NUFFNANG

Monday, 2 December 2013

MEMBELI RUMAH IKUT KEMAMPUAN

Teks: khairunnisa hamzahara



Pagi-pagi ini, bersyukur kita masih dapat menghirup nafas dan masih hidup. Bekerjalah kita walau di mana berada untuk meneruksan hidup selagi belum dipanggil Illahi. Si suami dengan kerjanya, si isteri juga dengan kerjaya. Anak-anak sebagai matlamat pekerjaannya. Mahu besar dan didik anak, agar selamat perjalanan hidup di dunia dan diakhirat. 

Hari ini saya sudah mula ingin menyelongkar sebahagian dari EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAUKU yang bakal diterbitkan pada 1 JANUARI 2014 nanti:

50 Tips Membeli Rumah:

1. Membeli Jika Mampu

Ukur baju di badan sendiri. Seandainya belum mencukupi wang, dinasihatkan untuk tidak membeli. Walaupun kini harga rumah kian melambung tinggi. Belajarlah menyimpan untuk kegunaan kecemasan yang lebih penting. Seeloknya membeli rumah secara tunai bukan dengan ansuran bank. Jika menggunakan ansuran bank, kemungkinan kita perlu membayar 5 kali ganda dari harga asal. Misal rumah teres 2 tingkat yang berasal RM300,000 akan menjadi RM 1, 500,000 di akhir sesi pembayaran iaitu antara 35-40 tahun. Bayaran bulanannya pula adalah RM2,000. Sekiranya gaji sebulan hanya sekitar RM4000, ia telah mencecah separuh penggunaan gaji. Ia belum lagi di kira untuk membayar perkara lain secara bulanan seperti kereta, yuran taska anak, yuran astro, bil elektrik dan air, perbelanjaan dapur dan sebagainya.

Jika orang muda yang baru bekerja juga sibuk ingin membeli kediaman seawal usia 21 tahun misalnya. Ia akan menjadikan permintaan terhadap rumah baru menjadi semakin tinggi. Sekiranya permintaan semakin tinggi, maka pemaju akan mula meningkatkan lagi harga jualan rumah berikutan permintaan yang tinggi tadi. Bila harga rumah akan jatuh jika permintaan terhada rumah baru sentiasa berterusan dan meningkat. 

2. Membuat Tabungan Simpanan Khas untuk Membeli Rumah

Apa kata, yang muda belajar menyimpan dahulu sebelum terjerut dengan hutang pembiayaan perumahan dengan pihak bank. Tinggal dahulu di rumah ibu bapa atau di rumah sewa. Contohnya sewa sebuah rumah RM600, jika dibandingkan membayar bulanan di bank jika rumah dibeli adalah sebanyak RM2000, RM1400 boleh dipraktiskan di simpan di dalam tabungan simpanan. Buat latihan simpanan terlebih dahulu. Jika tersangkut, ia masih hanyalah simpanan, bukan tanggungan hutang seperti hutang di bank.Jika dapat mendisiplinkan diri, cukup setahun, simpanan khas untuk membeli rumah tadi telah pun RM1400x12 = 16800. Tahun hadapan, apabila berlaku kenaikkan gaji, naikan jmlah simpanan wang tadi. Jika disimpan selama 5 tahun, jumlahnya boleh mencecah angka ratusan ringgit. 

3. Beli yang mampu dahulu

Kemudian, buat pembelian rumah pertama dengan wang simpanan tadi secara tunai. Harga rumah yang dibeli secara tunai lebih murah berbanding rumah yang dibeli dengan wang pinjaman perumahan di bank. Jauh berganda-ganda lebih murah. Orang yang bijak merancang, pasti bijak melakukan penjimatan. Dapatkan rumah-rumah yang berharga rendah dahulu. Tinggal di rumah tersebut untuk beberapa tahun sementara mengumpul lagi wang tabungan simpanan perumahan seperti bulan-bulan yang lalu sebelum ini. Kekalkan jumlahnya atau tingkatkan jumlah simpanannya. Ingat, rumah pertama yang dibeli tadi, telah pun diperolehi secara tunai tanpa hutang. Siapa sangka anda bijak merancang? Tidak terpedaya dengan tipu daya budaya masyarakat kini yang berlumba-lumba "apply" loan untuk memiliki rumah "kediaman" walhal terjerut dengan kemelut hutang yang tidak ada jalan keluarnya sehingg tamat tempoh akhir hutang antara 35-40 tahun lamanya sedangkan anda dapat membeli rumah dengan kos yang lebih murah tanpa hutang. Disiplin wang tabungan simpanan perumahan tadi masih diteruskan untuk memperoleh kediaman yang lebih baik. Setelah mengaplikasi konsep tabungan simpanan perumahan tadi secara berterusan, anda boleh membeli lagi sebuah kediaman atau anda boleh menjual rumah sedia ada dan tambahkan dengan wang simpanan terbaru untuk membeli rumah yang lebih baik. Anda masih lagi membeli secara tunai, mendapat rumah yang lebih baik dan tiada hutang! 

4. Terpaksa membuat pinjaman bank

Jika anda merasakan diri anda "terpaksa" membuat pinjaman perumahan kerana berlaku "tekanan" dari persekitaran dan orang sekeliling untuk membelinya, anda perlu tahu selok belok tentang hal pinjaman perumahan. Walaupun anda tidak dapat mengurangkan kos pinjaman seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank, sekurang-kurangnya anda tidak teranianya dengan syarat-syarat yang dikenakan ke atas anda oleh pihak bank. Ingat! pihak bank bukan membantu anda, tetapi mereka sedang mencari peluang untung mengaut keuntungan dari anda.

Jika anda berduit, dan masih ingin mengambil pinjaman perumahan dari pihak bank, pastikan anda sememangnya faham apa tindakan anda dan tahu selok beloknya untuk mendapat keuntungan dari cara yang dipilih ini. Biasanya orang berduit berani membuat pelaburan perumahan dengan cara membeli dan menjual semula rumah dengan harga lebih mahal setelah ada kenaikkan harga rumah pada tahun-tahun akan datang. Kadar jualannya mampu memberi kan keuntungan dan balik modal walau telah membayar semula hutang pinjaman di bank. 

5.Lihat dengan teliti kos sebenar membeli sebuah rumah jika membuat pinjaman perumahan

Silap jika anda mengandaikan kos membeli rumah yang bernilai RM500,000 hanyalah berjumlah RM500,000 sahaja kemudian anda terus mendapat kunci rumah dan gedebak gedebung, anda boleh masuk rumah tersebut. Sama ada anda membeli rumah baru atau rumah "2nd hand", anda perlu membiayai kos lain seperti;
yuran pengaturan/perkhimatan pinjaman
yuran penilaian perumahan
yuran guaman
duti setem
terjemahan/analisa
kos berpindah
kos membetulkan atau ubahsuai rumah
memasang grill di pintu dan tingkap
membeli lampu dan kipas
membeli perabot
dan kelengkapan lain yang di anggap remeh malah diperlukan bagi setiap rumah


Baca lebih lanjut lagi 45 tips membeli rumah di EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU yang bakal terbit 1 JANUARI 2014. Pre Order RM50 sahaja ( nilai sebenar RM70). Untuk tempah, boleh buat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

turut dimuatkan di dalam ebook:-
BAB 1: PENGENALAN TENTANG KEDIAMAN
BAB 2: CARA MEMILIKI KEDIAMAN (BELI)
BAB 3: CARA MEMBINA KEDIAMAN (BINA)
BAB 4: IDEA DAN CARA MENGUBAH SUAI KEDIAMAN (RENOVATE)
BAB 5: IDEA SUSUNATUR RUANG
BAB 6: IDEA HIASAN DAN AKSESORI
BAB 7: IDEA PILIHAN WARNA
BAB 8: PERSIAPAN MENYAMBUT TETAMU & MENGADAKAN JAMUAN
BAB 9: PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN KEDIAMAN

BONUS: KEDIAMAN YANG MENJANA PENDAPATAN

Tempah rekabentuk 3D online untuk kediaman: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
Belajar online- asas rekabentuk 3D sketchup : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/blog-page_14.html

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO