NUFFNANG

Tuesday, 31 December 2013

Tips Mengemas bilik anak-anak

Teks: khairunnisa hamzahara

Pastinya di hari cuti ini ada yang ambil peluang untuk mengemas rumah. Yang ada anak-anak kecil selalu hadapi masalah mengemas bilik mainan anak-anak. Setiap kali kemas, pasti bersepah semula. Dan yang menggeramkan apabila si ibu yang kene kemaskan mainan anak-anak selepas anak-anak main sebab anak-anak tak pandai kemas semula terutamanya anak kecil. Jadi, ssaya ingin kongsikan sedikit tips bagi mengawal bilik mainan anak dari menjadi terlalu sepah dan mungkin ia boleh memudahkan si anak untuk turut gemar mengemas bilik mainannya sendiri.

Ruang Bilik Anak

Sebenarnya adalah penting untuk ibu-ibu mengasingkan mainan anak-anak agar tidak menyusahkan di kemudian hari. Yang dimaksudkan menyusahkan ini ialah apabila anak-anak berumur masih kecil, mereka tidak faham dan sensitif tentang perbuatan mereka. Apabila mereka ingin bermain , mereka akan keluarkan dan main apa sahaja yang mereka nampak dan ada di hadapan mereka. Sekiranya kesemua permainan di "longgokan" dalam satu bakul, besar kemungkinan , bakul tersebut di terbalikkan kesemuanya bagi mengeluarkan kesemua permainan yang ada.

Asingkan permainan anak mengikut kategori pada bakul atau bekas mainan yang dikhaskan untuk:

i- Mainan masak-masak : Boleh guna bakul, atau beg lutsinar bagi memudahkan ia diangkut. Jika rajin, binakan rak dan kabinet untuk anak-anak bermain masak-masak khas dibilik mereka. Jika ada duit lebih, boleh dapatkan set kelengkapan perabot memasak ini di kedai mainan.



ii-Mainan bertukang :
 Boleh gunakan kotak tools yang ada pemegang atau beg lutsinar bagi memudahkan ia diangkut.


 iii-Mainan kenderaan :boleh gunakan bekas lutsinar atau bekas tupperware besar yang bertutup atau bakul jika mainan itu besar saiznya


iv-Mainan patung : Boleh letak dalam bakul raga bertutup atau bakul kain atau di susun terus di kabinet khas. Untuk mudahkan, ada juga yang menggunakan "toys hammock" atau dipanggil sebagai karung gantung


 v-Mainan Lego : Boleh diletak dalam bakul atau kotak asal lego atau bekas tupperware bertutup


 vi-Mainan dokter-dokter :Boleh letak dalam beg lutsinar atau bekas lutsinar atau juga boleh gunakan kotak tools yang ada pemegang




vii-Mainan Puzzle : boleh letakkan set puzzle yang sudah dicantumkan dalam beg lutsinar nipis seperti fail bagi setiap satu SATU set puzzle, kemudian simpankan di bakul lutsinar khas




dan seterusnya untuk mainan jenis yang lain, pastikan ibu-ibu menyediakan bekas khas. Sebelum pilih bekasnya, analisa dahulu sama ada bekas tersebut perlu mudah diangkat (bergerak) atau tidak perlu bergerak (statik).


Labelkan setiap bekas mainan


Setiap bekas atau bakul yang digunakan, labelkan nama mainannya atau boleh menggunakan gambar logo mainan tersebut agar boleh difahami oleh si kecil bagi memudahkan mereka mencari mainan mereka atau membantu ibu mengemas semula mainan masuk ke bakul atau kotak yang telah disediakan.

Bagi mainan yang sudah siap berkotak semasa dibeli , jangan dibuang kotaknya. Sebaliknya, guna pakai semula kotak mainan tersebut untuk menyimpan semula mainan asal. Ia lebih mudah dan menarik kerana kotak tersebut sudah pun berlabel nama khusus mainan tersebut dan disertai dengan gambarnya.

Semasa keluarkan permainan yang baru dibeli dari kotaknya, ketepikan kotak ke tempat yang selamat agar tidak di kemek atau di rosakkan oleh si kecil. Selepas mereka habis bermain, simpan kat semula ke dalam kotak asal. Jika sukar untuk tutup kembali, gunakan pita lekat untuk bantu menutupinya.

Susun Buku di rak buku khas


Buku yang disusun di rak buku menjadikan anak-anak gemar untuk ambil dan baca. Sediakan satu rak khas untuk buku. Sesudah habis membaca dan mewarna, buku tersebut boleh disimpan dan disusun semula oleh anak dengan mudah.

Semasa susun, jangan lupa asingkan buku english, buku bahasa dan buku aktiviti seperti buku mewarna dan buku menulis bagi memudahkan anak kecil ambil bukunya tanpa perlu menaburkan buku yang lain semasa mencari.



 Pastikan Paras kedudukan bekas dan rak yang mudah dicapai oleh anak-anak




Tidak perlu letak bekas atau bina rak mainan terlalu tinggi kerana ia mungkin membahayakan keselamatan anak jika ada anak kecil yang memanjat dan kemudian rak itu jatuh menghempapnya. Adalah lebih baik bekas dan rak tersebut berada di paras ketinggian di mana anak-anak kecil juga mampu mencapainya. Dengan ini, ibu bapa juga sudah tidak diganggu oleh anak-anak kerana mereka mudah mencapainya sendiri tanpa perlu minta bantuan sesiapa. Nama pun mainan anak, jadi biarkan mereka bermain. Jika tidak mahu bersepah, sebaiknya tidak belikan pelbagai jenis mainan pada peringkat awal lagi.


Salam sayang dari
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Blog tempahan rekabentuk boleh dilayari di sini: 
Dapatkan ebook Panduan Kediaman Pertamaku untuk peroleh lebih banyak tips menarik tentang kediaman :






Kenangan Manis Tahun 2013


Teks: khairunnisa hamzahara

Gambar: Kenangan Bergambar di Studio The Photolicious dan mendapat tajaan pakaian anak-anak dari Wafa's Closet Bangi serta Koleksi My Muslimah


Selamat tinggal 2013
Sungguh banyak kenangan manis di sepanjang tahun 2013
Bermula dari menerima kunjungan wartawan majalah mingguan wanita dan MIDI di rumah alam sari, bangi pada awal tahun. kemudian didatangi pula rancangan safiyya TV9 untuk menemuramah tentang ibu yang bekerjaya dari rumah sebagai perekabentuk 3d online. 

Selepas berpindah ke melaka, disangka kan kehidupan menjadi sepi, rupanya semakin indah. Bertemu pula dengan ramai wanita hebat menerusi akademi bekerja di rumah secara online sepenuhnya yang kemudiannya membina sebuah blog Panduan Untuk Kediaman Idaman sehingga di lamar pula oleh editor majalah era muslimah untuk menjadi kolumnis bagi kolum kediaman idaman. 

Walaupun begitu rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat memenuhi panggilan MHI tv3 untuk slot dekorasi kerana berada di Melaka. Mungkin tahun 2014 boleh ditunaikan hasrat MHI sebab sudah siap hias rumah baru di Melaka nanti. Dapat juga message dari wartawan mingguan wanita untuk berkongsi kisah tentang kediaman mertua yang turut dihias. Ia masih belum ditunaikan lagi.

Jika berkongsi kisah Kelas Online dan Perkhidmatan Online, ianya semuanya bermula setelah Blog Panduan Kediaman Idaman yg dibina di pertengahan tahun 2013 yang lalu mendapat jumlah kunjungan pembaca yang tidak surut2. Sehari paling kurang 1500 orang akan berkunjung. Masyaallah. Ianya adalah hasil dari pembelajaran di kelas asas blog yang lalu di mana kemungkinan jika tidak hadir sesi ilmu ini, saya mungkin masih mengelolakan blog lama yg tidak keruan isi dan halatujunya. Kini ianya menjana pendapatan walaupun dari rumah.

Atas dasar itu saya mula berkhidmat sebagai guru online di akademi bekerja di rumah untuk berkongsi langkah dan cara dengan mereka yang turut ingin melangkah bersama. Perkhidmatan rekabentuk 3d online juga mendapat sambutan. Tidak pernah hari menjadi kosong tanpa menyiapkan tempahan rekabentuk. Sungguh semua ini adalah rezeki dari Allah taala. Sangkaan orang-orang yang mengatakan jika sudah biasa bekerja apabila kembali ke rumah boleh menjadi gila, sudah saya tepis dengan mudahnya. Saya berasa bertanggungjawab memotivasikan mereka yang turut ingin berkhidmat di rumah dan menjana pendapatan disamping itu.

Alhamdulillah, suami juga semakin senang, tak perlu lagi pikir mahu hantar saya ke pejabat di awal pagi, tidak perlu risau saya kene outstation, tak perlu risau tentang anak-anak dan tak perlu risau tentang hal rumah, sebab isterinya kini di rumah. Suami jadi semakin aggresif mencari sesuap nasi. Tahun ini ramai sungguh yang sign polisi insurans. Moga semuanya di payungi keselamatan dan kesejahteraan dari Illahi.

Walau suami mendapat tiket ke Jerman tahun ini, tidak pula kami pergi kerana mengenangkan kedua orang tua yang sibuk untuk tolong jagakan anak kami. Mungkin ada rezeki di lain tahun. Alhamdulillah tahun ini suami layak ke Barcelona, spain pula dan puannya ini akan turut menyertainya, tripnya akan diadakan pada hujung tahun 2014, insyaallah. Amin. Tahun 2014 juga ada "perancangan yang besar", mohon doa moga kami dapat menjejakinya ke "sana".

Dan akhirnya, saya sedang berhempas pulas untuk melahirkan ebook sulung yang pertama iaitu : panduan kediaman pertamaku. Kalau diikutkan due date nya, ia akan lahir pada esok hari iaitu 1.1.2014. Semoga terlahirlah juga ia pada esok hari atau mungkin ia terlambat sedikit, wallahualam. Moga allah permudahkan urusan. Moga ebook ini dapat membantu ramai orang yang memerlukannya. Selamat datang 2014. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Semoga kita semua mengunakan setiap masa dan tenaga dimanfaatkan untuk kebaikkan. Amin Ya Rabbal Alamin

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
31.12.2013

Monday, 30 December 2013

Tips Berpindah dan Masuk Rumah Baru

Teks: khairunnisa hamzahara



Masuk tahu baru, ramai juga yang mula masuk ke rumah baru. Ada yang masuk rumah sewa dan ada juga yang masuk rumah yang benar-benar baru yang belum diduduki lagi. Untuk menduduki rumah baru ini banyak kerjanya. Bagi yang tak biasa pasti terasa penatnya. Baru-baru ini saya baru dapat kunci rumah baru dan dalam proses masuk ke rumah baru. Sebelum ini saya sudah berpengalaman bertukar keluar masuk rumah masuk kali yang ke 5. 

Pada awal perkahwinan saya dan suami menyewa di Rawang, Selangor. Ketika mengandung anak pertama kami bertukar menyewa di Segambut, Kuala Lumpur. Seterusnya berpindah ke rumah baru pertama yang dibeli di Alam Sari, Bangi ketika mengandung dan lahirkan anak kedua. Di ikuti pula berpindah ke Melaka dan tumpang sebentar di rumah mertua di Ayer Molek selepas berhenti kerja dengan kerajaan. Kemudian menyewa di Duyong, Melaka sambil setup perkhidmatan Online. Kini masuk rumah baru di Bertam ,Melaka dengan azam dan semangat baru!. Dalam masa 5 tahu perkahwinan sudah 5 kali berpindah. Jadi wajarlah saya kongsikan sedikit tips Berpindah dan masuk ke rumah baru yang lain untuk rujukan dan informasi kalian yang sedang membaca dan yang memerlukan informasi tentangnya.

Persediaan Sebelum Berpindah

Sebelum itu pastikan sudah ada rumah baru untuk didiami sama ada sewa atau beli. Kemudian pastikan sudah cuci rumah berkenaan dan bersedia menerima kemasukkan barang. Proses persediaan sebelum berpindah adalah seperti berikut:
1.Kenal pasti kategori Barang
2.Cari kotak atau dapatkan bakul tertutup
3.Labelkan kotak atau baku tertutup
4.Masukkan Barang ke dalam kotak atau bakul tertutup mengikut kategori barang dan kepunyaan bilik mana.
5.Barang kaca dibungkuskan dengan kertas atau kain/tuala
6.Barang mudah patah diasingkan dan dimasukkan ke dalam kotak atau baku bertutup yang dilabelkan mudah patah/pecah
7.Barang-barang yang sudah lusuh dan tidak digunakan sangat boleh dihantar ke pusat pelupusan atau pusat jualan barang-barang lama. Ambillah duit dari bahan jualan ini dari pengutip barang.
8.Asingkan barang keperluan semasa
9.Semasa makin hampir dengan hari berpindah, tinggalkan barang untuk kegunaan semasa untuk baki hari yang tinggal sahaja. Yang lain packing kan masuk dalam beg dan kotak. Labelkan
10.Buat checklist barang supaya tidak akan hilang barang masa berpindah
11.Letakkan setiap kotak dan bakul bertutup di bilik/ruang masing-masing. Jangan di campurkan kerana mudah untuk mencari barang jika perlu
12.Hubungi dan tempah lori seminggu sebelum berpindah
13.Hubungi saudara dan adik beradik minta bantuan seminggu sebelum berpindah

Kerja Semasa Berpindah

Bangun pagi dengan ceria dan sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja berpindah. Kemudian mula kan kerja dengan penuh semangat :
1.Kemas kesemua barang termasuk barang kegunaan minggu terakhir yang dah berlalu
2.Bawa keluar dan bawa turun ke semua kotak dan bakul tertutup dari ruang/bilik masing-masing
3.Angkat dahulu barang yang berat dan diletakkan diluar rumah 
4.Barang yang ringan tinggalkan dahulu di dalam rumah
5.Masukkan barang yang berat dan besar dahulu di atas lori
6.Bakul dan kotak yang berat dan padat diletakkan di bahagian bawah
7.Bakul dan kotak yang ringan diletakkan di bahagian atas
8.Barangan di dalam beg dan mudah diangkat boleh saja di bawa dengan menggunakan kereta sendiri dan kereta saudara serta adik beradik yang membantu
9.Pastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan bersih
10.Sapu habuk dan bersihkan lantai rumah sebelum ditinggalkan pada hari berkenaan atau datang pada hari yang lainnya atau tinggalkan amanah ini kepada saudara yang duduk berhampiran. (jika pindah jauh)
11.Pastikan semua punca elektrik ditutup dan pili air dikunci.
12. Kunci rumah sebaiknya
13. Ucapkan selamat kepada kediaman yang ditinggalkan dan ucapkan terima kasih kerana memberi perlindungan di sepanjang menduduki rumah berkenaan
14. Jika ada tanaman, siram tanaman buat kali terakhir. atau bawa sekali tanaman (jika tanaman pasu)

Tips Pindah Masuk Barang ke Rumah Baru

1.Pastikan sudah bersihkan rumah baru yang akan didiami terlebih dahulu beberapa hari sebelum masuk ke rumah tersebut.
2.Pastikan juga kerja-kerja seperti pemasangan siling kapur yang baru, kerja-kerja pendawaian elektrik baru, pemasangan kabinet baru dan sebagainya sudah diselesaikan dahulu sebelum bawa masuk barang ke dalam rumah tersebut.Kerja-kerja ini berhabuk dan boleh dilakukan sebelum berpindah 
3.Semasa hari perpindahan, angkat dan turunkan barang dari lori dan terus di bawa ke ruang/bilik yang sepatutya mengikut label yang telah dicatatkan pada kotak dan bakul tertutup. 
4.Terus keluarkan barang dan susunkan barang ke dalam kabinet yang telah disediakan setelah kabinet tersebut dibersihkan dan dilap.
5.Jika dapati ada barang yang tidak sesuai atau sudah tidak diperlukan lagi, asingkan ke dalam kotak atau plastik yang lain untuk diagihkan ke tempat sepatutnya
6. Elakkan menangguh penyusunan barang atau tinggalkan di dalam stor sahaja
7.Gunakan tenaga dan mood berpindah yang diluangkan ini sebaiknya untuk mengemas sahabis mungkin.
8.Elakkan menwujudkan ruang/bilik stor. kerana barang yang disimpan besar kemungkinan tidak akan digunakan langsung. Jadi, semua barang yang digunakan susun sebaiknya. Tiada istilah stor di dalam rumah

Adab duduk rumah baru

1. Beri salam kepada rumah yang bakal di duduki
2. Cuci dan bersihkan dahulu rumah tersebut
3. Datang sekerap mungkin sebelum duduki untuk membersihkan kediaman dan solat serta mengaji di rumah tersebut setiap kali selesai aktiviti memberishkan rumah
4. Sebelum tidur di malam pertama, pastikan rumah sudah dibacakan doa dan dipasang "pendinding". Jemput jemaah surau berdekatan untuk mengadakan solat hajat dan sedikit tahlil untuk memberikan roh islam ke dalam rumah tersebut dan menghalau gangguan jin dan syaitan yang mungkin mendiami rumah tersebut sepanjang tidak berpenghuni.
5. Banyakkan mengaji dan bersembahyang di rumah ini bagi mengekalkan tembok "pendinding" penghalang masuknya gangguan jin dan syaitan ke dalam rumah
6. Setiap kali masuk ke rumah ucapkan salam
7. Berkenalan dengan jiran sekeliling untuk menjamin keselamatan rumah dan keluarga 
8. Tidak terlalu membuat bising hingga mengganggu jiran sebelah
9. Membuat kerja-kerja drill dan mengetuk di siang hari sahaja (malam jiran rehat dan tidur)
10. Sentiasa jadikan rumah dalam keadaan bersih dan terjaga

Itulah serba sedikit perkongsian dari tentang tips berpindah dan masuk rumah baru. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh dapatkan Ebook Panduan Kediaman Pertamaku iaitu ebook sulung saya yang dikeluarkan demi membantu ramai orang dalam proses mendapatkan rumah, membeli rumah, membina rumah, mengubah suai rumah, mendekorasi rumah, memilih perabot dan sebagainya termasuk menjadikan rumah sebagai salah satu punca pendapatan

Selain itu, jemput singgah di blog perkhidmatan rekabentuk 3d online untuk menempah rekabentuk 3d buat kediaman anda semua. 

Salam sayang dari saya
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di rumah

Mahu belajari cara membina blog penulisan atau blog perniagaan? Boleh baca disini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html


SURI RUMAH DI SENARAIKAN SEBAGAI PEKERJAAN BERISIKO TAHAP KEDUA


Teks: khairunnisa hamzahara


Untuk info tengah hari :
Tahukah kalian bagi pencarum insurans yang merupakan suri rumah sepenuh masa di kategorikan kepada level 2 dalam tahap risiko? Jika bekerja dipejabat risiko nya masih di level 1. Suri rumah lebih tinggi risikonya iaitu level 2, jika bekerja off shore (oil & gas) dan juga pilot ia lebih tinggi risikonya dan dikategorikan di level 4. 

Oleh itu bagi suri rumah yang belum ada perlindungan insurans, boleh PM saya Nisa Nua untuk temujanji sign up insurans dan perbincangan jenis premium yang perlu di carum. Yang pasti, naik tahun baru, pasti ada review semula dari syarikat insurans dan premium akan semakin meningkat nilai dan harganya berikutan kenaikkan harga dari pelbagai sudut kehidupan kita sekarang ni. sana sini naik. sementara belum ada announceent kenaikkan premium insurans, mari mula buat di mana ia merangkumi 3 perkara dalam satu pelan. Perindungan (pampasan) + kad perubatan (hospital) + simpanan (tabungan).

Jika sudah mencarum, fikirkan pula untuk orang tersayang, anak-anak dan kedua ibu bapa yang sudah mula di makan usia. Semua boleh mencarum dan menerima bantuan insurans apabila berlaku musibah asalkan memenuhi syaratnya semasa mendaftar iaitu sihat walafiat. Musibah dan kewangan untuk perubatan penyakit akan diberikan sepenuhnya apabila musibah dan masalah kesihatan dihidapi selepas menjadi ahli sehingga ke usia 70 tahun lamanya. Bayaran bulanan sama saja bermula dari awal mencarum sehingga ke umur 70-80 tahun.

p/s: saya pula yang risau bila tahu ramai rakan suri rumah belum ada insurans. agak2 siapa tahu kenapa suri rumah di kategorikan kepada tahap (level 2) dalam senarai tahap risiko pekerjaan? 

REKABENTUK 3D HOMESTAY SATU TINGKAT


Teks: khairunnisa hamzahara



Pagi ini sudah boleh tersenyum lega. Alhamdulillah sudah siap rekabentuk 3D kediaman milik tuan tuan rumah yang berasal dari Sarawak ini. Walaupun bulan december ini banyak cabarannya (banyak aktiviti keluarga) akhirnya dapat siapkan juga tempahan tuan yusof ini. Janji 2 minggu, sudah terlajak ke minggu ketiga akhirnya  terima kasih kerana bersabar menanti. Semoga rekabentuk ini dapat memenuhi kehendak tuan yusof sekeluarga. 


Terima kasih kepada tuan rumah di atas tempahan rekabentuk yang dibuat. Bersama-sama ini saya sertakan sekali imej-imej rekabentuk 3D untuk rekabentk yang telah dibuat. Sedikit huraian konsep berkenaan rekabentuk:

1.Pengudaraan dan Kawalan Suhu 
-bumbung rumah ditinggi kan
-udara panas akan naik ke atas
-udara panas akan berputar dan berkumpul di atas
-udara panas, insyaallah tidak mengganggu ruang di bawahnya
-bukaan tingkap di buat di atas bumbung (air well) bagi mengeluarkan udara panas dan pengudaraan. ia juga bagi menjemput udara sejuk masuk dan turun ke bawah.
-setiap tingkap di lengkapkan dengan tingkap kecil di atas (top hung) untuk di buka bagi menerima angin dan pengudaraan tanpa perle membuka tingka bawah yang membolehkan dilihat oleh pandangan dari mata orang luar.

2. Pencahayaan
-Setiap ruang sudah mempunyai tingkap
-ruang tengah di rekakan air well untuk menjemput pengcahayaan
-ruang hall mempunyai dinding kaca (glass wall/frame). ia ditutup dengan langsir. lengkapkanlah dengan 2 jenis langsir, langsir siang dan langsir malam (2 track). di siang hari cukup dengan menutup glass ini dengan langsir siang. Untuk tambahkan keyakinan tentang aurat, tinted kan glass. 
-apabila mempunya glass wall, rumah akan nampak lebih lapang dan nampak interaksi dengan persekitaran terutamanya bila ada tetamu dtg ke rumah. tidak rasa suasana terkongkong. boleh buka keseluruhan langisr dan dapatkan angi serta cahaya dan pemandangan. 

3. Tinggi dan santai
-seperti yang diminta, lantai rumah ditinggikan
-hasil lantai rumah yang tinggi, di setiap pintu, akan ada balkoni dan tangga turun ke tanah
-ia agak menarik dan tidak memudahkan orang untuk direct masuk ke rumah tanpa dijemput terlebih dahulu ;)
-balkoni / varendah boleh dijadikan tempat santai / minum petang dan berborak. ia membolehkan interaksi dengan persekitaran luar

4. Anjung depan
-ia direka untuk menarik dan memerangkap angin dan berlegar di kawasan anjung. 
-ia diteduhkan dengan unjuran bumbung dan kekisi melintang bagi mengawal biasan cahaya matahari dan angin direct ke muka pintu masuk

Buat tuan rumah, sebarang komen boleh di emailkan untuk tindakan lanjut
terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan ini.

Buat yang lain, untuk tempah rekabentuk kediaman / hiasan dalaman / landskap/ ruang/ pejabat/ kedai / bilik boleh singgah di sini ;

Khairunnisa Hamzahara : khairunnisahamzahara@gmail.com
ATAU message whatapps di : 0197720507

jazakallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Friday, 27 December 2013

Rumah Jenis Banglo (Sebuah)

Teks : khairunnisa hamzahara



Rumah banglo atau rumah jenis sebuah merupakan rumah yang paling selesa untuk didiami. Ini kerana ia tidak ada perkongsian dinding atau lantai dengan unit kediaman yang lain seperti rumah teres atau rumah jenis bertingkat. Namun tidak semua orang mampu memiliki kediaman jenis banglo (sebuah) ini. Jika kita lihat di kawasan luar bandar atau di pinggiran bandar, masih banyak rumah banglo yang dimiliki oleh kebanyakkan orang yang rata-rata nya merupakan rumah pusaka atau rumah peninggalan keluarga . 

Namun di dalam bandar ia hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berada kerana kos kehidupan dan kos tanah yang tinggi. Misal di Bandar Baru Bangi saja, sekaki tanah saja sudah mencecah hingga rm50-rm60 sekaki. Di Kuala Lumpur saya sendiri pernah berurusan dengan tanah yang berharga rm ribuan untuk sekaki. MasyaAllah. Namun yang paling saya tidak dapat lupakan adalah pengalaman ketika berkunjung ke Beijing, China. Di sana, satu kaki persegi keluasan rumah berharga rm puluhan ribu ringgit. Oleh itu, masing-masing hanya mampu membeli sekotak ruang untuk dijadikan tempat berlindung.

KEISTIMEWAAN RUMAH BANGLO

TAMAN
Yang seronoknya apabila memiliki rumah banglo (jenis sebuah), kita mempunyai tanah lebihan sendiri untuk dibuat taman dan bercucuk tanam. Bolehlah ditanam pokok-pokok redup yang menghijau bagi memberikan suasana redup di kawasan laman rumah.

PARKING
Tempat letak kenderaan juga tidak mengganggu kejiranan jika ia dapat dimuatkan di dalam kawasan tanah rumah banglo itu sendiri.

PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN SECUKUPNYA
Kediaman jenis banglo (sebuah) ini adalah jenis kediaman yang paling sempurna dalam penerimaan cahaya dan pengudaraan yang secukupnya untuk penghuni di dalam rumah. Ini kerana ia tidak mempunyai dinding untuk dikongsikan dengan unit kediaman yang lain. Jadi setiap bilik dan ruang boleh mendapat cahaya dan pengudaraan melalui bukaan tingkap dan pintu.

PERSENDIRIAN
Dengan menjalani kehidupan di kediaman jenis banglo, penghuninya akan merasakan lebih selesa dengan persekitaran yang persendirian di mana tidak ada perkongsian laman atau lantai dan bumbung rumah. Tidak seperti rumah yang berkongsi dinding dan lantai di mana suara serta bunyi dari unit rumah yang lain boleh didengari dengan jelas dan kadangkala boleh mengganggu tidur malam dan keamanan.

PERMASALAHAN YANG SELALU DIHADAPI OLEH PENGHUNI RUMAH BANGLO

KEJIRANAN YANG KURANG MESRA
Apabila menjalani kehidupan persendirian, ia menjadikan kebanyakkan penghuni rumah banglo kurang beramah mesra dengan jiran sekeliling. Apatah lagi yang membina tembok tinggi di sekeliling rumah. Ini akan menimbulkan masalah sosial di kalangan jiran di mana jiran tidak kenal mengenal antara satu sama lain.

RISIKO KESELAMATAN
Apabila tidak saling berinteraksi dengan jiran, berkemungkinan sukar untuk mendapat pertolongan apabila diperlukan. Sebab itu kita sering perdengarkan kisah rumah banglo yang dirompak dan penghuninya kesemuanya mati diteteak dan sebagainya namun tidak didengari oleh jiran-jiran yang masing-masing jarak unitnya agak jauh. Jiran hanya menyedari apabila terdapat bau busuk yang mengganggu kejiranan atau apabila ada sanak saudara yang datang berkunjung dan apabila sampai dapat menghidu bau busuk. 

Bukanlah saya ingin menakutkan mereka yang berumah sebuah, malah saya juga insyaallah akan memiliki juga rumah sebuah satu hari nanti. Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk berasa aman di dalam unit kediaman banglo kita sendiri?

1. rapatlah dengan jiran sekeliling
2. pasang sistem penggera keselamatan yang disambungkan dengan balai polis berhampiran
3. dan semestinya banyakkan berdoa kepada Allah akan keselamatan rumah dan seisi rumah

PEMBINAAN RUMAH BANGLO

Ada rumah yang dibeli siap (dibina oleh pemaju perumahan) dan ada rumah yang perlu dibina sendiri. Untuk rumah banglo yang dibina sendiri, pemilik perlu berurusan dengan beberapa orang untuk urusan pembinaan kediaman mereka ini. Antaranya:

Arkitek
Agensi Kewangan
Kontraktor
Dan sebagainya.

Jika tidak melantik arkitek, ianya akan menjadi lebih parah kerana pemilik perlu melantik sendiri pelukis pelan, konsultan elektrik, konsultan tanah, konsultan mekanikal, konsultant surveyor , melantik kontraktor, dan sebagainya dengan sendirinya. Kelebihan apabila melantik arkitek, ianya diuruskan dari A-Z sehingga rumah siap sempurna dan boleh diduduki tanpa perlu pemilik berurusan sana sini. Tambahan lagi ianya lebih terjamin dan selamat di sisi undang-undang. Bagi pembinaan rumah sendiri yang tidak mengikut undang-undang dan melantik mereka yang tidak bertauliah boleh menyebabkan pemilik perlu menanggung kerugian sendiri apabila berlaku masalah seperti kontrakor lari, rumah runtuh dan sebagainya. Oleh itu pemilik yang mana tela membina sendiri rumah tanpa mengikut undang-undang dinasihatkan agar membuat urusan dengan majlis dan bayar denda, kemudian majlis akan datang memeriksa keselamatan rumah. Ini kerana keselamata penghuni rumah lebih utama. Hati-hati dalam berurusan. Jangan kerana inginkan harga yang murah, rumah yang ahli keluarga berteduh tidak selamat rupanya kerana di bina oleh mereka yang tidak bertauliah dan di bina dengan tidak jujur (jimatkan konttraktor-jimat guna bahan-binaan rumah jadi tidak berkualiti)

Nampaknya sampai di sini dahulu artikel yang dikongsikan hari ini. Sebelum itu jemput lihat binaan tempahan rumah banglo setingkat yang sedang dalam proses pembinaan 3D nya. Pemilik kediaman ini ingin membina sebuah rumah banglo 1 tingkat yang berada berdekatan laut dan dinaikkan di kawasan tambak sawah padi.Insyaallah saya akan cuba siapkan rekabentuk 3D nya pada minggu ini untuk mudahkan pemilik menjalankan proses selanjutnya untuk mula mendirikan rumah bnaglo ini yang mungkin dijadikan homestay atau tempat tinggal keluarga nya sendiri.






untuk tempahan rekabentuk kediaman / hiasan dalaman/ landskap/ ruang dan sebagainya, boleh hubungi saya di khairunnisahamzahara@gmail.com atau message di whatapps 0197720507

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah




Thursday, 26 December 2013

5 Tips D.I.Y (Do It Yourself) Hiasan Rumah

Teks: khairunnisa hamzahara



Kalau tidak ada barang hiasan, pasti terasa hambar pada ruang. Mahu beli barang hiasan pula sekarang barang semakin mahal. Sana-sini orang sibuk menaikkan harga barangan jualan masing-masing. Di dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk ini, kita masih ada cara untuk menghias rumah tanpa mengeluarkan modal yang besar. Malah ia mungkin boleh diperolehi secara percuma. Orang yang bijak dan kreatif pasti akan ada seribu cara untuk menghasilkan sesuatu jika benar-benar inginkannya.Tapi tak semsetinya menunggu diri menjadi bijak dan kreatif, dengan teknologi yang ada, kini kita boleh rujuk pada video-video di youtube untuk menghasilkan sesuatu secara D.I.Y (do it yourself)

MENGHARGAI BARANG LAMA





Orang yang menghargai barang dan bersifat sentimental dan penuh emosi pasti sukar melepaskan barang lama terutamnya yang ada nilai sentimental dan kenangan pada barang-barang tersebut. Barang-barang ini tersimpan dengan rapi sama ada di dalam stor atau pun di bawah katil. Sebenarnya, barang-barang ini boleh dikeluarkan semula dan disusun dengan cara yang kreatif untuk mengimbas nostalgia. Jika perlu baiki, dan naikkan seri barang tersebut sebelum digunakan sebagai penghias sudut. 

Contoh barang seperti bingkai lama rumah atok, kerusi malas nenek, cerek besi emak, kotak kayu makcik dan sebagainya

KITAR SEMULA





Banyak idea kitar semula boleh kita peroleh dari internet terutamanya di video Youtube. Jika belum ada idea, lambatkan proses membuang barang. Asingkan ke semua barang buangan ini mengikut kategori seperti kertas, plastik, kotak, kayu dan sebagainya. Apabila telah jumpa cara-cara untuk membuat sesuatu barang perhiasan menggunakan bahan buangan ini, segeralah kita melakukannya. Antara barang hiasan yang boleh dicipta dari bahan kitar semula adalah seperti:

botol kosong : tempat letak pensil, tempat letak sudip, pasu bunga keladi air di bilik air, tabung anak 
kayu : para unik, bingkai gambar, ukiran, tempat duduk, meja
plastik : alas, karung, penutup lampu bewarna, beg simpan barang mainan
kotak : sistem penstoran, hiasan dinding, bingkai gambar
kain : alas meja, alas kaki, langsir, apron

PENGGABUNGAN




Jika sudah mahir menggunakan barang buangan, pasti mudah untuk  menggunakan pelbagai jenis barang untuk menghasilkan suatu barang hiasan. Misalnya dengan menggabungkan batu, kayu dan besi, dapat dijadikan rak buku yang kukuh dan menylesaikan masalah tiada tempat simpan buku. Dengan menggunakan kain dan besi pula boleh menghasilkan titai atau bidai.

GUNAKAN KEMAHIRAN






Kemahiran adalah anugerah Allah yang paling indah. Ramai yang mampu melukis, menukang, menjahit dan memahat. Kemahiran-kemahiran ini boleh diguna pakai dalam menghias rumah . Yang pandai melukis boleh melukis di dinding, atau membuat lukisan di kanvas kemudian di bingkaikan. Yang pandai menukang boleh menghasilkan rak dan bingkai yang menarik. Boleh juga menghasilkan tempat duduk atau meja yang kreatif. Bagi yang boleh menjahit pasti seronok jika dapat menghasilkan langsir, sarung kusyen, dan wall fabrik sendiri. Bagi yang boleh memahat akan menghasilkan arca dan ukiran yang unik agar dijadikan simbol keunikan hiasan di dalam rumah masing-masing.

TIRUVASI





Jika kita lihat dan geram barang hiasan yang dipamerkan di kedai barang perhiasan rumah, jika boleh, ambil gambarnya. Balik rumah, cuba lihat semula barang-barang yang digunakan. Dapatkan material nya dan cuba buatkannya sendiri. Jika kita tidak mahir membuatnya, tanyakan pada adik beradik atau kawan yang mempunyai tangan seni. Tunjukkan gambar barang yang diminati dan tiru sahaja serta tambahkan sedikit sentuhan unik sendiri. Hasilnya, hanya kita sahaja yang memiliki perhiasan ini. Walau sama seperti di kedai tapi tak serupa. Kadang kala apa yang dilihat di kedai sebenarnya boleh dibuat sendiri kerana yang membuatnya adalah orang juga. Jadi jika orang lain boleh lakukan, pasti tangan kita juga boleh lakukan atau kita minta bantuan tangan orang yang boleh melakukannya ;)

Kesimpulan di sini, kita masih boleh dapatkan barang hiasan rumah yang unik dan cantik dengan sentuhan sendiri juga selain membeli di kedai barang perhiasan. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan banyak wang. Kenapa perlu berbelanja lebih ;) malah yakinilah hasil buatan sendiri.

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
khairunnisahamzahara@gmail.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan tempahan rekabentuk 3D di sini : http://rekabentuk3donline.blogspot.com/

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO