NUFFNANG

Thursday, 18 July 2013

Kemahiran Asas Wanita Di Rumah

Teks: khairunnisa hamzahara





Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini saya kembali semula ke rumah setelah mengikut suami "outstation" beberapa hari. Ini lah kehidupan saya sekarang , ke mana suami pergi, saya akan ikut sekali bersama anak-anak. Hampir setiap minggu akan ada hari yang memerlukan suami travel jauh bagi memenuhi kehendak kliennya atau ada sesi training di mana-mana. Tiada sebab untuk saya tidak berada bersama suami atau berjauhan dengan suami kerana saya tidak perlu menghadirkan diri di pejabat atau pun perlu keluar outstation seperti satu ketika dulu. Inilah kehidupan yang saya harapkan, tidak perlu isi borang untuk tidak hadir ke pejabat, tidak perlu isi borang untuk keluar ke negara dan banyak borang lagi saya dah tak perlu isi. Pepatah ada mengatakan jangan biarkan kehidupan kita ada di dalam genggamana orang lain. Hidup kita, biarlah kita yang tentukan.

Sebenarnya seawal berumahtangga, saya merasakan banyak perkara yang saya tidak tahu melakukannya. Mana tak nya, ketika sedang belajar dahulu, ibu tak mahu saya berasa penat, memang ada kala saya masuk kedapur memasak dan mengemas rumah tapi sekadar cuba-cuba sahaja. Ibu tak akan menyuruh buat itu dan ini. Jadi apabila berumah tangga saya merasakan diri ini tidak ada skil dalam memasak , megemas rumah mahupun menjahit dan sebagainya. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dengan mentaliti anak perempuan berijazah/berpelajaran tinggi dalam diri saya. Lagi ada master dan PHD, lagi tinggi nilai hantarannya. Namun hakikat apabila di dapur, tidak dapat menghasilkan masakan yang memikat selera suami, natijahnya, keluar saja ke kedai beli makanan siap. Begitu juga dengan menjahit, baju suami koyak, kain suami koyak, suami perlu bawa ke kedai atau ke rumah ibu untuk dijahit. Si isteri? si isteri tidak berani memegang jarum sebab tidak pernah melakukannya. 

Saya rasa kini para ibu perlu mula ambil tindakan, niat untuk membesarkan anak gadis seperti anak gadis yang berkualiti pada suatu masa dahulu. Semua kemahiran seorang wanita ada pada setiap anak gadis. Jika sibuk sangat dengan pangkat dan darjat di dunia pekerjaan pasti haruk piruk keadaan rumah tangga. Sebab itu tidak pelik lagi jika kita lihat sekrang khawin 2 minggu, cerai. Kahwin sebulan, cerai dan ada juga dah khawin 5 tahun lalu bercerai.

Pernah juga dengar ceramah, seorang ustaz berseloroh dengan mengatakan kemungkinan pada masa sekarang ini, seorang anak gadis perlu di interview dulu oleh bakal ibu mertua bagi memastikan si anak gadis mampu melangkapkan hidup anak lelakinya. Tinggi kemahiran asas wanita tersebut, makin tinggilah hantarannya :)

Ketika mula berhenti kerja dengan majikan dulu, saya berazam untuk hebatkan diri di rumah. Menguasai semu kemahiran seorang wanita. Cukuplah dengan ilmu pendidikan yang diberikan oleh ibu ayah untuk menempuh alam pendapatan. Namun saya perlu menaikkan taraf diri sebagai ibu dan isteri yang di dambakan di dalam rumah. Setahun masa berlalu, masih banyak yang perlu di pelajari. Namun saya berpuas hati kerana antara skil yang mula di kuasai adalah skil 

Mengasuh dan mendidik anak
Memasak makanan kegemaran suami
Membuat cheestart kegemaran suami
Menjahit bidai untuk tingkap rumah rumah
Mengemas dan membersih rumah seperti yang suami harapkan
Menghias rumah sesedap mata suami memandang

dan banyak perkara lagi. Dan jangan terkejut, yang paling banyak mengajar skil ini adalah suami kita sendiri. Tak kurang juga ibu mertua, yang banyak menurunkan ilmu dan tips untuk digunakan dalam menguruskan rumahtangga anak lelakinya. Ibu saya sendiri dah mula memberikan tunjuk ajar setelah menerima yang anaknya kini bergelar suri rumahtangga. Saya rasa jika kesedaran ini timbul lambat dalam diri saya pasti akan huru hara rumahtangga saya dan kemungkinan saya terus tidak berminat untuk menguasai langsung kemahiran asas ini dek kerana telah sibuk dengan kerja hari demi hari sehinggakan kemungkinan saya hanya mengupah orang gaji saja untuk menguruskan segalanya.

Disebalik semua ini saya berpuas hati kerana suami tidak pula menghalang saya untuk terus bekarya, sememangnya adakala tidak sempat melakukan kerja rumah, namun suami lah pembantunya. Dan dalam bekarya suami pula sudah mula minat merekabentuk dan mengetengahkan idea. Ini adalah bonus bagi saya. Saya melihat perkara ini apabila kita sudi masuk dalam dunia dan kemahuan suami, suami juga akan masuk dalam dunia dan minat kita juga. Ia seperi menjadi dua kepala yang bergabung untuk satu hala tuju yang ke arah kebaikkan bersama. 

Terima kasih buat suami, ibu ayah, dan mertua di atas didikan. saya menyeru semua wanita diluar sana yang merasakan tiada keperluan dalam menguasai kemahiran asas wanita di rumah mulakan mencari ilmu dan mempraktikannya. Kalian pasti akan berasa hebat kerana mempunyai kepakaran dalam bidang kalian dan dalam masa yang sama hebat dalam kemahiran asas wanita sekaligus menjadikan diri sebagai wanita kesayangan suami dan keluarga. Insyaallah

Bagi wanita di luar sana yang masih tercari-cari halatuju dan memerlukan tapak untuk berkongsi sesuatu dengan ramai orang, ikutilah kelas asas blog dan penulisan , keterangan lanjut tentang kelas boleh dilihat di sini :

http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

atau sertai kami di kelas belajar hias rumah online:
 http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/belajar-hias-rumah-online.html

atau boleh dapatkan pakej ebook hebat ini sebagai panduan asas untuk bekerja di rumah:
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/07/pakej-asas-ebook-bekerja-dari-rumah.html

akhir kata, salam sayang saya kepada semua wanita yang bergelar suri rumahtangga tak kira sepenuh masa atau part time sahaja.

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO