NUFFNANG

Thursday 29 May 2014

Panduan Bercuti ke Hotel Legoland dan Taman Tema Legoland ( Legoland Themed Park)

Teks: khairunnisa hamzahara



Selepas update status ke Legoland dan Legoland Hotel di Facebook pada 2 minggu yang lepas, ramai sahabat FB yang mohon agar saya buat preview dan ceritakan dengan lebih detail pakej dan cara ke Legoland Themed park dan Legoland hotel, oleh itu saya buat satu entry khas untuk membantu anda semua mendapat gambaran Legoland themed park dan legoland hotel serta sedikit panduan, tips dan cara untuk ke sana dn sepanjang di sana


Membuat Kajian Terlebih Dahulu


Semasa ingin membuat keputusan untuk "reward" anak-anak ke Legoland, saya telah mebuat beberapa kajian dahulu di Internet. Sebelum itu, hampir setahun lamanya anak-anak menyebut tentang Legoland. Bila ada sebarang produk atau jenama yang memberikan voucher discount apabila membeli barang mereka, anak-anak pasti minta saya atau suami untuk membelinya bagi mendapatkan voucher diskaun tersebut yang akan berakhir pada hujung tahun 2013.Akhirnya tamatlah tahun 2013, maka voucher diskaun tersebut sudah tidak sah lagi.


Masuk bulan ke 5 tahun 2014, saya membuat keputusan untuk ambil tahu tentang Legoland dan apakah pakej serta aktiviti yang ditawarkan. Preview dari orang ramai tidak banyak tentang hotel legoland, di page pertama Google hanyalah website rasmi dari Legoland dan web-web yang bekerjasama dengan Legoland.


Kenapa saya buat kajian dahulu sebelum pergi? Ini adalah kerana ia membolehkan saya dan keluarga:

1. pergi pada masa yang sesuai
2. tidak rugi masa dan wang
3. dapat gambaran awal tentang aktiviti yang bakal dijalankan
4. dapat membuat persediaan awal tentang keperluan, kelengkapan fizikal dan mental
5. akhirnya dapat bergembira bersama keluarga tanpa mengecewakan sesiapa pun kerana sudah tahu 
-apa perlu dilakukan?
-bila untuk melakukan?
-di mana untuk melakukan
-siapa yang akan melakukan
-kenapa melakukan?

Berbincang dengan keluarga


Sebelum pergi lebih lanjut, saya memulakan perbincangan bersama ahli keluarga. Saya juga maklumkan kepada kedua ibu bapa saya dan adik beradik jika mereka ingin menyertai kami. Suami juga mula menyemak kalender. Memandangkan suami akan meninggalkan kami anak beranak untuk menikmati reward percutian dari syarikat Prudential tempat beliau berkhidmat ke Barcelona, Spain pada hujung bulan Mei, inilah masanya untuk meluangkan masa bergembira dan lebih rapat bersama anak-anak yang akan ditinggalkan nanti dan buat sementara waktu meninggalkan urusan kerja bagi melayan kerenah anak dan keluarga.



Jumlah Ahli Keluarga Yang akan menyertai dan Umur


Oleh kerana akhirnya kami sekeluarga (kecil) sahaja yang mempunyai masa terluang pada bulan Mei, maka hanya kami anak beranak yang akan pergi ke Legoland. Iaitu 4 orang:


1. Mommy

2. Daddy
3. Kakak (5 Tahun)
4. Adik (3 Tahun)

Kami perlu tahu jumlah yang akan pergi dan umur kanak-kanak agar dapat mendapatkan pakej yang sesuai dan berbaloi.



Pilih Hari & Keputusan Untuk Bermalam atau tidak


Dalam perbincangan, kami bersetuju memilih tarikh pada 13 dan 14 Mei 2014. Memandangkan kami dari Melaka, untuk 2 hari di sana kami perlu "bermalam" di Johor. (legoland terletak di Nusajaya, Johor)



Memilih Hotel Untuk Menginap


Sebelum membuat keputusan membei tiket ke Legoland, pastikan kita membuat pilihan hotel terlebih dahulu. Ini kerana banyak syarikat hotel dan pelancongan menawarkan pakej percutian ke Legoland bersama penginapan hotel di hotel kepunyaan mereka. Hotel-hotel ini kebanyakkannya telah menjalankan bekerjasama dengan Legoland di mana mereka akan :


-menyediakan pakej penginapan 
-yang disertai dengan diskaun tiket masuk ke taman tema legoland
-serta menyediakan coach transfer dari hotel ke Legoland




HOTEL LEGOLAND




Kenapa saya pilih hotel Legoland untuk menginap? Sememangnya jika dibandingkan dengan harga, penginapan di hotel Legoland agak mahal. Namun apabila dibandingkan dengan pengalaman yang bakal diperoleh oleh anak-anak dan keselesaan serta idea baru dalam kehidupan lebih-lebih lagi sebagai seorang Designer, saya merasakan jumlah yang diperuntukkan berbaloi dan berpatutan. Berapa harganya? 

Harga menginap semalam ke Hotel Legoland:
1. Tidak sama pada satiap hari
2. Boleh rujuk di sini: http://www.legoland.com.my/Hotel/Home/
3. Rate Bilik Hotel antara RM640 - RM1350
4. PAda hari minggu lebih tinggi nilainya, hari biasa, bukan cuti sekolah dan bukan hari minggu nilainya lebih rendah dan berbaloi. (Jadi rancang tarikh percutian anda)

Saya memilih hari biasa untuk menginap dan dapat harga yang paling murah iaitu RM640 semalam

Apa pilihan bilik hotel yang ada?
1. Ada tiga tema bilik yang boleh dipilih iaitu:
-Tema bilik Pirates (lanun dan penuh dengan gambar tengkorak)
-Tema bilik Adventures (pengembaraan , ada gambar lipas, lipan dan ular serta hutan dan laut)
-Tema bilik Kingdom (saya paling suka bilik ini kerana deco katil ibu bapa seperi katil King dan Queen, deco yang lain ada istana dan tumbuhan melingkar serta ada bola-bola badut serta siput)








 Yang membezakan harga bilik hotel adalah:
1. Saiz bilik hotel
-Harga basic : Bilik Ada ruang bilik air, bilik tidur anak-anak ber TV, dan bilik tidur ibu bapa berpintu sliding

-Harga premium : sama seperti harga basic tetapi ada lebihan decoration terutamanya pada binaan lego yang terdapat dalam bilik

-Harga yang mencecah angka ribuan: ada tambahan bilik dan ruang tamu untuk keluarga besar

-Harga yang paling tinggi : kerana ada pertambahan bathtub

Untuk pengetahuan, bilik di hotel legoland semuanya dilengkapi dengan shower sahaja, keuali yang harga ribuan sahaja ada bathtub ;)

(mungkin kerana sudah ada waterpark dan swimming pool di luar jadi tidak menjadi keperluan tetamu untuk mandi di bathtub)



Cara Booking?

1. Booking boleh dibuat di sini: http://www.legoland.com.my/Hotel/Home/
2. Bayaran tidak diambil ketika booking, tetapi perlu masukkan maklumat kad visa (credit card). Apabila sampai ke hotel nanti, semasa check in perlu tunjukkan IC dan Credit card yang digunakan. Semasa inilah baru bayaran di tolak dari kredit kad
3. Namun jika mahu gunakan tunai juga boleh
4. Jangan lupa ambil Appale hijau di atas kaunter check in! ;)


Apa yang kami sekeluarga dapat ketika menginap di hotel legoland?

1. Booking Online (sudah ada bilik disediakan)
2. Selepas habis bermain di themed park dan water park, kami terus check in ke hotel untuk tukar pakaian dan mandi, tidak perlu ke tempat salin pakaian di waterpark yang ramai orang (chek in hotel Legoland bermula pukul 4 petang!)
3. Lift untuk naik ke bilik hotel boleh diaiki oleh tetamu hotel sahaja, tetamu hotel perlu pamerkan kad di bahagian sensor lift.
4. Lift hotel dipasang dengan sistem muzik dan juga lampu disko dengan wallpaper Lego pelbagai karekter dan cerita. Anak-anak tercengang dan seronok
5.Apabila sampai di aras bilik kami, kami masuk ke aras yang bertema Kingdom (kami booking bilik Tema Kingdom). Satu aras itu semuanya bertema kingdom sehingga sampai ke pintu bilik kami
6. Semasa masuk ke bilik, ada satu surat harta karun, dan apabila menyelesaikan teka teki yang terdapat pada surat harta karun itu, kita akan dapat kombinasi nombor dan ia akan digunakan bagi membuka peti harta karun di dalam bilik.
7. Dalam peti tersebut ada hadiah istimewa dari legoland hotel untuk tetamu yang menginap
8. Anak-anak saya dapat 3 set lego untuk di bawa balik ke rumah
9. Di dalam bilik, ada sebakul Lego untuk anak-anak bermain sepanjang menginap di hotel.
10. Ada juga chocolate chips bagi kami mengalas perut yang kesejukan selepas mandi di waterpark.
11. Ada 2 ruang berbeza, ruang anak-anak dan ruang ibu bapa.
12. Kedua-dua ruang ini ada TV dan remote masing-masing
13. Saya request sejadah dan telekung serta iron dan ironboard
14. Di bahagian lobi ada ruang bermain lego. ada 4 bahagian. Ruang main lego yang besar, ruang main lego sederhana dan ruang bermain lego kecil yang di letakkan dalam kolam lego berbentuk istana, kapal lanun dan juga meja berpokok. Ada satu sudut lain adalah sudut untuk bermain secara interaksi dengan skrin. Hanya perlu menunjukkan tangan untuk bermain tanpa menyentuh skrin seperti permainan menari mengikut rentak dan gambar di skrin. Anak-anak saya suka sangat
15. Paling menarik adalah ketika Breakfast! Masa breakfast semua orang boleh masuk. Setiap bilik breakfast boleh masuk 5-8 orang. Berbaloi kan? Tak seperti hotel lain yang hanya benarkan 2 orang sahaja masuk breakfast. Kanak-kanak ada pinggan mangkuk sudu garfu khas dan anak-anak juga ada menu khas mereka. Ketika makan, anak-anak saya menerima kertas dan color untuk mewarna. Mereka sangat enjoy di ruang breakfast ini sehingga 2 jam lamanya. 

Makanannya ada makanan ala barat, ala melayu, ala cina, dessert, roti dan bijirin. Chef nya orang melayu dan keluar berkenalan dengan tetamu

Pendek kata, pengalaman di Hotel Legoland membuat kan anak-anak kecil saya akna bercerita tentang nya sehingga ke hari ini. Pengalaman itu sangat berharga buat mereka. RM640 tidak menjadi angka yang mahal jika dibandingkan dengan pengalaman yang diterima sepanjang di sana.

Hotel ini bukanlah hotel yang diiktiraf mengikut bintang tetapi ia dikategorikan sebagai Hotel Bertema!



































Bagaimana pula dengan Taman Tema Legoland dan Waterpark?

Untuk Booking Tiket secara online boleh buat di sini: http://www.legoland.com.my/

Ada pilihan pakej :


1. Pakej Tahunan di mana sekali saja beli pass tapi boleh masuk berkali-kali ke Legoland tanpa limit sepanjang tahun (sangat berbaloi bagi mereka yang tinggal di Johor!)

2. Pakej Kombo keluarga : dapat diskaun harga bagi satu kumpuan 4 orang untuk ke themed park dan water park (saya ambil pakej ini dalam lingkungan rm460 nilainya, seorang lebih kurang rm115 untuk kedua-dua taman tema)

3. Boleh pilih mahu tiket themed park sahaja atau waterpark sahaja atau kombo (sekali dua )

Apa persediaan sebelum masuk ke Legoland terutamanya jika berkeluarga dan ada anak kecil?

1. BAwa topi siap-siap, kami terpaksa beli topi legoland untuk anak, sebuah topi rm25, dua orang anak sudah rm50!
2. Bawa payung kerana sangat panas atau hujan
3. Bawa stroller anak kerana taman tema ini besar dan perlu berjalan kaki
4. Jika tidak ada stroller boleh sewa stroller, stroller single rm22, stroller double rm44. Kami ambil stroller double , namun disebabkan kami tetamu hotel, kami dapat diskaun 50% jadi hanya perlu bayar rm22 sahaja. (tunjukkan kertas tempahan booking hotel online tadi pada penjaga kaunter walaupunbelum pergi check in ke hotel lagi)
5. Bawa bekas air dengan tong yang besar, di Legoland, air mineral RM3, air berperisa rm5. Ada juga airnya sendiri, mula-mula beli rm puluhan ringgit bersama botolnya, kemudian boleh refill di mana-mana station dengan tambah rm5 setiap kali refill. Lebih baik bawa air sendiri dengan kontena yang besar! MEmang akan banyak minu air
6. Bawa bekal makanan dalam beg sandang bukan dalam beg plastik atau beg kain. Kerana makanan luar di larang bawa masuk. Makanan di Legoland adalah makanan orang putih! Pizza, sup , dan spageti sahaja.
7. Dapatkan peta legoland selepas masuk ke melalui pintu masuk. Jangan hilang petanya. Ada beberapa bahagian di legoland untuk di explore. 

Cadangan Saya:

1. Habiskan masa di taman tema dahulu kemudian baru ke waterpark
(lepas dah penat bermain dan berpeluh, baru mandi )
2. Apabila masuk ke taman tema, mulakan dari sebelah kanan iaitu ada LEgoland City. Di sini anak-anak boleh belajar memandu kereta, kereta bomba, kapal terbang dan bot! siap ada kelas memandu dan lesen memandu! ;)
3. Seterusnya ke  bahagian Land Of Adventures 
4. kemudian ke Imagination- Lego kingdom dan Lego technic - 
5. Lego Miniland kami peruntukkan masa last sekali kerana ia memerlukan pengamatan melihat hasil binaan lego tapi panas terik tanpa pokok jadi kami melihatnya di akhir waktu kami di sana, ketika petang.
6. Selepas itu boleh masuk ke waterpark dan mandi manda
7. kami hanya lap sedikit badan tapi tidak menukar pakaian di tempat salinan kerana ramai orang, lalu kami terus check in ke hotel dan mandi, solat dan tukar baju di hotel. Hotel ini hanya boleh check in pada pukul 4 petang. Check out pula awal, pukul 11 pagi! Jika mahu checkout lambat perlu call atau anda akan di charge setiap jam
8. Untuk miniland, kami tak sempat pergi kerana kami tak pergi semasa di themed park kerana pukul 4 petang kami ke waterpark dan cuaca masih panas. Sebaik check in hotel, mandi solat dan tukar baju, kami turun semula ke themed park dan masuk semula untuk melawat miniland dan bergambar. Tiket masuk kan sepanjang hari! ;)

Baiklah, buat masa ini, ini sahaja dulu perkongsian saya, mungkin jika ada pertambahan saya akan tambah lagi. Pendek kata, Hotel Legoland adalah hotel paling best untuk anak-anak dan keluarga! Taman tema pula seronok untuk luangkan masa bersama anak-anak!

Khairunnisa Hamzahara
Senibina KEhidupan Di Rumah





Gambar-gambar di Legoland Themed Park dan Water park








































Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruang komen ya, mana yang saya boleh bantu, saya akan jawapkan. InsyaAllah ;)

p/s: jika menginap di hotel, check in pukul 4 petang, jika datang pagi, legoland buka ukul 10 pagi, parking terus di Hotel Legoland. Percuma

p/ss: jika tidak menginap di hotel, parking di tempat parking di Medina mall, sebelah pintu masuk legoland, sejam rm2, sehari rm 7 sahaja ;)

InsyaAllah saya akan upload hasil cantuman video-video sepanjang di Legoland tak lama lagi. Oh ya, jika mahu melihat lebih lanjut secara video, boleh banykkan search pada youtube. Tapi kebanyakkannya dari preview luar negara. Namun tak apa kerana sama sahaja kerana legoland semuanya prototype yang sama. Satu model di applikasi kan ke seluruh legoland di seluruh dunia ;)

23 comments:

Unknown said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Norazila Azmi said... [Reply to comment]

Kalau utk anak bwh 3 thn belum sesuai lg kot kan masuk legoland ni...sebab mereka tak pndai main sgt lg

Unknown said... [Reply to comment]

Salam.. sesuai tak nk bwk anak berumur 4 tahun. Ada blog yg sy baca sesuai utk kanak2 2 thn ke atas tp pengalaman kawan sy yg umur anaknya sama 4 thn ada byk juga game yg tak dpt main.

el said... [Reply to comment]

hotel dan tiket masuk ke theme park semua sekali total 640 ke
atau hotel dan tiket harga lain2

ibuveronza said... [Reply to comment]

wow menarik hotelnya, if anak bujang saya tengok mesti dia teruja, last year pergi hotel belum siap..
terima kasih diatas info yang pada saya lengkap.

Unknown said... [Reply to comment]

salam.saya nak tanya jika kita menginap di legoland, tiket water theam park kita boleh ambik dahulu ke?sedangkan kita belum check in lagi.satu lagi saya nak tanya selepas kita check out kita masih boleh lagi ke masuk theam park atau mana2 di dalam legoland itu?tlg bagi info.

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Permainan untuk kanak kanak kecil ada disediakan. Boleh tengok pada web legoland, setiap permainan ada di tulis had umur pada website ini jadi kita boleh tahu berbaloi atau tidak. Sebenarnya anak kecil tak heran pun untuk ride game, kerana mereka sudah teruja dengan decor dan hiasan di legoland serta keriangan di sana

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Boleh kira berapa game anak boleh main di website legoland. Kerana setiap keterangan game ada maklumkan had umur di website legoland

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Rm640 tu harga hotel yang minimum. Tiket Themed park dan waterpark rm115 seorang. Namun ada diskaun untuk lain lain musim. Check di website legoland

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Sama sama ;)

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Hotel dan themed park adalah berasingan. Jadi themed park dan waterpark tiada kena mengena dengan proses check in dan checkout hotel.

Unknown said... [Reply to comment]

Masuk waterpark pakai tshirt ngan seluar track boleh? & periksa bag?

Unknown said... [Reply to comment]

Salam sis..makanan luar mcm roti sosej n mineral water boleh di bawa masuk ke? R they going to be very strict?

liyaladybird said... [Reply to comment]

Kos hbs anggarap brp selama sis di sana

Unknown said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said... [Reply to comment]

Utk pengetahuan sy melancong ke universal osaka pun xbuat kajian macam ni kah2....tabik la....

salzahari said... [Reply to comment]

assalamualaikum! very good tips..
ya kena baca panduan mcm ini sebab RM semakin rendah nilainya..jadikan berbaloi. anyway, saya akan keliru berkenaan tempoh masa utk masuk ke theme park dan waterpark. jika Puan sudi bagi komen sikit utk plan 2H 1M di sana..maksud saya, saya amik kombo tiket beserta hotel. Check in 4pm..jadi saya perlu sampai di Legoland ikut waktu check in hotel atau boleh lebih awal (main dulu, pukul 4 check in dan sambung main)? Adakah esok masih boleh main atau hari pertama sahaja- sampai pukul 6.00?

weschairs said... [Reply to comment]

Sangat detail.. Terima kasih atas segala info yang diberi

http://mummyerina.blogspot.com/ said... [Reply to comment]

Salam..Saya nak tanya, dekat lobi ada tempat simpan bagasi tak?sebab sampai legoland dari airport dlm pukul 11am mcm tu..difahamkan checkin pukul 4 kan.so risau kalau xde tmpt simpan bagasi.

Miss Potato said... [Reply to comment]

Kalau masuk theme park tu memang mesti pakai swimming suit ke? Kalau baju t shirt tak boleh ke?

Miss Potato said... [Reply to comment]

Kalau masuk theme park tu memang mesti pakai swimming suit ke? Kalau baju t shirt tak boleh ke?

beautiful life said... [Reply to comment]

1 bilik tu untuk rm640 dia limit x berapa org bleh menginap?

Unknown said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO