Teks : Khairunnisa Hamzahara
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, Seronok rasanya mendapat message yang memenuhi inbox sejak dua tiga hari ini. Kebanyakkannya bertanyakan tentang kelas asas blog dan penulisan dan kelas belajar hias rumah online.
Tak kurang juga yang message minta nasihat dan pandangan untuk
meletakkan jawatan dengan majikan dan menjadi seorang WAHM (work at home
mother).
Bagi
yang sedang merancang untuk menjadi seorang WAHM dan bagi yang telah
pun bergelar WAHM, saya nak kongsikan serba sedikit tentang membina
pejabat di rumah dan contoh-contoh yang boleh diguna pakai bagi
menjadikan diri lebih produktif, dan berinspirasi. Suasana amat penting
untuk penghasilan kerja yang sangat kreatif dan bermutu tinggi. Jika di
pejabat, suasna kerja kita terbatas, kenapa perlu kita bataskan suasana
kerja di rumah, bukan? Jadikan pejabat kecil anda sebagai ruang yang
paling anda minati, sayangi dan sentiasa ingin berada di situ. Bukannya
sebagai tempat yang paling anda malas dan rimas duduk di situ:)
5 cara untuk mewujudkan pejabat di rumah atau dipanggil SOHO (small office home office)
1.Pengasingan
Gambar : Dan ia adalah bonus jika kalian ada bilik kosong untuk dijadikan pejabat. Bergembiralah bekerja di rumah ! |
2.Bersih
Kebersihan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Jika ia kotor dan tidak selesa, pasti ia akan ditinggalkan. Kalian akan lebih rasa sanggup buat kerja di atas katil atau di depan TV berbanding di pejabat tersebut. Jika ini berlaku, kerja akan menjadi tidak progresif dan tidak sekualiti seperti bekerja di sebuah pejabat. Jadi bersihkanlah pejabat anda. Sapu dan vacuum habuk, lapkan kopi yang tertumpah di meja, buang plastik dankertas balutan coklat dan keropok yang di makan dan di minum ketika buat kerja yang lepas. Untuk extra mood, tambahkan pewangi untuk ruang berkenaan atau menggunakan bunga-bunga segar yang mengeluarkan bau yang segar agar minda kalian menjadi segar dan mampu menjana kerja yang berkualiti !

Gambar : keadaan yang bersepah dan kotor menyebabkan kita lari dari ruang tersebut |
Gambar: Menyediakan tong yang kecil dan sesuai untuk membunag tisu, kertas, plastik dana lain-lain ketika sedang bekerja. |
3.Keperluan Pejabat Sahaja
Meletakkan keperluan pejabat sahaja di ruang pejabat ini. Jika kalian berkongsi ruang dengan ruang lain sekalipun, pastikan ada garisan sempadan bagi runag kerja kalian. Dan bermula dari garisan ini, tidak boleh membawa masuk barang lain selain barang bekerja sahaja. Disiplin dan peraturan terletak di tangan anda. Ini bagi mengelakkan kalian hilang fokus semasa bekerja

Gambar : Jika bekerja di ruang yang sama tempat anak bermain dan belajar, pastikan di meja kerja kita sahaja yang tidak ada mainan dan perkakas anak. Hanya barangan kerja kita sahaja. |
Gambar : elakkan dari melakukan seperti gambar di atas, makan dan minum di tempat anda bekerja, ini akan menghilangkan fokus dan melambatkan kerja kalian. Makan dan minum di dapur sahaja. :) |
Gambar : bekerja sambil makan menjadikan kalian hilang fokus dan mudah lupa untuk buat kerja yang seterusnya |
Gambar : Begitu juga jika kalain bekerja sambil menonton TV, lepas maklumat di TV masuk di kepala, kalain akan terhenti seketika untuk membuat kerja, kadangkala boleh hilangkan mood bekerja. |
4. Tersusun
Perkara paling magix dalam menjadikan kita seorang yang berdidikasi dan bersemnagat dalam membuat kerja di ruang pejabat kita sendiri adalah apabila semua perkakas, perlatan dan dokumen berada dalam keadaan yang tersusun! ini memudahkan pencarian dan menjimatkan masa pencarian sesuatu, semuanya tersusun dan memerlukan sesaat untuk mengambil sesuatu.
-sistem penstoran
-barang atas meja
Gambar : siste pengstoran perlu dibuat bagi mengelakkan terjadi masalah sebegini! |
-barang atas meja
Gambar : Ruang kecil juga boleh jadi tersusun dengan kaedah menggantungkan rak dan folder |
-barang paparan dan hiasan
5. Pencahayaan
Pencahayaan adalah perkara penting, jika tidak dapat juga meletakkan pejabat di ruang yang bercahaya atau berada di bukaan tingkap, sediakan pencahayaan secukupnya dengan lampu. Ini bagi menjadikan mata kita sihat dan pemikiran lapang.
Gambar : walau berada di atas lotong, pencahayaan dari tingkap tetap dititikberatkan bagi memastikan pencahayaan dari matahari masuk ke dalam pejabat dan menerangi ruang loteng |
Gambar : jika terpaksa memasang langsir bagi tujuan privacy dan aurat, pastikan dilengkapi dengan pencahayaan secukupnya dari lampu |
Secara kesimpulannya, pejabat di rumah boleh jadi pejabat paling selesa untuk kita. Ia menjadikan seolah - olah kita sedang bekarya jika kita menyediakan mood yang betul. Jika kita gagal maintain keadaan pejabat kita kemungkinan kita akan putus asa untuk bekerja di rumah. Jadi, ini lah NADI dalam pekerjaan di rumah. Mulakan hari ini, cepat buat, cepat dapat hasilnya ! :)
untuk masuki Kelas belajar Hias Rumah Online, boleh sertai di sini :
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/belajar-hias-rumah-online.html
berjumpa lagi kita di keluaran entry yang lain
wassalam,
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
2 comments:
Wahhhh...kak long baru saja mula kemas2 ruangan untuk sudut berkarya. Sedang usaha kemas dengan barang2 kami yang sangat banyak. Huhuhuh
Sebelum ni cuba2 juga buat kerja atau tugasan kelas Nisa depan TV tp, jawapannya memang hampa. Last2 jadi main game@FB sambil tgok tv. Sudut khusus untuk bekerja memang sangat perlu supaya dpt beri tumpuan penuh.
http://mariatulqiptiyah.blogspot.com
Betul kemas cikgu..nanti nak buat macam ni..jika de rezeki lebih..dah de pejabat kecil..tp blum de rezeki tambah kabinet dan mcm2..de soho bru de semangat
Post a Comment