NUFFNANG

Friday, 11 October 2013

Bekerja atau Berkarya , Melukis VS Menulis

Teks: khairunnisa hamzahra




Bekerja ATAU Berkarya

Bekerja merupakan satu bentuk penghambaan di mana seseorang bekerja untuk sesuatu. Mungkin untuk sesuap nasi, atau untuk meraih pangkat, tak kurang juga untuk mengejar kekayaan dan juga untuk mendapatkan sesuatu. Jika minda kita di set kepada "Bekerja" kita akan menjadi penat kerana bekerja adalah untuk sesuatu. Bekerja selalunya dikaitkan dengan pekerjaan yang berkonsepkan "makan gaji"  dan "menunggu arahan seterusnya". Namun memang ada orang yang sanggup "bekerja" kerana "bekerja" tidak memerlukan dia untuk penat menetapkan matlamat dan halatuju pekerjaan yang sedang dilakukan. Seseorang atau pihak atasan lah yang akan menilai dan menetapkan prestasi dia. 

Sama ada anda sedang Bekerja atau tidak, buatlah pekerjaan kalian dengan erti kata "Berkarya". Kerana berkarya merupakan satu bentuk pekerjaan yang dilakukan dengan minat sepenuh hati. Seolah-olah tiada kepenatan dalam pekerjaan tersebut. Semakin hari semakin seronok. Semakin hari semakin menjiwainya. Setelah itu pasti dia semakin hebat dan luar biasa dalam mendapatkan semangat untuk pekerjaannya. Dalam berkarya , jika dilatih setiap hari, ia makin di asah makin tajam. Penghasilannya juga semakin bermutu dan bernilai. Berbanding dengan bekerja untuk sesuatu pekerjaan kerana makin hari akan terasa bosan dan mula untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.

Jika kita sedang mengalami kemurungan dan benci terhadap pekerjaan yang sedang kita lakukan, kita berfikirlah sejenak adakah kerja yang sedang dilakukan ini adalah "kerja" atau "karya"?

Melukis VS Menulis

Melukis dan Menulis adalah satu kepakaran yang membawa kepada sebuah karya yang tidak dapat di buat-buat. Ia merupakan penjiwaan dari hati dan minda. Ia meresap di seluruh pelusuk jiwa. Bagi seorang yang menjiwai lukisan, setiap hari dia pasti akan melukis sesuatu. Seperti kita melihat bagaimana pelukis jalanan sanggup melukis di jalanan. Kehidupannya dirakamkan dalam bentuk lukisan. Sama ada menggambarkan kesedihan, kegembiraan, semangat atau kehilangan jiwa. Warna-warni yang digunapakai menggambarkan perasaan mereka yang melukis. Ada pepatah mengatakan bahawa sebuah lukisan mempunyai 1000 macam penceritaan. Lain orang lainlah interpretasi mereka. Hanya tuan punya badan yang mampu menceritakan maksud tersirat lukisan mereka.

Dalam Menulis, ia merupakan satu karya yang mampu menyampaikan dengan sempurna kepada seseorang demi seseorang. Ini terbukti dengan penulisan kitab-kitab Islam yang turun temurun dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kepada generasi sekarang. Kitab yang paling suci sendiri KEKAL sama dari mulanya ia diturunkan iaitu Al-Quran nul Karim. Maka jelaslah bahawa menulis dan membuku kan penulisan berilmu merupakan satu bentuk karya yang mampu membantu kehidupan dan pekerjaan orang lain dengan membaca penulisan tersebut yang memfokuskan kepada sesuatu penceritaan, pengajaran dan pengetahuan. 

Seseorang yang pernah melukis pasti tidak mempunyai masalah apabila ingin memulakan penulisan. Ia berbeza dengan seseorang yang menulis mungkin tidak pernah boleh membuat sesuatu lukisan. Memperoleh nikmat melukis dan menulis adalah nikmat kurniaan Allah yang paling besar. Dan yang paling habat apabila dikurniakan sepasang tangan yang dilengkapi jari jemari. MasyaAllah. Sungguh hebat pemberian yang Maha Mencipta dan Berkuasa

Pengalaman Sebagai Pelukis dan Penulis

Melukis merupakan bakat seni yang dianugerahkan oleh Allah sejak lahir lagi. Kata emak, dari kecil lagi semua pertandingan melukis yang didengari akan ku berlari-lari mendaftarkan diri. Bukan untuk berlumba tetapi untuk meningkatkan diri. Untuk mengetahui di manakah kedudukan seni yang ada pada diri. Jika jauh ke bawah maka akan cuba menghayatinya lagi. Begitulah hari yang mendatang sehingga meningkat dewasa. Setelah melalui zaman persekolah di sekolah agama, belajar tentang lukisan-lukisan yang tidak dibenarkan dalam Islam sangat membataskan seni lukisan yang boleh dibuat. Namun tidak pernah ku berhenti melukis. Kata ayah, pergilah bawa lukisanmu ke peringkat yang lebih professional, ayah tidak mahu engkau merempat di jalanan seperti pelukis jalanan yang lain. Atas dasar itu , arkitek adalah bidang yang tercetus diminda. Perjalanan seterusnya adalah mendapatkan ilmu di Universiti di bidang Arkitekture dan berjaya membawa pulang segulung ijazah.

Ketika di alam pekerjaan, ia menjadi semakin rumit. Karya tidak lagi menjadi karya tetapi menjadi sebuah pekerjaan. Tiada penjiwaan tetapi di pujuk juga kata hati. Bekerja juga dengan sepenuh hati bagi memenuhi kehendak majikan dan pelanggan. Melihat pekerjaan yang semakin rumit, memeriksa pembinaan bangunan Penjara, Polis, Bomba, dan Hospital bukanlah minat utama. Rekabentuk pula kebanyakkan di outsource kepada arkitek swasta. Begitulah kerja sebagai arkitek kerajaan. Kerja nya memeriksa sama ada betul atau tidak rekabentuk arkitek swasta. Kebosanan ini semakin dasyat. Kata hati, ini bukanlah yang engkau cita-citakan satu ketika dulu. Aku ingin bebas .

Setelah meluahkan rasa pada suami dan keluarga akhirnya mereka memahami yang jiwaku terseksa. Tidak ada kesan apa jika ingin berhenti kerja cuma kata mereka sayangnya kerana melepaskan jawatan yang direbut-rebut oleh ramai orang. Biarlah. Kerana bukan itu yang direbut oleh diri ini.

Sekembalinya di rumah, jiwa seorang pelukis masih membara malah makin menjadi-jadi. Melukis dengan anak-anak menjadikan hati gembira. Seronoknya tak terkata. Pernah buang tebiat melukis di atas papan terbuang sambil mengendong baby ketika dalam pantang. Semuanya gara-gara ingin menghias rumah sendiri dengan lukisan peribadi yang mempamerkan jiwa serta cerita keluarga dalam bentuk lukisan. Lama-kelamaan mendapat jiwa yang tenang dan kembali menerima tempahan merekabentuk kediaman. Ya , disinilah jiawa ku. Tak lari dari jiwa seorang perempuan yang sangat sukakan ketenangan kediaman, merekabentuk kediaman orang lain juga adalah satu bentuk penjiwaan seperti merekabentuk kediaman sendiri. Seolah-olah setiap hari merekabentuk kediaman sendiri dengan rekabentuk yang lain. Setiap hari ada bunga-bunga seni. Puas, dan ku tersenyum.

Namun sepi seorang suri di rumah menjadikan satu bentuk perasaan yang perlu di salurkan kepada satu channel yang betul. Melayari internet lalu terjumpa dengan pakar dalam bekerja di rumah dengan penuh penghayatan dan makna kepada orang lain walau hanya di rumah. Menulis! Terjumpa pula teknik menulis dan paltform menulis. Ia tak lain tak bukan iaitu menulis dan berkongsi banyak perkara di blog. Bergabung dengan penulis blog yang lain. Menulis menjadi lebih hebat dari melukis. Kerana penulisan boleh di baca dan difahami oleh semua pembaca yang punyai deria mata. Jika tidak mempunyai nikmat deria mata pun, ia mampu didengari oleh mereka apabila seseorang membacakannya. Nah, si buta juga boleh mendengar dan sampai kata-kata penulisan tadi di benak pemikiran dan turut dirasai oleh si buta tadi. Hebat kan. Ia jauh lebih hebat dari melukis. Seperti Al-Quran, jika tidak mampu membacanya, dapatlah jua telinga mendengarnya maka sampailah kesemua ayat tersebut ke semua anggota. 

Nah, panjang sudah luahan pendapat dan rasa di awal pagi ini. Bakat Melukis mungkin tidak dapat diturunkan kepada sebarang orang, tetapi bakat menulis boleh di asah dengan latihan dan penjiwaan yang betul. Menulis lah, menulis lah, menulislah.

Kini semua orang boleh menulis dan mampu di baca oleh orang lain. Tak perlu tunggu untuk menulis di majalah. Tak perlu tunggu untuk menulis di buku. Cukup sekadar menulis di BLOG. Malah menulis di blog boleh di baca oleh sesiapa saja tanpa batasan. Bukan hanya kawan kita boleh membaca penulisan kita tetapi entah dari negara mana yang memahami bahasa yang kita gunapakai dalam penulisan mampu membaca dan menerima info yang kita tuliskan. Makanya, menulis lah yang baik-baik sahaja. Tidak perlu tunggu menjadi seorang ilmuan baru menulis. Menulis lah dengan sebaris ayat terlebih dahulu. Mulakan dengan catatan peribadi diri atau pengalaman hari ini. Yang penting pastikan iainya POSITIF!

//KHAIRUNNISA HAMZAHRA//
Senibina KEhidupan Di Rumah

**************************************************************************************************************************

Sertai kami Akademi Bekerja Di Rumah. Menawarkan kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan -Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes) Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, Kami sedia  membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo.
>> APA yang bakal Diperoleh Hasil Sertai kelas ini?

~Dapat bina BLOG dan FAN PAGE sendiri
~Yang Aktif dan Lancar Penulisan akan diperhatikan oleh Editor Majalah Tempatan
~Yang Padat info akan dijemput untuk buat Ebook bersama
~Yang ada perniagaan Dah bole niagakan produk dan perkhidmatan di alam maya
~Blog berada di carian google di muka pertama
~Blog dan Fan page mendapat traffik yang tinggi hasil dari pertukaran traffik dengan 100 bloggers yang lain yang terdiri dari peserta kelas ini juga yang di jadikan Alumni Penulis Dari Rumah 
------------------------------------------------------------------------------------------
Sediakan Platform di Alam Maya! Tak kira siapa sahaja. Semua orang layak untuk sertai kelas dan semua orang layak menghasilkan blog dan fan page! Hubungi saya untuk bermula di khairunnisahamahara@gmail.com
Jemput singgah di sini untuk lihat lebih lanjut berkenaan Kelas Asas Blog : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

1 comments:

` said... [Reply to comment]

hanyut seketika bc artikel nisa

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO