Saturday, 14 May 2016

REKABENTUK 3D MAKEOVER HIASAN DALAMAN RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN UNTUK HARI RAYA

Terima kasih pada puan yang menempah rekabentuk ruang tamu dan ruang makan ini. Katanya dah lana duduk di rumah tersebut. Try2 hias tapi semua nya tak kena. Teringin nak duduk rumah dengan design dari designer touch. Katanya nak mood modern . Warna2 modern gitu seperti grey dan dark brown. Hah, ini mummy tolong buatkan. Kata tuan rumah semalam...

"Wah!!, speechless"
Moga speechless yang dimaksudkan tu bermaksud beliau benar - benar suka kannya 
wink emoticon
Mummy suka design 3d rumah orang 
wink emoticon
Lepas ni rumah gaya inggeris pula. Satu rumah buat hiasan dalaman, satu rumah pula request design struktur luar rumah gaya inggeris (architectural).
(Okey, rasa mcm mummy nak gi terbang tempat orang inggeris kejap untuk ambil mood design ;))
Iklan : kalau ada yang nak pasang wallpaper raya boleh cari wallpaper cantik dan berkualiti tinggi dengan kak Norazam Binti Baba 
(My sponser untuk wallpaper batu bata di dinding dapur saya tahun lepas ni. Wallpaper di pos saja pun boleh. Lepas tu kita pasang sendiri. Glue siap dikasi sekali)


Okey, jom tengok rekabentuk yang telah dihasilkan :
 PELAN 3D HIASAN DALAMAN RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN

Rekabentuk yang dibuat mempunyai gaya moden yang ringkas santai namun elegant.

Sebaik melangkah masuk rumah terdapat kerusi rehat yang diletakan di hadapan pintu sliding. Juga di lengkapkan dengan kabinet kecil untuk kegunaan menyimpan barang-barang. Di dinding bertentangan pintu masuk diletakan ukuran khat bismillah.

Dinding fokus utama adalah dinding media yang di laminate kan dengan metrial kayu atau dipasangkan dengan elemen kayu. 

Kabinet tv di bina dan ia berfungsi untuk menyimpan buku juga sebagai rak hiasan.

Sofa disusun berbentuk L dan dipilih dengan fabrik yang menyelesakan. Bagi menyerikan sofa diletakan di atasnya kusyen yang bewarna. Meja kopi diletakan di hadapan sofa untuk menghidangkan air minuman ketika berborak atau menonton tv

Dinding fokus kedua iaitu dinding pameran dipasang dengan batuan atau laminate bercorak batuan. Kemudian bingkai 3d dipasang untuk menyerikan dinding,

Di bahagian pintu store diserikan dengan wallpaper bewarna perang dan dilengkapkan dengan jam dinding yang besar

Di tangga di letakan meja console (yang berlaci lebih baik, boleh digunakan untukmenyimpan kunci, jam dan pen). Di atas meja console ini dipasang lampu samar untuk kegunaan waktu malam. Dan di bawah meja console diletakan stool yang boleh ditarik untuk berbual atau duduk berehat.

Ditangga di letakan pasu dan ranting serta dibina satu kabinet nipis untuk simpan kasut atau payung. Di atas nya diletakan bingkai gambar kenangan keluarga.
 
RUANG TAMU
  











RUANG MAKAN

Di ruang makan pula dipasang kabinet preparation untuk menyimpan pinggan mangkuk untuk kegunaan menghidang tetamu. Tetamu juga tidak perlu ke dapur untuk membasuh tangan malah hanya perlu membasuh di hand basin yang disediakan. Palang-palang diwujudkan untuk mengurangkan pandangan direct ke arah dapur untuk keselesaan penghuni dapur.





~Senibina kehidupan di rumah~
jika rumah nak buat design interior, boleh berhubung denagan mummy ya.
hanya perlu whatssapp saja

Khairunnisa Hamzah
Perekabentuk dan penasihat kediaman online
Whatsapp 0197720507
Perkhidmatan Rekabentuk 3d kediaman online


1 comments:

Aty_Fared said... [Reply to comment]

haritu sis ada cadangkan saya guna app design ni..tapi tak pandai..!! hahaha..teruk sangat kan..nampak otak dah berkarat study pon tak masuk2... ;p rasa macam nak mintak sis designkan jer...

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO