NUFFNANG

Thursday, 4 July 2013

Menyusun Buku dan Peralatan

Teks : Khairunnisa Hamzahara


Menyediakan rak dan membina rak adalah satu langkah yang sangat bijak bagi menyusun dan mengatur barang secara khas seperti buku, bahan-bahan bacaan dan lain-lain peralatan. Dengan adanya tempat khas, memudahkan proses mengemas , menyusun dan menempatkan barang-barang supaya mudah diambil apabila diperlukan. Pernah tak mendengar kata-kata ini ? " benda yang boleh diambil sesaat menjadi pencarian ber jam-jam jika tidak tersusun dan tiada sistem penyimpanan yang betul" Jadi inilah salah satu cara menjimatkan masa pencarian barang. Bonusnya rumah kita akan kemas dan tersusun.

Namun begitu terdapat juga ahli keluarga yang tidak tahu menyusun buku dan peralatan dengan cara yang betul terutamanya anak-anak. 

Sebenarnya terdapat beberapa cara menyusun buku dan peralatan yang betul yang boleh di adaptasi kepada semua ahli keluarga:

  • berikan pengetahuan kepada semua ahli keluarga tentang pentingnya menyimpan buku dan menyusun semua peralatan iaitu untuk kemas ruang dan memudahkan pencarian. Jika bersepah dan tidak tersusun menyusahkan diri dan melambatkan kerja
  • tanamkan perasaan tidak suka dan tidak selesa dengan persekitaran yang tidak tersusun terhadap setiap ahli keluarga
  • menanamkan dan melatih ahli keluarga sikap menyusun semula barang selepas selesai menggunakannya
  • Yang lebih dewasa perlu menunjukkan sikap yang baik bagi yang lebih muda. kerana yang muda selalu mengikut perangai yang lebih dewasa
  • kelompok kan buku dan peralatan dalam kelompok dan kategori yang sama agar memudahkan pencarian kelak
  • jika buku, susun buku ikut abjad judul buku alam setiap kategori
  • susun buku mengikut saiz tebal, nipis, tinggi rendah
  • tulang belakang buku menghadap keluar rak bagi memudahkan pencarian tajuk/judul buku
  • sediakan buku rekod buku dan peralatan yang menyenaraikan kod buku dan barang serta lokasi penyimpannanya bagi memudahkan pencarian (ini bagi orang yang sangat meminati sistem merekod dan mengemas !) -ini adalah Bonus dalam sistem pencarian dan sistem mengemas di dalam rumah.
 Contoh gambar penyusunan barang :


Gambar : susunan rak pakaian mengikut kategori

Gambar : penyusunan buku di rak buku khas memudahkan pencarian. Dilengkapi dengan sofa untuk membaca

Gambar: di sudut kecil masih boleh diletakkan rak kecil yang bertingkat dan menyusun pelbagai syarat. Janji kemas dan susun.

Gambar : Stok barangan kering di susun dengan baik bagi memudahkan pencarian di mana tak semstinya si ibu saja yang tahu di mana setiap item, ahli keluarga yang lain pun boleh ambil sendiri

Gambar : sediakan tempat susun peralatan rumah dan bertukang bagi memudahkan pencarian dan berada di tempat yang selamat. Ini mengurangkan risiko anak-anak bermain dengan peralatan ini.

Gambar: dalam satu rak bole ada susunan pelbagai barang, tapi pastikan ia kemas dan tersusun

Gambar : Penyusunan memudahkan proses mengemas dan mengambil barangan tersebut

Gambar : rumah yang tersusun menjadikan suasana tenang dan selesa. ini akan menggalakkan setiap ahli keluarga seronok untuk berada di rumah
Gambar : sediakan bakul mainan peralata, terutamanya peralatan mainan anak-anak agar anak-anak tahu di mana harus simpan barang mainan mereka selepas bermain


Gambar : dan jangan lupa sediakan rak buku khas untuk anak-anak kerana rak buku mereka akan jadi rak buku yang aktif, kerap di ambil dan ini bagi memudahkan mereka menyusun sendiri. Pastikan rak mereka rendah bersesuaian dengan saiz ketinggian anak.

Sehingga sini dahulu, kita bertemu di lain entry,

untuk sertai kelas belajar hias rumah online, boleh lihat di sini 
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO