NUFFNANG

Saturday, 13 July 2013

Pejabat Di Rumah

Teks : Khairunnisa Hamzahara


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, Seronok rasanya mendapat message yang memenuhi inbox sejak dua tiga hari ini. Kebanyakkannya bertanyakan tentang kelas asas blog dan penulisan dan kelas belajar hias rumah online. Tak kurang juga yang message minta nasihat dan pandangan untuk meletakkan jawatan dengan majikan dan menjadi seorang WAHM (work at home mother).

Bagi yang sedang merancang untuk menjadi seorang WAHM dan bagi yang telah pun bergelar WAHM, saya nak kongsikan serba sedikit tentang membina pejabat di rumah dan contoh-contoh yang boleh diguna pakai bagi menjadikan diri lebih produktif, dan berinspirasi. Suasana amat penting untuk penghasilan kerja yang sangat kreatif dan bermutu tinggi. Jika di pejabat, suasna kerja kita terbatas, kenapa perlu kita bataskan suasana kerja di rumah, bukan? Jadikan pejabat kecil anda sebagai ruang yang paling anda minati, sayangi dan sentiasa ingin berada di situ. Bukannya sebagai tempat yang paling anda malas dan rimas duduk di situ:)



5 cara untuk mewujudkan pejabat di rumah atau dipanggil SOHO (small office home office)

1.Pengasingan
 Pertama kali kita perlu membuat pengasingan ruang untuk dijadikan pejabat. Rumah kecil? Jangan khuatir, tidak timbul sebenarnya isu rumah kecil atau rumah besar. Bagi rumah yang bersaiz kecil, kalian masih boleh mewujudkan ruang pejabat walaupun ia berada dalam ruang yang lain. Ini dinamakan perkongsian ruang namun ada pengasingan dan sudut-sudut khas yang dibahagikan di dalam ruang tersebut. Cuba kalian lihat contoh di bawah ini sebagai panduan:-


Gambar : Dan ia adalah bonus jika kalian ada bilik kosong untuk dijadikan pejabat. Bergembiralah bekerja di rumah !


2.Bersih

 Kebersihan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Jika ia kotor dan tidak selesa, pasti ia akan ditinggalkan. Kalian akan lebih rasa sanggup buat kerja di atas katil atau di depan TV berbanding di pejabat tersebut. Jika ini berlaku, kerja akan menjadi tidak progresif dan tidak sekualiti seperti bekerja di sebuah pejabat. Jadi bersihkanlah pejabat anda. Sapu dan vacuum habuk, lapkan kopi yang tertumpah di meja, buang plastik dankertas balutan coklat dan keropok yang di makan dan di minum ketika buat kerja yang lepas. Untuk extra mood, tambahkan pewangi untuk ruang berkenaan atau menggunakan bunga-bunga segar yang mengeluarkan bau yang segar agar minda kalian menjadi segar dan mampu menjana kerja yang berkualiti !

Gambar : keadaan yang bersepah dan kotor menyebabkan kita lari dari ruang tersebut


Gambar: Menyediakan tong yang kecil dan sesuai untuk membunag tisu, kertas, plastik dana lain-lain ketika sedang bekerja.

3.Keperluan Pejabat Sahaja

Meletakkan keperluan pejabat sahaja di ruang pejabat ini. Jika kalian berkongsi ruang dengan ruang lain sekalipun, pastikan ada garisan sempadan bagi runag kerja kalian. Dan bermula dari garisan ini, tidak boleh membawa masuk barang lain selain barang bekerja sahaja. Disiplin dan peraturan terletak di tangan anda. Ini bagi mengelakkan kalian hilang fokus semasa bekerja


Gambar : Jika bekerja di ruang yang sama tempat anak bermain dan belajar, pastikan di meja kerja kita sahaja yang tidak ada mainan dan perkakas anak. Hanya barangan kerja kita sahaja.

Gambar : elakkan dari melakukan seperti gambar di atas, makan dan minum di tempat anda bekerja, ini akan menghilangkan fokus dan melambatkan kerja kalian. Makan dan minum di dapur sahaja. :)


Gambar : bekerja sambil makan menjadikan kalian hilang fokus dan mudah lupa untuk buat kerja yang seterusnya

Gambar : Begitu juga jika kalain bekerja sambil menonton TV, lepas maklumat di TV masuk di kepala, kalain akan terhenti seketika untuk membuat kerja, kadangkala boleh hilangkan mood bekerja.


4. Tersusun

Perkara paling magix dalam menjadikan kita seorang yang berdidikasi dan bersemnagat dalam membuat kerja di ruang pejabat kita sendiri adalah apabila semua perkakas, perlatan dan dokumen berada dalam keadaan yang tersusun! ini memudahkan pencarian dan menjimatkan masa pencarian sesuatu, semuanya tersusun dan memerlukan sesaat untuk mengambil sesuatu.
 
-sistem penstoran

Gambar : siste pengstoran perlu dibuat bagi mengelakkan terjadi masalah sebegini!

Gambar : Buatkan sistem pengstoran, setiap barang ada tempat khas untuk menyimpannya. Yang pasti, pastikan meja kerja bersih dan kosong setiap hari sesudah habis kerja. Ini bagi menjadikan hari keesokkannya lebih bagus dan bermula satu episod dan semangat baru!
 -barang atas meja


Gambar : Ruang kecil juga boleh jadi tersusun dengan kaedah menggantungkan rak dan folder
-barang paparan dan hiasan

Gambar : Gantung dan susun hiasan di dinding yang berhadapan dengan ruang kita bekerja. Ini akan memberikan keceriaan dan kesungguhan semasa bekrja lebih-lebih lagi jika meletakkan gambar keluarga tersayang dan gambar keindahan alam yang tenang. Baik juga jika diletakkan gambar matlamat hidup seperti rumah yang besar, kereta yang mewah, keluarga yang ramai dan bahagia, ini bagi membangkitkan semangat bekerja di rumah.

5. Pencahayaan



Pencahayaan adalah perkara penting, jika tidak dapat juga meletakkan pejabat di ruang yang bercahaya atau berada di bukaan tingkap, sediakan pencahayaan secukupnya dengan lampu. Ini bagi menjadikan mata kita sihat dan pemikiran lapang.



Gambar : walau berada di atas lotong, pencahayaan dari tingkap tetap dititikberatkan bagi memastikan pencahayaan dari matahari masuk ke dalam pejabat dan menerangi ruang loteng

Gambar : jika terpaksa memasang langsir bagi tujuan privacy dan aurat, pastikan dilengkapi dengan pencahayaan secukupnya dari lampu


Secara kesimpulannya, pejabat di rumah boleh jadi pejabat paling selesa untuk kita. Ia menjadikan seolah - olah kita sedang bekarya jika kita menyediakan mood yang betul. Jika kita gagal maintain keadaan pejabat kita kemungkinan kita akan  putus asa untuk bekerja di rumah. Jadi, ini lah NADI dalam pekerjaan di rumah. Mulakan hari ini, cepat buat, cepat dapat hasilnya ! :)


untuk masuki Kelas belajar Hias Rumah Online, boleh sertai di sini :

http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/belajar-hias-rumah-online.html

berjumpa lagi kita di keluaran entry yang lain
wassalam,

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

2 comments:

Maria Qiptiyah said... [Reply to comment]

Wahhhh...kak long baru saja mula kemas2 ruangan untuk sudut berkarya. Sedang usaha kemas dengan barang2 kami yang sangat banyak. Huhuhuh

Sebelum ni cuba2 juga buat kerja atau tugasan kelas Nisa depan TV tp, jawapannya memang hampa. Last2 jadi main game@FB sambil tgok tv. Sudut khusus untuk bekerja memang sangat perlu supaya dpt beri tumpuan penuh.

http://mariatulqiptiyah.blogspot.com

Dalilayusf said... [Reply to comment]

Betul kemas cikgu..nanti nak buat macam ni..jika de rezeki lebih..dah de pejabat kecil..tp blum de rezeki tambah kabinet dan mcm2..de soho bru de semangat

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO