Siapa Khairunnisa Hamzahara?
Gambar:
saat di temuramah oleh encik Fahrin Ahmad dalam satu rancangan baru di TV1 yang
bakal disiarkan yang dinamakan INSPIRASI
Khairunnisa Hamzahara atau nama sebenarnya ialah Khairunnisa Binti Hamzah
adalah gabungan nama diri penulis sendiri bersama kedua ibu bapanya iaitu Hj.Hamzah
dan Hjh Zaharah.
Ketika memilih nama pena ini, penulis adalah tidak lain tidak bukan
hanyalah hendak mengharumkan nama kedua ibupanya.
Sejak dari kecil penulis dibesarkan dalam suasana yang Islamik. Penulis
dan adik beradik dihantar ke sekolah menengah agama di pinggiran kota untuk
mendalami dan menghayati ilmu agama sedalam-dalamnya.
Hajat kedua ibu bapa adalah ingin menjadikan anak-anaknya sebagai
pendokong agama.
Namun ada secebis jiwa kesenian di dalam diri penulis.
Pada pertengahan persekolahan, penulis telah memohon sekolah sains dan
permohonan diterima selepas keputusan peperiksaan yang memerangsangkan.
Dari sekolah agama, penulis menukar sekolah ke aliran sains.
Ini sedikit sebanyak mengecewakan kedua ibu bapanya.
Di sekolah sains, penulis mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan dan juga
pendidikan seni yang akhirnya membuatkan penulis berjaya menempatkan diri di
menara gading dalam aliran senibina (architecture) selepas ditemuduga.
Sepanjang sesi pembelajaran di menara gading, pelbagai cabaran dan
rintangan yang dilaluinya.
Walaubagaimanapun penulis hanya memasang satu cita-cita.
Iaitu, ingin membina sesuatu yang boleh menaikan semula martabat agama
melalui Ilmu yang dituntutnya di menara gading.
Selepas tamat pembelajaran di menara gading dengan jayanya, penulis di tawarkan
bekerja di firma swasta dan kemudiannya di agensi kerajaan sebagai Arkitek
Projek dan Arkitek Rekabentuk.
Pengalaman-pengalaman hebat yang ditimba dari projek yang diamanahkan
menjadikan jiwa penulis semakin dekat kepada pencipta.
Malangnya projek-projek Mega tersebut jauh dari cara dan etika islamik
yang sebenar.
Ia menjadikan tiada penghayatan agama dan tiada “roh” yang terhasil dalam
pembinaan tersebut.
Pada tahun 2012 merupakan tahun di mana penulis telah membuat keputusan nekad
untuk menamatkan perkhidmatannya di Agensi Kerajaan dan turun ke padang untuk
membantu orang ramai merekabentuk sesuatu yang boleh mendatangkan makna dan “roh”
dalam kehidupan seharian mereka.
Maka kemudiannya, lahir lah perkhidmatan Rekabentuk 3d Online di http://rekabentuk3donline.blogspot.com
bagi mula menerima tempahan rekabentuk secara 3Dimensi dari mana-mana sahaja.
Dalam memberikan perkhidmatan rekabentuk ini, penulis akan menasihati
pemilik kediaman untuk merekabentuk dan mewujudkan fungsi ruang mereka kepada
cara islamik.
Bagi menyampaikan cara-cara terbaik dalam merekabentuk kediaman yang
menggunakan cara Islamik sebagai pedoman, penulis juga aktif berkongsi
tentangnya dengan cara menulis di majalah, suratkhabar, blog dan juga berkongsi
di televisyen.
Blog penulis iaitu Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman di www.khairunnisahamzahara.com
merupakan satu-satunya blog rujukan tentang kediaman yang telah di akses oleh
pihak media.
Sejak itu, penulis kerap kali di temuramah di majalah tempatan, di
suratkhabar tempatan, dan juga di televisyen tempatan.
Kini, penulis adalah merupakan penulis bebas tentang kediaman di Blog,
majalah, ebook dan suratkhabar. Penulis juga menjadi penasihat kediaman di
rancangan TV dan menjadi perekabentuk kediaman secara alam maya.
Impian Penulis Hanyalah Satu Iaitu:
Meningkatkan Semula Martabat Agama Melalui Senibina Yang
bermula dari rumah
Maka terbitlah :
EBOOK BINA RUMAH ISLAMIK
0 comments:
Post a Comment