Teks: khairunnisa hamzahara
Semua orang dah mula kenal arwah adik Ahmad Ammar kan?
Arwah jauh lebih muda dari kita tapi rajin merantau dan menulis
Ingat tak kita, orang dulu meninggalkan beribu catatan untuk generasi akan datang.
Jadi tak perlu tunggu siapa kita untuk mulakan catatan perkongsian ilmu dan pengalaman kerana hidup itu bukan rahsia. Jika ia rahsia maka kita tidak dapat tahu kisah rumah tangga Rasullullah kita. Biarpun kita rasa kita tidak ada apa-apa, namun hidup kita Allah pinjam kan untuk berikan manfaat pada orang lain. Tanpa kita sedari, lubang yang pernah kita terjatuh, jari yang pernah tersepit, makanan yang dimakan pahit, indahnya alam di tempat kita sedang berpijak, jika kita ceritakan semula pada orang lain mungkin orang lain dapat elakkan lubang tadi, dapat berhati-hati dengan jari agar tidak tersepit, dapat elak makan makanan pahit kita tadi, dan dapat berkunjung ke lokasi yang kita dapat merasa keindahan alam tadi. Pentingnya untuk kita terus berkongsi. KIta tak tahu perkara itu besar atau kecil nilainya pada orang lain, tapi setiap yang terjadi pada kita adalah untuk panduan dan pedoman orang lain. Kerana setiap yang diturunkan sesuatu kepada seseorang tidak diberikan pada orang yang lain. Jadi untuk mencari Allah, kita perlu cari dalam diri seluruh manusia yang lain. Allah tinggalkan sesuatu kepada setiap manusia untuk dilihat dan diinsafi oleh manusia yang lain. Setiap umat Islam itu adalah cerminan umat Islam yang lain. Saya tak tahu lah penyampaian saya ini dapat difahami oleh semua atau tidak. Namun, hanya satu seruan saya, menulis lah, menulis lah, menulis lah, menulis di buku catatan dan juga di blog. Arwah adik ammar banyak menulis di buku catatan, kini buku catatannya dijadikan panduan untuk kita yang dibelakang yang masih tidak tahu bila tarikh kita dijemput Illahi. Yang pasti kita tak perlu menunggu tarikh itu tapi tinggalkan jejak kita setiap saat agar ia boleh dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Kita kesuntukan masa kerana sesaat yang bakal tiba nanti mungkin adalah waktu kematian kita pula. Wallahualam
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
23.11.2013
0 comments:
Post a Comment