NUFFNANG

Tuesday, 31 December 2013

Tips Mengemas bilik anak-anak

Teks: khairunnisa hamzahara

Pastinya di hari cuti ini ada yang ambil peluang untuk mengemas rumah. Yang ada anak-anak kecil selalu hadapi masalah mengemas bilik mainan anak-anak. Setiap kali kemas, pasti bersepah semula. Dan yang menggeramkan apabila si ibu yang kene kemaskan mainan anak-anak selepas anak-anak main sebab anak-anak tak pandai kemas semula terutamanya anak kecil. Jadi, ssaya ingin kongsikan sedikit tips bagi mengawal bilik mainan anak dari menjadi terlalu sepah dan mungkin ia boleh memudahkan si anak untuk turut gemar mengemas bilik mainannya sendiri.

Ruang Bilik Anak

Sebenarnya adalah penting untuk ibu-ibu mengasingkan mainan anak-anak agar tidak menyusahkan di kemudian hari. Yang dimaksudkan menyusahkan ini ialah apabila anak-anak berumur masih kecil, mereka tidak faham dan sensitif tentang perbuatan mereka. Apabila mereka ingin bermain , mereka akan keluarkan dan main apa sahaja yang mereka nampak dan ada di hadapan mereka. Sekiranya kesemua permainan di "longgokan" dalam satu bakul, besar kemungkinan , bakul tersebut di terbalikkan kesemuanya bagi mengeluarkan kesemua permainan yang ada.

Asingkan permainan anak mengikut kategori pada bakul atau bekas mainan yang dikhaskan untuk:

i- Mainan masak-masak : Boleh guna bakul, atau beg lutsinar bagi memudahkan ia diangkut. Jika rajin, binakan rak dan kabinet untuk anak-anak bermain masak-masak khas dibilik mereka. Jika ada duit lebih, boleh dapatkan set kelengkapan perabot memasak ini di kedai mainan.



ii-Mainan bertukang :
 Boleh gunakan kotak tools yang ada pemegang atau beg lutsinar bagi memudahkan ia diangkut.


 iii-Mainan kenderaan :boleh gunakan bekas lutsinar atau bekas tupperware besar yang bertutup atau bakul jika mainan itu besar saiznya


iv-Mainan patung : Boleh letak dalam bakul raga bertutup atau bakul kain atau di susun terus di kabinet khas. Untuk mudahkan, ada juga yang menggunakan "toys hammock" atau dipanggil sebagai karung gantung


 v-Mainan Lego : Boleh diletak dalam bakul atau kotak asal lego atau bekas tupperware bertutup


 vi-Mainan dokter-dokter :Boleh letak dalam beg lutsinar atau bekas lutsinar atau juga boleh gunakan kotak tools yang ada pemegang




vii-Mainan Puzzle : boleh letakkan set puzzle yang sudah dicantumkan dalam beg lutsinar nipis seperti fail bagi setiap satu SATU set puzzle, kemudian simpankan di bakul lutsinar khas




dan seterusnya untuk mainan jenis yang lain, pastikan ibu-ibu menyediakan bekas khas. Sebelum pilih bekasnya, analisa dahulu sama ada bekas tersebut perlu mudah diangkat (bergerak) atau tidak perlu bergerak (statik).


Labelkan setiap bekas mainan


Setiap bekas atau bakul yang digunakan, labelkan nama mainannya atau boleh menggunakan gambar logo mainan tersebut agar boleh difahami oleh si kecil bagi memudahkan mereka mencari mainan mereka atau membantu ibu mengemas semula mainan masuk ke bakul atau kotak yang telah disediakan.

Bagi mainan yang sudah siap berkotak semasa dibeli , jangan dibuang kotaknya. Sebaliknya, guna pakai semula kotak mainan tersebut untuk menyimpan semula mainan asal. Ia lebih mudah dan menarik kerana kotak tersebut sudah pun berlabel nama khusus mainan tersebut dan disertai dengan gambarnya.

Semasa keluarkan permainan yang baru dibeli dari kotaknya, ketepikan kotak ke tempat yang selamat agar tidak di kemek atau di rosakkan oleh si kecil. Selepas mereka habis bermain, simpan kat semula ke dalam kotak asal. Jika sukar untuk tutup kembali, gunakan pita lekat untuk bantu menutupinya.

Susun Buku di rak buku khas


Buku yang disusun di rak buku menjadikan anak-anak gemar untuk ambil dan baca. Sediakan satu rak khas untuk buku. Sesudah habis membaca dan mewarna, buku tersebut boleh disimpan dan disusun semula oleh anak dengan mudah.

Semasa susun, jangan lupa asingkan buku english, buku bahasa dan buku aktiviti seperti buku mewarna dan buku menulis bagi memudahkan anak kecil ambil bukunya tanpa perlu menaburkan buku yang lain semasa mencari.



 Pastikan Paras kedudukan bekas dan rak yang mudah dicapai oleh anak-anak




Tidak perlu letak bekas atau bina rak mainan terlalu tinggi kerana ia mungkin membahayakan keselamatan anak jika ada anak kecil yang memanjat dan kemudian rak itu jatuh menghempapnya. Adalah lebih baik bekas dan rak tersebut berada di paras ketinggian di mana anak-anak kecil juga mampu mencapainya. Dengan ini, ibu bapa juga sudah tidak diganggu oleh anak-anak kerana mereka mudah mencapainya sendiri tanpa perlu minta bantuan sesiapa. Nama pun mainan anak, jadi biarkan mereka bermain. Jika tidak mahu bersepah, sebaiknya tidak belikan pelbagai jenis mainan pada peringkat awal lagi.


Salam sayang dari
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Blog tempahan rekabentuk boleh dilayari di sini: 
Dapatkan ebook Panduan Kediaman Pertamaku untuk peroleh lebih banyak tips menarik tentang kediaman :






0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO