NUFFNANG

Sunday, 26 January 2014

Saya Ingin Kongsi Cerita

Teks: khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum warahmatullahi




Saya perkenalkan diri, saya Khairunnisa Hamzah. berusia 29 tahun dan bakal menjejaki 30 pada tahun ini. saya merupakan seorang graduan arkitek. di mana selepas graduate, saya telah ditawarkan bekerja dengan firma arkitek swasta, selepas bekerja dengan firma tersebut, saya kemudiannya menerima tawaran untuk bekerja sebagai arkitek di JKR malaysia iaitu sebagai pegawai kerajaan di jabatan arkitek. Alhamdulillah saya bekerja selama 4 tahun lebih ketika mula masuk kerja , saya berusia 24 tahun (sudah berkahwin dan sedang mengandung anak pertama)

Selama tempoh ini, saya mengharungi liku-liku kehidupan sama seperti wanita lain, sebagai seorang ibu bekerjaya yang terpaksa meletakkan anak di bawah jagaan orang lain dan sering bertukar tempat jagaan serta menghidapi pelbagai penyakit berjangkit (virus). akhirnya pada tahun 2012, saya telah meletakkan jawatan setelah mempunyai 2 orang anak bersandarkan kata-kata usah biarkan hidup berada di dalam genggaman orang lain, hidup lah di dalam gegaman tangan sendiri.

Saya dapati kerja sebagai designer ini kita boleh menjalankan "sesuatu" dengan sendiri. Kerana ia melibatkan penggunaan idea (otak). Jadi saya nekad bekerja di rumah demi menjaga anak-anak dan urusan kebajikan rumah walau menerima pelbagai kritikan. Dan pada mulanya memang sukar untuuk diterima oleh ibu bapa dan orang sekeliling tetapi saya mendapat sokongan sepenuhnya oleh suami.

Setahun di rumah saya mencuba pelbagai usaha untuk menambah pendapatn dan duit kocek sendiri. Selepas menghadiri kursus-kursus perniagaan, akhirnya saya nampak "sesuatu" yang bersinar dalam bidang yang telah pun saya mahir iaitu rekabentuk.

Kini saya fokus dan seronok menjalankan perkhidmatan merekabentuk secara 3 dimensi kediaman orang ramai secara online. perkhidmatan saya 100% secara online. Semuanya hanya di Blog. 

Alhamdulillah, sambutan orang ramai amat luar biasa. Saya juga mula menyebarkan kebaikkan dan mudahnya menjana pendapatan dari berblog terhadap perkongsian kepakaran yang kita ada dengan orang ramai. Kini saya sudah punyai pelajar secara atas talian disamping juga mengajar secara online untuk kelas-kelas mempelajari menggunakan progam rekabentuk 3d bagi yang berminat.

Semenjak berblog, saya juga turut di lamar untuk menjadi penulis majalah era muslimah di kolum kediaman idaman, dan ditemuramah oleh rancangan TV safiyya serta mendapat perhatian majalah-majalah tempatan untuk ruangan hias rumah.

Alhamdulillah.
Disini, apa yang saya ingin kongsikan adalah, jika berpeluang saya ingin berkongsi dengan orang ramai akan keseronokan untuk bekerja sendiri atau lebih seronok dipanggil berkarya sendiri di rumah. Terutamanya bagi mereka yang di bidang menggunakan idea dan kepakaran. Ini kerana ia lebih mendatangkan pendapatan di luar dugaan berbanding bekerja dengan majikan disamping dapat menguruskan anak , keluarga dan kebajikan rumah buat seorang suri.

Saya rasa agak penting untuk berkongsi kerana kini sudah terlalu menjadi trend, wanita bekerja di luar rumah dan kita terdengarkan banyak kisah penderaan kanak-kanak dan kematian anak di pusat jagaan. Saya kisah sangat akan kejadian seperti ini. Bagi saya tak semestinya ibu yang berpendidikan dan bekerjaya perlu meninggalkan anak-anak dan rumah. kita masih ada seribu satu cara. dan makan gaji hanyalah salah satu cara jika kita sudah tidak ada cara lain. insyaallah moga banyak ibu-ibu cerdik pandai boleh mula mengorak langkah baru pada tahun ini. yakini allah, yakini diri sendiri dan talent yang ada.

Jemput masuk ke blog yang saya maksudkan iaitu : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/
dan blog rekabentuk saya iaitu:
di sini saya kongsikan video rakaman saya di dalam ranangan safiyya tv9 yang lalu: http://www.youtube.com/watch?v=Dp2MSdEgLUA

jazakallah

khairunnisa hamzahara
senibina kehidupan di rumah
Panduan Untuk Kediaman Idamankhairunnisahamzahara.blogspot.com

1 comments:

Nur an Nisa' said... [Reply to comment]

Assalamualaikum puan,

Sy terinspirasi dgn cerita yg pn kongsikan. Sy skrg dlm situasi yg pernah puan alami. Setelah solat istikharoh, memohon petunjuk Ilahi...sy kerap ditemukan dgn org2 yg berjaya berkerjaya dr rumah termasuklah puan. Sy masih mencari kekuatan diri bagaimana utk menghadapi org2 di sekeliling sdgkan suami redha dan hati pasti dgn petunjuk Ilahi. Tiada kawan utk meluahkan perasaan dan rasa hati, akhirnya mengadu pada Ilahi...dan ditemukan dgn puan. Salam perkenalan.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO