NUFFNANG

Thursday, 11 July 2013

Peperiksaan Part 3 Lembaga Arkitek Malaysia

Teks : Khairunnisa Hamzahara

Gambar : semasa menelaah undang-undang pembinaan untuk menjadi seorang professional arkitek, terpanggil pula untuk melengkapkan diri untuk menelaah undang-undang Allah untuk menjadi perofessional muslim


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini hujan lagi di bumi bersejarah Melaka. Saya ambil kesempatan ini untuk mendoakan kalian yang sedang membaca entry saya agar dilimpahi rahmat dan rezeki yang mewah bukan untuk diri sendiri tetapi untuk dimanfaatkan bersama orang lain terutamanya keluarga dan umat Islam.

Atas dasar ini saya ingin menulis tentang Peperiksaan Part 3 Lembaga Arkitek Malaysia yang bakal saya duduki pada 27 Julai 2013 masihi iaitu bersamaan dengan 19 Ramadhan 1434 hijrah. 

Kenapa saya ambil peperiksaan ini?

Ini adalah untuk mendapatkan lesen. Lesen untuk saya memandu lebih jauh, lebih mudah saya membawa tujuan dan hala tuju ke sana sini. Ia merupakan lesen perjalanan hidup saya dengan lebih mudah. Pernah kalian memiliki lesen kereta? dengan adanya lesen kereta kita boleh memandu ke mana saja. Tepuk dada tanya iman. Kita boleh memandu ke jalan yang salah dan kita boleh memandu ke jalan yang benar. Bagi saya jika usaha untuk mendapatkan lesen ini dimakbulkan oleh Allah maka ia adalah satu rahmat Allah di atas salah satu nikmat yang diberikan olehnya. Bukan kerana saya hebat atau pandai. Ia tidak ada kene mengena. Ia adalah berkenaan usaha, ikhtiar dan doa kepada Allah. Allah kata, ia tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan ia mengubah nasib nya sendiri.

Kenapa Arkitek?

Kenapa pilih untuk jadi arkitek? Saya seorang yang minat dengan seni, jadi di dalam bidang kesenian, arkitektur adalah ilmu pengajian kesenian yang paling professional di mana pembelajaran ijazahnya sahaja memakan masa selama 6 tahun, kalau seorang dokter menjadi dokter kepada manusia, arkitek pula adalah dokter kepada pembangunan. Asalnya dulu saya suka melukis, jadi saya terima nasihat ayah dan cikgu sekolah menengah dulu di mana mereka kata, alang-alang suka melukis baik bawa kemahiran itu ke destinasi yang lebih professional. Dan sekarang saya di puncak nya. Di puncak kepada segala usaha untuk mendapatkan lese dan tittle sebagai AR. kalau dokter dipanggil DR. , arkitek pula menggunakan professional tittle AR.

Sepanjang bekarya sebagai seorang arkitek lepasan ijzah, saya melihat arkitek adalah seorang yang di didik pemikirannya menggunakan otak kira dan otak kanan. Otak kanan mengatasi yang kiri. Iaitu kreativiti. Ia sebenarnya boleh dilatih dan latihan itu memerlukan minat. Jadi puncuk pangkal adalah minat dan niat. Setiap hari kita bangun kita melihat satu inovasi dan rekacipta manusia yang di ilhamkan oleh Pencipta Manusia iaitu Allah s.w.t. Kita tidur di atas katil, di dalam bilik, masuk ke bilik air, menggapai berus gigi dan melihat cermin, ini semua adalah perkakas , perabot dan ruang yang direka oleh manusia. Kita dikelilingi dengan penciptaan. Dan itulah arkitek yang mampu merekacipta sekecil-kecil jenis rekaan sehingga sebesar bangunan dan bandar. Namun untuk keadilan dalam dunia ini di pecah ka lagi kepada perekacipta produk, perekacipta lnadscape, perka cipta hiasan dalaman, pereka cipta lain-lain. sedangkan dengan menjadi seorang arkitek , semuanya kita mampu merekacipta sehingga sebesar bandar. sebab itulah tempoh menuntut ilmu dan bertapanya lama sikit

Berapa ramai arkitek di Malaysia?

Kalau di luar negara, memang ramai, di Malaysia? Kalau ikut senarai yang berdaftar dengan Lembaga arkitek malaysia ;-

  • Di Syarikat Persendirian - 1082 orang arkitek
  • Di syarikat Perkongsian -105 orang arkitek
  • Di Syarikat Pelbagai Bidang- 38 orang arkitek
  • Di syarikat BAdan Korporat - 229 orang arkitek
maknanya total ada 1454 orang . mungkin belum update lagi atau memang itu jumlahnya yang berdaftar buat masa ini. ini yang layak menjalankan perniagaan perkhidmatan arkitektur dalam malaysia. Jadi tak salah kan untuk saya mencuba untuk menambahkan lagi bilangan ini?

Bekerja di rumah

Semasa sesi peperiksaan lisan, saya di tanya jika lulus peperiksaan ini apakah next step saya. Di manakah akan saya buka pejabat. Lalu saya jawab di rumah? Panel membesar kan mata dan berkata apa pandangan klien awak nanti jika awak menjalankan perniagaan di rumah? Lalu saya menjawab, bukan kah kita dibenarkan buka pejabat di rumah dengan mematuhi akta syarikat di malaysia? Lalu panel menjawab , ya memang benar tapi adakah dato-dato akan datang berbincang dengan kamu untuk projek mereka jika perbincangan adalah di rumah kamu? Ini jawapan saya:

1. Matlamat saya adalah menguruskan rumah tangga dengan baik di sepanjang tempoh singkat peluang saya hidup di dunia ini dan Kerjaya adalah perkara sampingna kerana saya ada tanggungjawab yang lebih besar di sisi Allah. Ok, walau bagaimanapun saya seorang yang tinggi matlamatnya, saya tak akan matikan apa yang saya belajar dan apa yang saya tahu jadi saya akan jadikan ia sebagai Karya hidup saya . Adakah saya perlu set pejabat di tempat lain utuk saya bekarya? Saya lebih selesa bekarya di rumah, dan di rumah lah akan jadi pejabat saya secara tidak langsung. Lalu panel mengangguk dan kata " ya, saya setuju dengan pendapat bekarya, dan saya akan mula respect dengan mereka yang bekarya dari rumah. Dan kamu, saya akan bagi peluang untuk mau buktikan yang bekarya dari rumah juga boleh jadi hebat!" dan ini jawapan saya untuk yang kedua

2. Saya bekarya bukan untuk jadi hebat tetapi untuk membantu menambah nilai kehidupan orang lain, jika ia jadi hebat maka itu adalah bonus saya dalam kehidupan dan itulah nimat dari Allah s.w.t. Target saya hanyalah mencipta kediaman , kediaman rakan-rakan, saudara mara dan kenalan siapa sahaja. Saya bekerja dari rumah untuk membina dan mereka rumah orang lain. Dari rumah untuk rumah. Kenapa saya pilih rumah @ kediaman? Kediaman ada roh nya, kediaman ada jiwanya, kediaman ada bahasanya, kediaman ada penghuninya, mungkin sebab saya pernah terlibat dengan beberapa projek mega sepanjang berkhidmat dengan kerajaan, tapi saya tidak ketemu jiwa dan nilai dalam projek tersebut. Saya ingin buat sesuatu yang berkat, dan di manfaatkan sepenuhnya. Ia, kediaman lah yang akan jadi punca karya saya. Insyaallah

3. Dan seterusnya saya ada menjawab dengan merujuk seorang Arkitek yang saya pernah bekerja dengannya ketika mendapatkan latihan praktis. Beliau merupakan arkitek bertaraf antarabangsa. Ketika bekerja dengannya, firma beliau tak ubah seperti suasana kilang berbanding suasana seorang arkitek yang sangat pentingkan suasana korporat di firma beliau. Arkitek ini berkata ia ibarat menjual Ferrarri, jika ingin present kepada pembeli, kita aka datang bawa ferrari itu kepada pembeli danberikan service yang terbaik, tidak perlu pembeli datang ke show room. Jadi saya pegang kata-kata beliau, berikan service dan mutu yang terbaik. Insyaallah di mana jua kita bertapak, rezeki pasti ada. Dan saya sangat yakin dengan Janji Allah, dengan rezeki Allah! Allahuakhbar

Proses Mendaftar Peperiksaan part 3

Untuk makluman pembaca, bukanlah mudah untuk dapatkan lesen AR ni tapi tak lah sesusah mana, biarpun saya belum lagi melepasi rintangan yang terakhir, saya ingin berkongsi bagaimana laluannya hingga boleh sampai ke sini:

1- perlu hadiri sesi temuduga dan perlu lepasi tahap tertentu untuk masuki program Ijazah Sarjana Muda Senibina di UTM,Malaysia

2- ketika tahun 3, grad diploma dan masuk semula ke tahun 4 ( bagi yang tidak melepasi naik tahun akan keluar bersama sijil diploma untuk bekerja dahulu atau sambung belajar ditempat lain)

3-semasa melepasi tahun 4, telah mendapat Part 1 untuk arkitek yang diiktiraf lembaga arkitek. Masa ni dah lepas ujian dan latihan untuk membangunkan bagunan rendah hingga bangunan Hi-Rise, bangunan tinggi.

4-sambug lagi sehingga tahun 6, selesai tahun akhir ini dan grad ijazah akan peroleh part 2 yang diiktiraf lembaga arkitek malaysia.

5-setelah itu terpulang kepada masing-masing untuk sambung belajar atau praktis. Bagi requirement untuk dapatkan part 3 yang sekaligus melayakkan dapat titlle/lesen AR, perlu menjalani praktis atau bekerja di firma yang menjalankan praktis arkitektur selama minimum 2 tahun. Tapi sebelum itu perlu daftar dahulu di lembaga arkitek debagai arkitek graduan . kerana latihan praktis minimum 2 tahun ini dikira dari tarikh pendaftaran sebagai arkitek graduan, ramai yang terlepas pandang ini, semasa ingin daftar ambil peperiksaan part 3baru perasan tak pernah daftar sebagai arkitek graduan selepas belajar. Jadi perlu tunggu 2 tahun lagi untuk daftar ambil periksa part 3

6. untuk daftar ambil periksa part 3, perlu isi borang pendaftaran periksa part 3 dan bayar yuran sebanyak rm450, kemudian perlu sediakan log book sepanjang tempoh 2 tahun lepas daftar sebagai arkitek. dan perlu submit evaluation report yang di sahkan oleh majikan yang mempunyai title AR (professional). submit log book dan evaluation report bersama-sama. kemdian tunggu sama ada layak atau tidak untuk ambil peperiksaan. Sidang lembaga peperiksaan akan bersidang untuk teliti maklumat dan pengalaman kita terlebih dahulu

7. Kemudian sesiapa yang layak dan diterima sebagai calon akan dipanggil untuk peperiksaan lisan terlebih dahulu Ini bagi memastikan calon benar-benar telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan bertulis dan untuk menilai sama ada calon berkeyakinan dan layak atau tidak untuk menjadi seorang professional yang akan menggalas tanggungjawab yang berat pada masyarakat kelak. alhamdulillah saya telah lepas hingga ke tahap ini

8. dan seterusnya adalah langkah yang terakhir, saya telah pun mendapat surat panggilan untuk ke bilik peperiksaan terakhir yang mengandungi kertas 1 dan kertas 2. Di dini adalah perjuangan final saya dalam proses mendapatkan lesen! Saya sangat harap doa dari kalian

Dan seandai nya ditakdir kan saya mendapat lesen ini, ini bermakna ia adalah TITIK PERMULAAN saya sebagai seraong Arkitek Professional dan mengakhiri status saya sebagai arkitek graduan. Jadi saya masih berjuang untuk study dan study. Doakan saya tenang menjawab soalan. Saya sangat ingat pesan iu ayah saya, nawaitu mengatasi segalanya. Semoaga Allah makbulkan niat dan usaha kita. Amin ya rabbal alamin.

sampai di sini dahulu, terima kasih kerana membaca, yang baik dari Allah yang tak berapa baik itu datang nya dari saya sendiri. saya harap entry ini dapat memberi pencerahan kepada arkitek graduan yang lain di luar sana. Apa yang penting adalah matlamat dan usaha , bukan asyik memikir apa orang akan kata, layak kah aku, layak kah aku. yang ada adalah usaha, dan doa

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

4 comments:

Isdawati Ismail said... [Reply to comment]

Tahniah nisa dah lulus interview... semoga nisa berjaya dlm exam pada 27hb. Julai ini...

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Terima kasih Isda, terima kasih sebab sudi doakan untuk final exam ni. Moga nisa dapat manfaatkan peluang ini sebaiknya. Moga isda sekeluarga juga dilimpahi rezeki :)

anonymous said... [Reply to comment]

assalamualaikum..betulke gaji arkitek tidak setimpal dengan bebankerja dan waktu yang ditanggung?

anonymous said... [Reply to comment]

assalamualaikum..betulke gaji arkitek tidak setimpal dengan bebankerja dan waktu yang ditanggung?

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO