Teks : khairunnisa hamzahara
Catatan Akhir Arwah Adik Ahmad Ammar
"PErlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. SEKIRANYA ALLAH REDHA SEDANGKAN SELURUH DUNIA BRPALING PADAMU, MAKA ITU TIDAK PENTING. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa=apa kesan pun...Kerana itulah sepatutnyahanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini"
Bila menilai balik apa yang dibuat sekarang ni,
apa yang selalu saya sebutkan dalam kelas
kepada setiap peserta kelas asas blog
"kalian perlu ada niche utama untuk blog kalian
supaya ia dijadikan momentum untuk memastikan blog kalian
terus hidup dan kalian ada semangat menulis yang tidak pernah padam"
Rupanya ia seperti peringatan kepada diri sendiri
Pilihlah satu Tujuan Utama dalam hidup ini
agar ia dijadikan momentum untuk teruskan hidup
agar berjumpa dengan kesudahan hidup yang terbaik.
Dan setiap tujuan utama hidup itu yang paling kukuh dan tak goyang
bila ia berbalik semula kepada "ingin sampai ke pangkuan Illahi dengan selamat dan terbaik" Sebelum tidur, mari kita renungkan semula apakah satu niche utama dalam perjalanan hidup kita seharian dan matlamat hidup kita? Ramai yang tanya kenapa saya melepaskan jawatan? Kenapa saya sanggup abadikan diri duduk di rumah jaga anak-anak? Kenapa saya sanggup lepaskan segala-galanya? Kenapa saya mula buat kelas menulis dan bina blog? Kenapa saya mengajak ramai ibu asuh dan didik anak? dan seterusnya kenapa dan kenapa... saya tinggalkan jawapan ini untuk direnungkan semula. Sebelum itu saya nak katakan sesuatu, apa yang saya buat, bukan kerana saya tetapi ia adalah detik hati yang di detik kan oleh Allah yang Maha Esa. Pasti ada sebab. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita buat. Kita hanyalah sebagai mediumnya, diri kita bukan untuk kita seorang sahaja. Hidup kita bukan milik kita. Allahurabbi. Dan Arwah Adik Ahmad Ammar masih diminda saya. Mari kita sedekah Al-Fatihah buat arwah.
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina KEhidupan DI Rumah}
Bacalah kisah arwah Adik Ammar Di sini=> http://www.nescafeais.com/kisah-ahmad-ammar-yang-disanjung-di-turki/
Untuk mula menulis dan menyampaikan penulisan ke ramai orang, boleh mula dengan membina sebuah blog yang boleh di akses oleh sesiapa sahaja tanpa ada sempadan. Menulislah yang baik di sini=>http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html
0 comments:
Post a Comment