NUFFNANG

Sunday, 4 August 2013

Perhiasan Rumah

Teks : khairunnisa binti hamzah

Gambar : Si kakak gembira dapat ikut pergi shopping barang rumah.

Assalammualaikum kepada semua

Lama sudah rasanya tidak bersiaran. Banyak perkara yang menghalang. Yang pasti Allah lebih mengetahui. Sedar tak sedar, kita berada di hujung Ramadhan. Sayu hati untuk melepaskan Ramadhan pergi. Entah dapat entah tidak berjumpa dengan Ramadhan tahun depan. Moga-moga berkesempatan lah hendaknya. Walaupun sayu untuk keluar dari bulan Ramadhan, kite perlu berpijak di bumi yang nyata, nak tak nak, Aidilfitri akan tiba jua.

Aidilfitri adalah tanda kemenangan bagi setiap umat Islam yang menunaikan ibadah puasa, iaitu beribadah kepada Allah dengan menahan diri dari lapar dan dahaga, serta menahan diri dari segala bentuk nafsu. Ini adalah bukti penghambaan kita kepada Allah s.w.t

Di Malaysia, ketika Aidilfitri, ia di sambut dengan penuh meriah. Ketika inilah digunakan kesempatan untuk ziarah menziarahi sanak keluarga dan rakan taulan. Yang jauh datang berkunjungan, yang dekat saling merapatkan.

Tak terlepas juga dengan rumah masing-masing yang pasti akan menerima kunjungan tetamu semasa aidilfitri ini nanti. Jadi di sini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perhiasan rumah yang mampu menaikkan seri ruang agar kelihatan segar dan membangkitkan mood dan aura

Pasu , Bunga , Daun, dan Bingkai Gambar

Gambar : Pasu Bunga dan Bunga yang dibeli hanya di Mydin Melaka mampu menaikkan seri ruang di tepi sudut yang kecil dengan bertemankan bingkai gambar kenangan.

Alhamdlillah, walaupun kini membiasakan diri tinggal di Melaka, masih dapat meluaskan idea dekorasi dengan sekadar apa yang ada di sekitar Melaka, Bandaraya Bersejarah. Sememangnya semasa di Kuala Lumpur, sennag untuk mencari kedai perhiasan rumah, namun tidak pula dikatakan di Melaka tidak ada kedai perhiasan rumah. Ada, tapi kurang. Yang seronoknya pula di Melaka ini, harga barang-barangnya kurang sedikit dari Kuala Lumpur.

Bagi gambar di atas, pasu balang kaca dan bunga tersebut di dapatkan di shopping kompleks Mydin di MITC, Melaka. Sangta murah, berbaloi dan tidak kurang juga cantiknya. Bunga ini saya hanya dapatkan dengan kos serendah RM4 setangkai x 2 tangkai. Jadi dalam RM8 sahaja. Murah, kan? Balang kacanya pula saya dapatkan dengan harga RM19.90. Jadi total harga perhiasan pasu dan bunga saya bagi sudut ini adalah RM27.90 sahaja. Balik saja ke rumah, terus saya letakkan bunga tersebut tanpa perlu pisahkannya dari tangkai, ke dalam pasu balang kaca. Nampak segar kan? itulah pentingnya ada bunga dalam sesebuah ruang. Untuk nampakkan kesegaran dan sedap mata memandang. Bunga adalah penyeri ruang .

Gambar : Bunga, balang kaca, dan batu di meja makan

Di Meja makan pula, tidak sah kalau tak ada bunga dan balang kaca. Seperti entry saya yang lepas, Pasu di ruang makan, sesuai digunakan jenis yang berkaca dan lutsinar, nampak sampai ke dasarnya. Ia ibarat gelas kaca, lagi jernih gelas tersebut, lagi berselera untuk kita menghirup air di dalamnya. Atas simbolik tersebut, pasu di atas meja makan di pilih dengan balang kaca yang lutsinar, menampakkan bunga hingga ke dasar. Ini memberikan pandangan yang segar dan menaiikan mood selera makan. Penting tau mood ini, lagi-lagi semasa hari raya yang bakal tiba ini. Kebanyakkan masa pasti penuh di meja makan saja. Jadi bagi sesiapa yang sememangnya tidak pernah ada bunga di atas meja makan, ini saya cadangkan : lihat gambar di atas, ini saya dapatkan di kedai Romantika di Melaka. Kos Bunga hanyalah RM4.50 x 2 jambak = RM9. Kemudian balang kaca hanya RM29.90. Total harga bunga dan pasu hanyalah RM 38.90. ditambah dengan 3 pek batu. Satu pek RM3 x 3 pek = RM9. Total keseluruhan adalah RM47.90. Murah bukan? Pasu bunga ini besar dan menarik, manakal bunganya nampak segar. JAdi penting untuk memilih bunga yang betul. Pilih bunga yang kelihatan segar dengan warna yang terang bukan warna yang kusam. Cuba ye nanti.

Bingkai Gambar dan Lukisan


Gambar : Bingkai gambar yang memuatkan lukisan abstrak di sebalik celah pasu dan bunga
Setelah dilengkapi dengan pasu dan bunga, cuba lihat pula pada dinding rumah. Adakah dinding rumah kita kelihatan kosong? Ya, sangat kosong lagi-lagi apabila rumah tersebut di catkan dengan warna putih. Ia seperti dinding-dinding kosong di sekeliling dalam rumah. Apa perlu kita buat untuk merawat dinding tersebut? Pertama sekali perlu di cat atau ditampalkan dengan wallpaper. Kemudian, gantungkan bingkai-bingkai gambar dan lukisan terpilih. Saya memilih lukisan abstrak kerana ia mempamerkan satu mood dan corak yang menaikkan energy dan mempunyai aura yang tersendiri. Jadi bagi memilih lukisan atau gambar untuk digantungkan di dinding, jangan sekali-kali meniru cara dan gaya orang lain. Kita pergi ke rumah orang ni, kita minat lukisan di dindingnya, lalu kita mencari yang seakan dengannya. Boleh, boleh jika kita benar-benar minat. Sebab, ia akan tergantung lama di dindidng dan kita akan lihat setiap hari semasa kita di ruang yang berkenaan. Apa yang terhias dan tergantung di ruang di kediaman kita sebenarnya mempamerkan mood kita dan karakter tuan rumah. Jadi, pilihlah mengikut keserasian diri kita sendiri.

Gambar : Lagi satu lukisan yang ada di rumah hinggap saya
Ini lagi satu lukisan yang telah dibingkaikan dan digantungkan di dinding ruang tamu di rumah hinggap saya. Ia memberikan satu aura dan energy pada ruang ini. Walaupun rumah hinggap ini di kelilingi dengan perabot lama yang diperoleh dari rumah mertua, lukisan ini sangat membantu dalam menaikkan semangat ruang yang baru. Ia seperti tidak menghiraukan segala perabot yang lama. Kerana ia, ruang ini kelihatan segar dan bernyawa. Lukisan benar-benar boleh menghantui sesebuah ruang. Cuba kalian lakukannya sendiri di rumah. Tenung dan hayati dahulu sesebuah lukisan sebelum mebeli atau sebelum membuatnya sendiri.




Pokok Hidup



Selain bunga palsu, setiap ruang juga akan di rasai lebih hidup dan segar bermaya jika dihiasi dengan pokok-pokok hidup yang menyegarkan. Pokok-pokok ini membantu menambahkan lagi oksigen dalam ruang tersebut ini kerana pokok melepaskan oksigen. sebab itu ruang yang ada pokok-pokok hidup akan lebih terasa selesa dan nyaman. Ini sebab ruang tersebut mempunyai kadar oksigen yang lebih dari ruang yang tiada pokok segar. Namun, pastikan kalian memberikan air yang secukupnya. Misalnya 2 hari sekali, mesti di siram. Bagi sesetengah pokok dalaman ini, kalian perlu bawa keluar rumah sekali sekala, misalnya 1 minggu sekali atau 2 minggu sekali bagi pokok tersebut menyerap zat-zat dari matahari.


Gambar: Pokok jenis ini mudah penjagaannya
Semasa meletakkan pokok di dalam rumah. Jangan lupa pula sertakan dengan pinggan alasnya. Jika di pasaran sekarang ini kebanykkan pinggan alasnya jenis plastik tapi saya lebih suka yang jenis tanah liat. Terpulang kepada masing-masing.

Pokok pangkalnya, terpulang pada diri masing-masing nak hias macam mana. Saya cuma memberikan idea dan pendapat. Bagi sudut hiasan dalaman, adalah menarik dan sedap dipandang sekiranya setiap ruang mempunyai perhiasan yang terdiri daripada Pasu, Bunga, Daun, dan bingkai gambar atau bingkai lukisan. Gabungkan kesemua hiasan ini dan susun mengikut kreativiti. Impaknya sangat menarik dan memberikan kecerian pada ruang milik kita. Saya harap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu bagi mereka yang menghadapi kebuntuan dalam menaikkan seri ruang. Biarlah kerusi lama, kusyen lama, tapi tambahkan dengan aksesori baru yang secara tak langsung akan tranformasikan ruang kalian. Selamat mencuba dan selamat berhari raya!

Dari saya,
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

jemput singgah di sini ya untuk ke kelas asas blog dan penulisan online:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO