Teks: khairunnisa hamzahara
Perniagaan adalah sunnah dan ibadah pekerjaan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.w.t di atas petunjuk Allah.
Di dalam perniagaan ada banyak ujian dan latihan sahsiah diri yang terselindung disebaliknya.
Cepat melangkah di alam perniagaan, cepat jua lah seseorang itu melepasi dan memahami setiap ujian dan latihan. Ini akan menjadikan seseorang itu lebih kukuh dan mampu membantu orang lain pula untuk melepasi ujian dan latihan.
Mungkin dahulu perlukan masa 50 tahun untuk mengetahui cara bangun dari jatuh dalam sesebuah perniagaan kerana kekurangan penyebaran ilmu dan cara. Kini bukan sahaja ia boleh dipelajari dan diketahui dalam masa kurang dari sepuluh tahun malah kurang dari setahun juga mampu seseorang itu untuk tahu caranya kerana sudah banyak informasi dan penyebaran ilmu.
Trend terbaru dunia teknologi dan penyampaian ilmu, ada ilmu perniagaan yang dahulunya memakan masa berpuluh tahun untuk dipelajari, kini boleh dipelajari dalam masa satu hari sahaja.
Jika sudah tahu cara dan ilmunya, sudah berpengalaman dan mempunyai informasi nya, wajib untuk disampaikan pada yang lain kerana kejayaan bukan untuk diraih sendirian. Ia ibarat pintu syurga yang bukan untuk dilumba kan untuk masuk tetapi ia terbuka luas tanpa quota untuk memasukinya. Jadi wajib untuk bantu dan ajak orang ramai untuk mudah sampai ke sana jika sudah tahu caranya.
Jika satu ketika dahulu saya pernah kebingungan dan berjumpa dengan mentor PuanMasayu Ahmad, saya sudah pelajari teknik asas blog dan menyampaikannya.
Hari demi hari mempelajari, mempraktikan dan menjalankan perniagaan dan perkhidmatan, saya sudah dapat master key nya.
Sebagai seorang designer dan juga seorang peniaga yang sudah mendapat teknik mudah, saya ingin mendedahkan langkah demi langkah BRANDING YOURSELF & BUSINESS STRATEGIES dengan semua yang MAHU dan PERLU kannya bagi memperkenalkan perniagaan dan perkhidmatan dengan orang ramai agar dipercayai, dicari dan diperlukan oleh mereka.
Teknik ini adalah TEKNIK ASAS dan LANGKAH MESTI diambil bagi mencapai kuasa untuk dikenali dan dicari. Apabila dikenali maka mudah untuk mendapat pembeli dan pelanggan. Insyaallah ia adalah salah satu cara menjemput rezeki dengan mudah.
Jika dahulu kita terbayang-bayang dan penuh angan-angan agar perniagaan dan perkhidmatan boleh dikenali ramai, dilihat di tv, majalah dan suratkhabar juga sering diperkatakan malah menjadi kesukaan ramai, namun tidak tahu caranya. Kini langkah demi langkah mudah berada di genggaman saya dan saya ingin serahkan kepada mereka yang MAHU saja.
Untuk sertai bengkel satu hari ini, boleh PM saya atau masuk ke laman berikut
Insyaallah setiap langkah yang diambil adalah untuk ke satu jalan maju ke depan. Tanpa satu langkah ke depan, tidak akan ada kemajuan. Berhenti menuggu dan melihat, mulakan langkah. Mulakan mencari ilmu. Carilah dengan mereka yg berpengalaman bukan sekadar teori.
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
(working at home mother)
Pengasas www.rekabentuk3donline.com
Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah
Penulis Kolum Kediaman Idaman Majalah Era Muslimah
NUFFNANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Teks: khairunnisa hamzahara Assalammualaikum w.b.t Sejak saya memperkenalkan diri di alam maya, ramai yang message di email ber...
-
Teks: Khairunnisa Hamzahara Imej: Google (maaf ya, gambar akan dimasukan kemudian, ada masalah ngan encik blogger ni time nak upload imej...
-
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..... Alhamdulillah entry berkenaan Rumah Jenis Bertingkat telah pun selesai , sek...
-
Teks: khairunnisa hamzahara TEMPAHAN REKABENTUK DARI TUAN RUMAH Alhamdulillah saya baru sahaja menyiapkan rekabentuk hiasan kediaman r...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Imej: Carian Google Gambar : Rumah Penulis, Teres 2 tingkat (2010-march 2013) Alhamdulillah, bertemu ke...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Baru-baru ini saya menerima email di mana tempahan rekabentuk dibuat oleh puan pelanggan yang membaca tentang...
-
Teks : khairunnisa hamzahara (artikel ini dikongsikan di dalam berita harian metro 1 March 2014) berikut adalah soalan interview dari...
-
Teks : khairunnisa hamzahara Imej : Google Assalammualaikum Pasti ramai yang sudah mula bosan dengan suasana rumah yang sama sahaj...
-
Teks : khairunnisa hamzahara Sejak musim panas ini, merata-rata mummy and daddy bawa anak-anak pergi mandi dan berenang. Selaluny...
-
Teks: khairunnisa hamzahara Selepas update status ke Legoland dan Legoland Hotel di Facebook pada 2 minggu yang lepas, ramai sahabat F...
0 comments:
Post a Comment