Pages

Wednesday, 12 June 2013

Kelas Asas Blog

Teks : Khairunnisa Hamzahara
Assalammualaikum kepada semua pembaca sekalian

Keputusan yang saya buat selepas meletakkan jawatan menjadikan saya seorang ibu yang tinggal bersama 2 orang cahaya mata 24 jam sehari. Saya gembira dengan keputusan saya, tiada lagi orang atasan atau orang bawahan seperti dalam organisasi dan birokrasi ketika bekerja di pejabat. Hampir setahun saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Namun disebabkan Allah menganugerahkan minda yang aktif dan badan yang sihat menyebabkan saya tidak boleh duduk diam di rumah. Ada sahaja yang saya buat untuk memastikan ilmu yang ada semakin berkembang dan boleh dimanfaatkan orang lain. 

Saya pernah mempunyai sebuah blog yang saya bina ketika mula-mula berkhidmat di sebuah agensi kerajaan pada 4 tahun yang lalu iaitu : http://nuanisa.blogspot.com/ sejak awal saya menulis blog saya telah memikirkan idea untuk berkongsi tentang apa sahaja dengan masyarakat umum di luar sana. Saya merasakan ada satu jiwa yang bergolak di sebalik kehidupan saya yang penuh dengan rutin dan tugasan di pejabat. Selama 4 tahun saya perhalusi jiwa saya, saya makin nampak dan saya yakin saya gemar berkongsi, namun siapa saya, bukannya seorang pakar motivasi yang terkenal, bukan pula seorang pakar kediaman yang diminati ramai. Namun ia tidak mematahkan semangat saya.

Saya cuba mencari website dan sumber rujukan lain yang boleh mebantu saya untuk menulis sebuah website atau blog dengan cara yang baik dan berpengaruh. Lama juga saya mencari. Hampir 2 tahun sebelum saya meletakkan jawatan sebagai penjawat awam. Sebulan sebelum saya meletakkan jawatan saya terjumpa sebuah ebook JanaWangDari Rumah hasil penulisan Kak Masayu Ahmad. Saya tanpa berpikir panjang dan tanpa berbincang dengan suami saya membeli ebook ini. Sejak hari itu saya gemar mengikuti catatan Kak Masayu Ahmad yang membawa kepada keterbukaan hati saya dan nekad untuk melepaskan jawatan dan pualng ke rumah dengan hati berlapang dada dan berbekalkan sedikit panduan. 

Melayari kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa selama 1 tahun menjadikan saya gemar mencuba apa sahaja, saya membuat dan mengedar cheesetart, saya menceburi bidang perniagaan hartanah, saya membantu suami berniaga insurans, saya mengamalkan ilmu senibina saya dengan membantu jiran membuat pelan ubahsuai, membantu rakan-rakan membuat 3D hiasan dalaman, saya ambil upah membuat 3D perabot jenis bina dalam dan pelbagai lagi, tak terlepas juga dari menjadi guru tadika di tempat anak saya sekolah dan membuat lukisan mural di dinding tadika tersebut dengan upah yang lumayan. Pendek kata semuanya saya cuba. Namun saya pasti ada satu perkara yang saya inginkan sangat dan saya perlu keluarkan dari diri saya

Saya tak tahan lagi, lalu saya beranikan diri menyapa kak Masayu Ahmad dalam FB. Saya bertanyakan beliau bagaimana beliau membuat jadual rutin harian, lalu beliau mencadangkan agar saya masuki kelas beliau. Beliau menyakinkan saya untuk membuat sebuah blog yang berkongsi dengan pembaca tentang kepakaran saya dan maklumat yang saya nak sangat berkongsi kepada orang ramai dengan cara penulisan yang berpengaruh agar sentiasa dipilih untuk dibaca dan dimanfaatkan bukan terbiar begitu sahaja.

Akhirnya pada bulan April yang lalu saya mula mendaftarkan diri dan ketika itu saya tidak mempunyai laptop sebab laptop saya ada di service centre. Kebetulan masa itu saya sibuk pula mengikuti suami outstation dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk berblog. Alhamdulillah kak Masayu faham keadaan saya dan selepas pilihanraya saya mula nekad untuk start menuntut ilmu dengan kak masayu secara serious.


Alhamdulillah, satu persatu beliau mula tunjuk kan langkah. Beliau membuat analisa terlebih dahulu kepada saya tentang apa minat dan kepakaran saya. Banyak yang saya ceritakan, namun akhirnya kak Masayu terbau akan kepakaran saya dan menyakinkan saya untuk menulis tentang satu kepakaran untuk dikongsi bersama masyarakat. Saya rasa bertuah kerana kak Masayu memberi tunjuk ajar seakan-akan pensyarah ketika saya membuat degree dahulu. Memberi pencerahan terhadap tajuk dan pecahan bab terhadap tajuk utama tersebut.

Kini saya rasa bersemangat dan teruja untuk menulis blog. Makin hari makin dapat rentaknya. Kata kak Masayu, perlahan-lahan, lama-lama saya akan boleh menulis 5-10minit untuk satu entry. Tak sabar rasanya. Kini saya masih berguru dengan beliau dengan pengharapan akan menghasilkan sebuah ebook yang boleh diletakkan di pasaran. Moga hasil penulisan ini menjadi tapak untuk saya mencambahkan ilmu saya. Andaikata satu hari nanti nyawa ditarik kembali, catatan penulisan saya adalah antara bekalan untuk saya yang mana boleh dimanfaatkan dalam rutin kehidupan orang lain demi keluarga yang tersayang akan terbela sebuah agama dan negara.

Bagi yang ingin mengikuti kelas ini saya sangat menggalakkan, ia bukan semestinya untuk mereka yang telah berhenti kerja malah boleh juga bagi mereka yang sedang bekerja. Kelas ini dijalankan secara flexible di mana kita bersoal jawab dan mendapat tugasan serta dokumen maklumat secara online sahaja. Ikut bila-bila masa yang kita selesa dan boleh kita luangkan. Jika Kak Masayu tidak online, kita boleh tinggalkan massage sahaja dan beliau akan jawab apabila sekembalinya beliau di atas talian. Sangat mudah dan berkesan. Kita juga akan dimasukkan ke dalam sebuah group tutorial di mana kita akan bertemu protege-protege yang lain. Yang pasti setiap dari protege akan menghasilkan sebuah ebook yang pertama dalam hidup bersama kak Masayu di akhir kelas ini. Pasti teruja kan? Begitu juga dengan saya. Semoga saya diberikan kudrat untuk menghasilkan ebook Panduan Lengkap Kediaman Anda pada masa terdekat ini. Insyaallah..aminn

untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh layari di sini :

3 comments:

  1. wah, ni blog baru ke nisa ? selamat membuat blog yang mantap

    ReplyDelete
  2. Ya blog baru yang diharap penulisannya lebih professional berbanding blog peribadi lama yang dulu :)

    ReplyDelete