Teks: khairunnisa hamzahara
Apa kaitannya rekabentuk dan kehidupan? Masa saya belajar di Universiti dahulu, pensyarah memperkenalkan kami dengan Frank Lloyd Wright. Beliau merupakan seorang yang bukan Islam namun sangat rendah diri terhadap dirinya dan membesarkan ciptaan tuhan sedangkan beliau merupakan seorang Arkitek. Ya, beliau merupakan seorang arkitek yang dikenali di seluruh dunia sehingga hari ini namun sayangnya beliau telah pergi meninggalkan dunia ini. Disepanjang hayatnya ia dikatakan gila dan tidak waras hanya kerana mempertahankan dan mengetengahkan ideologi rekabentuk dengan menggunakan unsur-unsur alam dan ketuhanan. Bagi beliau, sebagai manusia, tidak layak untuk beliau mencipta sesuatu binaan yang tidak sopan dan mencabar alam. Akhirnya, rekaan dan ciptaannya sangat disenangi ramai selepas kematiannya di mana bangunan yang dihasilkan menjadi tempat lawatan bagi pelancong-pelancong untuk mengenali dan memahami konsep yang cuba di ketengahkan oleh Frank Lloyd Wright ini.
Jadi apakah yang ingin saya ceritakan di sini?
Sejauh mana pemikiran dan idea seseorang, ia tidak dapat mengatasi kehebatan YANG MAHA MENCIPTA. Jadi adalah wajar untuk membuat rekabentuk yang menghormati alam dan penggunaannya. Rekabentuk yang mengejar NAMA dan ANUGERAH kebiasaannya mengalami masalah dan sering menjadi GAJAH PUTIH. Oleh itu semasa membuat sesutau rekabentuk baik di rumah sendiri, elakkan perasaan ingin menunjuk dan bermegah dengan sesiapa sahaja. Cukuplah nawaitu adalah untuk menjadikan ruang selesa, praktikal dan disenangi ramai. Rekaan sebegini biasanya lebih "ber roh", s"disenangi ramai, dan sentiasa digunakan kerana selesa dan sesuai dengan aktiviti yang dirancang ke atasnya.
Kerana itu, sebagai graduan arkitek dan arkitek professional yang lahir pasti akan mengetengahkan konsep FORM FOLLOW FUNCTION. Jika konsep ini diketepikan maka biasanya akan berlaku ketidak puashatian terhadap ruang yang tercipta.
Namun apa sekalipun rekabentuk yang terbaik adalah rekabentuk yang bergabung dengan alam tanpa mengenepikannya. Manusia dan alam sangat memerlukan. Apabila di pisahkan, maka pisahlah irama dan lagu nya. Wallahualam
Salam kasih sayang
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Jemput untuk sama-sama hadir ke bengkel live coaching how to brand yourself and business strategies khas buat sesiapa sahaja yang memerlukannya. Layari di sini untuk dapatkan maklumat lanjut. http://bengkelbranding.blogspot.com/
NUFFNANG
Wednesday, 12 March 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Teks: khairunnisa hamzahara Assalammualaikum w.b.t Sejak saya memperkenalkan diri di alam maya, ramai yang message di email ber...
-
Teks: Khairunnisa Hamzahara Imej: Google (maaf ya, gambar akan dimasukan kemudian, ada masalah ngan encik blogger ni time nak upload imej...
-
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..... Alhamdulillah entry berkenaan Rumah Jenis Bertingkat telah pun selesai , sek...
-
Teks: khairunnisa hamzahara TEMPAHAN REKABENTUK DARI TUAN RUMAH Alhamdulillah saya baru sahaja menyiapkan rekabentuk hiasan kediaman r...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Imej: Carian Google Gambar : Rumah Penulis, Teres 2 tingkat (2010-march 2013) Alhamdulillah, bertemu ke...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Baru-baru ini saya menerima email di mana tempahan rekabentuk dibuat oleh puan pelanggan yang membaca tentang...
-
Teks : khairunnisa hamzahara (artikel ini dikongsikan di dalam berita harian metro 1 March 2014) berikut adalah soalan interview dari...
-
Teks : khairunnisa hamzahara Imej : Google Assalammualaikum Pasti ramai yang sudah mula bosan dengan suasana rumah yang sama sahaj...
-
Teks : khairunnisa hamzahara Sejak musim panas ini, merata-rata mummy and daddy bawa anak-anak pergi mandi dan berenang. Selaluny...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Selepas update status ke Legoland dan Legoland Hotel di Facebook pada 2 minggu yang lepas, ramai sahabat F...
0 comments:
Post a Comment