Teks : Khairunnisa Hamzahara
Pendaftaran masih dibuka untuk kelas asas blog dan penulisan ;)
(tinggal 3 tempat kosong saja lagi)
yuran kelas RM130 (untuk kemasukan sesi Jun)
yuran kelas RM150 (untuk kemasukan sesi Julai)
tinggal 3 tempat kosong
yuran kelas RM180 (untuk kemasukan Ogos- september)
yuran kelas RM200 (untuk kemasukan Oktober)
Kalian akan belajar-
Blog saya dan kisah saya di Majalah era muslimah bil 17.
Bole lihat kesemua senarai blog yang terhasil dari kelas asas blog dan penulisan di :
Di sini kalian boleh lihat blog-blog yang terbina dari peserta-peserta kelas asas blog dan seterusnya melayakkan mereka menjadi pembantu kelas dan juga guru online. Setiap peserta ada kepakaran tersendiri dan mempunyai perniagaan serta perkhidmatan tersendiri. Kami menunggu kalian untuk sama menyertai kami. Daftar segera untuk manfaat yang berlipat ganda.Kalian juga boleh!
RM130 (10 kekosongan lagi) RM150 (tinggal 3 saja kekosongan)
Yuran adalah untuk belajar teknik blog dan percuma 2 buah ebook.
Kini Sesi Ogos dan September
RM200 sahaja
(Nilai sebenar adalah rm285)
Setiap pendaftaran akan peroleh 3 ebook rujukan dan 1 ebook bonus percuma
Ebook belajar asas blog
Ebook superwahm supermom
Ebook 101 business makanan
Ebook 101 idea home based bisnes
Daftar dan Bayar di sini,
Kisah Saya mula terjebak dalam penulisan blog berpengaruh ini:
Keputusan yang saya buat selepas meletakkan jawatan
menjadikan saya seorang ibu yang tinggal bersama 2 orang cahaya mata 24
jam sehari. Saya gembira dengan keputusan saya, tiada lagi orang atasan
atau orang bawahan seperti dalam organisasi dan birokrasi ketika
bekerja di pejabat. Hampir setahun saya bergelar suri rumah sepenuh
masa. Namun disebabkan Allah menganugerahkan minda yang aktif dan badan
yang sihat menyebabkan saya tidak boleh duduk diam di rumah. Ada sahaja
yang saya buat untuk memastikan ilmu yang ada semakin berkembang dan
boleh dimanfaatkan orang lain.
Saya
pernah mempunyai sebuah blog yang saya bina ketika mula-mula berkhidmat
di sebuah agensi kerajaan pada 4 tahun yang lalu iaitu : http://nuanisa.blogspot.com/
sejak awal saya menulis blog saya telah memikirkan idea untuk berkongsi
tentang apa sahaja dengan masyarakat umum di luar sana. Saya merasakan
ada satu jiwa yang bergolak di sebalik kehidupan saya yang penuh dengan
rutin dan tugasan di pejabat. Selama 4 tahun saya perhalusi jiwa saya,
saya makin nampak dan saya yakin saya gemar berkongsi, namun siapa saya,
bukannya seorang pakar motivasi yang terkenal, bukan pula seorang pakar
kediaman yang diminati ramai. Namun ia tidak mematahkan semangat saya.
Saya
cuba mencari website dan sumber rujukan lain yang boleh mebantu saya
untuk menulis sebuah website atau blog dengan cara yang baik dan
berpengaruh. Lama juga saya mencari. Hampir 2 tahun sebelum saya
meletakkan jawatan sebagai penjawat awam. Sebulan sebelum saya
meletakkan jawatan saya terjumpa sebuah ebook JanaWangDari Rumah hasil
penulisan Kak Masayu Ahmad. Saya tanpa berpikir panjang dan tanpa
berbincang dengan suami saya membeli ebook ini. Sejak hari itu saya
gemar mengikuti catatan Kak Masayu Ahmad yang membawa kepada keterbukaan
hati saya dan nekad untuk melepaskan jawatan dan pualng ke rumah dengan
hati berlapang dada dan berbekalkan sedikit panduan.
Melayari
kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa selama 1 tahun menjadikan
saya gemar mencuba apa sahaja, saya membuat dan mengedar cheesetart,
saya menceburi bidang perniagaan hartanah, saya membantu suami berniaga
insurans, saya mengamalkan ilmu senibina saya dengan membantu jiran
membuat pelan ubahsuai, membantu rakan-rakan membuat 3D hiasan dalaman,
saya ambil upah membuat 3D perabot jenis bina dalam dan pelbagai lagi,
tak terlepas juga dari menjadi guru tadika di tempat anak saya sekolah
dan membuat lukisan mural di dinding tadika tersebut dengan upah yang
lumayan. Pendek kata semuanya saya cuba. Namun saya pasti ada satu
perkara yang saya inginkan sangat dan saya perlu keluarkan dari diri
saya
Saya tak
tahan lagi, lalu saya beranikan diri menyapa kak Masayu Ahmad dalam FB.
Saya bertanyakan beliau bagaimana beliau membuat jadual rutin harian,
lalu beliau mencadangkan agar saya masuki kelas beliau. Beliau
menyakinkan saya untuk membuat sebuah blog yang berkongsi dengan pembaca
tentang kepakaran saya dan maklumat yang saya nak sangat berkongsi
kepada orang ramai dengan cara penulisan yang berpengaruh agar sentiasa
dipilih untuk dibaca dan dimanfaatkan bukan terbiar begitu sahaja.
Akhirnya
pada bulan April yang lalu saya mula mendaftarkan diri dan ketika itu
saya tidak mempunyai laptop sebab laptop saya ada di service centre.
Kebetulan masa itu saya sibuk pula mengikuti suami outstation dan tidak
mempunyai masa yang banyak untuk berblog. Alhamdulillah kak Masayu faham
keadaan saya dan selepas pilihanraya saya mula nekad untuk start
menuntut ilmu dengan kak masayu secara serious.
Alhamdulillah,
satu persatu beliau mula tunjuk kan langkah. Beliau membuat analisa
terlebih dahulu kepada saya tentang apa minat dan kepakaran saya. Banyak
yang saya ceritakan, namun akhirnya kak Masayu terbau akan kepakaran
saya dan menyakinkan saya untuk menulis tentang satu kepakaran untuk
dikongsi bersama masyarakat. Saya rasa bertuah kerana kak Masayu memberi
tunjuk ajar seakan-akan pensyarah ketika saya membuat degree dahulu.
Memberi pencerahan terhadap tajuk dan pecahan bab terhadap tajuk utama
tersebut.
Kini
saya rasa bersemangat dan teruja untuk menulis blog. Makin hari makin
dapat rentaknya. Kata kak Masayu, perlahan-lahan, lama-lama saya akan
boleh menulis 5-10minit untuk satu entry. Tak sabar rasanya. Kini saya
masih berguru dengan beliau dengan pengharapan akan menghasilkan sebuah
ebook yang boleh diletakkan di pasaran. Moga hasil penulisan ini menjadi
tapak untuk saya mencambahkan ilmu saya. Andaikata satu hari nanti
nyawa ditarik kembali, catatan penulisan saya adalah antara bekalan
untuk saya yang mana boleh dimanfaatkan dalam rutin kehidupan orang lain
demi keluarga yang tersayang akan terbela sebuah agama dan negara.
Bagi
yang ingin mengikuti kelas ini saya sangat menggalakkan, ia bukan
semestinya untuk mereka yang telah berhenti kerja malah boleh juga bagi
mereka yang sedang bekerja. Kelas ini dijalankan secara flexible di mana
kita bersoal jawab dan mendapat tugasan serta dokumen maklumat secara
online sahaja. Ikut bila-bila masa yang kita selesa dan boleh kita
luangkan. Jika Kak Masayu tidak online, kita boleh tinggalkan massage
sahaja dan beliau akan jawab apabila sekembalinya beliau di atas talian.
Sangat mudah dan berkesan. Kita juga akan dimasukkan ke dalam sebuah
group tutorial di mana kita akan bertemu protege-protege yang lain. Yang
pasti setiap dari protege akan menghasilkan sebuah ebook yang pertama
dalam hidup bersama kak Masayu di akhir kelas ini. Pasti teruja kan?
Begitu juga dengan saya. Semoga saya diberikan kudrat untuk menghasilkan
ebook Panduan Lengkap Kediaman Anda pada masa terdekat ini.
Insyaallah..aminn
setelah mempelajari teknik asas blog dan penulisan bersama sifu, saya dilantik menjadi pembantu kelas dan seterusnya kini menjadi Guru Online untuk kelas asas blog dan penulisan. Alhamdulillah sudah ada 7 protege hebat dalam kelas ini. Berikut adalah url blog mereka:
http://murnizuriatimohamed.blogspot.com/
http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/
http://kizeewattyzainal.blogspot.com/
http://norsaadahabdultalib.blogspot.com/
http://ruthmuareen.blogspot.com/
http://sitinurulhusnahashim.blogspot.com/
http://azlinazabha.blogspot.com/
(lihat senarai terkini di side bar blog saya )
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Apa kata peserta yang telah menyertai kelas ini setelah 2 minggu di dalam kelas ini,
Murni Zuriati
http://murnizuriatimohamed.blogspot.com/
Kelas Asas Blog - I am Blessed!!
Alhamdulillah... Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi...
2013 ialah
tahun kelima saya dalam bisnes. Tahun gilang - gemilang secara
peribadinya buat saya. 3 tahun pertama saya bertapak dan membina
momentum bersama suami. Pelbagai dugaan hebat harus kami tempuhi kerana
pada waktu itu kerana segalanya bergantung kepada temujanji. Semuanya
'offline'. Pernah kami pergi ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru untuk
memenuhi permintaan seorang rakan yang ingin mendapat penerangan tentang
bisnes. Namun, setibanya di sana, beliau sendiri membatalkan temujanji
atas alasan banyak kerja sekolah hendak disiapkan. Kadangkala terpaksa
juga kami redah saja untuk berjumpa dengan teman-teman lama.
Terpaksalah berbual dalam 2 ke 3 jam sebelum bercerita tentang hajat
sebenar (yang belum tentu diterima). Segalanya menuntut masa dan kos.
Apatah lagi ketika itu saya masih lagi bekerja. Bil telefon mencecah
hingga RM300 sebulan, duit minyak lagi, duit belanja prospek makan lagi,
tapi bonus??? RM 2000 ke RM 4000 sahaja.
Tahun ke 4
(2012) berniaga, segalanya sudah menjadi lebih mudah. Media sosial
'Facebook' telah wujud. Dalam Smart Tycoon Group (STG) pula kami diajar
mengenai teknik 'online' bisnes yang luarbiasa hebat iaitu 'Spiritual
Online Marketing'. Pada tahun itulah rangkaian kami mula berkembang.
Jumlah jualan kumpulan kami (CAT) telah meningkat mendadak dari RM150,
000 setahun kepada RM2.4 juta!!! Pendapatan tahunan pula meningkat 6
kali ganda dari tahun sebelumnya. Yang paling saya suka, kami dapat
semua itu dengan kos yang jauh lebih rendah!!! Bil telefon? Tidak
mencecah RM100 pun....
" Ilmu itu hanya akan datang kepada kita apabila kita bersedia untuk menerimanya"
Tahun 2013
ini, saya pasti kerjaya saya ini akan lebih bersinar. Setelah saya
membina rangkaian perniagaan, Allah datangkan 2 orang guru lagi kepada
saya, Cikgu Khairunnisa Hamzah dan Sifu Masayu Ahmad. Dua insan ini
bersedia berkongsi ilmu yang sangat mahal mengenai asas blog secara
percuma kepada saya!! Terima kasih Allah. Siapakah mereka ini?
Pn Khairunnisa
adalah seorang rakan saya, yang dulunya seorang arkitek di jabatan
kerajaan. Kini, beliau sudah boleh memilih untuk berkarya dari rumah,
bergerak sebagai arkitek secara 'free lance' dan pada masa yang sama
menulis blog untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan
lain. Sifu Masayu Ahmad pula, bekas wartawan Karangkraf dan kini
bergiat sebagai penulis bebas sepenuh masa. Setiap komen dari beliau
jelas menampakkan profesionalisme beliau. I can't explain how blessed I
am to be guided by them.
Saya
sebenarnya kurang mahir dan kurang minat mengenai ilmu 'online'. Namun,
saya tiada pilihan lain selain melangkah ke dunia tanpa sempadan
sekiranya saya ingin berkongsi dengan lebih ramai orang yang mempunyai
impian untuk berjaya. Melalui Kelas Asas Blog, laluan terbuka luas
untuk saya meneroka lebih banyak peluang dalam dunia online dan yang
beruntungnya saya, saya tidak perlu 'google' sendiri (memang saya tidak
akan buat!) untuk menghasilkan blog, tetapi saya ada guru yang sedia
menunjukkan jalan.
Selain guru,
saya dapat berkenalan dengan lebih ramai personaliti usahawan lain.
Bukan calang-calang orang, tapi sanggup merendahkan diri dan
mengosongkan cawan minda untuk menerima ilmu asas ini. Bila kenal lebih
ramai orang, minda saya jadi lebih terbuka. Lebih segar dengan
idea-idea baru. I feel like I have been lifted to the next level!!
Saya kini boleh merangka hala tuju yang lebih maksima saya dan rakan
niaga dalam rangkaian saya. Again, thank you Allah.
Terima kasih
Kelas Asas Blog kerana memberikan saya ilmu dan pengalaman yang membantu
saya pergi lebih jauh, terbang lebih tinggi....
daftar di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
RM180 dan percuma 3 buah ebook
satu lagi ulasan tentang kelas dari peserta
Mariatul Qiptiyah
http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/
Sambungan Kisah Saya 10 Tahun Yang Lepas...
Menjadi seorang wanita bekerjaya memang jadi satu kebanggaan. Apatah lagi masih bujang. Bangga dipuji pandai berdikari dan hidup sendiri. Apatah lagi kerja saya menuntut saya berpindah jauh dari kampung halaman di Selatan atau 'hometown' saya di Kuala Lumpurs. Selepas bertugas di Kuala Lumpur selama 2 tahun, saya diarahkan berpindah ke Johor Bahru. Lima tahun di sana diarahkan pula bertugas ke Pulau Mutiara. Berpindahlah saya lagi. Baru 2 tahun di Pulau Pinang, sekali lagi saya diarahkan berpindah cuma kali ini lebih jauh dari biasa. Dalam sejarah 110 penubuhan Jabatan saya bertugas, ini kali pertama pegawai jabatan ini diarahkan bertugas ke Sarawak dan Sabah. Ya, akhirnya saya di sini, di Bumi Kenyalang. Sememangnya setiap yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya. Syukur alhamdulillah di sini saya bertemu dengan jodoh saya.
Pengalaman bekerja dan berpindah ke tempat yang jauh dari keluarga dan kampung halaman banyak mengajar saya erti ikatan kekeluargaan dan bersaudara. Bila tinggal jauh dari keluarga dan kampung, banyak yang saya ketinggalan. Majlis-majlis kahwin sepupu dan anak buah, kenduri kendara, cuti-cuti emak saya dengan keluarga makcik-makcik yang lain. Seringkali juga bila saya telefon emak, emak sudah berada di kampung berkumpul dengan saudara mara, atau berada di tempat2 percutian dengan adik-adik. Saya rasa sedih. Rasanya saya banyak ketinggalan segala keseronokkan bila sering tiada dengan mereka.
Selain itu, saya juga sering jadi yang paling lewat sampai bila ada
kecemasan. Sekali seorang pakcik saya meninggal, kemudiannya 2 orang
sepupu saya pula yang kembali ke rahmatullah. Ketiga-tiga kalinya saya
lambat sampai ke kampung. Jenazah sudah selamat dikebumikan baru saya
hendak sampai. Tidak dapat saya menatap wajah mereka buat kali terakhir.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan
yang diredhai Allah.
Kejadian-kejadian ini menyebabkan saya sering berfikir sendiri. INILAH
HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR KERANA PEKERJAAN INI. Di sebalik gaji dan
kelebihan lain yang saya terima, ada yang lain pula terpaksa saya
lepaskan. Jadi apa yang perlu saya lakukan agar perkara seperti ini
tidak berterusan?
Saya mencuba bermacam-macam cara dan idea. Pelbagai perniagaan telah
saya cuba. MLM, ejen insurans, berniaga terus, berniaga online pakaian
kanak-kanak dan lain-lain. Hummm, nampaknya semuanya tidak menjadi lagi.
Sehingga kini saya masih tercari-cari lagi jalan keluar saya. Saya tahu
saya perlu buat sesuatu. Jauh di sudut hati saya tersimpan satu azam
untuk berhenti kerja dan buat sesuatu yang membenarkan saya punya jadual
waktu yang fleksibel untuk semua perkara. Namun, untuk merealisasikan
impian berhenti kerja bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang
perlu dipertimbangkan. Tambahan pula masih ada lagi hutang-hutang yang
perlu di lunaskan.
Alhamdulillah setelah berumahtangga, perkara ini saya bawa berbincang
dengan suami. 'Proposal awal' kata saya. Reaksi suami ternyata seiring
dengan hati saya. Kami bersetuju saya akan menjadi surirumah sepenuh
masa satu hari nanti. Namun kami perlu lakukan pelbagai persediaan baik
dari segi mental dan fizikal. Baik dari segi kewangan, rohani dan restu
kedua ibu bapa kami. Saya perlu yakinkan kedua belah keluarga tiada apa
yang rugi malahan menguntungkan. Saya juga tidak mahu terlalu
membebankan suami dengan hutang-hutang dan perbelanjaan saya.
Satu hari hati saya terbuka untuk respon kepada seruan sepupu saya Nisa Nuar atau Khairunnisa Hamzara untuk
mendapatkan bantuan dan berkongsi pengalamannya berhenti
kerja seterusnya menjadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya. Dari sifu
saya yang comel dan ceria ini saya mula mengenali WAHM, SAHM dan SOHO.
Darinya juga saya sedang mula mengikuti Kelas Asas Blog Online sebagai
permulaan saya menjadikan cita-cita saya untuk menjadi Suri Rumah
Sepenuh Masa Yang Superb satu realiti. Awalnya saya fikir, apa salahnya
saya mencubakan. Insyaallah, mana tahu inilah jalannya. Chaiyo Mariatul
Qiptiyah!!! Jangan berhenti berharap dan berusaha!!!
Ulasan lain tentang kelas ini boleh di baca lagi di :
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/search/label/19.%20TESTIMONI%20KELAS
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/search/label/19.%20TESTIMONI%20KELAS
1.untuk tempahan dan memulakan kelas pendaftaran di sini
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
boleh juga email kan kepada khairunnisahamzahara@gmail.com atau berhubung dengan saya terus di atas talian di FB khairunnisa hamzahara
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
boleh juga email kan kepada khairunnisahamzahara@gmail.com atau berhubung dengan saya terus di atas talian di FB khairunnisa hamzahara
2. untuk pelajar yang telah membuat bayaran pendaftaran akan di masukan ke dalam Group Tutorial Belajar Asas Blog. Perbincangan dan sesi pembelajaran akan berlangsung di situ. Dokumen dan latihan akan diedarkan dari masa ke semasa.
3. Masa adalah flaxible , 100% seacara online
4. Di akhir kelas, pelajar akan mempunyai blog sendiri dan berupaya menghasilkan banyak lagi blog lain yang boleh menarik pembaca dan boleh menjadi blog berpengaruh
5. Kelas ini akan dikendalikan oleh saya sepenuhnya dan akan di monitor oleh kak Masayu Ahmad sendiri (Pengasas)
Kelas OKtober
RM200 sahaja (dapat 3+1 ebook rujukan)
Yuran mungkin bertambah lagi pada masa akan datang kerana setiap hari kami menerima kemasukan baru . Daftar segera sementara yuran masih berbaloi untuk disertai dengan budget kalian. Budget hanya sekali, ilmu dan hasil yang diperleh berkekalan malah dapat menambahkan pendapatan berlipat kali ganda serta balik modal bayar yuran kelas ini!
Tunggu ada lagi!
untuk promosi
ini promosi bagi mereka yang tidak dapat ikuti kelas namun perlukan ilmu tentang panduan asas blog dan penulisan serta kekuatan mental dan rohani untuk persediaan bekerja di rumah
Dapatkan promosi kelas dan promosi pakej ebook hari ini sebelum harga dinaikkan lagi
pada masa akan datang.
promosi ini telah tamat
Jika rasa tidak mampu untuk belajar online kerana kekekangan masa atau belum berkesempatan, boleh beli dulu pakej ebook sebagai langkah permulaan dalam memulakan perniagaan secara online di rumah. Lihat pakej di bawah. Ini hanya untuk promosi bulan Oktober sahaja
pada masa akan datang.
untuk pembelian dan pendaftaran boleh buat disini
Tempah dan daftar sekarang di:
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
atau email dahulu pertanyaan anda ke khairunnisahamzahara@gmail.com
atau terus ke FB official penulis Khairunnisa Hamzahara
atau email dahulu pertanyaan anda ke khairunnisahamzahara@gmail.com
atau terus ke FB official penulis Khairunnisa Hamzahara
6 comments:
Salam,berminat utk join.tp tak sure first step nya :-)
waalaikumusalam,
boleh mulakan dengan mendaftarkan diri, seterusnya kami akan guide. buat pendfataran rm180 di sini :
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Mohon tunjuk ajar memulakan blog
Tips yg bagus....
Saya berminat nak belajar buat lukisan landskap 3d...boleh ke
Setelah menjalin hubungan dengan Wilson selama tujuh tahun, dia putus dengan saya, saya melakukan segala yang mungkin untuk membawanya kembali tetapi semuanya sia-sia, saya sangat menginginkannya kembali kerana cinta yang saya ada padanya, saya memohon kepadanya dengan segalanya , Saya membuat janji tetapi dia menolak. Saya menjelaskan masalah saya kepada seseorang dalam talian dan dia mencadangkan agar saya menghubungi penyihir ejaan yang dapat membantu saya mengeja mantera untuk membawanya kembali tetapi saya adalah jenis yang tidak percaya dengan ejaan, saya tidak mempunyai pilihan selain mencubanya, Saya bermaksud penyihir mantra bernama Dr Zuma zuk dan saya menghantar e-mel kepadanya, dan dia memberitahu saya bahawa tidak ada masalah bahawa semuanya akan baik-baik saja sebelum tiga hari, bahawa mantan saya akan kembali kepada saya sebelum tiga hari, dia mengeja dan mengejutkan di hari kedua, sekitar pukul 4 petang. Mantan saya memanggil saya, saya sangat terkejut, saya menjawab panggilan itu dan semua yang dia katakan ialah dia sangat menyesal atas semua yang berlaku, bahawa dia mahu saya kembali kepadanya, bahawa dia sangat menyayangi saya. Saya sangat gembira dan menghampirinya, begitulah kami mula hidup bersama dengan bahagia lagi. Sejak itu, saya telah berjanji bahawa sesiapa sahaja yang saya kenal yang mempunyai masalah hubungan, saya akan membantu orang tersebut dengan merujuknya kepada satu-satunya penyihir ejaan yang nyata dan kuat yang menolong saya dengan masalah saya sendiri dan yang berbeza dengan semua yang palsu di luar sana. Sesiapa sahaja mungkin memerlukan bantuan penyihir mantra, e-melnya: spiritualherbalisthealing@gmail.com atau WhatsApp dia +15068001647
anda boleh menghantar e-mel kepadanya jika anda memerlukan pertolongan dalam hubungan anda atau apa-apa. HUBUNGI DIA SEKARANG UNTUK PENYELESAIAN KEPADA SEMUA MASALAH ANDA
Post a Comment