Pages

Wednesday, 12 June 2013

Tips Membeli Belah Barangan Dapur

Teks : Khairunnisa Hamzahara

Assalammualaikum pembuka bicara


Merancang waktu membeli belah
Sekejap lagi saya bakal pergi membeli belah untuk barangan dapur untuk minggu ini. Kebiasannya suami akan menemani namun jika suami sibuk (maklumlah saya pergi membeli belah ketika waktu orang bekerja sebab alhamdulillah kini saya bekerja sendiri jadi dapat bijak menggunakan masa emas sendiri bagi elakkan kesesakan di pusat membeli belah saya lebih gemar untuk membeli belah ketika orang lain sedang keluar ke pajabat. Lenggang dan mudah mendapat pertolongan dan khidmat pelanggan sepenuhnya dari pekerja supermarket :) ) suami akan drop kan saya dan anak-anak. Setelah selesai saya akan hubungi suami semula. Anak-anak akan melompat dan kata "yes" sebaik sahaja suami meninggalkan kami. Itulah telatah yang amat melucukan. 
Gambar: Di Awal pagi, kedai semua dalam proses persediaan untuk dibuka.



  Persediaan Sebelum Keluar Membeli Belah

Kami akan keluar ke pusat membeli belah pada tengah hari nanti jadi masa pagi saya sudah buat persiapan dahulu, ini saya belajar dari sebuah filem orang putih. Apa yang diajar setiap hari catatkan di sehelai kertas dan tampalkan di peti sejuk dengan menggunakan magnet. Buat catatan/list barang keperluan yang dah habis digunakan. Misalnya sudah kehabisan telur, sos, dan tisu dapur, maka kita catatkan di kertas tersebut. 

Kemudian bila tiba hari yang kita dah rancang/berkesempatan untuk berkunjung ke pusat membeli belah barangan dapur, kita catatkan semula barangan yang kita telah list kan di peti sejuk tadi pada smartphone kita atau pada buku nota dalam tas tangan kita. Terpulang kepada bagaimana kita menangani stok barangan keperluan rumah. Bagi saya ada barangan yang bertahan seminggu dan ada yang 2-3 hari saja dah habis (beli sikit sebab kalau beli sekali banyak cepat rosak kalau tidak menggunakannya, contohnya sayuran)

Saya lebih gemar berkunjung ke pusat membeli belah barangan dapur berbanding kedai runcit, kerana, barangannya lengkap, hampir semua yang di cari ada disitu. Kadang-kadang ada yang menyediakan kemudahan seperti surau, sudut kanak-kanak, bilik menguruskan anak-anak, tandas, kedai makan, dan macam-macam lagi. Saya akan amik peluang ini sekali seminggu untuk bersama anak-anak dan suami.

Gambar: Menggunakan troli memudahkan pengangkutan barang dan anak-anak kecil :)

Semasa Membeli Belah

Anak perempuan (4 tahun) dan anak lelaki (2 tahun) saya gemar ikut saya membeli belah kerana ia ibarat sesi pembelajaran mereka,kebanyakkanya saya hanyalah window shopping. Semasa menelek barang, saya akan menerangkan kepada anak-anak ini barang apa dan bagaimana menggunakannya. saya akan tunjukkan juga contoh barang yang baik dan contoh barang yang tidak patut dibeli. Tak kiralah barang kategori apa, dari barang mainan dan pembelajaran mereka sampai lah ke barang dapur. Suami sudah masak dengan saya, saya boleh habiskan masa seharian di sebuah shopping complex  bersama dua orang cahaya mata saya ini.Anak-anak tidak jemu malah turut suka habiskan masa bersama mommy nya untuk mengenal barang-barang dan teknologi terkini.

Dengan cara ini saya dapat mengawal anak-anak. Ia bermakna mereka turut sama membuat pemilihan barang. Jadi mereka tiada masa untuk berlari-lari atau bermain-main. Saya pernah membaca satu artikel yang menerangkan bahawa anak-anak ini senang di kawal apabila kita mengawal minda dan emosi mereka. Ia nya akan hanya memenatkan jika kita marah mereka untuk bertempiaran lari, kemudian setelah dimarahi mereka akan berhenti seketika, mereka menanti arahan kita seterusnya, namun kecewa bila kita fokus kepada perkara lain (mencari barang semula tanpa mempedulikan anak-anak), maka mereka akan bertindak seperti tadi semula. Jadi langkah yang bijak, kita mengajak sekali mereka memilih barang dan memperkenalkan barang kepada mereka sekaligus menambah pengetahuan mereka dan menjadikan mereka lebih bijak dari Usia Mereka!



Panduan Membeli Belah Barangan Dapur
Bagi saya membeli keperluan dapur adalah langkah pertama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan seisi keluarga terjamin. Sebagai seorang ibu/isteri, saya perlu mengetahui cara untuk memilih makanan basah dan makanan kering. Silap memilih akan menyebabkan pelbagai penyakit yang puncanya dari pemakanan. Saya akan memastikan setiap barang itu berkualiti bermula dari senarai barang yang perlu dibeli disenaraikan sehingga makanan terhidang di atas meja makan dengan mengikuti garis panduan ini yang boleh di dapati di website : http://www.eatright.org/Public/content.aspx?id=6384


Membeli dengan teratur

  • Semasa menolak troli, kumpulkan barangan kering dan barangan yang telah dibungkus seperti barangan dalam tin/kotak terlebih dahulu. 
  • Kemudian baru mencari barangan segar yang perlu disejukan atau dibekukan.
  • Berhenti pada rak barangan basah seperti daging dan ikan pada saat akhir sebelum ke kaunter pembayaran. 
  • Satukan barangan basah dan sejuk ini pada satu sudut yang sama di dalam troli agar kekal sejuk dan tidak membasahi barangan lain seperti kotak.


Pilih sendiri barangan segar

  • Jika pergi ke kedai runcit pergilah seawal pagi kerana barangan segar dihantar ke kedai itu oleh petani di awal pagi. Jika di pasaraya kemungkinan barangan segar boleh diperolehi walaupun telah petang. Namun ia ikut kepada keadaan pembekal.
  • Lebih baik pilih sendiri barangan segar dari mengambil sahaja barangan segar yang telah siap dibungkus. Barangan segar yang telah siap dibungkus kebiasaannya dicampurkan antara yang segar dan yang telah layu bagi keuntungan pembekal.
  • Jangan ambil barangan segar yang ada sedikit layu, rosak, atau berkulat kerana ia akan merebak pada keseluruhan barangan tersebut.
  • Beli sedikit sahaja tak perlu banyak mengikut keperluan saiz keluarga untuk seminggu bagi mengelakkan barangan segar rosak dalam peti sejuk yang kebiasaannya dapat tahan dlm seminggu sahaja.
  • Beli juice yang dibuat dari perahan buah sebenar bukan kordial

Semak kesegaran barangan segar dan hasil tenusu

  • Semak tarikh luput barangan seperti Roti dan susu segar
  • Apabila membeli telur, beli yang disejukkan (kurang masuk angin)
  • Pastikan telur tersebut telah dibersihkan dan tidak ada yang pecah/retak
  • Beli barangan segar dan hasil tenusu pada waktu terakhir sebelum ke kaunter bayaran bagi membiarkan barangan tersebut berada lebih lama di dalam peti sejuk pusat membeli belah tersebut

Memilih Makanan Laut

  • Beli ikan segar dan makanan laut yang telah diiktiraf ramai akan kualitinya
  • Pastikan ikan masih dalam keadaan sejuk. Pastikan juga ikan kelihatan berkilat dan lembut, matanya tidak merah, dan baunya masih segar dan lembut, berbanding memilih ikan yang telah ditindan-tindan.
  • Lebik elok lagi untuk membungkus ikan dan makanan laut bersama-sama ais dan disimpan di dalam kotak penahan suhu sejuk. Ia boleh tahan kesegaran makanan laut tersebut sebelum dialih ke peti sejuk di rumah.
  • elok memilih sendiri makanan laut yang kecil seperti udang, sotong, ketam, dan ikan kecil, berbanding yang telah dibungkus. 
  • jika membeli belah di pusat membeli belah, kita boleh meminta bantuan pekerja di situ untuk menyiang ikan dan membersihkan ikan. Mereka akan bantu untuk membuang isi perut ikan dan kita akan bawa balik ikan yang bersih.

Lihat betul-betul terhadap daging lembu dan ayam yang dibeli

  • Pastikan bungkusan di bungkus dengan ketat dan rasa sejuk ketika disentuh
  • Pilih ayam yang kelihatan merah, bukan kelabu
  • Jika pilih ayam seekor, minta bantuan pekerja untuk memotong ayam tersebut dengan belahan separuh, belah 4, belah 8, belah 16 bahagian dan sebagainya.
  • Jika tarikh luput hampir dekat tidak perlu membelinya
  • Pilih yang ada tanda halal (ini bagi membeli belah di supermarket)
  • Pilih daging dan makanan segar di saat akhir sesi pembelian
  • Minta plastik yang berasingan bagi mengasingkannya dengan sayur-sayuran dan barangan lain di dalam troli. masukan ke dalam bakul berasingan jika perlu

Sesampai nya di rumah

  • Bersihkan dan simpan mengikut kategori.
(Cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk akan dikongsikan di entry yang lain)

semoga sedikit sebanyak dapat memberi info dan boleh dimanfaatkan, sampai disini dahulu, kita sambung lagi di lain waktu 
  
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

No comments:

Post a Comment