NUFFNANG

Friday, 30 August 2013

Dinding Kreatif Ubah Suasana Kediaman!

Teks : khairunnisa hamzahara
Imej : Google

Assalammualaikum

Pasti ramai yang sudah mula bosan dengan suasana rumah yang sama sahaja setelah bertahun-tahun menginap di rumah yang sama. Setiap tahun masing-masing cuba ubah suasana kediaman dengan mengubah warna cat dinding rumah sahaja. 

Apa kata kali ini bukan sekadar sapuan cat sahaja di dinding rumah, tetapi menghias dinding dengan elemen-elemen lain yang boleh mengubah nilai dinding di rumah . Rasanya masih belum terlambat untuk mulakan mengubah dinding di rumah masing-masing. Yang penting, seisi rumah gembira dengan suasana baru di rumah sendiri. 


Memetik kata-kata di sebuah majalah tempatan baru-baru ini : 

"Jadikanlah rumah kita sebagai kediaman yang sentiasa menjemput untuk dimasuki ke dalamnya bukan kediaman yang terpaksa untuk di masuki.

Dinding merupakan satu elemen penting dalam sesebuah kediaman. Ia boleh diperbuat daripada batu-bata, simen, kaca, gelas, kayu, batu mahu pun apa sahaja bahan. Apa tujuan utama dinding?


Dinding berfungi dan berperanan dalam pelbagai segi bentuk bergantung kepada fungsi ruang tersebut. Adakala ia sebagai pelindung, tak kurang juga sebagai pemisah, dan kadang-kadang berfungsi sebagai "sense of surprise" 



DINDING 3D


Dinding 3D kebiasaannya merupakan pilihan bagi mereka yang berduit. Ini sama dengan kegilaan penggunaan wallpaper. Bezanya kali ini pembekal mengeluarkan motif 3D untuk dijadikan hiasan dinding. Motif ini dijual dalam jumlah 4 keping dalam sekotak misalnya. Jadi tak semestinya juga kita perlu memasang motif 3D ini di kesemua permukaan dinding yang kita mahu naikkan seri dengan tampalan motif 3D ini. Kita bole juga menggunakan hanya 4 keping sahaja samaada menyusunnya secara "centre" di tengah-tengah dinding atau menyusunnya secara menegak (ikut kesesuaian jenis corak, kerana ada corak yang lengkap membentuk apabila dilekatkan dengan 4 keping motif, ada juga motif yang boleh dilekatkan sendirian tanpa perlu gabungan kepingan yang lain)



Gambar : Contoh motif yang perlu bersambung antara setiap kepingan dengan kepingan yang lain bagi membentuk corak yang lengkap

Gambar: Ada juga motif 3D yang tidak datang dalam bentuk kepingan segi empat sama tapi  datang pelbagai bentuk dan saiz dalam satu kotak


Untuk harga, sekotak 4 keping motif seperti gambar di atas dalam harga RM100 -RM300. Bergantung kepada corak dan tekstur dan brand supplier. Bagi motif 3D yang lebih kecil dengan saiz dan corak pelbagai dalam satu kotak, satu set hanyalah RM50-RM100 sahaja.

Boleh dapatkan di kedai hiasan dalaman atau kedai bahan binaan seperti HOUZ Depot


BINGKAI KAIN ATAU KERTAS BERCORAK

Dekorasi dinding dengan menggunakan kain atau kertas bercorak adalah satu kreativiti yang sangat kreatif. Bagi menggandakan impaknya, kain atau kertas bercorak tersebut boleh di bingkaikan sama ada di balut di luar bingkai atau di dalam bingkai, kedua-duanya sangat menarik. 


Bagi penggunaan kain bercorak, boleh dapatkan kain di mana-mana kedai tekstil dan fabrik seperti Globe, Jakel, Kamdar, Nagoya dan sebagainya.  Bagi yang suka kan kelainan dan juga sukakan corak kain yang bermotifkan modern serta simple boleh dapatkan kain sebegini di kedai-kedai hiasan dalaman seperti Macy dan Ikea. Atau jika sedang berjalan cuci mata di mana-mana kedai, beli dahulu mana-mana fabric yang kelihatan cantik di mata dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ini dapat menonjolkan kelainan di ruang yang dihias dengan fabrik bercorak pilihan sendiri. Untuk nampak lebih santai dan menarik, gabungkan pelbagai corak fabrik yang lain dan dibingkaikan berasingan , kemudian di susun dengan satu susunan di tengah-tengah titik tumpu dinding.



Gambar : Kain bercorak hitam putih menjadi pilihan dan disatukan dalam satu bentuk susunan di tengah-tengah dinding sebagai titik tumpu ruang


Gambar : Fabrik yang bewarna seirama dan bercorak senada di lekatkan di atas satu bingkai utama yang lebih besar di belakangnya agar mudah di alihkan kelak tanpa perlu teraburkan semula susunan fabrik mengikut aturan corak yang telah dibuat

Gambar : Contoh kain yang sekeping di pisahkan kepada 3 buah bingkai berlainan bagi menimbulkan ruang di anatar corak dan mencuri tumpuan mata yang memandang.

Gambar : Bagi yang malas untuk memikirkan cara bingkai, beli sahaja bingkai sedia ada dan masukkan fabrik atau kertas bercorak tersebut di dalam bingkai yang dibeli dan susun di dinding mengikut aturan yang harmoni


TAMPALAN OBJEK


Selain itu, tampalan objek juga boleh di buat bagi menaikkan seri dinding. Objek-objek seperti serangga mudah didapati di kedai hiasan dalaman seperti KK Home Deco atau pun Romantika. Susun objek ini mengikut satu titik tumpu bagi mendapatkan kesan dramatik. Seandainya tidak dapat membeli, boleh juga buat sendiri dengan menggunakan kayu atau kotak. Namun, paling mudah jika kita mengguna semula objek sedia ada di rumah dan digantungkan di dinding setelah di warnakan kembali bagi menaikkan seri nya.


Gambar : Objek 3D pepatung yang dilekatkan dengan mengikut satu titik tumpu mengahsilkan illustrasi dramatik

Gambar: Idea yang kreatif, sudu, garfu dan pisau mentega di cat semula kemudian di bingkaikan di atas kain bercorak


BINGKAI KOSONG

Kalau selalu kita melihat orang menggantungkan bingkai gambar yang memuatkan gambar-gambar kenangan keluarga di dinding rumah. Kini , apakata kita buat satu kelainan. Cari bingkai yang ada identiti dengan corak dan bentuk yang menarik. Gantungkan bingkai -bingkai kosong tu sahaja di dinding dengan formasi yang disukai . Jika perlu, sama kan warnanya bagi nampak kesan harmoni. Boleh gunakan cat spray bagi mendapatkan warna bingkai yang sama jika bingkai yang ada berlainan warna. Kebiasaannya ia sesuai digantungkan di lorong dan ditangga. Namun tidak jadi pelik jika digantungkan di ruang utama dan ruang-ruang lain. Ia dapat menonjolkan sesuatu yang unik. Berbingkai tapi kosong. Mendalam maksudnya tu :) 

Gambar : bingkai kosong yang digantungkan di dinding dengan warna yang sama dengan dinding di sebuah lorong memberikan satu suasana yang harmoni dan bergaya.


Gambar : Dinding nampak antik dan unik sekiranya dilengkapkan dengan bingkai bergaya antik dan unik

Gambar : Bingkai yang kontra dari warna dinding namun kesemua bingkai masih dalam warna yang sama. Walaupun berlainan saiz dan bentuk ia tetap nampak harmoni

TAMPALAN BAHAN BUANGAN / ANTIK

Bahan buangan dan barang yang tidak lagi digunakan boleh ditukarkan menjadi barang hiasan di kediaman dengan memerlukan sedikit transformasi bagi menampakkan ia berseri dan ada nilainya.


Bertuah bagi yang mempunyai pokok di kawasan rumah. Batang pokok yang ditebang boleh diguna pakai semula dengan kaedah menghiris batang kayu tersebut dengan potongan yang kecil seperti di dalam gambar di bawah ini. Kepingan kecil ini disusun di atas sekeping papan sebelum dilekatkan di dinding. Selain kayu, jika pandai, boleh juga bermain dengan susunan bahan seperti gumpalan/lipatan kertas, kotak, botol plastik ataupun besi dan aluminium.


Gambar : kepingan kayu yang di susun menjadi hiasan dinding yang mencuri perhatian tetamu dengan keunikannya

Gambar : Basikal antara benda yang selalu digantung di dinding bagi penggemar basikal atau bagi mencetuskan kenangan

CAT DENGAN CORAK KREATIF 

Jika tidak ada pilihan lain, dan cat masih menjadi pilihan utama dalam menata rias dinding di kediaman, masih ada satu kaedah kreatif yang boleh mengubah seri dinding tersebut. Iaitu berlaku kreatif dengan mencorakkan dinding dengan corak dan warna. Gaya yang paling mudah adalah corak berbelang. Corak memanjang menjadikan ruang kelihatan kecil dan bertumpu. Manakala corak melintang menjadikan ruang kelihatan lebar dan tidak bertumpu. Bagi yang kreatif, boleh melukis dahulu menggunakan pensil dan kemudian cat mengikut corak yang dilukis dengan warna yang bersesuaian.

Gambar : Corak memanjang menjadikan dinding tertumpu


Gambar : Corak melintang menjadikan bilik kelihatan lebar dan tidak bertumpu

MOTIF ROLLER PAINT


Lebih menyeronokkan lagi jika dapat membeli Motif roller paint yang boleh di dapatkan di kedai hardware atau mana-mana kedai hiasan dalaman serta kedai bahan binaan. Jika tidak jumpa, boleh layari website ini untuk melihat lebih banyak lagi corak yang ada dan membeli motif roller paint yang disukai :http://the-painted-house.co.uk/applicators-and-designs/designs/

Bagi saya, kaedah ini, mudah namun cantik dan menyeronokkan. Cubalah, pasti anda akan tersenyum puas bila melihat hasilnya. 






Saya pasti ramai di antara kalian yang teruja untuk memulakan projek ubah dinding menjadi lebih kreatif dan menarik selepas ini. Selamat Maju Jaya! :)

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

untuk tempah rekabentuk hiasan dalaman rumah boleh berkunjung di sini :

untuk sertai kelas belajar hias rumah online, jemput singgah di sini:

dan untuk mula bina blog sebagai asas perkongsian di alam maya,
boleh layari di sini untuk keterangan lebih lanjut :

sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan penulis di
khairunnisahamzahara@gmail.com






Thursday, 29 August 2013

Kizeewatty Zainal

Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa yang saya dapat dengan berblogging?


Teks: Kizeewatty Zainal


Assalamualaikum w.b.t

Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan dan fungsinya di muka bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini salah satu janji Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya. Saya sedar ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan rutin harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa jemu. Jangan rasa rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan kita ini ada sebab dan maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi.

Apa sebab Allah jadikan kita? Secara peribadinya, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam keluarga yang bahagia. Sentiasa ingat yang kita dilahirkan untuk menjadi anak, adik, kakak, kawan, isteri dan ibu kepada orang tersayang di sekeliling kita. Kita adalah kaum hawa yang kuat, tabah dan sanggup meredah apa jua cabaran rintangan demi orang yang kita sayang. Anda di luar sana mungkin ada yang terasa tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui. Sedarkah kita yang kita selalu memberi yang terbaik untuk orang lain tapi pernahkah kita terfikir mencari yang terbaik untuk diri kita? Apa kata kita mula memberi yang terbaik pada diri kita barulah kita akan rasa bermakna hidup di dunia dan Insya Allah di akhirat juga. Hargai setiap pemberian Allah kepada diri kita ini.






Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun hendaklah niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah s.w.t, dan jangan kita buat sesuatu perkara itu hanya kerana inginkan pujian dan balasan daripada manusia. Kerana manusia adalah manusia tidak pernah sempurna dan terlalu banyak kelemahannya. Kelemahan inilah yang sering membuatkan kita kecewa dan putus asa serta berasa rendah diri. Seterusnya kita rasa hidup tidak bermakna dan aura negatif mula menyelubungi kehidupan kita. 

‘Always look on the bright side of life’. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan buat, itulah doa buat kita dan Allah akan makbulkan, Insya Allah. Jika kita rasa kita tidak pandai, tidak berbakat, tidak bersemangat dan segala-galanya ‘tidak’ maka Allah akan beri secara percuma dan selamanya kita hanyut dalam keadaan merendah diri hingga takut untuk mencuba sesuatu. 

Antara sedar dan tidak sedar, sebenarnya inilah diri saya yang dulu. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif, tidak berani untuk ke depan dan masih hidup dalam kepompong walhal ramai wanita terutamanya suri rumah di luar sana yang telah berjaya merealisaikan impian mereka menjadi seekor rama-rama yang mengembangkan sayapnya yang cantik. Bebas terbang mengikut rentak sendiri tanpa risaukan segala kekangan jika dibandingkan ketika berada di dalam kepompong. Saya kuatkan hati untuk memulakan perkongsian hidup, ilmu dan pengalaman saya dengan berjinak dalam dunia blog. Sampai bila mahu berdalih dan tidak bergerak. Jika orang lain boleh lakukan sehingga berjaya, saya juga pasti boleh lakukan seperti mereka. 

Bagaimana mula menyertai kelas asas blog ini? 

Saya dipertemukan dengan seorang mentor yang sentiasa berada di sisi saya, tangan saya tidak pernah dilepaskan dan sentiasa dipimpin. Beliau ialah Puan Khairunnisa Hamzah, seorang WAHM yang sanggup melepaskan kerjaya yang hebat demi keluarga dan mempunyai niat suci untuk membantu lebih ramai wanita berkerjaya dari rumah, sekaligus mereka mampu mendidik anak-anak dan menjaga keluarga tercinta. Beliau seorang yang rajin memberi kata-kata semangat di kala diri saya kekontangan idea untuk menulis. 

Baginya kita kena sentiasa menulis dan menulis. Luahkan apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Seorang yang menjadi sumber  inspirasi saya,sentiasa berfikiran positif dan setiap jalan buntu ada penyelesaiannya. Blog beliau di khairunnisahamzahara.blogspot.com banyak berkisar tentang pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna untuk para pembaca dan tentunya menjadi contoh bagi saya yang baru menapak di laman blog ini.

Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog yang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan peluang perniagaan kita. 

Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita untuk membina blog masing-masing  Arahan yang jelas diberikan mentor kami setiap kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif dengan dunia alam maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita betul-betul paham. Jangan malu dan segan kerana tiap soalan kita dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya masih tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog walaupun telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain, hendak seribu daya kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat selepas waktu bekerja. Akhirnya dengan mudah saya dapat memahami konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh mentor dan banyak nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini lebih tampak professional di mata pembaca.

Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga kepada terbinanya satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga diajar cara-cara membina penjenamaan nama kita di ruang IT, membina url blog, membina kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsikan.

Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk mambantu lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai dan setiap daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza. Mereka sentiasa memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah perkongsian ilmu antara kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyak membantu dan mendorong saya. 

Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula untuk membantu dan memberi yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah kitaran ilmu dan kebaikan yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak cucu kita nanti. Insya Allah

Bagaimana mencari idea untuk penulisan blog kita?

Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir sama tapi secara halusnya kita ini amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman dan perwatakan kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti. 


Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya mulakan dunia blog saya ini dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya banyak mendapat idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet. 


Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini luas dan banyak perkara yang boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang mudah hingga kepada perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat.


Sebagai peringatan yang manis kepada kaum hawa di luar sana, bila kita sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah, sentiasa ‘switch’ minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik, jangan sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest. Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah untuk anda lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada saya. Saya doakan kehidupan anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada semalam. 


Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit.

untuk keterangan lanjut berkenaan kelas asas blog dan penulisan serta pendaftaran terus ke kelas, boleh lihat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

Monday, 26 August 2013

Isu Penjagaan dan Penderaan Fizikal dan Sikologi Anak-anak

Teks : khairunnisa hamzahara



Gambar atas dan bawah : Permata hati pertama (aisyah) yang menjadi mangsa keadaan dek kerana mommy daddy baru nak pandai menguruskan hal kewangan dan pengurusan masa keluarga pada masa lalu
Anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada hamba Allah yang telah bersedia memikul tanggungjawab tersebut. Namun sebaik saja di anugerahkan anak tersebut, ibu bapa zaman moden tidak dapat menjadi ibu bapa sepenuh masa kepada anak-anak lantas ramai yang hanya menjadi ibu bapa separuh masa atau ibu bapa hujung minggu saja buat anak-anak. Saya juga turut tidak ketinggalan bergelar ibu bapa separuh masa pada 4 tahun yang lepas. Namun setiap hari meninggalkan anak-anak di taska pasti rasa hiba malah teresak-esak di dalam kereta. Suami hanya mampu nasihat untuk bersabar. Kata suami, berdoalah satu hari nanti, saya mampu jaga anak sendiri. Perit juga bila ada beberapa episod penjagaan anak sejak dari anak pertama. 

Bermula dengan hantar di rumah pasangan tua, anak saya seperti terbiar dan sering kali pulang dengan bekalan susu dan pampers yang masih penuh. saya tidak tahu sama ada anak saya diberikan susu atau tidak. adakah pasangan tersebut terlupa atau berikan susu yang lain. akhirnya kami tukar hantar ke taska, di sini anak saya kadang kala ada parut luka, kadang-kadang masa nak ambil anak tengok anak hanya menyarap di atas lantai sebab baru usia 8 bulan, sedang ketika tu kanak-kanak lain berlari-lari melangkah anak saya. hati ibu mana tak sebak. tak lama kemudian anak saya dijangkiti sakit kaki tangan dan mulut di nursery tersebut. kemudian bertukar tangan ke pasangan muda. tak sangka pula ibu muda ni tergamaknya menyusukan anak saya secara diam-diam. kemudian dia dan suami datang ke rumah bagi tahu anak saya dah jadi anak susuan dia. hati saya tak keruan. lebih-lebih lagi lepas tahu kemudiannya pasangan tu bercerai, anak saya jadi mangsanya, saya perlu tahu susur galur pasangan tersebut pula. kemudian ibu saya kesian dan jaga anak saya walau ibu saya menghidap athma. pernah sekali, ibu terpaksa mengengsot buka pintu kaca di depan rumah dan menjerit meminta tolong sebab anak saya muntah dan ibu pula sesak nafas, lantas ada kontraktor yang sedang buat kerja di depan rumah datang menolong. Saya serba salah. kemudian letak kemabli di taska, kadang-kadang saya ambil, anak saya tidak berbaju hanya pakai pampers, dan dokter kata anak saya kene bronchitis. di taska ini anak saya dah besar, dia selalu kata" tak boleh ke mommy jaga kakak dengan adik kat rumah" luntur hati saya. saya nekad untuk berhenti kerja. sebab saya orang dewasa. kenapa saya yang perlu harap anak saya faham saya perlu keluar bekerja, anak-anak saya yang perlu bekorban jiwa dan raga, tanpa kasih sayang ibu ayah sepanjang hari nye berlalu. masa ambil di petang hari dia dah pun mengantuk dan tidur sampai esok paginya. saya rasa saya kejam . bila lihat anak-anak balik dari taska tanpa perasaan dan tak heran pada saya, saya tak tahu apa yang berlaku di taska sebab anak-anak belum pandai bercerita tai hati mereka makin jauh. sebelum terlambat, saya korbankan kerjaya sebagai arkitek, ketika kerjaya sedang meningkat naik....saya rela demi mendapatkan jiwa anak kembali. Sebab saya tahu what u give u get back. saya tak mahu anak saya letak saya di rumah orang tua pula

saya yakin dengan keputusan saya lepas kawan saya sendiri kematian anak di bukit antarabangsa sebab tersedak susu sebab penjaganya hanya sumbatkan botol susu dan sendalkan saja dengan tuala sedang penjaga tersebut keluar sekejap di depan taska untuk berborak dengan seseorang yang dikatakan boyfriendnya. Dan sekali lagi seorang senior saya menceritakan anaknya balik menangis, ceritakan dia dan adiknya dikurung di sebuah bilik sebab menangis. Saya yakin, orang lain tidak akan mampu layan dan sayang anak kita sebab sejak jadi suri rumah, saya sendiri kadang-kadang marah dengan anak-anak yang pelbagai kerenah. sedang emak sendiri marah anak, apatah lagi orang lain. Cuma kita marah kerana sayang, marah kerana nak mendidik. Orang lain mungkin marah dan benci lantas selalu maki dan pukul atau dera sikologi atau secara fizikal. insyaallah selagi hayat dikandung badan, saya akan jaga anak sendiri..insyaallah

Saya tambah lagi  Melalui pengalaman sendiri seperti yang diceritakan, sebelum saya berhenti kerja, saya sebenarnya sangat berharap agar setiap pejabat membenarkan ibu membawa anak ke pejabat di tingkat yang sama dengan bilik kerja/pejabat ibu. Ye seperti adanya surau, pantry, toilet dan sebagainya di setiap tingkat atau di setiap tempat kerja. Kini ditambah dengan bilik asuhan anak-anak. kos menyediakan sedikit ruang dan penjaga sebenarnya tidak lah semahal dengan kos yang perlu ditanggung apabila pekerjaselalu tidak dapat hadir ke pejabat untuk melaksanakan tugasan dan tidak dapat bekerja dengan lebih produktif kerana perlu uruskan hal anak-anak. Ibu dan anak tidak dapat dipisahkan. Ini sekaligus boleh mengenepikan penggunaan pembantu rumah dan pengasuh anak-anak di tempat yang jauh untuk dipantau dari tempat kerja. Ada juga yang menggunakan teknologi maju dengan memantau aktiviti pembantu rumah di rumah dengan menggunakan cctv yang dipantau melalui internet di pejabat. Namun jika perlakuan kejam ke atas anak di luar kawalan sedang berlaku, si ibu tadi perlu bergegas segera pulang ke rumah. Itu pun jika perasan dan sempat untuk pulang. Walau macam mana pun , dalam banyak-banyak kaedah, kaedah si ibu sendiri menjaga anak-anak nya adalah perkara yang terbaik sekali boleh dilakukan biarpun nenek nya boleh tolong jagakan. Kata orang tua, janganlah di bebankan lagi orang tua kita dengan anak-anak kita pula, mereka dah penat membesarkan kita. Kata-kata lain pula, janganlah kita menggajikan orang tua kita sendiri. wallahualam

p/s: Lepas berhenti kerja ni makin galak dengar isu penderaan kanak-kanak. rasa lega dengan keputusan yang dibuat untuk bekerja dirumah. Tapi bila keluar berita ada ibu bapa yang dera anak sendiri, saya tak nafikan yang semenjak jaga anak sendiri 24 jam ni, anak-anak kecil ni banyak kerenahnya dan menguji kesabaran. lagi-lagi bagi ibu bapa yang sedang ada masalah perhubungan suami isteri dan hutang, pasti senang naik angin. Tapi yang membezakan kita dengan ibu bapa yang mendera anak tadi adalah akal dan iman. dan juga cara kehidupan. jika cara kehidupan berlandaskan islam, insyaallah aman harmoni. kembali kepada fitrah dan hak manusia dan allah. perkara ni tak akan pernah surut, yang penting kita usaha yang terbaik untuk anak-anak kita dan anak-anak di sekeliling kita yang kita daya untuk ambil berat. perkara anak-anak ni yang mendidik hati nurani saya. dulu saya seorang yang bercita-cita tinggi , sekarang saya hanya bercita-cita untuk baikikelemahan diri dan membina akhlak yang paling baik sebab saya dah ada anak. apa saya buat, diaorang akan copy paste. ohhh beratnya tanggungjawab. kita sedang jaga dan didik ciptaan allah yang bernyawa. dialah penyebab kita ke syurga atau sebaliknya. maaflah, topik ni boleh buatkan saya bercakap never end... 

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

layari di sini untuk mendapatkan info asas bekerja dari rumah :

Friday, 23 August 2013

Iklankan Produk , Perkhidmatan dan Perniagaan Anda di Rangkaian Alumni Bekerja dari Rumah dan SOHOdirectory sekarang

Teks: khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum

Kini Kami di Akademi Bekerja dari rumah menyediakan tapak iklan untuk kalian mempunyai produk, perkhidmatan atau perniagaan untuk dikongsikan bersama. Sesuai bagi mereka yang tidak punyai masa untuk membuat blog atau website di alam maya tapi ada produk dan perniagaan untuk dihebahkan baik secara online mahupun offline. Atau pun ada blog dan website tapi tidak ada masa untuk update dan menguruskannya. Atau juga ada kesemuanya tapi ingin lebarkan lagi sayap perniagaan agar perniagaan lebih dikenali ramai

Pakej Iklan 1:


RM50

1 gambar
link fan page
link blog


Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan


Pakej Iklan 2:


RM100

2 gambar
link fan page
link blog
keterangan produk
keterangan
1 testimoni produk
ulasan blog pilihan

Tempoh 12 bulan

Renew iklan RM100 untuk setahun


Pakej Iklan 3:


RM250


2 gambar
link fan page
link blog
keterangan produk atau perkhidmatan
1 testimoni
ulasan blog pilihan


Tempoh 12 bulan
-servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
-percuma ebook super wahm super mom
Renew iklan hanya RM100 setahun


Pakej Iklan 4:

RM300


2 gambar
link fan page
link blog
keterangan produk atau perkhidmatan
1 testimoni
ulasan blog pilihan


Tempoh 12 bulan
-Servis bonus 1: siapkan email dan blog
-Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
Percuma 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
Percuma 2: ebook asas blog (bernialai RM50)

Harga sebenar, RM375, bayar hanya RM300 sahaja. 
Renew iklan hanya RM100 setahun.


Siapa Yang Layak Untuk Beriklan?


Terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan dan mempromosikan
PRODUK  I  PERKHIDMATAN  I PERNIAGAAN I dan sebagainya
sama ada kalian beroperasi secara Online Atau Offline, kami sedia mengiklankan kepada 
pembaca alam maya


Di Mana Ia Di Iklankan?

Iklan ini akan di buat Melalui Akademi Bekerja Di Rumah di mana kami sudah mempunyai
100 buah blog dari 100 orang penulis online dari alumni penulis dari rumah yang diwujudkan
dari peserta kelas belajar asas blog. Di sini akan berlaku traffic pertukaran blog dan
pertukaran pengunjung.

Selain itu kami menyediakan tapak khas iklan iaitu di SOHO directory :
Jadi, iklan kalian akan di masukkan sekali di sini

Cepat bertindak,
Tempah Pakej Iklan sekarang!

Hubungi saya :

Email :khairunnisahamzahara@gmail.com
Facebook : khairunnisa hamzahara ATAU Nisa Nua


BERITA BAIK!

Bagi setiap Peserta Kelas Asas Blog, Kalian dapat Pakej Iklan secara Percuma!

Bagi mendaftar ke kelas asas blog dan penulis untuk menjadi peserta membuat 
blog sendiri dengan coaching guru online secara online dan masa flexible serta 
mendapat pertukaran link dengan alumni penulis dari rumah, boleh buat pendaftaran 
di sini:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO