERJALAN DAN MENCARI BUKU PANDUAN PANTANG KETIKA SEDANG SARAT MENGANDUNG. BOLEH DAPATKAN DI Rumah Buku Keluarga Online SECARA ONLINE SAHAJA. ILMU PANTANG SELALU DIABAIKAN DAN DIAMBIL MUDAH SAHAJA. MULA AMBIL TAHU!!
Pembelian Ebook Panduan 44 hari pantang tradisional & moden boleh dibuat pembayaran dan mengisi borang pembelian di sini =>http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

DAPATKAN EBOOK ini dengan hanya RM30 SAHAJA!! Masih panas di pasaran

Monday, 8 July 2013

Pakej Ebook Panduan Asas Bekerja Dari Rumah Sempena Bulan Ramadhan

 Pakej Asas Wahm Soho : Bekerja dari rumah
untuk pembelian pakej 3 buah E-book ini dengan harga RM125,
akan dapat percuma senaskah buku fizikal percuma (lihat di bawah)
untuk mulakan pembelian, bayar di sini 

                             harga ini sah sehingga 30 Julai 2013 sahaja, miliki sekarang


Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.
1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com


  . Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhanti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM100


PERCUMA!
Senaskah Buku Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran
yang akan di pos kan ke alamat pembeli 



Buku ini digarap khusus buat pembaca dalam usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya. Buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana ia memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran. Buku ini juga padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran.

untuk keterangan lanjut boleh messaga Facebook : Nisa Nua

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Friday, 28 June 2013

Bahan Rujukan Sebelum dan Sesudah Menjadi WAHM

Teks: khairunnisa hamzahara

Setahun berlalu, setahun juga inbox penuh dengan message "macam mana nak jadi fulltime housewife ye nisa, sedangkan kita kan belajar tinggi"? macam-macam jawapan saya dah cuba jawab tapi tinggi mana pun pelajaran, tinggi lagi tanggungjawab yang diamanhkan oleh Allah bila kita dah ada suami, cahaya mata dan rumahtangga.

Kini ada sumber rujukannya-Terkini, 3 buah naskah ebook untuk rujukan ibu-ibu. tak kira yang bekerja mahupun yang duduk di rumah. bagi yang merancang untuk bekerja dari rumah, inilah rujukan yang dinanti-nantikan.

Pakej Asas WAHM SOHO (working mother at home)(small office home office) 3 buah ebook dengan harga rm125 sahaja. Bukan itu sahaja, percuma juga rujukan sebuah buku jana RM dari rumah,stok terhad. Promosi sah sehingga bulan Jun sahaja. untuk versi ebook boleh layari www.janawangdirumah.com

Untuk keterangan lanjut dan untuk dapatkan ebook bole message Nisa Nua

Tak mahu ebook, atau dah beli ebook tapi tak cukup lagi, belum comfident lagi, sementara ada yang nak bagi kaedah langkah demi langkah, ikuti kelas Asas Blog dan Penulisan

Dah ada buku, dah ikuti kelas, dah duduk rumah, kelam kabut pula, suasana rumah tiada aura dan semangat pula, bole ikuti kelas Belajar Hias Rumah Online; Hiasi Kediaman Hiasi Peribadi,

Suami-suami yang baca status ni boleh sampaikan pada isteri, adik abang boleh ceritakan pada saudara perempuan, ini untuk semua, hidup bukan rahsia , apa yang ada akan dikongsi bersama, insyaallah



3 ebbok dengan harga rm125 sahaja

 percuma senaskah buku jana rm di rumah
(stock limited)

boleh kunjungi rumah buku keluarga online di :
 https://www.facebook.com/RumahBukuKeluargaOnline


//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO