Teks : Khairunnisa Hamzahara
Assalammualaikum pembuka bicara
Merancang waktu membeli belah
Sekejap
lagi saya bakal pergi membeli belah untuk barangan dapur untuk minggu
ini. Kebiasannya suami akan menemani namun jika suami sibuk (maklumlah
saya pergi membeli belah ketika waktu orang bekerja sebab alhamdulillah
kini saya bekerja sendiri jadi dapat bijak menggunakan masa emas
sendiri bagi elakkan kesesakan di pusat membeli belah saya lebih gemar
untuk membeli belah ketika orang lain sedang keluar ke pajabat. Lenggang
dan mudah mendapat pertolongan dan khidmat pelanggan sepenuhnya dari
pekerja supermarket :) ) suami akan drop kan saya dan anak-anak.
Setelah selesai saya akan hubungi suami semula. Anak-anak akan melompat
dan kata "yes" sebaik sahaja suami meninggalkan kami. Itulah telatah
yang amat melucukan.
Gambar: Di Awal pagi, kedai semua dalam proses persediaan untuk dibuka. |
Persediaan Sebelum Keluar Membeli Belah
Kami
akan keluar ke pusat membeli belah pada tengah hari nanti jadi masa
pagi saya sudah buat persiapan dahulu, ini saya belajar dari sebuah
filem orang putih. Apa yang diajar setiap hari catatkan di sehelai
kertas dan tampalkan di peti sejuk dengan menggunakan magnet. Buat
catatan/list barang keperluan yang dah habis digunakan. Misalnya sudah
kehabisan telur, sos, dan tisu dapur, maka kita catatkan di kertas
tersebut.
Kemudian
bila tiba hari yang kita dah rancang/berkesempatan untuk berkunjung ke
pusat membeli belah barangan dapur, kita catatkan semula barangan yang
kita telah list kan di peti sejuk tadi pada smartphone kita atau pada
buku nota dalam tas tangan kita. Terpulang kepada bagaimana kita
menangani stok barangan keperluan rumah. Bagi saya ada barangan yang
bertahan seminggu dan ada yang 2-3 hari saja dah habis (beli sikit sebab
kalau beli sekali banyak cepat rosak kalau tidak menggunakannya,
contohnya sayuran)
Saya
lebih gemar berkunjung ke pusat membeli belah barangan dapur berbanding
kedai runcit, kerana, barangannya lengkap, hampir semua yang di cari
ada disitu. Kadang-kadang ada yang menyediakan kemudahan seperti surau,
sudut kanak-kanak, bilik menguruskan anak-anak, tandas, kedai makan, dan
macam-macam lagi. Saya akan amik peluang ini sekali seminggu untuk
bersama anak-anak dan suami.
Gambar: Menggunakan troli memudahkan pengangkutan barang dan anak-anak kecil :) |
Semasa Membeli Belah
Anak perempuan (4 tahun) dan anak lelaki (2 tahun) saya gemar ikut saya membeli belah kerana ia ibarat sesi pembelajaran mereka,kebanyakkanya saya hanyalah window shopping. Semasa menelek barang, saya akan menerangkan kepada anak-anak ini barang apa dan bagaimana menggunakannya. saya akan tunjukkan juga contoh barang yang baik dan contoh barang yang tidak patut dibeli. Tak kiralah barang kategori apa, dari barang mainan dan pembelajaran mereka sampai lah ke barang dapur. Suami sudah masak dengan saya, saya boleh habiskan masa seharian di sebuah shopping complex bersama dua orang cahaya mata saya ini.Anak-anak tidak jemu malah turut suka habiskan masa bersama mommy nya untuk mengenal barang-barang dan teknologi terkini.
Dengan
cara ini saya dapat mengawal anak-anak. Ia bermakna mereka turut sama
membuat pemilihan barang. Jadi mereka tiada masa untuk berlari-lari atau
bermain-main. Saya pernah membaca satu artikel yang menerangkan bahawa
anak-anak ini senang di kawal apabila kita mengawal minda dan emosi
mereka. Ia nya akan hanya memenatkan jika kita marah mereka untuk
bertempiaran lari, kemudian setelah dimarahi mereka akan berhenti
seketika, mereka menanti arahan kita seterusnya, namun kecewa bila kita
fokus kepada perkara lain (mencari barang semula tanpa mempedulikan
anak-anak), maka mereka akan bertindak seperti tadi semula. Jadi langkah
yang bijak, kita mengajak sekali mereka memilih barang dan
memperkenalkan barang kepada mereka sekaligus menambah pengetahuan
mereka dan menjadikan mereka lebih bijak dari Usia Mereka!
Panduan Membeli Belah Barangan Dapur
Bagi
saya membeli keperluan dapur adalah langkah pertama bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan seisi keluarga terjamin. Sebagai seorang
ibu/isteri, saya perlu mengetahui cara untuk memilih makanan basah dan
makanan kering. Silap memilih akan menyebabkan pelbagai penyakit yang
puncanya dari pemakanan. Saya akan memastikan setiap barang itu
berkualiti bermula dari senarai barang yang perlu dibeli disenaraikan
sehingga makanan terhidang di atas meja makan dengan mengikuti garis
panduan ini yang boleh di dapati di website : http://www.eatright.org/Public/content.aspx?id=6384
Membeli dengan teratur
- Semasa menolak troli, kumpulkan barangan kering dan barangan yang telah dibungkus seperti barangan dalam tin/kotak terlebih dahulu.
- Kemudian baru mencari barangan segar yang perlu disejukan atau dibekukan.
- Berhenti pada rak barangan basah seperti daging dan ikan pada saat akhir sebelum ke kaunter pembayaran.
- Satukan barangan basah dan sejuk ini pada satu sudut yang sama di dalam troli agar kekal sejuk dan tidak membasahi barangan lain seperti kotak.
Pilih sendiri barangan segar
- Jika pergi ke kedai runcit pergilah seawal pagi kerana barangan segar dihantar ke kedai itu oleh petani di awal pagi. Jika di pasaraya kemungkinan barangan segar boleh diperolehi walaupun telah petang. Namun ia ikut kepada keadaan pembekal.
- Lebih baik pilih sendiri barangan segar dari mengambil sahaja barangan segar yang telah siap dibungkus. Barangan segar yang telah siap dibungkus kebiasaannya dicampurkan antara yang segar dan yang telah layu bagi keuntungan pembekal.
- Jangan ambil barangan segar yang ada sedikit layu, rosak, atau berkulat kerana ia akan merebak pada keseluruhan barangan tersebut.
- Beli sedikit sahaja tak perlu banyak mengikut keperluan saiz keluarga untuk seminggu bagi mengelakkan barangan segar rosak dalam peti sejuk yang kebiasaannya dapat tahan dlm seminggu sahaja.
- Beli juice yang dibuat dari perahan buah sebenar bukan kordial
Semak kesegaran barangan segar dan hasil tenusu
- Semak tarikh luput barangan seperti Roti dan susu segar
- Apabila membeli telur, beli yang disejukkan (kurang masuk angin)
- Pastikan telur tersebut telah dibersihkan dan tidak ada yang pecah/retak
- Beli barangan segar dan hasil tenusu pada waktu terakhir sebelum ke kaunter bayaran bagi membiarkan barangan tersebut berada lebih lama di dalam peti sejuk pusat membeli belah tersebut
Memilih Makanan Laut
- Beli ikan segar dan makanan laut yang telah diiktiraf ramai akan kualitinya
- Pastikan ikan masih dalam keadaan sejuk. Pastikan juga ikan kelihatan berkilat dan lembut, matanya tidak merah, dan baunya masih segar dan lembut, berbanding memilih ikan yang telah ditindan-tindan.
- Lebik elok lagi untuk membungkus ikan dan makanan laut bersama-sama ais dan disimpan di dalam kotak penahan suhu sejuk. Ia boleh tahan kesegaran makanan laut tersebut sebelum dialih ke peti sejuk di rumah.
- elok memilih sendiri makanan laut yang kecil seperti udang, sotong, ketam, dan ikan kecil, berbanding yang telah dibungkus.
- jika membeli belah di pusat membeli belah, kita boleh meminta bantuan pekerja di situ untuk menyiang ikan dan membersihkan ikan. Mereka akan bantu untuk membuang isi perut ikan dan kita akan bawa balik ikan yang bersih.
Lihat betul-betul terhadap daging lembu dan ayam yang dibeli
- Pastikan bungkusan di bungkus dengan ketat dan rasa sejuk ketika disentuh
- Pilih ayam yang kelihatan merah, bukan kelabu
- Jika pilih ayam seekor, minta bantuan pekerja untuk memotong ayam tersebut dengan belahan separuh, belah 4, belah 8, belah 16 bahagian dan sebagainya.
- Jika tarikh luput hampir dekat tidak perlu membelinya
- Pilih yang ada tanda halal (ini bagi membeli belah di supermarket)
- Pilih daging dan makanan segar di saat akhir sesi pembelian
- Minta plastik yang berasingan bagi mengasingkannya dengan sayur-sayuran dan barangan lain di dalam troli. masukan ke dalam bakul berasingan jika perlu
Sesampai nya di rumah
- Bersihkan dan simpan mengikut kategori.
semoga sedikit sebanyak dapat memberi info dan boleh dimanfaatkan, sampai disini dahulu, kita sambung lagi di lain waktu
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
0 comments:
Post a Comment