NUFFNANG

Thursday, 23 May 2013

Rumah Jenis Bertingkat



Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca blog
Alhamdulillah di pagi yang cerah dan tenang ini saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk berkongsi sedikit info berkenaan dengan persediaan untuk memiliki rumah kediaman. Untuk Entry permulaan ini, saya akan berkongsi maklumat tentang rumah jenis bertingkat. 


Gambar: dari google


Sebelum pergi lebih jauh tentang rumah jenis bertingkat ini, sukalah saya untuk berkongsi info bahawa rumah terbahagi kepada geran/hakmilik persendirian atau geran/hakmilik strata. Bagi rumah jenis bertingkat ia adalah termaktub kepada rumah jenis Geran (hakmilik) Strata (strata title). Apa maksud Geran Strata? 
SOALAN LAZIM BAHAGIAN HAKMILIK STRATA

 
Gambar: buku akta hakmilik strata 1985 yang boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, Pelangi dan sebagainya. Pembeli dinasihatkan rujuk akta ini untuk mengetahui hak2 pembeli dan tindakan-tindakan yang boleh aiambil oleh pembeli terhadap pemaju


 



S :Apakah yang dimaksudkan Hakmilik Strata?
J :Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 Akta Hakmilik Strata 1985). 

Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.



Gambar : dalam setiap pembahagian tingkat terdapat pecahan unit dan petak lagi yang berpemilikan lain-lain tuan




S :Bilakah Hakmilik Strata perlu dipohon?
J :Permohonan boleh dibuat oleh pemaju/pemilik tanah walaupun bangunan yang telah siap dibina itu belum dikeluarkan Sijil Menduduki (C.F.). Namun, Permohonan sedemikian hanya akan diluluskan oleh PTG setelah hakmilik tetap dan Sijil Menduduki penuh diperolehi.




S :Bagaimanakah caranya memohon Hakmilik Strata?
J :Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan bayaran dan lain keperluan seperti dalam senarai semak.




S :Mengapakah Hakmilik Strata perlu dipohon dan didaftarkan?
J :Ia bertujuan untuk menjamin kepentingan pembeli rumah berbilang tingkat sebagai pemilik berdaftar dari segi pegangan hakmilik strata. 

Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemilik petak berdaftar adalah:- 
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer setiap petak.
  • Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagi bangunan ditamatkan atau tanah dijual.
  • Hak ke atas pampasan insuran akibat dari bencana alam.
  • Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya.
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya seperti membuat urusniaga (pindahmilik, memajak, menggadai dan sebagainya).


S:Apakah yang dimaksudkan dengan Petak?
J:Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.

Gambar: satu unit rumah untuk satu tuan adalah di kira sebagai satu petak




S:Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?
J:Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata

Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

Gambar: Ini contoh cadangan condominium mewah di mana parking kereta (unit aksesori)  2 lot untuk setiap unit (petak) yang ditempatkan terus dihadapan unit (petak) :)





S:Apakah yang dimaksudkan dengan Perbadanan Pengurusan?
J:Terdiri daripada pemilik-pemilik petak di dalam skim strata. Ia terbentuk secara automatik bila hakmilik strata didaftarkan melalui Buku Daftar Strata.



Gambar: contoh pejabat pengurusan yang disekalikan dengan cyber cafe di bangunan kondominium/apartment





S:Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Bersama?
J:Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori 

contoh: seperti tangga, bumbung, taman dan sebagainya.


Gambar: contoh taman riadah, playground dan swimming pool untuk digunakan bersama oleh setiap penghuni/ tuan petak. (saya pernah ke sini ketika kenalan jemput untuk hadir jamuan makan yang dibuat di bahagian ruang terbuka dan dewan bersebelahan swimming pool. Dewan adalah percuma sebab termasuk dalam management fee yang dibayar setiap bulan. cuma apabila ingin menggunakannya maka kene bayar wang booking dan wang sewa kerusi meja dan ia cuma rm80 sahaja! :)




S:Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Syer?
J:Setiap petak diumpukkan unit syer dan ditunjukkan di dalam pelan strata. Jumlah umpukan unit syer adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz petak, lokasi petak, harga jualan petak, harga pasaran petak dan lain-lain. Pembayaran caruman adalah berdasarkan umpukan unit syer   bermaksud semakin besar unit syer makin tinggi caruman yang dibayar. 



Ok, sekarang dah jelas tak dengan jenis hakmilik sekiranya membeli rumah bertingkat? jika dah jelas kita teruskan dengan penghuraian lanjut tentang jenis2 rumah bertingkat ini.
Rumah jenis bertingkat kebiasaannya berada di dalam kawasan Bandar atau di pinggiran Bandar di mana jumlah penduduknya ramai dan Tanah di kawasan tersebut mahal dan limited. Untuk pengetahuan pembaca semua, Rumah jenis bertingkat ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis rumah. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Di sini saya akan cuba huraikan sedikit sebanyak agar rata-rata yang sedang mencari rumah jenis bertingkat ini dapat info yang sebetulnya.

Rumah Jenis Bertingkat terbahagi kepada 5 jenis iaitu:-
  1. Kondominium
  2. Apartment
  3. Service Apartment
  4. Rumah Pangsa
  5. Town House

1.KONDOMINIUM
Keluasan           : paling luas dan selesa (ada juga jenis studio house (tak ada bilik))
Harga                : lebih mahal berbanding jenis yang lain (ikut kawasan)
                           kebanyakkan kondominium adalah jenis mewah
Fasiliti              : pengawasan sekuriti
                           swimming pool
                           gymnasium
                           taman permainan
                           taman rekreasi
                           library
                           clubhouse
                           dewan serbaguna
                           parking kereta ( sekarang minimum 2 lot)
                           kindergarten & child care centre (tadika dan pusat asuhan kanak-kanak)
                           clinic
                           surau
                           mini shop (kedai barangan harian penghuni)

                           
 Kelebihan :
-rekabentuk elegant dan mewah (sebab namanya "kondominium")
-lengkap dengan pelbagai fasiliti kegunaan harian dan mingguan (mudah bg penghuni)
-selamat dengan system sekuriti (tidak risau anak-anak menggunakan sendiri kemudahan2 yg disediakan)

 
 Contoh Kondominium: 
Tijani 2 North, Kenny Hills




Built-up 2,827 sf       Type Condominium
Asking RM 2,035,440(RM 720 psf)       Furnishing Unfurnished
Listing For Sale       Layout -NA-

TIJANI 2 NORTH is a luxury low rise residential located in one of the most exclusive neighborhood in Kuala Lumpur, Kenny Hills. The name itself portrays its exclusivity, luxury and privacy offered, as Tijani means "crown jewel" in Arabic. The location is very central just a fe wminuts away from Tun Razak Hockey Stadium and Sports & Government Complex, Among its immediate negihbourhoods are Sri Hartamas, Dutamas and Taman Duta.

(sumber :http://www.propwall.my/classifieds/1143375/tijani-2-north-kenny-hills-condominium-for-sale-by-gwen-ng)



2. APARTMENT

Keluasan  : Sederhana antara 600sft - 1600sft atau lebih
Harga       : Sederhana (ikut kawasan. normally antara rm300k - rm600k)
Fasiliti      : Awas! Kalau jenis walk up apartment , tu maksudnya kene naik tangga 
                  (tiada kemudahan lift) kebiasaannya walkup apartment ini sampai 4 tingkat
                  sahaja (5 tingkat kalau termasuk tingkat yang bawah sekali -ground level)

Kemudahan yang disediakan terpulang kepada pemaju. Ada pemaju yang tidak menyediakan kemudahan kecuali fasiliti asas yang diwajibkan oleh pihak berkuasa seperti parking kenderaan, tempat buang sampah dan taman permainan sahaja.

Bagi pemaju yang "good record" biasanya akan menyediakan pelbagai fasiliti/kemudahan sama seperti kemudahan yang diceritakan yang ada pada rumah jenis kondominium. Cuma bezanya harganya tidak semahal dan rupanya tidak seeklusif rumah jenis kondominium.

Kelebihan:

-saiz rumah selesa dengan harga yang berpatutan
-lebih baik apartment yang jenis ada lift dan ada sistem security
-lebih prefer untuk ambil rumah jenis apartment jika berada di kawasan bandar
dan berpendudukan padat serta terdedah dengan pelbagai jenayah rompakan dan kecurian. 
-service mentainence turut disediakan. ini memudahkan pengguna untuk tidak terlibat dalam aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan kawasan rumah dan berhak menggunakan fasiliti yang ada



Gambar: Apartment yang tinggi ada lift dan option lift jika berlaku kebakaran dan kecemasan




Gambar : walkup apartment tidak disediakan lift. kene naik tangga dan maksimum 4 tingkat sahaja jika di malaysia. jika termasuk ground floor totalnye adalah 5 tingkat. walkup apartment famous di luar negara. Di malaysia juga banyak walk up apartment.



 3. SERVICE APARTMENT

Keluasan : Sama seperti keluasan apartment biasa

Harga      : Mahal sedikit dari apartment biasa kerana kemudahan yang disediakan lebih banyak dan berada di dalam lingkungan kemudahan komersial. di bina sekali dalam satu kawasan

Fasiliti     : sama seperti fasiliti apartment biasa namun apa yang menariknya ia dibina sekali dengan shopping kompleks dan kemudahan-kemudahan lain yang komersial. Samaada kemudahan ini di kongsi dengan orang luar atau hanya untuk penghuni sahaja. sekiranya service apartment ini dibina bersama sekali shopping complex, perancangan yang teliti akan dibuat di mana jalan masuk ke kediaman akan di rekabentuk laluannya privacy dan hanya boleh di access oleh pengguna sahaja seperti menggunakan kad sensor peribadi. kawasan dan tingkat parking kereta penghuni juga berasingan dengan parking kereta visitor dan orang luar.Selain itu, service yang di provide turut lengkap dengan kedai dobi, klinik, tadika, dan macam-macam lagi

service apartment di The Mines

 
Gambar: service apartment di midvalley. di mana midvalley merupakan shopping complex yang termasyhur di KL. oleh itu penghuni service apartment yang dibina bersama midvalley ini perlu tinggi sistem security nye. Penghuni di sini mudah untuk bershopping dan mendapatkan service2 yang lain seperti gunting rambut, dobi, clinic, mart..dan lain2






4. RUMAH PANGSA (FLAT)   

Keluasan  : Biasanya rumah flat mempunyai keluasan yang sederhana atau lebih kecil.
                  kebiasaannya hanya mempunyai 2 buah bilik.
                  jika ia mempunyai 3 buah bilik, kebiasaannya ruang dapur nye pula yang kecil
                 Rumah pangsa selalu dijadikan kuarters pekerja, asrama pelajar dan juga         
                 rumah pangsa kos murah. sesuai bagi mereka yang baru mendirikan rumah  
                  tangga, orang tua, dan juga mereka       yang            ditempatkan semula 
                  (berpindah kerana tanah sendiri diberi pamasan sebab kawasan tersebut 
                   hendak dimajukan)

Harga      : lebih murah berbanding apartment. bole dapat antara rm60k -rm200k (ikut lokasi)

Fasiliti     : fasiliti asas dan kebiasaannya diletakkan di kawasan rumah flat ini adalah taman permainan kanak-kanak, pondok2/wakaf2, parking kereta, rumah sampah. jika ingin penjagaan sekuriti, penghuni akan berpakat dan mewujudkan pondok jaga dan sistem palang. begitu juga dengan surau, ianya effort dan kerjasama penduduk flat tersebut

Kelebihan: Penghuni lebih gemar keluar dari unit kerana unit sendiri kecil dan tidak selesa bagi yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang rapat. Apabila keluar beriadah dan ke taman permainan misalnya, bole merapatkan silaturrahim sesama penghuni dan kenal sesama mereka.




 


5. TOWN HOUSE

Oh, apa itu town house? ok town house ni kita bole lihat di bandar-bandar. pernah tengok tak rupanye macam rumah teres tapi tingkat atas rumah orang lain manakala tingkat bawah milik orang lain. MAcam mana ini boleh berlaku? inilah yang dinamakan townhouse. Beberapa penghuni/tuan berkongsi lot. MEreka ini tertakluk juga dengan akta hakmilik strata. Tanah mereka milik pemaju dan management, mereka hanya miliki rumah mereka sahaja. Dan yang menarik dalam satu lot itu jugalah mereka berkongsi tapak letak kereta dan untuk ke unit rumah masing2 yg ditingkat atas , mereka akan menggunakan tangga atau lif ( dimalaysia biasanya tangga sahaja kerana townhouse dimalaysia kebanyakkan 2 tingkat sahaja. kadang2 bole jumpa yang tiga tingkat)

Keluasan   : Bergantung kepada pemaju. kebiasaanya keluasan nye selesa dan berbaloi
                   Namun ada juga town house yang dibina dengan saiz minimum sahaja.
                Tapi tak kurang juga ada yang bina town house dengan saiz yg lebih besar malah
                   ada yang 2 tingakat bagi satu unit

Harga       : bergantung pada lokasi kebiasannay harga sama mcm rumah teres (rm200k - rm400k)

Fasiliti      : kemudahan yang disediakan adalah tangga di luar rumah dan parking lot.

Kelebihan : Ada yang suka rumah bawah dan ada yang suka rumah atas. jadi siapa yang suka rumah bawah bole pilih rumah bawah, yang suka rumah atas boleh pilih rumah atas. (2 environment dan living style yg berbeza dlm satu kawasan :))



lihat pada gambar, ia kelihatan seperti rumah teres tetapi dalam satu lot itu terdapat 2 tingakat dan 2 lot parking yang dimiliki oleh 2 tuan yang berbeza


Ini contoh di luar negara di mana ini adalah tangga untuk ke unit masing-masing


Ini contoh tangga untuk rumah orang atas. laman di bawah ini dikongsi bersama antara orang atas dengan orang bawah :)




Pengalaman Penulis:

Sejujurnya saya sendiri pernah tinggal di rumah jenis townhouse dan rumah jenis walkup apartment. 

Rumah walkup apartment :-
Sebaik sahaja habis belajar di Universiti, saya dan suami sepakat untuk mendirikan rumahtangga. ketika itu suami sudah pun menyewa di sebuah unit di rumah jenis walkup apartment. Ketika itu saya sedang mengandung anak pertama. pengalaman saya tinggal di tingkat 3 sangat lah penat untuk memanjat tangga. kadang kala terpaksa berhenti di tengah2 tangga dek kerana keletihan. Rumah jenis ini saya lihat kebanyakkan penghuni adalah orang-orang bujang. iyelah lebih2 lagi orang bujang lelaki, mereka punya tenaga dan kuat memanjat tangga. Apa yang saya tidak berapa selesa ialah kita terpaksa membawa sampah harian sendiri baik basah atau kering turun dari tangga, bawa naik kereta dan hantar ke rumah sampah sebelum pintu gate keluar kawasan apartment. setiap hari begitu rutinnya. syukur alhamdulillah tak sampai 4 bulan kami berpindah ke KL pula meninggalkan rumah walkup apartment yang ketaknya nun jauh di rawang.

Rumah Townhouse

Kemudian kami berpindah ke rumah jenis Town House yang kebetulan ibu saudara suami saya tinggal di rumah jenis town house tersebut. So ibu saudar suami tinggal di bahagian bawah dan kami tinggal di bahagian atas. Parking kereta sama bole parking sebelah-sebelah. Namun untuk ke unit rumah kami, kami perlu memanjat 21 anak tangga ke atas. di bahagian atas ada balkoni kecil sebagai tempat letak kasut. yang tak seronoknya, samalah sampah perlu di bawa turun tangga dan diletakkan dalam tong sampah di bawah tangga luar. peti surat juga diletakkan bersebelahan peti surat orang bawah, so kene turun bawah tangga jika postmen datang. Namun rase lebih selamat dan selesa duduk di atas kerana orang bawah rumah mereka terdedah sbb rumah townhouse tidak dilengkapi dengan pagar. rumah orang bawah sering kedengaran di masuki pencuri

begitulah serba sedikit pengalaman saya. saya tinggal di town house ini selama 1 tahun lebih dan kemudian berpindah ke rumah teres yang dibeli oleh saya dan suami. ikuti kisah dan cerita2 menarik tentang rumah jenis teres pula di entry yang lain..

Sekian,
jika ada apa-apa pertanyaan lanjut bole email ke
khairunnisahamzahara@gmail.com

II KHAIRUNNISA HAMZAHARA II



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO