Tuesday, 20 August 2013

Kedai Barang Perhiasan Rumah Yang Berbaloi dan Harga Berpatutan

Teks: khairunnisa hamzahara


Assalammualaikum w.b.t

Sejak saya memperkenalkan diri di alam maya, ramai yang message di email bertanyakan tentang cadangan hiasan dalaman di dalam rumah mereka dan kedai mana yang berbaloi untuk beli hiasan rumah. Sebelum bulan puasa yang lalu, saya ada ikut suami berkunjung ke rumah seorang klien suami untuk membeli premium insurans dari suami, saya pula macam biasa suka lihat-lihat rumah orang untuk saya cuci mata. Lantas saya tegur tuan rumah, hias sendiri ke rumah ni? Tuan rumah menjawab, upah kontraktor yang siap sekali dengan ID. Suami pun perkenalkan saya juga sebagai arkitek graduan dan seorang pereka ID, lalu si tuan rumah tadi ni minta tolong saya untuk bagi idea macam mana nak extend rumah nya agar menjadi lebih besar dan lebih cantik. Dek kerana kekangan masa, saya hanya bagi idea secara bercerita. 

Pada minggu lepas, saya sekeluarga datang beraya ke rumah klien suami ni semula kerana hendak menyerahkan policy insurans mereka, kami tercari-cari rumahnya, rupanya dia dah pun siap renovate rumah dia. Semasa melangkah masuk ke rumah nya, saya seakan-akan tahu kesemua aksesori rumahnya, saya kenal, saya tahu kat mana dia beli. Lantas saya tanyakan tempat dia membeli barangan tersebut. Dia hanya menjawab, dia tidak tahu, dia hanya serahkan RM40,000 untuk pereka ID hias rumahnya satu rumah. Tapi jelas sekali saya dapat menilai kos barangan aksesori yang ada hanyalah RM10,000 sahaja atau mungkin kurang dari itu.

Bagi saya, sayang sekali, jika tuan rumah tadi bijak memilih hiasan rumah, pasti dia dapat save kos yang sangat banyak. Tapi mungkin ia berbaloi pada si tuan rumah kerana kemungkinan dia memang busy dan mungkin dia tiadak ada idea langsung dalam menata rias rumah. Yang pasti, sangat untuk "pereka ID" tersebut. 

Atas dasar itu, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca di sini, di mana kalian boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang berpatutan dan berbaloi. 

# Kedai 1 : KK Home Decor



Dari pengamatan dan pengalaman , KK Home Deco mempunyai pelbagai barangan hiasan yang berkonsepkan english dengan bercorakkan bunga-bungaan. Namun jika bijak memilih, masih ada barangan yang tidak mempunyai corak bunga dan bergaya moden. Lebih berbaloi jika dapat gabungkan antara hiasan moden dan hiasan english yang ada dengan gaya mix and match di sudut kediaman kita. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. 

Antara hiasan dan perkakas yang cantik, berpatutan dan berbaloi yang boleh di beli di sini adalah:
Bunga-bungaan yang nampak segar , Pasu seramik, Pinggan Porcelain dengan rupa yang unik, hiasan dinding, batu-batuan, Lampu Meja, Alas meja, Mug, Pemegang Lilin dan macam-macam lagi.

Sekiranya membeli bunga dan pasu di sini, KK home deco tidak mengenakan cas tambahan untuk menggubah bunga tersebut. Mereka ada penggubah bunga yang terlatih.


#Kedai 2 : Romantika Home Decor


Sememangnya ada banyak barangan yang di susun secara pukal dan bercorak corak , ia akan memening kan kepala. Lapang kan kepala dan mula mencari barangan yang kita perlukan. Seronok juga jika kadang kala kita seperti mencari barang yang tersembunyi di sebalik timbunan barang yang lain. Apabila kita berjaya mencari barangan yang unik untuk kediaman kita, pasti rasa sangat seronok dan Ianya juga murah serta berbaloi. 

Di sini, boleh dapat kan bunga-bungaan yang kelihatan segar dengan harga yang lebih murah dari KK home deco. Pasu-pasu gelas juga ada banyak pilihan bentuk, saiz dan harga. Hiasan kaca dan hiasan dinding nya kelihatan esklusif dan menawan. Mungkin masa di kedai kita akan nampak serabut, tapi setelah bawa pulang ke rumah, ia menaikkan seri ruang dengan harmoni sekali.

Apa yang digemari di sini adalah alas pinggan, set perkakas bilik air, set meja makan dan jam dinding yang ada di sini. Tak kurang juga dengan bekas-bekas bunga yang ada dijual di sini yang berbentuk gerbang, basikal, roda dan sebagainya. Yang ia pasti ada keunikkan tersendiri di sini. Di sini juga ada khidmat menggubah bunga tanpa kos tambahan.

#Kedai 3 : SSF Home Decor


SSF home deco pula mempunyai keunikan yang tersendiri. biar pun barangan lebih mahal sedikit dari KK home dan Romantika tapi ia sangat unik dan menjanjikan kepuasan. Namun jika dibandingkan dengan kedai hiasan dalaman eksklusif  yang lain, ia jauh lebih murah. Bagi mereka yang biasa mendapatkan hiasan yang unik dari SSF home deco pasti akan mula meminati SSF home deco dan kediaman dipenuhi dengan hiasan unik dari SSF Home deco. 

Apa yang menarik di sini:
Pinggan mangkuk yang mempunyai keunikkan tersendiri, Pasu dan arca hiasan rumah yang unik dan menawan, mempunyai pelbagai gaya hiasan dalaman dari gaya english, modern dan mix and match semuanya ada di sini.

Bunga dan pasu agak mahal namun ianya berbaloi kerana lebih esklusif dan menarik

#Kedai 4 : Ikea



Bila berbicara tentang kedai hiasan dalaman IKEA, pasti semua orang tahu. Di sini ia menyediakan kelengkapan dan barangan rumah yang ringkas, praktikal dan moden. Sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat dan kediaman. 

Di sini, kita boleh dapatkan perabot, fabrik, kelengkapan rumah dan hiasan rumah dengan gaya modern dan ringkas. Bagi yang meminati gaya minimalis dan compact, pasti rasa tak menang tangan untuk melihat dan mengambil apa saja yang dilihat di sini. Namun berbelanjalah mengikut kemampuan sendiri dan padankan barangan tersebut dengan kediaman kita, di sudut mana yang sesuai, jika tidak ada keperluan, KIV dahulu.

Apa yang menarik:
Pergi ke bahagian "As IS" iaitu satu bahagian di sebelah kiri kaunter pembayaran, di situ ada barangan IKEA yang telah alami kecacatan sedikit dan kebanyakkannya adalah barangan yang telah digunakan di ruang pameran. Jadi di sini ia dijual separuh harga atau kurang dari itu. Misalnya jika membeli bingkai gambar yang berkayu solid di sini, kalian akan melihat serpihan kayu atau sopak kayu di tepi. Jangan risau, jika bingkai tersebut bewarna hitam, gunakan maker pen hitam untuk menutup kecacatan tersebut. Di sini banyak perkara kreatif yang kita boleh lakukan. Jika lampu yang dipilih telah rosak, kalian boleh betulkan soket mentolnya dan lampu akan menyala semula. Yang pasti barangan yang beratusan ringgit harganya boleh dibeli dengan harga puluhan atau belasan ringgit sahaja. Semasa ke bahagian ini, saya banyak berjumpa dengan bangsa cina dan "mat saleh" yang memborong barangan di ruang As Is ini saja semasa membeli belah di IKEA, kata mereka lebih berbaloi dan menjimatkan.



#Kedai 5 : Houz Depot


Di Houz Depot pula, ia ada kelebihan sikit pada yang lain, selain ada barangan perhiasan rumah, ia juga ada menjual barangan perabot, barangan elektrik dan juga barangan binaan seperti pelbagai pilihan jubin, pintu, gelas, landskap dan lain-lain lagi.

Apa yang menarik di sini:
Ia terdapat pelbagai pilihan sistem penggantungan pakaian dan barangan, sistem dapur, dan sistem-sistem pengurusan rumah yang lain. Hiasan dinding yang pelbagai gaya memberikan pilihan kepada pengguna untuk menggayakan hiasan di dalam atau di luar kediaman.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, 5 buah kedai pilihan yang dikongsikan di sini adalah 5 buah kedai yang mempunyai pelbagai pilihan kelengkapan hiasan rumah dan mempunyai harga yang berbaloi. Untuk mendapat keunikkan tersendiri, seseorang pengguna haruslah bijak memilih dan menggayakannya. Membeli berlainan barang dari kelima-lima kedai dan menggabungkannya dalam satu sudut atau dalam keseluruhan kediaman menjadikan rumah cukup kelihatan berseri dan mempunyai keunikan tersendiri. Bijak memilih dan bijak mengatur boleh menjadikan ia kelihatan sangat esklusif walaupun harga kesemua barangan tadi tidaklah semahal mana tapi boleh mewujudkan satu suasan seperti dalam sebuah "rumah contoh" yang dilihat di projek-projek pembinaan perumahan yang selalu dipamerkan kepada pengunjung.

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

untuk mengikuti kelas asas blog dan penulisan boleh singgah di sini :

24 comments:

duanpercetakanmaju enterprise said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Hana Syed said... [Reply to comment]

Sy sedang mencari apakah nama kedai deco dari jepun yang ada di KK. Kalau tau boleh share ye.

Muhammad Zulfadhli said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
king afie said... [Reply to comment]

Hana Syed..kdai 2 klu x salah saya DAISO namanya

ADHWA ZULHILIMI said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Suu Ahmad said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Khairul Mohamad said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Mommy zara said... [Reply to comment]

nice sharing..pernah pergi romantika..mmg pening kepala.sebab sy dan suami peminat barang moden. IKEA pilihan kami. Sudi-sudi singgah blog kami www.chekuseeha.com

Khairunnisa Hamzahara said... [Reply to comment]

Maaf ya , yang buat iklan di sini saya telah delete. Jika mahu beriklan barang rumah dan perkhidmatan untuk barangan rumah, boleh hubungi saya dan beriklan dengan cara yang betul. Terima kasih

pendidik milenia said... [Reply to comment]

thanks... sy cuma tau ikea je... tp tempat2 yg sis nyatakan ni baru je tau... nak try juga lah g jalan2... hihi.... umah kita tak lama lagi siap, nak juga cari idea deco2... tq sis... :) feel free to visit n follow my blog :)

Malay Operion said... [Reply to comment]

Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Kami servis untuk membina laman web e-commerce dan juga web informasi.
Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan laman web bolehlah melayari http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk menghubungi kami.

julia hannah said... [Reply to comment]

Saya ingin mencari door knob dan lock yg unik untuk main door dan bilik tidur. Dimanakah tempatnya yg boleh saya dapat di daerah JB? Terima kasih.

Man Siakap said... [Reply to comment]

usha kat sunlight hardware

Baharuddin Che Din said... [Reply to comment]

ikea kekadang brg2 dia mahal sgt harga. lawa mmg lawa tp tak mampu. hehe

Ahli Parlimen said... [Reply to comment]

kalau tak mampu pegi beli kedai lain. banyka lagi ada. huhu. tak mampu bayar cash, bayar ansuran.

Baharuddin Che Din said... [Reply to comment]

hahaha. tak mampu cash ansuran ye. tp kalau tak mahal sgt mampu je cash. kalau mahal sgt, kalau dh minat, kena la ansuran jugak. huhu. aku suka tnggu promosi ke sale ke kalau nk beli. dpt penjimatan yg bnyk.

kaki skodeng said... [Reply to comment]

ikea tu bnyk perabot cantik dan lawa. houz depot tu bnyk pilihan. bnyk barang.
barang letrik ada. perabot ada. rambang mata. haha

Mak Jemah said... [Reply to comment]

ni mak jemah nak habaq, la ni courts ada buat sales. jualan muhibbah. sapa nak cari barang2 rumah murah boleh p. mak dah p. mak tgk bnyk pilihan ada prabot. diskaun pon smpai 80%. boleh bli cash ka ansuran ka. ikot mana mampu. mak rambang mata masa mak pegi ari tu.

Baharuddin Che Din said... [Reply to comment]

@Mak Jemah
wah, ni dah mcm pucuk dicita ulam mendatang ni. kena serbu ni. courts slalunya kalau buat promosi beli cash harga mesti murah. aku pernah beli telepon kt courts dgn harga murah gila kalau banding ngan kedai lain.

Zainal said... [Reply to comment]

Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

Sheen Kaaff said... [Reply to comment]

Saya seorang pakar bedah yang memang tiada masa untuk mereka sendiri hiasan dalaman rumah saya, walaupun saya sngat berminat dlm bidang ini...Pada mula nya saya cuba mengupah seorang ID untuk menghias dan mengubah suai rumah saya...masalahnya...1) harga sangat inflated up to RM100K bagi satu tingkat sahaja 2) walau mcm mana pon saya cerita, bila dia come up with the design, masih bukan mengikut taste saya....last2 saya buat sendiri interior design rumah saya..alhamdullillah semuanya dapat saya hasilkan dengan cos separuh dari kos ID tadi...bukan itu saja..semua barang mengikut taste saya yang sebenarnya....
90% dari research saya adalah melalui internet....jadi website2/blog2 begini amat berguna bagi saya...
sekian terima kasih

Jika ada kelapangan boleh melawat website ini yang menjual kaligrafi islam moden
Rayyan Rayn Gallery- Polygonal Islamic Calligraphy

Hiasan Rumah said... [Reply to comment]

mantap Infonya | Salam Hiasan Rumah yg indah

Baby Mummy said... [Reply to comment]

Salam, saya baru pindah masuk Rumah baru semi-d di semenyih ecohill. nama saje semi-d tapi size dia kecil. Jadi sy hire ID designer sbb xnak extend. Sgt berpuas hati. Designer seorang arkitek, byk buat project banglo mewah di sekitar Selangor. Yg saya suka, designer ni bg presentation 3D di setiap ruang tanpa bayaran. Jadi saya blh pusing2 dlm rumah sebelum bayar. Kalau suka baru bayar. Sgt berbaloi dgn kualiti. Cuma designer ni mmg bz org nya. Appointment semggu awal.. HQ di puchong dan branch di semenyih. Boleh la jenguk2 website dia www.myrtus.com.my
Sgt bangga ada arkitek melayu yg hebat. Kalau nak dia buat design free kena isi form dalam website betul2. Selamat mencuba

Baby Mummy said... [Reply to comment]

Salam, saya baru pindah masuk Rumah baru semi-d di semenyih ecohill. nama saje semi-d tapi size dia kecil. Jadi sy hire ID designer sbb xnak extend. Sgt berpuas hati. Designer seorang arkitek, byk buat project banglo mewah di sekitar Selangor. Yg saya suka, designer ni bg presentation 3D di setiap ruang tanpa bayaran. Jadi saya blh pusing2 dlm rumah sebelum bayar. Kalau suka baru bayar. Sgt berbaloi dgn kualiti. Cuma designer ni mmg bz org nya. Appointment semggu awal.. HQ di puchong dan branch di semenyih. Boleh la jenguk2 website dia www.myrtus.com.my
Sgt bangga ada arkitek melayu yg hebat. Kalau nak dia buat design free kena isi form dalam website betul2. Selamat mencuba

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO