NUFFNANG

Showing posts with label RANCANG KEWANGAN. Show all posts
Showing posts with label RANCANG KEWANGAN. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

Mesti tahu tentang insurans takaful MRTA / MRTT vs MLTA / MLTT sebelum mohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah kediaman sendiri

Teks: khairunnisa hamzahara



Sekarang ramai yang sudah pun membeli rumah.Dan tak kurang juga yang sedang dalam proses membeli rumah. Bagi yang sedang berurusan membeli rumah,masih sempat untuk saya bertanya perkara ini:
Apakah perbezaan MRTA dengan MLTA?

Ini adalah 2 perkara penting untuk kita tahu sebelum kita membayar wang kita untuknya.

Hari ini saya ingin berkongsikan APA itu MRTA dan APA itu MLTA. Selepas membaca artikel ini, saya harap bakal pembeli rumah baru dapat membuat keputusan dengan sebijaknya. 

YANG BIASA DITAWARKAN OLEH PIHAK BANK SEMASA MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN ADALAH:
MRTA (Mortgage Reduced Term Assurance)

Mortgage Reduced Term Assurance merupakan perlindungan insurans untuk Pinjaman Perumahan. Tujuan pembeli membeli polisi MRTA (ada yang tidak faham langsung tetapi hanya terus bersetuju) adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum di bayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Sekiranya berlaku kejadian seperti berikut, polisi MRTA yang dibeli oleh peminjam bersama-sama pinjaman perumahan yang dibuat sebelum itu dengan pihak bank akan membayar baki pinjaman yang tertunggak disebabkan masalah untuk membayar semula kerana peminjam telah mengalami kehilangan keupayaan untuk membayar.

Bagaimana untuk mengenal Polisi MRTA?



1. Bayaran polisi dibuat secara lump sum (sekali gus) di mana persetujuan dan pembayaran dibuat seawal menandatangani perjanjian dengan pihak bank (pihak bank sudah berurusan dengan pihak inusrans yang menawarkan polisi MRTA ini)(contoh amount RM3***-5*** atau lebih)

2. Biasanya pembayaran untuk polisi ini akan dimasukkan sekali didalam loan pinjaman perumahan yang dibuat sekiranya jumlah premium terlalu mahal (ini bagi membolehkan peminjam mebuat bayaran secara bulanan).

3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.(ada interest)


4. Tempoh perlindungan sama adalah seperti tempoh pinjaman.


5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.


6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.


7. Tiada nilai tunai.(No cash value)


8. PENAMA adalah BANK

Biasanya bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali membuat pinjaman ,perlu memohon plan MRTA dan sekiranya ingin menjual semula hartanah tersebut, perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya ingin membeli hartanah lain, perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur pencarum telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Jika mahal masih lagi boleh diusahakan, namun jika pencarum telah pun menghidap penyakit dan hilang keupayaan sehingga tiada lagi syarikat insurans/takaful yang mahu menerima untuk menjadi pencarum di syarikat insurans mereka, bagaimana pula ?Di saat ini, sudah tiada lagi peluang terbuka untuk mengambil polisi MRTA.

PILIHAN YANG ADA UNTUK MENGGANTIKAN MRTA ADALAH :
MLTA (Mortgage Level Term Assurance)

Ciri-Ciri Investment Link (MLTA)


1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.



2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.



3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.



4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.


5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh investment link ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.

6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.

7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.


8.PENAMA boleh kepada SESIAPA sahaja



Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%



Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.


PERBANDINGAN YANG BOLEH DIBUAT:
1. MLTA = flexi insurance, 
    MRTA = term insurance

2. PROTECTION (Perlindungan)
MLTA = protection, savings and/ or guarantee returns (cash value)
MRTA = reducing protection

3. PAYMENT (Pembayaran)
MLTA = Secara Berkala. Boleh bayar secara bulanan, tahunan atau setengah tahun 
MRTA = Bayaran sekaligus (lum sump) seara tunai ATAU secara dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan (dikenakan juga interest)

4. MLTA = tax dikecualikan hingga RM6000 setiap tahun
    MRTA = tiada pengecualian Cukai

5. MLTA = Ada Nilai pulangan Tunai(asset) 
    MRTA = Tiada pulangan nilai (expense)

6. TRANSFERABILITY :
MLTA = boleh dipindah ke aset yang lain dan boleh ditambah nilai perlindungan 
MRTA = tidak boleh dipindah, khas untuk hartanah tersebut sahaja 
(lapse when tend to refinance/ new purchase)*when buying new property/ refinancing, MRTA premium will be higher because of age*

7. MLTA = pampasan diterima apabila meninggal/tpd/dan penyakit kritikal + premium   
pelepasan premium tidak perlu bayar lagi pinjaman, insurans sambug bayarkan),
    MRTA = pampasan diterima apabila berlaku kematian and TPD sahaja

8. MLTA = level premium, 
    MRTA = higher premium if financed by bank as it is tied to BLR

9. Nomination :
MLTA = Beneficiary can be anyone (Pencarum adalah sesiapa sahaja)
MRTA = Beneficiary is Bank (Pencarum hanyalah pihak BANK)

SECARA KESIMPULAN, LIHAT GAMBARAJAH DI BAWAH


Saya harap dengan penjelasan yang dibuat dapat membantu mereka yang sedang dalam proses membeli hartanah dan bakal membeli. Anda ada hak untuk memilih. Tak perlu terus turunkan tandatangan dengan pihak bank. Jika masih samar dan belum jelas, boleh bertanya terus kepada saya. Saya juga boleh menguruskan urusan perlindungan mortgage MLTA ini A-Z apabila anda ingin membeli sebuah kediaman atau hartanah baru.

Hari ini saya masih membalas message satu persatu. Masing-masing submit harga loan rumah dan bertanyakan insurans loan rumah mltt mereka kena buat berapa. Siapa yang saya belum jawap, maklumkan semula ya. Saya sedang mengadap sistem masukan data untuk kiraan.

Oh ya, tak semua orang layak terima tanggungan insurans ni ya. Yang dah sakit atau dah berumur berpotensi untuk tidak diterima permohonan mltt nya. Makanya kena tanggung sendiri kewangan apabila meninggal dunia atau sakit kekal. Jika tak dapat bayar baki loan rumah,  bank tarik balik rumah. Adanya mltt atau mrta adalah untuk membolehkan peminjam settlekan baki loan rumah jika meninggal dunia. mltt dapat pampasan jumlah penuh loan. Waris boleh settlekan loan, baki boleh guna untuk teruskan hidup. Mrtt pula hanya baki loan dan terus di settlekan pada bank.

Yang buat mrtt dengan bank pula, jangan melopong bila kawan2 yang buat mltt dapat cash value 80%-100%lepas 20 tahun masih hidup sihat sedang kita habis bayar duit rumah dan mrtt tak dapat apa2. Burn saja total bayaran.

Saya tabik adik 26 tahun pm saya tadi. Bertuah usia muda buat mltt, dapat 100% cash value lepas umur 20 tahun akan datang. Sebab buat umur muda.

Ada juga sahabat yg minta saya kirakan total pampasan dan jumlah perlu dibayar jika loan nya rm 2 juta. Nasihat saya untuk loan rm500 ribu ke atas, baik segera buat mltt. Siapkan dana untuk musibah masa depan. Kalau guna mrta sayang sahaja jumlah insurans yg dibayar burn saja jika tiada musibah sehingga habis bayar loan. Jika mltt kita ada cash value (tabungan)

Oh ya. Mltt ini transferabble. Means kalau 2-3 tahun nanti nak beli properties lain dah tak payah nak apply insurans loan lagi. Boleh dipindah ke properties lain. Jadi tiadalah kemungkinan tiada insurans cover jika masa tu dah sakit atau cacat kekal.

Tak faham juga? boleh tanya saya.
Untuk submit application mltt saya cover area
Bangi-kl-melaka
(luar dari kawasan boleh juga by appointment dan request)

Oh ya, jika kita mohon pengecualian insurans MRTA/MRTT dari dimasukan dalam loan pinjaman perumahan kita yang dibuat oleh bank dengan syarikat insurans yang mereka telah bekerjasama, bank tidak akan benarkan kecuali kita sudah ada insurans MLTA/MLTT sendiri yang dibuat khas untuk pinjaman loan atas hartanah yang disebutkan dalam document loan tersebut. Oleh itu, peminjam, perlu buat sendiri dahulu MLTA/MLTT dengan agent insurans yang dilantik sendiri. Kemudian serahkan polisi MLTT/MLTA ini kepada pegawai bank yang handle pengurusan loan rumah tadi. Mereka akan simpan polisi ini sepanjang tempoh pinjaman kita dengan bank.

Saya di sini selaku agent insurans MLTT (takaful) bersama syarikat Prudential BSN Takaful. Jika ingin lantik saya sebagai agent insurans MLTT anda, sila :

Emailkan saya 
NAMA 
NO.IC
JENIS PEKERJAAN
MEROKOK : YA / TIDAK
BERKAHWIN ATAU BELUM
JUMLAH TANGGUNGAN
PERNAH WARDED DI HOSPITAL ATAU TIDAK?
ADA PENYAKIT KEKAL? 

bagi membuat semakan nilai perlu diabayar untuk polisi insurans MLTA/MLTT (takaful) yang ingin dipohon bagi tujuan secure kan kewangan untuk pinjaman tersebut.

Nota: Terlebih dahulu saya maklumkan bahawa untuk proses permohonan MLTT dengan saya, saya mengutamakan mereka yang di Bangi-Kuala Lumpur-Melaka. Namun bagi mereka yang berada di luar kawasan perlu lihat keadaan semasa terlebih dahulu.
 
Email saya: khairunnisahamzahara@gmail.com
Atau terus whatsapp ke : 0197720507 (message whatapps sahaja)

 
Gambar: kenangan saya di temuramah oleh fahrin ahmad yang bertanyakan tentang proses ubahsuai kediaman serta prosuder masuk rumah baru bagi rancangan tv akan datang iaitu INSPIRASI di tv1


Sekian dahulu dari saya, jazakallah

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
khairunnisahamzahara@gmail.com

Wednesday, 3 July 2013

Asas Menghias Rumah

Teks: Khairunnisa Hamzahara




Rumah merupakan keperluan manusia yang dijadikan sebagai tempat perlindungan dari panas dan hujan. Tidak dapat dinafikansetiap orang memerlukan rumah. Namun adakah setiap orang menjadikan rumahnya sebuah kediaman? Dan berapa ramaikah yang berusaha menjadikan rumahnya seolah-olah "rumahku syurgaku".

Bersyukurlah apabila memiliki sebuah rumah sebagai tempat tinggal. Jadikanlah ia sebuah kediaman yang selesa. Ini sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan seseorang dan seisi keluarga yang menetap di dalamnya. Tidak hairan kebanyakkak krisis rumahtangga bermula dari isu keadaan rumah yang tidak terurus dan membosankan . Jadi , tanganilah ia sebelum menjadii masalah yang berlarutan. Menghias rumah seronok jika ia dijadikan hobi dan asas dalam perhubungan kekeluargaan. Selain membincangkan tentang menu masakan harian keluarga, kita bole juga berbual tentang suasana rumah dan bagaimana caranya untuk menyerikan lagi rumah. Jangan pernah jemu untuk mengubah hiasan rumah. anggaplah ia sebagai hobi keluarga dan berbaloi dalam menjadikan suasana yang positif yang sekaligus menjanjikan ketanangan dan kegembiraan tatkala berada di rumah.

Bagaimana cara untuk mendapatkan idea menghias rumah? 

  • selalu membaca dan merujuk majalah-majalah hiasan rumah seperti majalah IMPIANA, Anjung Seri, Dekor, Seni Hias, ID, Homedec, Home&Living dan banyak lagi.
  • dapatkan idea-idea segar dengan menonton rancangan tv seperti Casa Impian, Clean House, While you were out dan apa saja yang berkaitan dengan tips-tips menghias rumah
  • menghadiri pameran-pameran perhiasan rumah seperti homedec, perfect living, dan lain-lain
  • selalu ke kedai-kedai perabot dan perkakas rumah untuk update knowledge tentang produk walaupun tidak membeli.
  • rajin berkunjung ke show house di kediaman-kediaman yang baru dibuka untuk sesi jualan.
  • semasa menonton tv cerita drama atau filem, perhatikan dekorasi di rumah yang sedang dilakonkan dalam cerita tersebut
  • ketika berkunjung rumah saudara atau sahabat, renungkan cara hiasan mereka, jika ada yang berkenan, tanyakan di mana mereka membelinya.
  • jika berkesempatan luangkan masa bermalam di hotel untuk ambil mood baru disamping beristirehat sesama keluarga, perhatikan idea dekorasi hotel. 
  • rakamkan mana-mana ruang dan gaya hiasan yang diminati jika terjumpa di hotel, restoren, kedai, pejabat atau  di mana-mana sahaja.
  • sering bertanya kepada orang yang lebih arif tentang menghias rumah seperti kenalan Arkitek, penghias hiasan dalaman, pengedar dan pemilik kedai barangan hiasan. 

Apakah Asas Dalam Menghias Rumah?

  • Memilih cat yang bewarna lembut dan bersesuaian dengan rumah dan penghuni  bagi mendatangkan suasana yang selesa
  • Sentiasa menyusun dan mengatur barangan dalam rumah mengikut kesesuaian
  • Letakkan bunga di dalam pasu dan susun pasu mengikut susunan yang teratur dan menarik
  • Sentiasa merapi rumput di laman rumah, tidak dibiarkan terlalu panjang dan ditumbuhi oleh pokok kecil lain yang menumpang di laman
  • Menggantungkan hiasan dinding yang bersesuaian dengan mood ruang dan jiwa pemilik bagi menaikkan seri rumah
  • Menggantungkan ayat-ayat quran dan seni khat bagi menggingatkan tentang kebesaran  Allah s.w.t dan bagi mendapatkan keberkatan di dalam rumah
  • Tidak sesekali meletakkan hiasan yang berbentuk binatang kerana ini akan membuatkan malaikat tidak masuk ke rumah. Ia merugikan penghuni di dalam rumah tersebut
  • Tidak berlebih-lebihan dalam susunatur dan perbelanjaan di dalam menghias rumah.
  • Rumah yang selesa adalah rumah yang minimum dalam perhiasan dan susunaturnya adalah praktikal
  • Bonus dalam hiasan rumah adalah seni susun atur dan seni menyesuaikan aksesori tambahan
Inilah asas dalam membentuk peribadi yang mulia bagi penghuni rumah. Rumah yang kemas dan rapi menjanjikan keselesaan bagi setiap penghuni. Biarlah rumah sekecil mana namun jika pandai kemas dan bijak susun atur menjadikan ia indah dan selesa untuk diduduki. Rumah sewa bukan alasan untuk tidak dihias, biar di mana kita tinggal ia sentiasa tersusun rapi dan kemas. Ia akan mendatangkan keindahan dan keselesaan. Ini bermakna bukan wang ringgit yang menjanjikan keselesaan sesebuah rumah tetapi akhlak dan peribadi tuan rumah yang menjadikan rumah itu senantiasa selesa dan gemar dikunjungi.

Rumah yang indah akan  memberikan keselesaan kepada penghuni. Penghuni yang selesa akan lebih berfikiran positif dan ia akan mempengaruhi sikap penghuni. Oleh itu hiasan rumah adalah titik asas dalam menjadikan rumahku syurgaku satu kenyataan.

Bagi yang teragak - agak tentang seni menghias rumah dan begitu juga kepada yang baru memiliki rumah, sertailah kelas menghias rumah secara online : kelas belajar hias rumah online yang di coaching oleh saya sendiri secara personal. tempat adalah terhad atau boleh mendapatkan perkhidmatan idea makeover rumah dengan menghubungi saya di khairunnisahamzahara@gmail.com

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Sunday, 23 June 2013

Maklumat Asas Tentang Perlindungan Insurans

Teks: Khairunnisa Hamzahara





Assalammualaikum semua

Saya berharap semua berada dalam keadaan yang sihat. Saya mendapat perkhabaran di mana ada sahabat yang kurang daya imunisasi menghidapi sakit yang berpunca dari belengu kemarau dan jerebu yang melanda negara kita hanpir seminggu sudah. Sejak ni juga ramai yang messenge dan call saya dan suami yang selaku ajen insurans prudential sepenuh masa bertanyakan tentang cara untuk mendapatkan perlindungan insurans. Di sini saya nak share sikit di antara perbualan kami yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan dengan semua pembaca yang masih belum tahu tentang faedah insurans dan teragak agak lagi. Bagi yang dah ada perancangan, ambil lah segera sebelum harga premium bayaran bualanan meningkat. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  • Conversation started today

  • Nomie DaHlan Amina

    Assalam kak..maaf ganggu..nak tya pasal insurance..hihi
    Akak agen ye?
    Tp ntuk suma or pkja kerajaan je?
    Hrap akak dapat bg sdkit info..sy n suami bkeja swasta..Tima kasih..
  • Today
  • Nisa Nua

    Waalaikumusalam. Terima kasih sbb menghubungi. Suami saya ajen prudential sepenuh masa sejak tahun 2010 hingga kini. Insurans sangat perlu untuk semua orang tidak kira kerja kerajaan atau swasta. Perlindungan kewangan diri semasa susah bg setiap individu. Semasa sakit dapat bantuan kewangan dari kad perubatan dan bonus harian tinggal di hospital. Masa menerima musibah dan meninggal menerima pampasan. Masa sihat menerima bonus. Sepanjang hidup mendapat tabungan. Semuanya ada dlm satu plan. Yuran bulanan namun mendapat banyak kebaikkan dan persediaan kewangan. Misalnya rm200 yg ditabungkan di bank hanya rm200 saja jumlahnya. Sebaliknya dgn jumlah yg sama iaitu rm200 apabila dicarumkan ke insurans kita mendapat faedah tabungan, persediaan kewangan kecemasan, pampasan dan banyak lagi faedah2 lain.
  • Nisa Nua

    Jika rujuk akpk, kita dinasihatkan untuk menyiapkan diri dengan menggunakan 100% pendapatan kepada 70% perbelanjaan, 20% simpanan dan 10% insurans (kewangan kecemasan)
  • Nisa Nua

    Kaum cina di negara kita pantas mendapatkan perlindungan ni. Setiap mereka 100% ada perlindungan insurans, tak kurang juga kaum kita. Alhamdulillah sudah hampir 50% ada perlindungan insurans. Sejak ada insurans ayah saya sendiri boleh dapatkan pembedahan segera di hospital swasta kerana bengkak buah pinggang kerana hospital kerajaan perlu ambil giliran berbulan2 lamanya. Tidak pernah terpikir ke hospital swasta sebelum ini. Anak2 dijjngkiti rota virus dan kaki tgn dan mulut mendapat rawatan dari doktr pakar kanak2. Semuanya dgn daftar dan tunjukan saja kad perubatan. Jumlah berbelas ribu namun kami dapatkan rawatan tanpa bayaran pada masa itu sbb kita telah pun mendapat perlindungan insurans dgn bayaran bulanan
  • Nisa Nua

    Swasta ada perlindungan perubatan dari majikan. Pengallman semasa husband kerja di perodua. Setahun perodua bg rm6000 untuk satu keluarga. Masa anak kami masuk hospital seminggu yurannya rm6000 dan habis digunakan. So sepanjang tahun tu dah tak dapat lagi khidmat perlindungan perubatan dr perodua.
  • Nisa Nua

    Kita perlu faham company mahu pun kerajaan, mereka akan sediakan perlindungan kelompok atau minima kerana agar mereka tidak rugi. Jadi kita mendapat perlindungan minima saja. Pernah saya lihat seorang pekerja swasta dtg hospital swasta nak dapatkan rawatan rupa2nya penyakitnya itu tidak termasuk dlm senarai yg dicover oleh company nya. Kebanyakkan nya hanya cover bila berlaku kemalangan. Insyaallah dln insuran prudential semua penyakit dilindungi
  • Nisa Nua

    Tapi sebelum tu nomie tinggal di area mana dan ada hidap apa2 penyakit tak?
  • Nisa Nua

    Lepas tu tarikh lahir bila untuk tahu usia dan bakal birthday bila. Lagi untung buat awal. Lewat setahun tinggi lagi yurannya. Ia berdasarkan tahap kesihatan, usia, jenis keselamatan pekerjaan, dan mcm2 lagi.
    Tidak semua org akan lepas semasa proses pendaftaran
    Ia ditapis oleh dokter di prudential. Mereka akan rujuk kepada semua hospital sama ada kita ada rekod penyakit atau tidak
    Jika telah hidap apa2 penyakit perlu diclare
    Dan prudential akan nilaikan sama ada akan terima kita sebagai ahlinya atau tidak.
    Nomi nak tahu berkenaan apa nanti bole msg saya. Tang mana yg blur atau musykil ya
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ok di sini saya nak mudahkan proses pendaftaran insurans kalian. kalian perlu lengkapkan maklumat berikut terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk menentukan budget kalian, tahap bahaya pekerjaan kalian, tahap kesihatan kalian, tahap tanggungan kewangan kalian dan usia kalian. Ini semua berkait rapat dengan permohonan insurans kalian. Tidak semua orang akan mendapat kelulusan segera. Ada yang perlu mendapatkan medical checkup terlebih dahulu jika di bahagian perubatan insurans mendapati kalian sudah ada rekod kesihatan di mana-mana hospital. Antara maklumat yang kalian perlu sertakan kepada saya adalah :

    Nama:

    Umur:
    Jenis Pekerjaan:
    BMI:
    Sihat / Berpenyakit:

    sertakan maklumat ini dahulu dan emailkan kepada saya di
    khairunnisahamzahara@gmail.com

    maklumat lanjut dan proses seterusnya saya akan terangkan kemudian

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------



    Disini ada gambar-gambar kenangan ketika anak sulong kami di masukan ke hospital pada tahun 2009 yang lantas membuka mata kami untuk ambil insurans untuk anak. Dan atas kesedaran yang tinggi, suami terus berhenti kerja dan seterusnya bertukar bidang dengan menceburkan diri di bidang insurans bagi bantu sahabat handai dan sanak-saudara mudah mendapatkan perlindungan insuran. 

    https://www.facebook.com/nisanua/media_set?set=a.10150475136345089.640692.732540088&type=3


Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO