Friday, 19 July 2013
Buka Hati, Lapangkan Minda
Teks Oleh: Nor Sa'adah Abdul Talib
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini Jumaat kedua di bulan ramadhan saya
masih diberi peluang untuk menitip kata di blog ini sebagai pengisian Panduan Ibu Ayah.

Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Khairunnisa Hamzah selaku mentor saya yang mendidik serta mengajar bagaimana
penulisan serta pengisian blog.Dan tidak lupa juga Kak Masayu Ahmad yang banyak
memberi tunjuk ajar.

Secara peribadi, saya mula tertarik untuk mengikuti kelas Nisa disebabkan saya
sendiri inginkan satu perubahan dalam hidup saya. Kerjaya sebagai jurutera sangat
memerlukan komitmen yang tinggi pada kerja, tetapi pada masa yang sama saya
mempunyai 2 orang anak kecil yang menuntut perhatian. Bertitik tolak dari situ,
saya mula memikirkan opsyen terbaik untuk saya dan keluarga. Sekarang, fokus
saya ialah membuat persediaan untuk bekerja dari rumah secara sampingan tdan pada
masa yang sama saya membesarkan serta mendidik anak saya.

Saya akui, pada masa sekarang, teknologi mengatasi zaman. Segala urusan boleh
dilakukan dihujung jari. Saya ingin memiliki komuniti alam maya untuk bermuamalah.
Tetapi, kita sebagai manusia kadangkala tertinggal dek perkembangan arus teknologi
yang pesat. Pada usia saya 30 tahun, saya boleh membina blog sendiri tetapi terlalu
banyak kekurangan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya coretkan,apa kehendak
pembaca, bagaimana menarik pembaca untuk terus membaca coretan saya dan
banyak lagi. Sehinggalah satu hari Nisa membuka kelas penulisan secara online.
Ketika itu saya terdetik, kenapa tidak saya buka hati saya dan lapangkan minda
untuk berguru dengan Nisa.Pasti ada perkara yang saya tidak pernah tau ttapi Nisa
lebih tahu.

Maka dengan izin Allah saya mengikuti kelas pembelajaran secara online. Diawal
kelas, saya rasa seronok.Setiap hari saya teruja untuk menulis. Tetapi panas tak
sampai ke petang. Saya melalui kekangan masa yang sangat padat. Bermula dengan
majlis walimah adik ipar di Bintulu Serawak, diikuti majlis di sebelah Johor seterusnya
serangan penyakit yang disebabkan ketumbuhan pada usus oleh ibu mertua saya
dan banyak lagi. Saya hampir terlupa dengan sesi pembelajaran bersama Nisa.
Bila melihat rakan-rakan kelas yang lain sudah lebih maju ke depan, saya jadi malu
kerana masih banyak perlu saya kejar.Tetapi syukur, Nisa tidak pernah memaksa
untuk mengejar. Sebaliknya menggalakkan serta mendoakan agar setiap yang saya
lalui dapat dihadapi dengan tenang.

Akhirnya saya tekad, saya sendiri yang ingin perubahan,semestinya saya kena terus cekal.
Saya mohon pada Allah Taala semoga saya sentiasa dibukakan hati serta minda
yang lapang untuk meneruskan perjuangan saya menjadi hamba Allah yang beriman serta
bertanggungjawab terhadap keluarga dan sesama Islam. Semoga Allah membantu
saya, guru saya Khairunnisa Hamzah, Kak Masayu Ahama dan rakan-rakan kelas yang
lain terus istiqamah dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Terima Kasih Cikgu!
untuk keterangan lanjut berkenaan kelas asas blog dan penulisan serta pendaftaran
terus ke kelas, boleh lihat di sini:
1 comments:
Go Saadah go!
Post a Comment