Thursday, 29 August 2013

Kizeewatty Zainal

Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa yang saya dapat dengan berblogging?


Teks: Kizeewatty Zainal


Assalamualaikum w.b.t

Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan dan fungsinya di muka bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini salah satu janji Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya. Saya sedar ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan rutin harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa jemu. Jangan rasa rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan kita ini ada sebab dan maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi.

Apa sebab Allah jadikan kita? Secara peribadinya, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam keluarga yang bahagia. Sentiasa ingat yang kita dilahirkan untuk menjadi anak, adik, kakak, kawan, isteri dan ibu kepada orang tersayang di sekeliling kita. Kita adalah kaum hawa yang kuat, tabah dan sanggup meredah apa jua cabaran rintangan demi orang yang kita sayang. Anda di luar sana mungkin ada yang terasa tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui. Sedarkah kita yang kita selalu memberi yang terbaik untuk orang lain tapi pernahkah kita terfikir mencari yang terbaik untuk diri kita? Apa kata kita mula memberi yang terbaik pada diri kita barulah kita akan rasa bermakna hidup di dunia dan Insya Allah di akhirat juga. Hargai setiap pemberian Allah kepada diri kita ini.






Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun hendaklah niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah s.w.t, dan jangan kita buat sesuatu perkara itu hanya kerana inginkan pujian dan balasan daripada manusia. Kerana manusia adalah manusia tidak pernah sempurna dan terlalu banyak kelemahannya. Kelemahan inilah yang sering membuatkan kita kecewa dan putus asa serta berasa rendah diri. Seterusnya kita rasa hidup tidak bermakna dan aura negatif mula menyelubungi kehidupan kita. 

‘Always look on the bright side of life’. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan buat, itulah doa buat kita dan Allah akan makbulkan, Insya Allah. Jika kita rasa kita tidak pandai, tidak berbakat, tidak bersemangat dan segala-galanya ‘tidak’ maka Allah akan beri secara percuma dan selamanya kita hanyut dalam keadaan merendah diri hingga takut untuk mencuba sesuatu. 

Antara sedar dan tidak sedar, sebenarnya inilah diri saya yang dulu. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif, tidak berani untuk ke depan dan masih hidup dalam kepompong walhal ramai wanita terutamanya suri rumah di luar sana yang telah berjaya merealisaikan impian mereka menjadi seekor rama-rama yang mengembangkan sayapnya yang cantik. Bebas terbang mengikut rentak sendiri tanpa risaukan segala kekangan jika dibandingkan ketika berada di dalam kepompong. Saya kuatkan hati untuk memulakan perkongsian hidup, ilmu dan pengalaman saya dengan berjinak dalam dunia blog. Sampai bila mahu berdalih dan tidak bergerak. Jika orang lain boleh lakukan sehingga berjaya, saya juga pasti boleh lakukan seperti mereka. 

Bagaimana mula menyertai kelas asas blog ini? 

Saya dipertemukan dengan seorang mentor yang sentiasa berada di sisi saya, tangan saya tidak pernah dilepaskan dan sentiasa dipimpin. Beliau ialah Puan Khairunnisa Hamzah, seorang WAHM yang sanggup melepaskan kerjaya yang hebat demi keluarga dan mempunyai niat suci untuk membantu lebih ramai wanita berkerjaya dari rumah, sekaligus mereka mampu mendidik anak-anak dan menjaga keluarga tercinta. Beliau seorang yang rajin memberi kata-kata semangat di kala diri saya kekontangan idea untuk menulis. 

Baginya kita kena sentiasa menulis dan menulis. Luahkan apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Seorang yang menjadi sumber  inspirasi saya,sentiasa berfikiran positif dan setiap jalan buntu ada penyelesaiannya. Blog beliau di khairunnisahamzahara.blogspot.com banyak berkisar tentang pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna untuk para pembaca dan tentunya menjadi contoh bagi saya yang baru menapak di laman blog ini.

Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog yang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan peluang perniagaan kita. 

Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita untuk membina blog masing-masing  Arahan yang jelas diberikan mentor kami setiap kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif dengan dunia alam maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita betul-betul paham. Jangan malu dan segan kerana tiap soalan kita dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya masih tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog walaupun telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain, hendak seribu daya kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat selepas waktu bekerja. Akhirnya dengan mudah saya dapat memahami konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh mentor dan banyak nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini lebih tampak professional di mata pembaca.

Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga kepada terbinanya satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga diajar cara-cara membina penjenamaan nama kita di ruang IT, membina url blog, membina kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsikan.

Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk mambantu lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai dan setiap daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza. Mereka sentiasa memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah perkongsian ilmu antara kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyak membantu dan mendorong saya. 

Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula untuk membantu dan memberi yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah kitaran ilmu dan kebaikan yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak cucu kita nanti. Insya Allah

Bagaimana mencari idea untuk penulisan blog kita?

Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir sama tapi secara halusnya kita ini amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman dan perwatakan kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti. 


Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya mulakan dunia blog saya ini dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya banyak mendapat idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet. 


Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini luas dan banyak perkara yang boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang mudah hingga kepada perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat.


Sebagai peringatan yang manis kepada kaum hawa di luar sana, bila kita sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah, sentiasa ‘switch’ minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik, jangan sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest. Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah untuk anda lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada saya. Saya doakan kehidupan anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada semalam. 


Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit.

untuk keterangan lanjut berkenaan kelas asas blog dan penulisan serta pendaftaran terus ke kelas, boleh lihat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO