NUFFNANG

Showing posts with label KHIDMAT INSURANS. Show all posts
Showing posts with label KHIDMAT INSURANS. Show all posts

Tuesday, 9 February 2016

MOHON MLTT UNTUK INSURANS PERLINDUNGAN PINJAMAN PERUMAHAN ANDA

Teks : khairunnisa hamzahara


Ramai tak tahu dan tak ambil tahu.
Hari ini kami bertanggungjawabuntuk beri tahu
NAK BELI RUMAH?
NAK APPLY LOAN?
DAH BUAT MLTT SENDIRI?
InsyaAllah boleh lantik kami untuk buat Polisi MLTT dengan PruBSN
cer Google apa beza term berikut sebelum apply loan rumah dengan bank:

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful
(buat polisi takaful sendiri, tak perlu masuk dalam loan, dapat pampasan penuh ikut total jumlah loan, boleh selesaikan baki loan, baki yang lain boleh guna untuk waris teruskan hidup apabila berlaku musibah kepada peminjam , ada simpanan masa depan)


2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
(guna kaedah takaful, bank siap masukan dalam loan jika kita tak ada MLTT sendiri, dan kena interest setiap bulan sehingga tamat tempoh pinjaman, baki pinjaman diselesaikan terus kepada bank, tiada simpanan atau baki untuk waris, bayaran lum sump dan interset tersebut hangus tanpa faedah kepada peminjam dan waris )

3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance
(sama dengan MLTT tetapi tidak mengamalkan konsep takaful)

4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
(sama dengan MRTT tetapi tidak mengamalkan konsep takaful)

Penerangan lanjut boleh lihat di post saya sebelum ini di sini : MRTA VS MLTA

langkah pertama untuk apply polisi MLTT bersama kami
berikan maklumat berikut:
PM/whatsapp/email:
Nama:
IC number:
Pekerjaan:
Jumlah pendapatan tahunan:
Penyakit :
Merokok atau tidak:
Senibina kehidupan dirumah
www.khairunnisahamzahara.com
whatsapp: 0197720507 (Puan Khairunnisa Hamzah)
whatsapp : 0197760507 (Encik Mohd Annuar)
email : khairunnisahamzahara@gmail.com
email : mohdannuarkamilan@gmail.com

Monday, 27 January 2014

Insurans Untuk Anak-Anak

*Berikut hanya keterangan ringkas, tertakluk kepada terma dan syarat
Jika ada yang sedia maklum, selain dari merekabentuk kediaman, saya juga merupakan penulis majalah dan guru online untuk kelas asas blog dan kelas asas rekabentuk sketcup online. Selain itu juga turut menawarkan khidmat rundingan insurans buat seisi keluarga.

Petang ini saya ingin kongsikan antara manfaat perlindungan insurans daripada jumlah polisi Rm200 sebulan dan RM100 sebulan untuk anak di bawah umur 2 tahun yang boleh diberikan kepada anak-anak anda semua. Boleh rujuk pada banner di bawah:

(*polisi insurans boleh "custom made" manfaatnya mengikut jumlah caruman yang dibayar oleh pembayar)

Lindungilah anak-anak kita sementara masih berkesempatan.
Syarat untuk apply insurans:
1. masih dalam keadaan sihat (tidak pernah warded)
2. boleh beri komitmen menabung setiap bulan

Untuk mulakan polisi insurans anak-anak , boleh email saya di khairunnisahamzahara@gmail.com

khairunnisa hamzahara
senibina kehidupan di rumah

Monday, 30 December 2013

SURI RUMAH DI SENARAIKAN SEBAGAI PEKERJAAN BERISIKO TAHAP KEDUA


Teks: khairunnisa hamzahara


Untuk info tengah hari :
Tahukah kalian bagi pencarum insurans yang merupakan suri rumah sepenuh masa di kategorikan kepada level 2 dalam tahap risiko? Jika bekerja dipejabat risiko nya masih di level 1. Suri rumah lebih tinggi risikonya iaitu level 2, jika bekerja off shore (oil & gas) dan juga pilot ia lebih tinggi risikonya dan dikategorikan di level 4. 

Oleh itu bagi suri rumah yang belum ada perlindungan insurans, boleh PM saya Nisa Nua untuk temujanji sign up insurans dan perbincangan jenis premium yang perlu di carum. Yang pasti, naik tahun baru, pasti ada review semula dari syarikat insurans dan premium akan semakin meningkat nilai dan harganya berikutan kenaikkan harga dari pelbagai sudut kehidupan kita sekarang ni. sana sini naik. sementara belum ada announceent kenaikkan premium insurans, mari mula buat di mana ia merangkumi 3 perkara dalam satu pelan. Perindungan (pampasan) + kad perubatan (hospital) + simpanan (tabungan).

Jika sudah mencarum, fikirkan pula untuk orang tersayang, anak-anak dan kedua ibu bapa yang sudah mula di makan usia. Semua boleh mencarum dan menerima bantuan insurans apabila berlaku musibah asalkan memenuhi syaratnya semasa mendaftar iaitu sihat walafiat. Musibah dan kewangan untuk perubatan penyakit akan diberikan sepenuhnya apabila musibah dan masalah kesihatan dihidapi selepas menjadi ahli sehingga ke usia 70 tahun lamanya. Bayaran bulanan sama saja bermula dari awal mencarum sehingga ke umur 70-80 tahun.

p/s: saya pula yang risau bila tahu ramai rakan suri rumah belum ada insurans. agak2 siapa tahu kenapa suri rumah di kategorikan kepada tahap (level 2) dalam senarai tahap risiko pekerjaan? 

Monday, 18 November 2013

POLISI INSURANS YANG DIGEMARI DAN BERBALOI UNTUK DIMILIKI

Teks : khairunnisa hamzahara

Gambar: Aisyah (kakak) kene extended chicken pox ketika berusia satu tahun 6 bulan tahun 2010


Di pagi yang cerah,
Mood sedang baik,
Mari kita fikirkan tentang masa depan
Anak dan orang tersayang
Mari kita Mula menabung di insurans hari ini
Simpan RM100 /RM 200 dan lupakan
Kelak bila kita perlukan kewangan ketika ditimpa musibah
Siapa yang akan bantu kita?
Kutipan derma? Pinjam wang dari keluarga?

Sedar tak sedar, kita sudah ada tabungan di Insurans
Tak sedar sebab tiap2 bulan buat potongan akaun
Berbanding bayar cash, memang terasa berat

KISAH AISYAH 3 TAHUN LALU
Masa si kakak umur 1 tahun setengah, kakak kena demam Chicken pox, dokter pakar kanak-kanak Di Hospital Az-Zahrah check
kata dokter ini bukan chicken pox biasa. 
Kakak kene extend chicken pox
kakak dimasukkan ke dalam ward, nurse boleh monitor
kalau kat rumah tak tahu nak buat macam mana
panas anak pun kejap kejap tinggi
Dalam ward selamat, tak berjangkitlah demam chicken pox
pada adik beradik lain. Alhamdulillah dapat masuk ward.
Masa pergi hospital kerajaan, kata dokter,
wad untuk orang yang kritikal, demam chicken pox ni biasa saja
boleh jaga dan rawat di rumah
Masa tu panik nya dan tak tahu nak buat apa bila anak menangis dan
seluruh badan tumbuh ketulan berair sehingga di setiap selakan rambutnya. Masa di kaunter orang kaunter tanya suami, Encik Walk In Atau ada Insurans? Alhamdulillah, syukur kerana kami buat insurans untuk kakak seawal umurnya 9 bulan, si adik pula semasa umur 3 bulan

Padan lah kami di tanya walk in atau guna insurans.
Bila walk in perlu bayar deposit rm1000
sebab hospital selalu kerugian bila pesakit terpaksa duduk lama di ward
kerana penyakitnya, tetapi waris tidak dapat membayar kos hospital
Jadi, hospital rugi, nak simpan pesakit lama di hospital, mereka kene tanggung kos, nak suruh balik ke rumah, pesakit tidak mampu bayar.
Jadi jika guna kredit kad, mereka akan siap2 potong bil nya, begitu juga jika walk in, deposit dikenakan tinggi sekali. Jika guna insurans
mereka barulah mereka mudahkan urusan kita, lagi2 jika guna prudential sebab ia merupakan syarikat insurans yang kukuh dan stabil.
Jadi masa nak ambil insurans pun kita perlu tahu mana syarikat yang stabil dan mana yang baru bertatih sama macam bila kita nak buat pelaburan, kita akan pilih bursa saham yang mana yang kukuh.

KISAH ASYRAF 1 TAHUN LALU

Si adik pun sama. Keluar masuk hospital setahun yang lalu
Sebab selalu batuk dan selsema 
Masa tu mommy kerja, adik dan kakak di hantar ke nursery
Adik kene bronchitis
Dokter kata, jika tak baik sehingga melepasi umur 2 tahun, 
adik boleh hidap asma kekal
Alhamdulillah, adik dapat dipulihkan sebelum umur 2 tahun
Sepanjang umur adik 1 tahun
Adik dah guna medical card sehingga RM13 000
Mana lah mommy daddy ada duit banyak tu masa tu
Syukur Allah dah detikkan hati untuk mencarum di insurans
Masa buat insurans untuk adik
Bayar bulan-bulan RM200. Jika setahun pun RM200x12 baru RM2400 kalau kami menyimpan di bank, jumlahnya rm2400
Tapi bila kami menyimpan di insurans, kami dimudahkan dengan urusan bil adik yang mencecah jumlah RM13 000. Tanpa kami bayar satu sen pun. Jumlah kad perubatan yang adik boleh gunakan adalah RM 1 juta sehingga umurnya 70 tahun. 

KENAPA PELAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL SANGAT DIGEMARI DAN BERBALOI

Kerana pelan ini paling jimat, berbaloi dan bernilai. Dengan sekali daftar, dapatlah adik dan kakak Perlindungan pampasan jika berlaku musibah + perlindungan kewangan perubatan (medical card) + perlindungan simpanan ( tabungan). Andai kata mommy daddy dah tak ada, adik dan kakak tak perlu bayar insurans ini, sebab insurans bagi "WAVE" maknnaya insurans akan tanggung kakak dan adik sehingga umur 25 tahun. Masa tu kakak dan adik dah ada kerja sendiri, boleh sambung bayar polisi sendiri semula. Dalam masa yang sama, kakak dan adik akan dapat pampasan di atas kehilangan mommy daddy sebab mommy daddy pun ada insurans di mana waris yang akan menerima pampasan mommy daddy jika dah tak ada nanti. 

Mommy daddy ni lepas kan kerja semata-mata untuk anak dan anak orang lain. Daddy lagi lah, sebab dulu dah rasa macam mana nak bayar bil hospital masa tak ada kad insurans, tambah-tambah masa nak bayar tengok ada pakcik sebelah bawa duit dengan nota rm50 segenggam di tangan, katanya kosnya rm6000, jadi pakcik tu kira duit satu persatu nak bayar bil hospital. Cukup dengan sekali pengajaran, kami terus ambil insurans, bagi kad perubatan saja di kaunter. Urusan antara hospital dan syarikat insurans mereka yang jalankan melalui ID yang tertera di kad tersebut. Sejak kakak masuk hospital, daddy apply insurans, dan kini daddy lah pegawai insurans dah masuk 4 tahun lamanya. Daddy masih sama, tak putus-putus berkongsi dan mengajak orang ramai menabung di insurans. Gunakan kemudahan yang ada. Bangsa cina 90% ada insurans. Macam mereka ada kad Jaya Jusco. Mereka akan jadi ahli apa saja untuk dapatkan benefit. Orang Melayu, nak buat membership kepada sesuatu sangat berkira, tapi sedar tak sedar lagi rugi bila tak ada membership sebab kita kene bayar lebih.

Syukur dapat taip juga pasal insurans hari ini. Bagi yang nak mencarum buat membership dengan insurans ni, boleh lah PM Mommy Daddy Nisa Nua ni. Insyaallah kami akan draft kan pelan yang terbaik untuk setiap ahli keluarga yang belum ada polisi insurans. Yang baik dari Allah, yang lemah dari kami. Jazakallah

KHAIRUNNISA HAMZAHARA (Nisa Nua)
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
Email: khairunnisahamzahara@gmail.com
Whatapps: 0197720507

Untuk yang buat polisi bulan ini, Daddy Nua kata ada FREE gift. 
Untuk mula daftar message dahulu di email atau message whatapps,
jika dekat boleh kita berjumpa untuk urusan pendaftaran.
Jika jauh, boleh buat urusan secara online dan pos :)

MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN INSURANS, KAD PERUBATAN DAN TABUNGAN BUAT DIRI SENDIRI DAN SEISI KEDIAMAN


Teks: khairunnisa hamzahara




Alhamdulillah, Siap dah Desk notebook, management diary dan executive Planner buat sesiapa yang daftar ahli sebagai pencarum insurans prudential bsn takaful pada bulan ini. Daftar bulan ini, mula bayar bulan depan, dapat percuma antara desk notebook, management diary atau executive planner, ikut jumlah yang dicarum. 

Bila mencarum di insurans, bukan sekadar mendapat perlindungan pampasan di kala ditimpa musibah malah dapat medical card dan bonus harian sepanjang dihospital bila sihat semula dan keluar hospital serta telah siap dengan tabungan untuk masa pencen dan pendidikan anak anak. Pendek cerita, sekali daftar dapat tiga manfaat, pampasan+kad perubatan+simpanan.

Simpanan pula boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa tempoh matang. Tapi lebih elok simpan saja. Keluarkan bila betul-betul memerlukan. Tips untuk tak rasa berat menabung dengan insurans, siap-siap buat S.I. simpan dan lupakan. Buat potongan akaun terus. Jika bayar cash tiap-tiap bulan, siapa pun boleh goyang. 

Antara manfaatnya, kita akan rasa cukup senang bila ditimpa musibah kerana ada perlindungan insurans. Memang kita sakit masa tu, tapi tenang sikit bila dapat hospitality yg tip top dan boleh ikut pilihan kita. Paling seronok dan membantu kita cepat sembuh ialah apabila dihidang chicken chop di dalam wad. Sedang bulan-bulan kita hanya bayar rm150 tetapi sebaik keluar wad, bil kita rm8000. Mencarumnya baru 4 bulan. Kalau dibandingkan rm150 × 4 bulan, baru rm600 kita bayar. Selesai dah bil rm8000 tadi bila ada kad perubatan. Jika tak ada, kene lah duduk hospital kerajaan, tunggu wad kosong dan dokter ada.silap silap berbulan dan appendix kita dah sakit tak tahan rasa nak pecah. 

Ya , kita masih boleh buat pilihan. Boleh tanya pada yang dah ada kad perubatan, apa rasa bila dapat keselesaan sepanjang di hospital dan semuanya ditanggung oleh insurans dan dapat pula bonus duit kocek harian ikut jumlah hari duduk hospital. Contoh bonus sehari rm200, duduk hospital empat hari, dapatlah bonus duit kocek rm800. ;) panjang juga cerita di sini, nak tahu cerita lanjut dan lebih detail, boleh PM saya ya. Insyaallah masih sempat untuk buat jika belum ada apa apa penyakit kekal lagi. Sebab masa mohon daftar untuk jadi ahli syaratnya kena sihat walafiat. Selepas jadi ahli baru ditanggung segala penyakit dan musibah yang dialami.Jazakallah

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

Untuk mula mendaftar sebagai pencarum ahli insurans prudential bsn takaful, boleh hubungi saya di email :khairunnisahamzahara@gmail.com atau whatapps 0197720507

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO