Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
Alhamdulillah entry berkenaan Rumah Jenis Bertingkat telah pun selesai , sekarang ni tibalah mood dan semangat untuk berkongsi perkara dan panduan berkenaan Rumah Jenis Teres pula (Terrace House)
Gambar: kenangan terindah-Anak-anak di hadapan rumah teres kami di area bangi pada satu ketika dulu :) |
Rumah teres vs Rumah Panjang
Rumah jenis teres ini dah lama wujud di Malaysia dan di luar negara. Di malaysia rumah teres yang masih penuh dengan identiti kemasyarakatan dan traditional adalah rumah panjang di sarawak. Konsep rumah teres masakini tidak banyak bezanya dengan rumah panjang melainkan paras rupa, bahan dan kos pembinaannya sahaja. namun demikian rumah panjang sarawak penuh dengan kebudayaan dan nilai-nilai kemasyarakatan berbanding rumah teres sekarang kerana dengan adanya konsep kaki lima/beranda dan laluan berlantaikan dan bertongkatkan buluh dan rotan yang merapatkan ukhuwah sesama penghuni. Jika di lihat konsep rumah teres moden sekarang, masing-masing berhadapan dengan jalan tar yang mesra untuk kereta sahaja.
Gambar : kaki lima rumah panjang. sememangnya untuk penghuni bukan untuk kenderaan. berjalan kaki eartkan ukhuwah. kenderaan diletakkan di bawah (rumah panjang ini ditinggikan bagi mengelakkan kemalangan dan serangan haiwan liar) |
Gambar : kaki lima rumah teres tiada. keluar terus ke jalan tar yang lebih "friendly" dengan kenderaan |
"Honey Comb"
Walaupun demikian, dengan kesedaran kemanusiaan yang semakin meningkat, ada juga pemaju yang mewujudkan rekabentuk rumah yang berkonsepkan "double frontage" di mana di bahagian hadapan berhadapan dengan tamandan bahagian belakang merupakan laluan kereta dan laluan bertar. Jadi tempat pertembungan dan tempat sosial kejiranan adalah di bahagian taman manakala tempat pertembungan kenderaan di bahagian jalan tar. kedua-dua bahagian ini di rekabentuk sebagai bahagian depan, maka sebab itu ia dipanggil "double fronted".
Gambar: contoh Bahagian yang biasanya dijadikan bahagian belakang dijadikan bahagian mengadap taman dan untuk tujuan pertembungan sosial sesama penghuni |
Kebanyakkan design rumah yang sedemikian menggunakan pakai konsep "honey comb". Layout begini mengetengahkan "small courtyard" (taman2 kecil) pada setiap kelompok. Kini ia telah digunapakai di Malaysia sebagai alternatif kepada konsep rumah teres sediada bagi meningkatkan mutu kehidupan dan kejiranan walaupun di tengah-tengah bandar.
Gambar: Kualiti kehidupan berbanding rumah teres sediaada. |
Gambar: Disebelah kiri rumah teres biasa sediaada, manakala di sebelah kanan dan ke belakang adalah rumah berbentuk honey comb yang dikenali di malaysia sebagai cluster house |
Ini entry lama saya semasa menguruskan blog peribadi di nuanisa blogspot
7 LOKASI KEDIAMAN TERBAIK DILEMBAH KLANG TAHUN 2010/ 2011
Gambar: diambil ketika mula2 kami pusing-pusing mencari rumah di alam sari pada tahun 2010 |
Secara
umumnya kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu
pada pembangunan sedarhana sehinggalah penempatan mewah khususnya
dibandar-bandar utama.
Dari
pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina pada suku
pertama tahun 2010/2011 adalah hartanah yang berada pada harga RM400,000
keatas yang mewakili 81% pembangunan hartanah baru. Walau bagaimanapun
keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah
berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.
Jika
disusuri setiap pemaju dan lokasi yang cadangkan ini, hampir kesemua
pemaju yang tersenarai mempunyai model pembangunan yang serupa iaitu
pembangunan sebuah bandar pintar. Setelah membuat perbandingan
menyeluruh, Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Bandar Pintar Terbaik Pada Tahun 2010 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-
1. Bukit Jelutong, Shah Alam (Sime Darby)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
Laporan ini berdasarkan skor kredit pada lokasi
dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan,
spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai
tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat
sekurang-kurangnya 5 tahun.
Dari
perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, terdapat permintaan
dan tren pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur; manakala
daerah Hulu Langat bakal terus mencatatkan permintaan yang berterusan.
Daerah
Sepang kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan
pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara
berperingkat. Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Putrajaya
dan KLIA ia menjadikan Sepang sebagai lokasi berpotensi untuk
diterokai.
Dari
sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti
Bangsar, Damansara Heights, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan
tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan
menjadi pilihan.
Secara
keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada
tahun ini mungkin akan mengalami sedikit penurunan. Walau bagaimanapun,
nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur,
Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan
singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke
penghujung tahun.
Tujuh
lokasi terbaik pembangunan kediaman untuk tahun 2010 adalah satu
cadangan dari pihak editor Drumah.com untuk komuniti majalah hartanah
online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang
lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel
ini.
Bagaimana dengan anda?ketika ini telah cecah tahun 2013. pastinya berlaku peningkatan harga rumah yang melampau. sebelum membuat keputusan pastikan anda telah buat kajian terlebih dahulu. Bijak lah merancang. Rumah yang dibeli haruslah menjadi Aset (harta) bukan liabiliti (tanggungan). Ini akan dibincangkan dalam entry (Rumah sebagai aset)
Ok..cop..iklan sikit, Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli rumah di kawasan ALAM SARI (salah satu dari 7 lokasi strategik yang dibincangkan di atas) boleh hubungi saya di: khairunnisahamzahara@gmail.com (maklumlah saya ni bekas kejiranan di sana-kini dah berpindah- so banyak kenalan dan jiran di sana. mudah untuk dapatkan contact dan penjual) :)
Ok, next kita akan bincangkan serba sedikit berkenaan dengan rumah teres ni. Cuba kita pikir balik rumah teres ni ada berapa jenis? bagi saya rumah teres ini terdiri daripada :-
Ok, next kita akan bincangkan serba sedikit berkenaan dengan rumah teres ni. Cuba kita pikir balik rumah teres ni ada berapa jenis? bagi saya rumah teres ini terdiri daripada :-
- rumah teres kos rendah
- rumah teres kos sederhana
- rumah teres kos tinggi (atau disebut "superlink house")
- rumah teres berpagar dan berpengawal keselamatan ("gated")
Rumah Teres Bertangga
- Satu tingkat ( tiada tangga)
- Satu tingkat setengah ( ada antara 11- 21 anak tangga)
- Dua Tingkat (ada > 21 anak tangga)
- Dua Tingkat Setengah (ada 32 -42 anak tangga)
- Tiga Tingkat ( ada dalam > 60 anak tangga)
isu-isu penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan rumah yang banyak anak tangga di dalam rumah adalah keselamatan anak-anak terutamanya anak-anak yg masih bayi yang ghairah untuk mencuba.
Gambar: Sistem lift seat untuk membantu orang kurang upaya menaiki tangga |
Berlainan pula dengan isu orang kurang upaya dan juga orang tua kita untuk menaiki tangga. sekiranya tinggal di dalam rumah tersebut , jika di luar negara , mereka menggunakan sistem seperti di atas (sesuai untuk rumah 3 tingkat :)) Di Malaysia sistem ini telah pun sampai. Baru-baru ini di pameran Homedec di KL convention centre ada satu supplier yang mempamerkan dan mendemostrasikan sistem ini kepada pengunjung. Pengunjung bole mencuba menggunakan sistem ini.
Jadi, nampak, kan? faktor pemilihan rumah sangat penting dan perlu diambil kira dari pelbagai segi dan sudut. Faktor-faktor lain akan dibincangkan dalam entry cara hidup sekeluarga
Fasiliti
Sebelum membeli sebuah rumah teres, saya menasihatkan agar menimbang beberapa perkara. Ini sesuai bagi mereka yang punya pilihan. Misalnya membuat pembelian di peringkat awal dan terlibat dalam proses undian/cabutan/pilihan/ no rumah yang berkenan. Jika anda dalam kategori ini, suka saya untuk memberi sedikit panduan
- Cari unit rumah yang tidak menghadap unit rumah lain. Ini akan memberikan kelapangan buat anda dan tetamu yang datang kerumah (boleh parking kereta di depan rumah dan di tepi jalan raya) jika rumah menghadap unit lain, leceh sedikit tetamu nak parking. kemungkinan terpaksa parking di sisi rumah jiran lain (mengganggu)
- berdekatan dengan taman permainan atau kawasan terbuka. elakkan memilih kawasan belakang dan sunyi. kawasan lapang dan taman permainan boleh dijadikan lokasi untuk barbeque jika ada jamuan makan sesi keluarga dan tetamu kita. (bg rumah yang betul2 bersebelahan taman permainan atau kawasan lapang) kawasan belakang dan sunyi membahayakan misalnya jika berlaku pecah rumah, kurang mata yang memerhatikan.
- pilih unit rumah yang berhampiran surau (jika kawasan rumah tersebut dilengkapi dengan kemudahan surau) agar senang dengar azan, mudah jalan kaki ke surau. tak perlu bawa kereta atau motor
- cari unit yang menghadap lampu jalan. untung-untung tak perlu buka lampu tembok di depan rumah ketika malam atau ketika pulang beraya kerana penangan lampu jalan yang terang dan suluh sekali dalam kawasan rumah kita
- cari rumah yang berdekatan dengan kedai-kedai dan kemudahan lain yang kita perlukan
Gambar: kenangan di rumah alam sari kami-rumah tidak mengadap unit rumah lain |
Gambar: rumah berhampiran dengan taman permainan atau kawasan lapang. beri peluang untuk anak-anak beriadah dan bersantai di petang hari/masa cuti |
Pengalaman Penulis:
Kehidupan di alam sari banyak memberikan kenangan manis. Rumah yang diduduki adalah merupakan rumah jenis teres kos sederhana dan merupakan rumah teres 2 tingkat. Kami bertuah kerana memperolehi unit yang tidak menghadap unit rumah lain, malah menghadap ke surau. Dekat untuk jalan kaki ke surau. Dekat untuk ke taman permainan. Mudah untuk pasang khemah bila adakan majlis jamuan makan.
Rumah 2 tingkat saja sudah cukup melenguhkan kaki. setiap hari berapa kali ulang alik turun naik tangga. Anak-anak yang masih kecil dan aktif pula kuat mencapakkan baran dari tingkat atas. sesampai di bawah barang tersebut pecah dan berderai. Untuk orang tua kita perlu sediakan bilik tetamu di bahagian bawah.
Dari pengalaman tinggal di dalam rumah teres 2 tingkat, membuatkan saya dan suami berpakat untuk mencari rumah jenis setingkat sahaja. Biar rumah tersebut rendah tanpa tangga, janji lebar dan luas. (selesa) :)
Sampai di sini dulu perkongsian saya, jika ada penambahan, saya akan tambah kemudian.
sebarang pertanyaan boleh bertanya di
khairunnisahamzahara@gmail.com
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
7 comments:
Assalamualaikum kak..Saya ada email akak,dan saya ada tinggalkan numb telefon saya sekali..Harap akak sudi berkongsi dan menjawab pertayaan saya yer..terima kasihh :)
Sharing is caring, i love your blok dan banyak info yg menarik utk perkongsian berguna. Thumb up. GOOD
Sharing is caring, i love your blok dan banyak info yg menarik utk perkongsian berguna. Thumb up. GOOD
Sharing is caring, i love your blok dan banyak info yg menarik utk perkongsian berguna. Thumb up. GOOD
jalan masuk dan keluar memang jalan reko je kan? Pagi2 waktu keluar ke pejabat jem x?
We offer the best tinted film price with highest quality. Sun Ice Tinted Workshop located at No.25A, Jalan PP 2/5, Taman Putra Prima, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Contact us for free Quotation at 03- 8066 4432 / 018-257 2826. Sun Ice Tinting Supplies offer various type of tinting film, window film, glass film, solar window film and including tinted Roll, Tinted Tools and Tinted Percut. W/site : www.sunicetint.com.my
Tq
Post a Comment