Teks: khairunnisa hamzahara
Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluaga bergerak dari Melaka menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur. Si suami ada "meeting semangat kumpulan bulanan " di Tasek Perdana seawal 7.30 pagi. (suami adalah perunding kewangan/insurans yang aktif dan sepenuh masa. Sudah cecah 3 tahun lamanya). Suami cadangkan saya tidak terus ke rumah ibu saya di Bangi tetapi membawa anak-anak ke "Dataran Merdeka". Kata suami: "Hari ini ada Sambutan Hari Tentera". Oh, sungguh saya tidak tahu kisahnya ada Hari Tentera masa tu . Macam tu lah bila dah 24 jam duduk rumah. Kadang-kadang hari pun saya tak perasan hari apa. Sebab tak pernah menunggu hari cuti atau bila hari nak start bekerja. Setiap hari adalah sama bagi saya. Menjadi suri rumah dan ibu sepenuh masa disamping menyelesaikan semua pekerjaan yang timbul baik di dalam rumah atau di dalam internet. Bila penat, berehat dulu. Dah segar, sambung semula. Macam tu lah rutin harian.
Ok, sambung semula cerita, adik dan kakak ternganga-nganga semasa Daddy nye turunkan kami di tepi dewan bandaraya KL. Saya perlu bawa anak ke arah Dataran Merdeka. Suami siapkan bekal sarapan dan wang saku kalau-kalau kami terasa lapar. Tapi anak-anak sikit pun tak lapar kerana excited sangat bila nampak askar ke hulu hilir seawal 7.30 pagi di mana acara belum bermula. Riuh rendah dengar soalan dari mulut si adik dan si kakak. Ok, selanjutnya saya ceritakan secara bergambar ya. Scroll ke bawah :)
|
Gambar : si adik dah mula rasa cuak, tak percaya nak jumpa askar. Si kakak sangat excited. sambil di tangan bawa keropok dan radio al-quran kegemarannya yang digantungkan di leher. |
|
Gambar: Semasa sedang berjalan menuju ke dataran merdeka, ada bebrapa buah kereta kebal dan truck askar parking di depan dewan bandaraya KL. Mungkin memang sengaja di parking kan di sini bagi orang ramai ambil gambar sebagai kenangan dan lihat serta sentuh sendiri kereta kebal. |
|
Gambar : Mula-mula si adik takut untuk sentuh. Siap menangis dan menjerit. Tapi bila lihat si kakak berani sentuh dan sandar, si adik beranikan diri menyentuh kereta kebal. Dia betul-betul tak percaya yang dia sedang menyentuh kereta kebal. Mommy tergelak saja :) |
|
Gambar : si adik melihat abang askar dari jauh |
|
Gambar : Sabar menunggu perarakan start walau perlu duduk di bawah celahan kaki orang dewasa yang tak bagi langsung laluan pada kanak-kanak kecil. |
|
Gambar: Bila ada jet dan kapal terbang askar lalu saja di atas kepala, mereka pun sama membuat aksi sedang terbang |
|
Gambar : Masa ni orang belum ramai lagi, bila orang dah semakin ramai, yang dewasa mula ke depan dan menolak ke belakang si kanak-kanak kecil yang sedang excited ni. |
|
Gambar: bertuah anak-anak saya yang sempat tengok perarakan sebegini masa kecil lagi. mommy nye dapat melihat perarakan sebegini setelah usia berpuluh tahun :) syukur Malaysia "masih" aman. Anak-anak dapatlah lihat askar berarak menyambut hari merdeka. Jika di bumi palestin dan syria serta di mesir, kanak-kanak menyorok ketakutan. Itulah yang saya ceritakan kepada anak-anak sepanjang mereka menyaksikan perarakan tentera ini. |
|
Gambar : Si adik sangat suka aircraft dan helicopter namun apabila ia muncul adik tidak terucap sebarang kata, mungkin dia sungguh terpegun. |
|
Gambar : Bila sampai saja askar yang berpakaian menyamar sebagai belukar ini, si adik menjerit-jerit minta dukong untuk di bawa pulang. Katanya itu orang jahat macam hantu. Saya terpaksa terangkan yang asakr perlu menyamar di dalam belukar untuk menyorok dari musuh. Barulah adik faham. Tapi masih takut. |
|
Gambar : ketika perarakan tentera bermuzik pancaragam, si kakak mula konfius. Askar punboleh main muzik ke mommy? Saya kata askar ini berlatih main muzik untuk menghiburkan kakak. Askar ni baik. |
|
Gambar : Askar yang ini pula mengendong beg galas yang penuh dengan kelengkapan askar sepanjang berada di hutan. mereka membawanya sentiasa kerana setiap askar membawa bekalan masing-masing. (mommy bercerita satu persatu kepada anak-anak) |
|
Gambar : kebanyakkan askar mencontengkan muka dengan pewarna hijau. Kami betul-betul berada di sebelah askar yang berarak. si adik memalingkan muka kerana seram dengan muka askar yang bewarna hijau. |
|
Gambar: Sedang menyaksikan perarakan, kelihatan pula beberapa buah kapal terbang askar menjatuhkan askar payung terjun dari langit. Adik kata belon. Kakak kata askar terbang. Si adik berkeras kata belon. Lalu mommy nya bergegas bawa anak-anak menuju ke padang dataran merdeka untuk saksikan sendiri askar landing di padang. Orang sangat ramai, cuaca mula terik. |
|
Gambar : Akhirnya kami berjaya sampai di padang dan minta laluan sampai ke depan. Bila sampai saja di depan sekali, adik dan kakak nampak dengan jelas. Lantas adik pun kata : "eh , tu bukan belon la, tu macam orang je". Saya tersenyum, saya kata "sebenarnya belon yang adik nampak turun dari aeroplane tadi ialah askar-askar yang turun dengan payung terjun dan sekarang selamat sampai di tengah padang" kata si adik lagi " adik pun nak terjun dari aeroplane. boleh tak mommy?" :) |
|
Gambar : Adik dan kakak benar-benar terpegun melihat aksi abang askar selamat mendarat dengan payung terjun. Kini adik dah tahu, belon yang adik nampak keluar dari kapal terbang askar itu adalah askar yang terjun dengan payung terjun |
|
Gambar : perarakan kereta kebal pula selepas aksi askar dengan payung terjun tadi. yang ini saya juga tak tahu apakah dia. kata si suami selepas tengok gambar ini, mungkin ini adalah jambatan lipat yang digunakan oleh askar untuk menyeberang sungai. |
|
Gambar : Di hadapan dataran kami tidak ada ruang untuk menyelit. Saya dengan pantasnya membawa kedua anak kecil ini berjalan dengan pantas menuju ke bawah landasan lrt di mana ia merupakan laluan terakhir semua kenderaan berarak sebelum pusing ke jalan pulang. Kami berteduh di bawah landasan ini dari terik matahari. Tak sangka di sini kami berkesempatan menyaksikan kereta kebal di hadapan mata tanpa halangan. Bunyinye sungguh kuat sehingga adik menangis dan asapnya sungguh bubuk dan menyakitkan hidung. Lantas saya bawa anak-anak undur ke belakang |
|
Gambar : sebenarnya banyak lagi aksi termasuk aksi jet pejuang mengeluarkan asap merah dan terbang mendaki ke langit. Tetapi saya sibuk memeluk adik yang meraung nak balik. Katanya bumi nak pecah. Masyaallah. Sungguh kuat. Terbayang pula macam mana anak-anak di bumi palestin menahan getaran di jiwa apabila mendengar bunyi roket, peluru dan jet yang membinasakan bumi mereka. Lihat di gambar ini, semasa menyambut hari tentera, ada yang excited sampai mencontneg muka anak-anak kecil mereka. Yang di gambar ini baru berusia satu tahun lebih :) |
|
Gambar : Selepas perarakan, kami masih di sini. Menunggu Daddy datang jemput. Semasa berehat di tepi air pancut di depan dewan bandaraya KL, tiba-tiba ramai askar datang berehat di sini. Bukan kami nak bergambar dengan encik askar ni semua tapi askar-askar ini yang ajak si adik dan kakak bergambar. Si kakak sangat suka. Tapi si adik takut. Katanya, askar bunuh kanak-kanak di palestin. Puas sudah saya memujuk, akhirnya ada seorang askar yang mendukung adik dan adik bole tunjuk "peace" masa gambar di ambil :) |
|
Gambar : ini lah gambar dua kanak-kanak yang telah berpeluh dan kepenatan. Tetapi mereka telah belajar dan merasakan sendiri banyak perkara yang tidak boleh mereka rasakan dengan hanya menonton di TV. Kata si kakak, kat TV lain, kat sini lagi Hebat! :) |
|
Gambar : semasa Daddy sudah datang menjemput, kereta berjalan perlahan. rupanya kesemua kenderaan askar yang berarak tadi berderet tersusun di tepi jalan. Nah, adik dan kakak dapat lihat lebih dekat satu persatu kenderaan askar. Yang paling best, boleh melihat kesemua kenderaan ini di dalam aircond (dalam kereta). (penat-penat mommy tadi rupanya boleh lihat dalam kereta saja-tapi tak apa, janji puas hati) |
|
Gambar : Melihat kesemua kenderaan askar ditinggalkan di belakang melalui cermin tepi kereta, si adik dan si kakak melambai-lambai. Pulang dengan gembira walau masing-masing kepenatan. Kata kakak " banyak ni nak cerita dengan nenek dan atok" |
Yang pasti, ibu mana yang tak suka bila melihat anak-anak nye gembira dan semakin bijak. Pengalaman membawa beribu erti buat anak-anak. Kini kisah askar dan kenderaannya menjadi sebutan di mulut si adik dan si kakak. Bila lihat sendiri, baru mereka tahu yang ia wujud ai alam realiti selain melihat di kaca TV. kata si adik, askar memang ada, hebat, jet dia laju, bunyi dia kuat. dan dia terus bercerita dan bercerita. Saya pernah teringat kata-kata seorang veteran, dedahkanlah anak-anak dengan pengalaman depan mata, kelak dia akan pergi lebih jauh (lebih bijak ) dari usianya. Insyaallah selagi mommy dan daddy mampu dan masih bernyawa, kehidupan ini hanyalah semata-mata membesarkan anak-anak. Insyaallah.
Di akhir catatan,
Salam Sayang dari saya buat semua anak-anak kecil yang berjiwa besar.
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
~Senibina Kehidupan Di Rumah~
0 comments:
Post a Comment