NUFFNANG

Thursday, 5 September 2013

Mencari Semangat


Teks : khairunnisa hamzahara




Lepas baca Artikel kak Masayu Ahmad (mentor saya di alam Suri Rumah Berpendapatan secara online ) di page wahm sahm soho (page kami sebagai penulis online bebas berkongsi info dan perniagaan) saya yang tadi masih berselimut sebab rasa badan tak berapa sihat, terus campak selimut ketepi, capai handphone baca message , whatsapps dan email yang masuk. Jenguk kejap, anak-anak tengah minum susu sambil tengok mickey mouse club house. Mesin basuh kedengaran sedang berputar. Terus berjalan ke bilik kerja. Buka lampu dan suis kipas. Peluk kusyen buka laptop. Buka Blog akademi Bekerja Di rumah, baca update blog rakan-rakan alumni yang lain. Ambil aura mereka. Kembali semangat! (INilah rutin harian). Untuk dapatkan semangat, berada lah di dalam satu kelompok. Kalau bersendirian memang cepat hilang semangat dan boleh jatuh terduduk malah silap-silap boleh tersungkur dan tertiarap 

Inilah yang saya cuba bagi semangat dan info pada rakan-rakan yang selalu message tanya macam mana nak buat kerja dari rumah, macam mana nak jadi suri rumah tapi masih tidak dipandang rendah. Apasalahnya spend sikit duit bayar yuran kelas ni macam bayar tiket masuk goup bekerja dari rumah, manfaatnya berterusan selamanya selagi internet masa ada  
Kalau duduk rumah ingat boleh hidup ke sorang-sorang? Tanpa matlamat, tanpa perancangan, tanpa misi dan visi. Tak kemana. Meroyan adalah nanti. Mari sertai kami yang telah terkumpul dari pelbagai bidang dan kepakaran. Berjumpa , belajar, berkongsi ilmu dan business serta bertukar network 100% hanya dari rumah. 

Syarat pertama pilih kelas mana nak join:
1. kelas asas blog dan fan page
2. kelas asas blog dan penulisan

* insyaallah bulan Oktober nanti ada bunga-bunga harum dari Akademi Bekerja dari rumah. Semakin hari semakin berkembang. Alhamdulillah. Niat yang baik Allah pasti memudahkan. Moga makin ramai Suri yang bekerja dari rumah demi pembangunan semula sahsiah anak-anak Islam, anak-anak bangsa Malaysia. Ibu itu institusi kekeluargaan. Pendapatan adalah bonus yang membahagiakan

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
>>Senibina Kehidupan Dari Rumah <<

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO