NUFFNANG

Wednesday, 3 July 2013

Asas Menghias Rumah

Teks: Khairunnisa Hamzahara




Rumah merupakan keperluan manusia yang dijadikan sebagai tempat perlindungan dari panas dan hujan. Tidak dapat dinafikansetiap orang memerlukan rumah. Namun adakah setiap orang menjadikan rumahnya sebuah kediaman? Dan berapa ramaikah yang berusaha menjadikan rumahnya seolah-olah "rumahku syurgaku".

Bersyukurlah apabila memiliki sebuah rumah sebagai tempat tinggal. Jadikanlah ia sebuah kediaman yang selesa. Ini sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan seseorang dan seisi keluarga yang menetap di dalamnya. Tidak hairan kebanyakkak krisis rumahtangga bermula dari isu keadaan rumah yang tidak terurus dan membosankan . Jadi , tanganilah ia sebelum menjadii masalah yang berlarutan. Menghias rumah seronok jika ia dijadikan hobi dan asas dalam perhubungan kekeluargaan. Selain membincangkan tentang menu masakan harian keluarga, kita bole juga berbual tentang suasana rumah dan bagaimana caranya untuk menyerikan lagi rumah. Jangan pernah jemu untuk mengubah hiasan rumah. anggaplah ia sebagai hobi keluarga dan berbaloi dalam menjadikan suasana yang positif yang sekaligus menjanjikan ketanangan dan kegembiraan tatkala berada di rumah.

Bagaimana cara untuk mendapatkan idea menghias rumah? 

  • selalu membaca dan merujuk majalah-majalah hiasan rumah seperti majalah IMPIANA, Anjung Seri, Dekor, Seni Hias, ID, Homedec, Home&Living dan banyak lagi.
  • dapatkan idea-idea segar dengan menonton rancangan tv seperti Casa Impian, Clean House, While you were out dan apa saja yang berkaitan dengan tips-tips menghias rumah
  • menghadiri pameran-pameran perhiasan rumah seperti homedec, perfect living, dan lain-lain
  • selalu ke kedai-kedai perabot dan perkakas rumah untuk update knowledge tentang produk walaupun tidak membeli.
  • rajin berkunjung ke show house di kediaman-kediaman yang baru dibuka untuk sesi jualan.
  • semasa menonton tv cerita drama atau filem, perhatikan dekorasi di rumah yang sedang dilakonkan dalam cerita tersebut
  • ketika berkunjung rumah saudara atau sahabat, renungkan cara hiasan mereka, jika ada yang berkenan, tanyakan di mana mereka membelinya.
  • jika berkesempatan luangkan masa bermalam di hotel untuk ambil mood baru disamping beristirehat sesama keluarga, perhatikan idea dekorasi hotel. 
  • rakamkan mana-mana ruang dan gaya hiasan yang diminati jika terjumpa di hotel, restoren, kedai, pejabat atau  di mana-mana sahaja.
  • sering bertanya kepada orang yang lebih arif tentang menghias rumah seperti kenalan Arkitek, penghias hiasan dalaman, pengedar dan pemilik kedai barangan hiasan. 

Apakah Asas Dalam Menghias Rumah?

  • Memilih cat yang bewarna lembut dan bersesuaian dengan rumah dan penghuni  bagi mendatangkan suasana yang selesa
  • Sentiasa menyusun dan mengatur barangan dalam rumah mengikut kesesuaian
  • Letakkan bunga di dalam pasu dan susun pasu mengikut susunan yang teratur dan menarik
  • Sentiasa merapi rumput di laman rumah, tidak dibiarkan terlalu panjang dan ditumbuhi oleh pokok kecil lain yang menumpang di laman
  • Menggantungkan hiasan dinding yang bersesuaian dengan mood ruang dan jiwa pemilik bagi menaikkan seri rumah
  • Menggantungkan ayat-ayat quran dan seni khat bagi menggingatkan tentang kebesaran  Allah s.w.t dan bagi mendapatkan keberkatan di dalam rumah
  • Tidak sesekali meletakkan hiasan yang berbentuk binatang kerana ini akan membuatkan malaikat tidak masuk ke rumah. Ia merugikan penghuni di dalam rumah tersebut
  • Tidak berlebih-lebihan dalam susunatur dan perbelanjaan di dalam menghias rumah.
  • Rumah yang selesa adalah rumah yang minimum dalam perhiasan dan susunaturnya adalah praktikal
  • Bonus dalam hiasan rumah adalah seni susun atur dan seni menyesuaikan aksesori tambahan
Inilah asas dalam membentuk peribadi yang mulia bagi penghuni rumah. Rumah yang kemas dan rapi menjanjikan keselesaan bagi setiap penghuni. Biarlah rumah sekecil mana namun jika pandai kemas dan bijak susun atur menjadikan ia indah dan selesa untuk diduduki. Rumah sewa bukan alasan untuk tidak dihias, biar di mana kita tinggal ia sentiasa tersusun rapi dan kemas. Ia akan mendatangkan keindahan dan keselesaan. Ini bermakna bukan wang ringgit yang menjanjikan keselesaan sesebuah rumah tetapi akhlak dan peribadi tuan rumah yang menjadikan rumah itu senantiasa selesa dan gemar dikunjungi.

Rumah yang indah akan  memberikan keselesaan kepada penghuni. Penghuni yang selesa akan lebih berfikiran positif dan ia akan mempengaruhi sikap penghuni. Oleh itu hiasan rumah adalah titik asas dalam menjadikan rumahku syurgaku satu kenyataan.

Bagi yang teragak - agak tentang seni menghias rumah dan begitu juga kepada yang baru memiliki rumah, sertailah kelas menghias rumah secara online : kelas belajar hias rumah online yang di coaching oleh saya sendiri secara personal. tempat adalah terhad atau boleh mendapatkan perkhidmatan idea makeover rumah dengan menghubungi saya di khairunnisahamzahara@gmail.com

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

1 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

slm. mcm mn nak join kelas menghias rumah secara online tu? sangat berminat

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO