Teks: khairunnisa hamzahara
Gambar: Kenangan Bergambar di Studio The Photolicious dan mendapat tajaan pakaian anak-anak dari Wafa's Closet Bangi serta Koleksi My Muslimah |
Selamat tinggal 2013
Sungguh banyak kenangan manis di sepanjang tahun 2013
Bermula dari menerima kunjungan wartawan majalah mingguan wanita dan MIDI di rumah alam sari, bangi pada awal tahun. kemudian didatangi pula rancangan safiyya TV9 untuk menemuramah tentang ibu yang bekerjaya dari rumah sebagai perekabentuk 3d online.
Selepas berpindah ke melaka, disangka kan kehidupan menjadi sepi, rupanya semakin indah. Bertemu pula dengan ramai wanita hebat menerusi akademi bekerja di rumah secara online sepenuhnya yang kemudiannya membina sebuah blog Panduan Untuk Kediaman Idaman sehingga di lamar pula oleh editor majalah era muslimah untuk menjadi kolumnis bagi kolum kediaman idaman.
Walaupun begitu rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat memenuhi panggilan MHI tv3 untuk slot dekorasi kerana berada di Melaka. Mungkin tahun 2014 boleh ditunaikan hasrat MHI sebab sudah siap hias rumah baru di Melaka nanti. Dapat juga message dari wartawan mingguan wanita untuk berkongsi kisah tentang kediaman mertua yang turut dihias. Ia masih belum ditunaikan lagi.
Jika berkongsi kisah Kelas Online dan Perkhidmatan Online, ianya semuanya bermula setelah Blog Panduan Kediaman Idaman yg dibina di pertengahan tahun 2013 yang lalu mendapat jumlah kunjungan pembaca yang tidak surut2. Sehari paling kurang 1500 orang akan berkunjung. Masyaallah. Ianya adalah hasil dari pembelajaran di kelas asas blog yang lalu di mana kemungkinan jika tidak hadir sesi ilmu ini, saya mungkin masih mengelolakan blog lama yg tidak keruan isi dan halatujunya. Kini ianya menjana pendapatan walaupun dari rumah.
Atas dasar itu saya mula berkhidmat sebagai guru online di akademi bekerja di rumah untuk berkongsi langkah dan cara dengan mereka yang turut ingin melangkah bersama. Perkhidmatan rekabentuk 3d online juga mendapat sambutan. Tidak pernah hari menjadi kosong tanpa menyiapkan tempahan rekabentuk. Sungguh semua ini adalah rezeki dari Allah taala. Sangkaan orang-orang yang mengatakan jika sudah biasa bekerja apabila kembali ke rumah boleh menjadi gila, sudah saya tepis dengan mudahnya. Saya berasa bertanggungjawab memotivasikan mereka yang turut ingin berkhidmat di rumah dan menjana pendapatan disamping itu.
Alhamdulillah, suami juga semakin senang, tak perlu lagi pikir mahu hantar saya ke pejabat di awal pagi, tidak perlu risau saya kene outstation, tak perlu risau tentang anak-anak dan tak perlu risau tentang hal rumah, sebab isterinya kini di rumah. Suami jadi semakin aggresif mencari sesuap nasi. Tahun ini ramai sungguh yang sign polisi insurans. Moga semuanya di payungi keselamatan dan kesejahteraan dari Illahi.
Walau suami mendapat tiket ke Jerman tahun ini, tidak pula kami pergi kerana mengenangkan kedua orang tua yang sibuk untuk tolong jagakan anak kami. Mungkin ada rezeki di lain tahun. Alhamdulillah tahun ini suami layak ke Barcelona, spain pula dan puannya ini akan turut menyertainya, tripnya akan diadakan pada hujung tahun 2014, insyaallah. Amin. Tahun 2014 juga ada "perancangan yang besar", mohon doa moga kami dapat menjejakinya ke "sana".
Dan akhirnya, saya sedang berhempas pulas untuk melahirkan ebook sulung yang pertama iaitu : panduan kediaman pertamaku. Kalau diikutkan due date nya, ia akan lahir pada esok hari iaitu 1.1.2014. Semoga terlahirlah juga ia pada esok hari atau mungkin ia terlambat sedikit, wallahualam. Moga allah permudahkan urusan. Moga ebook ini dapat membantu ramai orang yang memerlukannya. Selamat datang 2014. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Semoga kita semua mengunakan setiap masa dan tenaga dimanfaatkan untuk kebaikkan. Amin Ya Rabbal Alamin
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
31.12.2013
0 comments:
Post a Comment