NUFFNANG

Showing posts with label KHIDMAT REKABENTUK. Show all posts
Showing posts with label KHIDMAT REKABENTUK. Show all posts

Monday, 4 December 2017

JOM PANDAI DEKOR BERSAMA. GUNAKAN SENTUHAN MAGIS TANGANMU SENDIRI UNTUK BUAT HIASAN DALAMAN (INTERIOR DESIGN) SENDIRI

Teks: Khairunnisa Hamzah


Rumah kita dah macam rumah terbalik? 
MAHU PANDAI DEKOR? 

NOTA: cari poster JOM PANDAI DEKOR


Uish, terkejut besar saya bila seorang jutawan yang sangat berpengaruh di Malaysia pernah kongsikan rahsia besarnya.

Apa dia?

Menurut beliau, kehidupannya mula berubah semenjak dia mula kisah untuk menyusun atur rumah dan pejabat nya dengan baik.

Kajian pakar psikologi dan pakar motivasi mendapati apabila seseorang mengusahakan sesuatu usaha dengan membuat persediaan dan perancangan yang baik, maka 50% usaha itu telah pun berjaya. Selebihnya adalah sikap dan mentaliti seseorang.

Oleh itu, adakah hanya jutawan sahaja yang oleh hidup dalam keadaan teratur dan selesa?

Jika insan yang terdahulu hidup berjaya pernah berkongsi bahawa hidupnya yang biasa-biasa mula jadi luar biasa apabila ia mengubah persekitaran dan cara hidupnya, adakah kita sanggup untuk tidak heran akan nasib kita? Kerana Allah juga pernah berfirman bahawasannya DIA tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri.

Perlukan ber mahal-mahalan dalam merekabentuk dan menghias?

Ayuh buang pemikiran sebegini. Sebab mahal belum tentu menjanjikan sesuatu ruang itu selesa, cantik dan praktikal jika tersalah memilih atau membuat keputusan.
Ya, inilah yang dibimbangkan, bukan?
Kita takut untuk tersalah memilih dekor. Silap haribulan kita boleh rasa mabuk atau asyik nak marah berada dalam ruang tersebut kerana seperti ada sesuatu yang tak kena. Sebenarnya kita yang "santau" diri sendiri.

Jika Ahli sihir boleh gunakan kuasa magiknya, kini kita juga mampu mengubah keadaan ruang kita. Untuk apa?

Ruang yang dinaik taraf, dihias, disusun dan di dekorasikan akan memberikan impak LUAR BIASA seperti ini:
-Menaikan Nilai Hartanah sediaada
-Memupuk kasih sayang
-Membuatkan rasa seronok untuk berada di situ
-Menarik tetamu dan pelanggan
-Menarik perhatian
-Menarik rezeki
-Memutik mood dan aura positif
-Memberikan rasa hebat pada diri dan penguna ruang
-Memberikan keindahan dan kedamaian
-Memberikan keseronokan dalam kehidupan
-Melahirkan anak-anak yang gembira dan terdidik perilaku
-Mencetuskan semangat kerja dan menjadikan pekerja progresif
dan banyak lagi impak positif

Siapa yang perlu ada ILMU PANDAI DEKOR ini? 
Mestilah ia penting kepada

-Ibu institusi kekeluargaan
-Bos yang berdedikasi
-Insan yang hebat dan luar biasa
-Pemilik butik dan kedai yang mempunyai produk yang berkualiti
-Pemilik homestay
-Pemilik Virtual Office
-Anda yang mahu mulakan hidup yang positif
dan sesiapa sahaja

Jom. Bagi peluang kepada diri untuk tahu gunakan sentuhan magis tangan sendiri. Tidak perlu tongkat sakti, hanya perlu teknik dan ilmu PANDAI DEKOR sebelum boleh mengubah ruang yang anda ingini. 



Klik di sini untuk turut sama pandai dekor : 

JOM!
bengkel : JOM PANDAI DEKOR

hari : SABTU
tarikh : 16 Disember 2017
lokasi : Bandar Baru Bangi


Sebarkan berita baik ini kerana diluar sana ramai yang sedang menderita kerana takut untuk melakukan perubahan pada ruang kerana tidak yakin dengan pilihan diri sendiri. Nak upah orang pula tidak berkemampuan. 

Tekan LIKE, kemudian SHARE kan post ini. Setelah itu berilah sedikit KOMEN di sini untuk anda dijejaki. Kerana anda yang bantu menyebarkan berita ini akan menerima 10 TIPS ASAS DEKOR RUANG di email masing-masing selepas selesai bengkel nanti.
Dan ayat SHAREing yang paling best akan menerima PERKHIDMATAN REKABENTUK 3D untuk satu ruang secara PERCUMA (saiz tidak lebih 10x10 kaki) Mulakan hari dengan lebih baik

Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi.
Ia adalah Senibina Kehidupan

Yang Benar
KHAIRUNNISA HAMZAH
senibina kehidupan di rumah

Thursday, 19 May 2016

RUMAH KOSONG LAGI, BELUM TAHU NAK DESIGN MACAM MANA?

Teks: khairunnisa hamzahara

Beginilah situasi kebanyakan pemilik rumah yang hubungi saya untuk dapatkan perkhimatan rekabentuk 3d hiasan dalaman kediaman mereka. Ada yang dah 5 tahun beli rumah namun masih belum duduk kerana tak tahu macam mana nak design rumah. kalau tanya kontraktor, kontraktor kata, tuan rumah design, kami ikut je binakan. Tuan rumah pening. Jadi bila tuan rumah google tentang hiasan dalaman rumah, jumpa lah mummy! 
smile emoticon
InsyaAllah dengan pengalaman sebagai arkitek yang makan gaji beberapa tahun dahulu dan juga pengalaman jadi suri rumah sepenuh masa sejak 3 tahun lepas menjadikan mummy lebih menjiwai setiap sudut dalam rumah. Yang pasti sebelum proses design, pemilik akan diberikan soalan kaji selidik citarasa dan kehendak terlebih dahulu.


Okey jom cuci mata hiasan dalaman ruang tamu, lounge dan ruang makan simple milik pasangan jururawat dan jurutera ini.

Untuk yang nak dapatkan design rumah bagi menyambut hari raya yg bakal menjelma, boleh whatsappkan pelan rumah pada mummy untuk mummy tengok dulu berapa upah designnya 
smile emoticon
Terima kasih semua kerana sentiasa sokong dan memilih perkhimatan mummy at home ni
work at home mom (since 2012)
perkhidmatan rekabentuk 3d online
whatsapp : 0197720507


PELAN HIASAN DALAMAN
Email kepada tuan pemilik kediaman :

Assalammualaikum

Terima kasih atas tempahan rekabentuk 3d kediaman yang telah dibuat dengan Perkhidmatan Rekabentuk 3d Online.

Rekabentuk yang dihasilkan :


RUANG TAMU

1. Dari pintu masuk dipasang cermin besar di belakang pintu untuk preparation sebelum keluar rumah dan juga untuk impak ruang lebih besar

2. Ruang tamu dilengkapi dengan sofa yang bersaiz dominan dan di tambahkan dengan kerusi rehat serta bench yang disorongkan di bawah meja console (ditarik apabila ingin digunakan (pertambahan tetamu)

3. Meja console untuk meletakan aksesori rumah dan frame gambar keluarga.

4. Di kiri kanan sofa dilengkapkan dengan side table dan lampu meja sebagai penyeri di kala malam dan penghias di kala siang.

5. lampu spotlight dipasang pada lukisan penghias dinding.

6. pokok2 segar diletakan bertentangan tingkap

7. tiang-tiang divider diwujudkan bagi penapis pandangan direct orang keluar masuk bilik


RUANG MAKAN

1,Dibahagikan kepada 2 bahagian, dibahagian hadapan sliding door diwujudkan ruang lounge untuk borak dan santai selepas makan

2. Divider diwujudkan untuk membahagikan ruang lounge dan ruang makan agar menjadi kemas ruang nya

3. Di ruang lounge disediakan tempat duduk , meja dan stool

4. gambar-gambar kenangan travel keluarga boleh diletakan di ruang ini untuk tatapan kenangan

5. Ruang makan di lengkapkan dengan kabinet preparation

6. kabinet preparation dilengkapkan dengan hand wash basin. oleh itu tetamu tidak perlu ke dapur untuk membasuh tangan. di sini juga untuk menyiapkan hidangan dan simpan pinggan mangkuk serta cawan untuk dihidang kepada tetamu

Begitu lah sedikit sebanyak tentang rekaentuk yang dihasilkan

Sekali lagi diucapkan terima kasih atas tempahan.
Sekiranya terdapat masalah, boleh hubungi semula

Semoga impian untuk menjadi kediaman selesa tercapai hendaknya

Jazakallah

RUANG TAMU


RUANG MAKAN





 


Saturday, 14 May 2016

REKABENTUK 3D MAKEOVER HIASAN DALAMAN RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN UNTUK HARI RAYA

Terima kasih pada puan yang menempah rekabentuk ruang tamu dan ruang makan ini. Katanya dah lana duduk di rumah tersebut. Try2 hias tapi semua nya tak kena. Teringin nak duduk rumah dengan design dari designer touch. Katanya nak mood modern . Warna2 modern gitu seperti grey dan dark brown. Hah, ini mummy tolong buatkan. Kata tuan rumah semalam...

"Wah!!, speechless"
Moga speechless yang dimaksudkan tu bermaksud beliau benar - benar suka kannya 
wink emoticon
Mummy suka design 3d rumah orang 
wink emoticon
Lepas ni rumah gaya inggeris pula. Satu rumah buat hiasan dalaman, satu rumah pula request design struktur luar rumah gaya inggeris (architectural).
(Okey, rasa mcm mummy nak gi terbang tempat orang inggeris kejap untuk ambil mood design ;))
Iklan : kalau ada yang nak pasang wallpaper raya boleh cari wallpaper cantik dan berkualiti tinggi dengan kak Norazam Binti Baba 
(My sponser untuk wallpaper batu bata di dinding dapur saya tahun lepas ni. Wallpaper di pos saja pun boleh. Lepas tu kita pasang sendiri. Glue siap dikasi sekali)


Okey, jom tengok rekabentuk yang telah dihasilkan :
 PELAN 3D HIASAN DALAMAN RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN

Rekabentuk yang dibuat mempunyai gaya moden yang ringkas santai namun elegant.

Sebaik melangkah masuk rumah terdapat kerusi rehat yang diletakan di hadapan pintu sliding. Juga di lengkapkan dengan kabinet kecil untuk kegunaan menyimpan barang-barang. Di dinding bertentangan pintu masuk diletakan ukuran khat bismillah.

Dinding fokus utama adalah dinding media yang di laminate kan dengan metrial kayu atau dipasangkan dengan elemen kayu. 

Kabinet tv di bina dan ia berfungsi untuk menyimpan buku juga sebagai rak hiasan.

Sofa disusun berbentuk L dan dipilih dengan fabrik yang menyelesakan. Bagi menyerikan sofa diletakan di atasnya kusyen yang bewarna. Meja kopi diletakan di hadapan sofa untuk menghidangkan air minuman ketika berborak atau menonton tv

Dinding fokus kedua iaitu dinding pameran dipasang dengan batuan atau laminate bercorak batuan. Kemudian bingkai 3d dipasang untuk menyerikan dinding,

Di bahagian pintu store diserikan dengan wallpaper bewarna perang dan dilengkapkan dengan jam dinding yang besar

Di tangga di letakan meja console (yang berlaci lebih baik, boleh digunakan untukmenyimpan kunci, jam dan pen). Di atas meja console ini dipasang lampu samar untuk kegunaan waktu malam. Dan di bawah meja console diletakan stool yang boleh ditarik untuk berbual atau duduk berehat.

Ditangga di letakan pasu dan ranting serta dibina satu kabinet nipis untuk simpan kasut atau payung. Di atas nya diletakan bingkai gambar kenangan keluarga.
 
RUANG TAMU
  











RUANG MAKAN

Di ruang makan pula dipasang kabinet preparation untuk menyimpan pinggan mangkuk untuk kegunaan menghidang tetamu. Tetamu juga tidak perlu ke dapur untuk membasuh tangan malah hanya perlu membasuh di hand basin yang disediakan. Palang-palang diwujudkan untuk mengurangkan pandangan direct ke arah dapur untuk keselesaan penghuni dapur.





~Senibina kehidupan di rumah~
jika rumah nak buat design interior, boleh berhubung denagan mummy ya.
hanya perlu whatssapp saja

Khairunnisa Hamzah
Perekabentuk dan penasihat kediaman online
Whatsapp 0197720507
Perkhidmatan Rekabentuk 3d kediaman online


Sunday, 8 May 2016

PERSIAPAN RUMAH UNTUK HARI RAYA: MAKEOVER RUANG TAMU DENGAN MENGGUNAKAN BALIK KELENGKAPAN SEDIA ADA

teks: khairunnisa hamzahara

Terima kasih buat puan pemilik ruang yang telah membuat tempahan rekabentuk 3d untuk ruang tamunya. Biasanya mummy buat kan rekabentuk kediaman untuk rumah baru atau rumah kosong yang mana tuan rumah belum lagi buat apa-apa dan belum lagi berli kelengkapan. Kali ini, tuan rumah sudah pun menginap selama 2 tahun dan telah membeli kelengkapan serta membuat transformasi siling kayu sendiri. Jadi mummy kena buat design dengan mengguna balik sofa hitam merah yang telah dibeli dan serasikan dengan siling kayu yang telah dibikin oleh tuan rumah. Alhamdulillah siap dah. Moga si pemilik ruang gembira dengan rekabentuk yang dihasilkan.
Ini mummy cuba buatkan perbandingan rupa sebelum (sedia ada) dan rupa rekabentuk makeover yang mummy dah siap designkan (selepas).




Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan
Sempatlah buat ruang tamu baru sebelum tibanya HARI RAYA!!!!
Khairunnisa Hamzah
www.khairunnisahamzahara.com
Perekabentuk dan Penasihat Kediaman Online
Perkhidmatan Rekabentuk 3d Kediaman Online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my

Monday, 11 April 2016

Dah ada pelan rumah tapi tak tahu macam mana nak bentuk kan rupa luarnya

Teks: khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum

Baru-baru ini dah macam trend. 
Beberapa orang pemilik rumah email nak dapatkan rupabentuk 3d luar rumah mereka.
Masing-masing sekarang trend nak design rumah sendiri.
Zaman dah canggih boleh refer Google kan,
suami isteri dah pandai lukis pelan rumah sendiri hasil duduk bincang semeja bersama.
Tapi bila sampai bab rupa luar nya,
Mula lah terfikir " Eh, macam mana rupa rumah kita ni?"

Hah! Masa ni lah mummy home designer ni mainkan peranan :)
Jadi siapa yang dalam situasi yang sama,
dah lakar pelan rumah sendiri tapi tak tahu macam mana nak bentuk kan rumah tu,
boleh lah whatsappkan plan rumah tersebut kepada saya

whatsapp 0197720507

Pelan yang diperoleh dari whatsapp

Rekabentuk pertama : Moden klasik melaka

Rekabentuk kedua : Moden tropikal

Terima kasih kepada tuan rumah kerana membuat tempahan rekabentuk kediaman bersama mummy home designer ini :)


Perkhidmatan Rekabentuk Kediaman Online
(Luaran / Dalaman)
boleh mulakan tempahan dan perbincangan dengan whatsapp 0197720507


Sunday, 20 March 2016

SEBELUM DAN SELEPAS MAKEOVER RUMAH SEWA DENGAN PERKHIDMATAN REKABENTUK 3D KEDIAMAN ONLINE

MAKEOVER RUMAH SEWA !

Ini kisah jarang berlaku. Biasa saya dapat tempahan rekabentuk 3d kediaman adalah dari pemilik-pemilik kediaman yang baru membeli rumah atau mahu buat renovation. Namun kali ini saya menerima tempahan dari sahabat fb di sini yang juga merupakan seorang ibu yang sanggup duduk menyewa semata-mata untuk membesarkan anak di depan mata. katanya rumah yang disewa berhadapan dengan sekolah pililhan untuk anaknya menuntut ilmu. Sekolah agama. Allahuakhbar. Sungguh besar pengorbanan ibu ayah dan keluarga ini. Pendidikan anak-anak di utamakan. Pada awal perbincangan, si ibu memaklumkan yang perabot mereka apabila dimasukan di sini menjadikan keseluruhan ruang menjadi padat. Atas faktor sudah senior ini, mereka mahukan kehidupan yang lebih energatik , positif dan inginkan suasana rumah yang lawa untuk dirasai sendiri , untuk anak-anak dan untuk melayan tetamu yang setiap minggu pasti ada yang berkunjung. Memiliki anak-anak yang telah dewasa juga menjadikan penyebab untuk mereka wujudkan kediaman yang lebih selesa walaupun hanyalah rumah SEWA!
(view keseluruhan rekabentuk kakan dimasukan di dalam laman rekabentuk saya iiatu di http://rekabentuk3donline.blogspot.my)

Bagi sesiapa yang sama duduk di rumah sewa tapi nak duduk dalam keadaan yang ceria dan cantik, boleh lah dapatkan rekabentuk 3d online.  Insyaallah design yg dihasilkan tidak memerlukan kontraktor (bagi rumah sewa) tapi boleh di buat sendiri dengan pemberian cadangan susunan, hiasan, warna dan perabot serta kelengkapan.

Kalau rumah sendiri??
lagi lah boleh. 
Just send me your plan layout yang berukuran di whatsapp ya.
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
www.khairunnisahamzahara.com
Perekabentuk dan Penasihat Kediaman
http://rekabentuk3donline.blogspot.my




PERKHIDMATAN ONLINE REKABENTUK 3D KEDIAMAN

Teks : khairunnisa hamzah

REKABENTUK 3D KEDIAMAN
Suami Isteri senang hati
Dah tak perlu bergaduh lagi 
smile emoticon
Alhamdulillah ,Sepanjang menjalankan perkhidmatan melukis rekabentuk kediaman secara 3d (3 dimensi) ini, kebanyakan pemilik-pemilik kediaman yang membuat tempahan rekabentuk 3d ini memberikan feedback yang mereka tidak lagi perlu "bertekak" suami isteri kerana masing-masing dapat melihat dengan jelas bagaimana
-susunan (layout) perabot
-fungsi ruang
-warna dan tema
-fabrik dan corak
-kemasan dan bahan
-aksesori dan perabot

Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi, namun kerana minat yang mendalam dan sebati dengan jiwa mummy sebagai designer, graduan arkitek serta suri rumah menjadikan satu kepuasan buat diri ini bila dapat membantu orang ramai dalam memberikan idea untuk ruang mereka walaupun secara atas talian.

3 tahun
Perkhidmatan atas talian
Rekabentuk 3d kediaman online

Khairunnisa Hamzah
work at home mom
Perkhidmatan Rekabentuk 3d online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my
www.khairunnisahamzahara.com
-----------------------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan Online :
1. Rekabentuk 3d kediaman online
2. Merekabentuk Konsep & Jenama Untuk Bisnes/Perkhidmatan / Event
Kelas Online sepanjang masa:
1. Kelas Online Belajar Asas 3d sketchup
2. Kelas Online Belajar Bina Blog Bernyawa
3. Kelas Online Belajar Buat Ebook
4. Kelas Online Belajar Buat dan Bisnes Photobook
5. Kelas Online Belajar Buat Kelas Online Sendiri
Ebook Panduan (Buku Digital) :
1. Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri Dan Perniagaan
2. Ebook Suri profesional : Tips dan Panduan Di Rumah Sepenuh Masa
3. Ebook Bina Rumah Islamik (bakal terbit)
4. Ebook Projek Homestay (bakal terbit)

Monday, 29 February 2016

DESIGN REKABENTUK RUMAH ALA-ALA SHOW HOUSE, HOTEL ATAU CHALET

NAK DESIGN RUMAH MACAM SHOW HOUSE
Sejak kebelakangan ini , Kebanyakan pemilik kediaman yang mendapatkan tempahan 3d design kediaman dari Perkhidmatan Rekabentuk 3d online pasti terkeluar juga ayat ini :

"Puan, saya nak dapatkan design rumah ala-ala showhouse"
ATAU begini:

"Puan, boleh tak designkan rumah saya macam hotel or chalet ?'"

Pendek kata, kini orang melayu kita dah mula nak hidup selesa. Nak hidup dengan aura positif di dalam rumah. Kerana apa? kerana dari rumah lah bermula nya semangat dan motivasi. Rumah yang didekorasi dengan baik mendatangkan impak yang besar terhadap keluarga dan diri sendiri.

Ini antara rumah yang tuan nya minta rekabentuk 3d hiasan dalaman ala-ala rumah contoh. Hasilnya, saya design kan begini :











"Jika atas meja kosong, mood kita pun kosong,
Jika atas meja ada sepasu bunga, mood kita juga berbunga-bunga"
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi
Khairunnisa Hamzah
senibina kehidupan di rumah
Perkhidmatan Rekabentuk 3d Online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my
whatsapp: 0197720507
Nota: kelas asas 3d sketchup secara online di buka setiap hari untuk mereka yang berminat untuk naikan 3d kediaman masing-masing atau untuk kegunaan pembinaan (kontraktor dan interior designer)

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO