Teks: khairunnisa hamzahara
Gambar : Carian Google |
Kali ini ingin menyentuh tentang landskap dan taman untuk
kediaman pula. Rumah yang dilengkapi dengan taman merupakan kediaman yang
sering di impikan oleh setiap insan. Tidak kira lah sama ada taman itu kecil
mahupun taman yang luas. Tanpa taman, rumah bagaikan tidak berseri dan tidak
ada unsur kesegaran.
TAMAN YANG HILANG
Dalam konsep
pembinaan kediaman masakini terutamnaya rumah teres, kebanyakkan unit rumah
sudah tidak mempunyai taman. Ini kerana mengikut pemerhatian pemaju perumahan,
kawasan yang diperuntukkan untuk taman walau sekangkang kera luasnya, akhirnya
disimen oleh pemilik kerana dikatakan sukar untuk menjaga taman dan inginkan
kawasan parking kereta yang luas.
Ada juga
pemaju yang membuat konsep taman di dalam rumah dengan mengwujudkan lubang
angin (courtyard), namun akhirnya turut disimen dan ditutup dengan bumbung
semula oleh pemilik.
KEISTIMEWAAN TAMAN & PAHALA
KEPADA TUANNYA
Mungkin
ramai di antara kita tidak sedar akan keistimewaan taman pada manusia. Yang
difikirkan hanyalah masalah pengurusan taman yang akan dihidapi apabila
mempunyai taman di kediaman. Ini kerana rata-rata kita sibuk dengan kerja yang
membuatkan setiap orang keluar di awal pagi dan balik di lewat petang. Sabtu
Ahad juga kadang-kala terpaksa bekerja lebih masa. Jadi tidak dapat dilihat
mana masanya untuk menguruskan taman yang terdiri dari tumbuhan yang hidup dan
perlu dijaga tumbesarannya. Hakikatnya, manusia dan alam tidak dapat
dipisahkan.
Gambar: Carian Google |
Mendekatkan Diri Kepada
Pencipta
Frank Lloyd
Wright yang merupakan arkitek yang sangat terkenal satu ketika dahulu sehingga
kini, beliau sering menekankan tentang senibina perlu menghormati alam
semulajadi, manusia dan alam tidak dapat dipisahkan dan beliau percaya bahawa
alam merupakan ciptaan tuhan yang mendekatkan diri manusia dengan tuhan. Saya
memetik sedikit kata-kata beliau :
Walaupun sudah tiada lagi di dunia ini, pelajar-pelajar senibina dan arkitek-arkitek moden masih terus mengguna pakai konsep yang diketengahkan oleh beliau ini. Dengan mendekatkan diri kepada alam, kita melihat kebesaran Allah. Kita mengagumi ciptaan Allah yang unik, indah dan mendamaikan. Kita juga mempelajari sifat-sifat tumbuhan tersebut untuk menilai balik kehidupan kita. Tidak ada satu pun ciptaan di muka bumi ini berbentuk sia-sia. Semua ciptaan Allah pasti untuk membantu atau memperingatkan manusia akan kebesaran kuasa Allah. Apabila ia di amati oleh tetamu yang berkunjung, lantas mereka juga mengingati serta memuji Allah swt, pemilik kediaman tadi turut dilimpahi pahala.
Gambar: Pokok yang baru saja saya beli ketika berjalan di muar |
Mendoakan Tuan Rumah
Pokok-pokok
dan tumbuhan adalah makhluk Allah yang hidup. Mereka sentiasa berzikir kepada
Allah dan mendoakan kesejahteraan mereka yang menanam serta menjaganya.
Bukankah antara kebaikkan yang boleh dilakukan di dunia ini adalah dengan menanam
pokok yang merimbun dan berbuah untuk dimanfaatkan oleh orang lain?
Ya, apabila
kita menanam pokok, ia akan sentiasa berdoa untuk kita. Apabila kita menyiram
pokok setiap hari, lebih-lebih lagi di waktu pagi ketika waktu Dhuha, betapa
besarnya ganjaran pahala dan keberkatan doa yang kita terima dari pokok-pokok
yang kita tanam dan kita pelihara. Maka, manfaatkanlah peluang ini sebaiknya.
Jika ramai yang sedar akan kebaikkan ini, pasti ramai yang berebut untuk
menanam pokok di kediaman masing-masing berbanding melepa simen di tanah laman
mereka.
Apabila
tetamu berteduh di bawah pokok yang ditanam, kita mendapat pahala. Apabila ada
yang menikmati buah-buahan dari pokok yang ditanam, kita dapat pahala. Apabila
burung dan tupai memakan buah-buahan yang masak ranum di atas pokok yang
ditanam mahupun yang telah gugur ke bumi, kita dapat pahala. Apabila lebah
dapat menghisap madu pada bunga-bungaan yang kita tanam, kita dapat pahala.
Apabila pokok dapat membuat sarang di atas pokok yang kita tanam, kita dapat
pahala. Mudahnya menjana pahala!
Gambar: Lengkapkanlah rumah dengan pokok sama ada di tanam terus ke tanah laman atau pada pasu pilihan |
Kedamaian &
Kesejahteraan
Selain
daripada mendekatkan diri dengan pencipta dan memberikan manusia pahala, dengan
adanya tanaman dan pokok-pokok yang segar menghijau dan berbunga, ia memberikan
kedamaian pada jiwa, menyejukan mata, merehatkan minda dan menyihatkan badan.
Pokok yang
hijau mengeluarkan oksigen yang di dahagakan oleh paru-paru manusia. Tidak
hairanlah apabila berada di sebelah pokok, seseorang itu lebih merasa tenang
dan segar terutamanya mereka yang sedang sakit. Berehat di sebelah pokok dan
tanaman mampu menyihatkan tubuh badan seseorang.
Jadi agaknya rugi tak kalau kita
tidak mempunyai taman di kediaman?
REKABENTUK TAMAN
Di
kebanyakkan message yang diterima di kotak inbox email saya, pelanggan
meluahkan tentang kesukaran untuk merekabentuk taman kerana tidak pernah tahu
apa yang baik dan apa yang perlu dielakkan. Oleh kerana tidak tahu, mereka
lebih suka mengambil keputusan untuk tidak mempunyai taman di rumah. Sedangkan
ia telah menyebabkan sesebuah kediaman itu hilang sedikit nikmat dan serinya.
Gambar: Carian google |
Taman Kecil
Gambar: carian google |
Taman Luas
Jika
mempunyai laman yang luas, bahagikan taman kepada beberapa bahagian tertentu
mengikut aktiviti yang boleh dijalankan. Misalnya ada taman herba, taman kolam
ikan, kawasan bermain anak-anak, taman santai dan minum teh, taman buah-buahan,
taman aktiviti dan senaman serta taman beribadah.
Sebenarnya
pelbagai jenis taman boleh diwujudkan ia berbeza mengikut keperluan aktiviti
dan hobi seseorang. Seronoknya apabila mempunyai laman yang luas untuk mencipta
taman. Namun, alangkah ruginya sekiranya hanya terdapat lepaan simen atau batu
kerikil di laman rumah yang luas. Saya kongsikan sedikit tips tentang memilih
landskap dari kedai taman (nursery pokok) untuk di bawa pulang ke laman rumah:
Gambar: carian google |
TIPS MEMILIH LANDSKAP KEJUR (AKSESORI)
1.Peruntukan
Budget yang berpatutan dan berkemampuan
2.Lukiskan
idea taman
3.Beli Ikut
kesesuaian Saiz Laman
4.Pilih Yang
Tahan Cuaca
5.Pilih Yang
Tahan Lasak
6.Tetapkan kepada
1 konsep sahaja agar tidak menjadi "taman rojak"
Gambar: carian google |
TIPS MEMILIH POKOK (LANDSKAP LEMBUT)
1.
Peruntukkan budget
2. Pilih 3 Kategori
Pokok
-Pokok Tinggi
-Pokok Sederhana
-Pokok Rendah
3.Pastikan
Jenis Pokok
-Tahan Panas
(Outdoor)
-Tidak Tahan
Panas (Indoor)
4.Pilih
Jenis Rumput
-Cepat
Panjang
-Lambat
Panjang
-Tahan panas
-Tidak tahan
panas
5.Ketahui
Cara Penjagaan Pokok
-Berapa kali
perlu disiram
-Berapa kali
perlu di baja
6.Ambil Tahu
Ragam Pokok
-Mudah gugur
kan daun atau tidak
-Keluarkan
bunga atau tidak
-Mudah
diserang penyakit atau tidak
-Mudah
tumbuh dahan baru atau tidak
7.Ambil tahu
cara Menguruskan Kecantikan pokok, misalnya:
-Perlu
digunting daunnya agar berbentuk bulan seminggu sekali
-Perlu patah
kan dahan yang lama atau yang baru
-Perlu cabut
akar yang baru agar tidak merimbun dan sebagainya
8.Pilih
warna yang pelbagai
-Pokok
berdaun hijau tua
-Pokok
berdaun kekuningan
-Pokok
berdaun unggu dan kemerahan
-Pokok
berbunga
Elakkan
hanya ada satu warna saja di taman. Namun perlu kawal warna pokok. Banyak kan
yang bewarna hijau muda untuk kelihatan segar dan di tambah dengan pokok
berdaun hijau tua. Selitkan sedikit pokok berwarna unggu, merah , jingga dan
kuning
PENJAGAAN TAMAN
Apabila
sudah mempunyai taman, pemilik seharusnya rajin menyelenggara taman dan
menguruskan pokok serta tanaman lain. Bukan kah ia secara tidak langsung
membentuk peribadi yang rajin dan ia juga menjana pahala?
Sebenarnya
idea rekabentuk taman dan pemilihan pokok boleh dibincangkan bersama
perekabentuk taman dan landskap atau pun designer. Saya sendiri gemar membantu
pemilik kediaman merekabentuk taman mereka. Kerana saya ada kepuasan yang amat
maksima dalam merekabentuk taman ini terutamanya apabila ia disukai oleh
pemiliknya.
InsyaAllah
saya doakan agar selepas membaca artikel ini, anda yang masih berkira untuk
mewujudkan taman sendiri di kediaman, sudah boleh membuka mata kenapa perlu ada
taman di kediaman?
Salam sayang,
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
Senibina Kehidupan Di Rumah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tempahan rekabentuk landskap boleh buat di sini:
TERKINI! Sertai Bengkel Branding Yourself & Business Strategies di sini:
1 comments:
well written. thanks for the sharing
Post a Comment