NUFFNANG

Sunday, 8 December 2013

Trend pasang Azam setiap tahun baru

Teks: khairunnisa hamzahara


(jawapan azam saya ini khas buat Cik Yam selaku wartawan majalah mingguan wanita di atas soalan temuramah tentang azam tahun baru bagi keluaran mingguan majalah wanitan edisi Januari 2014)

Assalammualaikum semua, selamat petang

Trend pasang azam setiap tahun. Bagi saya, trend ini adalah satu trend yang positif. Walaupun sebenarnya azam itu perlu ada pada setiap hari. Oleh itu, untuk menjadikan ia lebih manfaat, tanamkan azam dan semangat dalam diri untuk azam harian, azam mingguan, azam bulanan dan azam tahunan. Jadi adalah mustahak juga bagi saya untuk pasang azam tahunan.

Untuk saya, azam tahun baru untuk tahun 2014 kali ini adalah untuk menjadi seorang ikon kepada ibu-ibu suri rumah dan rakan seni kreatif yang lain untuk bekarya dengan setelus hati untuk menghasilkan seni yang terbaik bagi membantu orang lain dan bonusnya adalah pendapatan yang tidak terduga. Saya memilih untuk bekarya di rumah dan di mana saja dengan cara yang bebas tanpa terikat dengan majikan. Bukan wang yang dikejar tetapi nilai yang dapat dikeluarkan dari diri untuk orang lain. Pastinya juga untuk menambah nilai kepada keluarga dan orang-orang sekeliling. Dengan izin Allah, Saya akan mengeluarkan ebook-ebook rujukan dan buku fizikal untuk membantu ramai orang dalam menghasilkan kediaman idaman mereka sendiri. Moga ia tercapai.

Sebagai seorang perekabentuk 3Dimensi untuk kediaman, saya akan sedaya upaya memastikan azam saya tercapai dengan cara menulis azam saya di diari, dan memberitahu kepada pasangan dan ibu ayah agar mereka turut mendoakan dan mengingatkan saya akan azam saya. Saya juga akan memotong satu persatu usaha yang berjaya dilakukan yang tercatat dalam senarai usaha saya. Jika belum lagi tercapai, saya tidak akan berputus asa untuk melakukannya walaupun masa yang diperuntukan telah tamat. Kata guru saya, habiskan perkara yang kita sudah mulakan. 2013 yang hampir meninggalkan saya dan ia adalah tahun yang banyak mencatatkan banyak kenangan manis saya dalam bekarya.

SELAMAT MENCUBA SESUATU YG BARU DAN LEBIH BAIK UNTUK TAHUN HADAPAN.
RANCANG DARI SEKARANG. MASIH BERBAKI LAGI 16 HARI SAJA LAGI!!


Sejak bekarya sendiri, saya mula memahami akan pepatah orang tua:Masa itu Emas kerana saya sendiri melihat yang Masa Itu Wang, Masa itu Ibadah, Masa itu kasih sayang, Masa itu segala-galanya dan ia tidak akan pernah berpatah balik. Rancanglah sebaiknya agar masa hidup kita di dunia ini yang hanya sekali saja dimanfaatkan sebaiknya. Manfaatkan dijalan Allah Taala agar ia tidak rugi. Rancanglah dunia akhirat Anda! ;)

Salam sayang dari saya
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO